Monday, November 24, 2008

seminggu...

Sudah lebih seminggu aku berada di rumah dalam menghabiskan masa cutiku ini. Selama seminggu ini jugalah aku melalui hidupku tanpa sahabat2 ku di sisi. Rindu kepada mereka hanya hati ini yang mengetahuinya. Tidak sabar rasanya menunggu tibanya 28 hb 11 ini kerana aku akan bersua muka kembali dengan insan2 yang bergelar sahabat. Dan selama seminggu lebih ini juga kami saling berbalas msg di waktu pagi ketika mana insan lain sedang lena di ulit mimpi. Banyak mesej yang aku terima daripada sahabatku sekitar jam 4.30 pagi selama lebih seminggu ini. Kerana pada masa inilah yang akan menjadi kekuatan kami dalam beribadah kepada Allah. Alhamdulillah, kami semua dapat istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Pencipta kami. Syukur aku panjatkan kepadaMu ya Allah kerana memberikan aku sahabat yang saling memperingati MU… dan selama seminggu ini juga diriku berasa begitu tenang. Ini hikmahnya mengabdikan diri kepada Sang Pencipta semasa insan lain sedang lena berada di alam lain. Syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana memberikan aku nikmat ini. Semoga diriku terus istiqamah di jalanNya.

Sahabat… video antum semua semasa program tue sudah aku siapkan. 2 buah video berjaya aku siapkan untuk tatapan antum semua. Lagu teman sejati dan secerah pawana menjadi lagu tema bagi menggambarkan ikatan ukhwah kita ini. Aku harap, antum semua berpuas hati dengan hasil kerjaku itu. Kena tunggu 28hb 11 inilah kalau antum ingin melihat video tue.

Sekian sahaja nukilan hati ini buat sementara waktu… diharapkan kita dapat bersua nanti di Sutera Inn wahai sahabat… baba….

Tuesday, November 18, 2008

Tautan Ukhwah... buatmu sahabatku..

Aku bangun dari tidur agak lewat iaitu pukul 6 baru aku tersedar dari tidur. Subhanallah… aku terlepas tahajud untuk hari ini. Niatku semalam untuk bangun tahajud pada pagi ini, namun….. aku menyesal… ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu ini… ya allah ampunkanlah dosaku… sesungguhnya aku hanyalah insan lemah… aku menyesal….. hmmm… aku hanya menunaikan solat subuh di dalam chalet. Selesai solat, aku menikmati suasana pagi di tepi beranda chaletku…. Manakala beberapa orang sahabatku sedang duduk di tepi pantai menikmati alam ciptaan Ilahi. Aku turut sertai mereka. Mereka baru habis membaca al-mathurat. Subhanallah… aku terlepas lagi untuk beribadah kepadaMu ya Allah… aku insan lemah… kami berbual mesra… menghayati alam ciptaan yang Esa… subhanallah.. terasa diri kami ini begitu kerdil di mata Mu ya Allah… melihat alam ciptaan Mu terbentang luas di hadapan kami. Aku bersyukur kerana diberikan peluang menikmati ala mini bersama-sama sahabat2ku.. kami berbual mesra, bergurau senda.. oh indahnya tautan ukhwah antara kami.. cantik.. sungguh cantik.. ukhwah fillah memang terasa dalam diri masing-masing… sahabatku, ketahuilah…. Saat aku bersama-sama dengan mu adalah kebahagiaan bagiku, keindahan di hatiku.. sesungguhnya ukhwah yang terjalin antara kita ini adalah kerana Allah… masa berlalu..

Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Puan Pengarah Ipsmb. Semua fasi dan para peserta bersalaman sebagai tanda berakhirnya kursus ini. Aku masih lagi merakam saat perpisahan ini, merakam saat suka duka mereka, pelukan erat antara sahabat.. lagu teman sejati dimainkan sebagai membangkitkan lagi rasa cinta kepada sahabat… tanpa aku sedari, titisan air mata telah membasahi pipiku.. aku tersentuh…. Aku tak dapat tahan lagi, hatiku ingin turut sama merasai saat bersama sahabat2ku.. aku berhenti merakam… mencari sahabatku, mencari baba… aku memeluk baba… aku memeluknya sekuat hatiku.. aku menangis semahu-mahunya di dalam pelukannya… menangis semahu-mahunya… pelukan erat baba kepada anaknya.. terasa aman di dalam pelukannya.. hatiku tidak dapat menahan sebak, air mata yang mengalir semakin deras di pipiku... pelukan baba…. Kalu boleh, aku tidak mahu lepas daripada pelukannya… pelukan seorang ayah kepada seorang anak… aku merindui saat itu.. merindui pelukan baba.. saat aku meluahkan isi hatiku ini, air mataku menitis lagi… terkenangkan pelukan baba… aku berpelukan pula dengan sahabat2ku… kami sama2 menangis… menangis kerana ukhwah yang terjalin antara kami memang rapat.. sungguh rapat… hafiz, ghafar, ubai, afiq, rauhan, fazli, quddus…. Sahabat2ku… pelukan mereka membuatkan aku menangis… aku menangis kerana gembira memiliki sahabat seperti mereka.. tautan ukhwan antara kita semakin erat… sahabatku… ketahuilah, aku mencintai kalian seperti mana aku mencintai diriku sendiri.. tidak pernah sebelum ini aku menangis seperti ini. Menangis kerana sahabat.. ukhwah fillah antara kita berbekas di hati.. terasa begitu bahagia saat berada dalam pelukan kalian semua.. aku merindui kalian saat ini.. merindui saat kita bersama… sahabat… dalam setiap doaku, aku panjatkan doaku untuk kalian, kesejahteraan kalian.. semoga ukhwah fillah antara kita ini akan terus kekal selama-lamanya… baba.. aku mencintaimu sepenuh hatiku.. cintaku kepada mu hanya kerana Allah.. saat bersamamu sungguh menenangkan hatiku.. terasa begitu aman saat bersamamu baba… aku merinduimu..baba.. ketahuilah, engkau begitu bermakna di hatiku.. pelukanmu, kata2mu, rauk wajahmu, sentiasa bermain di mataku.. saat bersamamu sungguh indah… aku merinduimu…..

Dalam perjalanan pulang dari kursus, aku menangis lagi.. terkenangkan saat pelukan mesra baba, sahabat2ku… walaupun baru sahaja sekejap kita berpisah, namun kami sudah merinduimu baba… sentuhanmu sungguh bermakna di hati kami semua…

Di asrama, sekali lagi aku menangis saat berpelukan dengan sahabatku hafiz, ubai…. P elukan perpisahan untuk sementara.. kami sama2 manangis… menangis kerana seorang sahabat… sahabat yang begitu bermakna bagi diriku.. ukhwah yang terjalin antara kami sungguh bermakna… saat berpelukan, kami meminta agar kami sama2 mendoakan antara sahabat kami, saling memperingati.. mengejutkan untuk bertahajud.. kerana tahajud lah yang akan menjadi kekuatan kami sekarang… oh sahabat, aku merinduimu… deraian air mata deras mengalir di pipi ku sekarang kerana merindui kalian.. setiap bait kata ku ini adalah lahir dari hatiku… tulus dari hatiku untuk sahabatku…

Akhi rauhan… saat ingin berpisah dengan mu di stesen bas, hatiku menangis.. menangis kerana terpaksa berpisah dengan mu buat sementara waktu…. Aku akan merindui mu wahai sahabat… saat itu, mataku ingin menumpahkan air mata, namun dapat ku tahan. Tapi sekarang, saat aku menaip setiap bait kata hatiku ini, aku menangis… menangis kerana merindui kalian wahai sahabat.. ukhwah yang sedang terjalin antara kita semakin bertaut rapat.. semoga kalian semua sentiasa berada dalam rahmatNya.. maafkanlah aku wahai sahabat andai kata kita tidak dapat lagi bersua muka nanti.. saat bersama antum semua adalah saat yang paling bahagia bagiku… semoga perjuangan kita sentiasa diberkatiNya….

Sebuah Perjalanan Kehidupan... (keindahan bersama mu)

Aku bersama 2 orang sahabatku, akhi ghafar dan akhi hafiz bertolak lebih awal dari yang lain. Kami bertolak lebih kurang pukul 3.30 petang dari perkarangan ipsmb. Kami mengikuti en. Zul dari belakang kerana kami tidak tahu jalan ke tanjung chap. Setibanya kami di tanjung chap, kami menurunkan barang-barang dan menyiapkan dewan untuk para peserta kursus nanti. Semasa sedang menyiapkan dewan, kami menerima mesej daripada sahabat kami, akhi rauhan yang mengatakan ramai pelajar yang tidak mahu pergi ke program ini. Di dalam hatiku terasa agak kecewa dengan sikap mereka. Tak ada komitmen untuk memberikan kerjasama dalam menjayakan program ini. Jumlah peserta yang dikhabarkan yang akan pergi hanya 40 orang lebih daripada 96 orang, iaitu hampir separuh sahaja. Aku melihat riak wajah en. Zul, ada riak kecewa sedikit di wajahnya. Namun, inilah dakwah. Bukannya mudah dalam berdakwah ini. Seusai menyiapkan dewan, kami menunaikan solat asar berjemaah yang diimamkan en. Zul. Selesai menunaikan kewajipan sebagai seorang islam, kami membawa barang-barang kami ke dalam chalet yang telah disediakan untuk kami para fasi. Manakala en. Zul balik ke rumahnya di kubang kerian bagi mengambil barang-barangnya dan menyelasaikan urusan yang belum siap. Aku sungguh bangga dengan en. Zul, walaupun beliau begitu sibuk, malah tersangat sibuk, tapi masih lagi meluangkan masa untuk kami dan para peserta bagi menjalankan misi dakwahnya. Di dalam chalet, selepas berehat beberapa ketika, 3 orang lagi sahabatku sampai. Kami memberitahu mereka tentang pesanan yang telah en. Zul pesan kepada kami supaya menguruskan peserta terlebih dahulu kerana en. Zul akan sampai selepas maghrib nanti.

Para peserta tiba agak lewat iaitu lebih kurang pukul 6.45 petang. Aku melihat riak wajah para peserta… tidak ceria, wajah terpaksa. Aku agak kecewa dengan penyertaan mereka yang tidak berapa menggalakkan ini. Namun, ku bersyukur kerana mereka sudi juga datang dan insya’allah di akhir kursus ini mereka akan berpuas hati malah akan merindui saat manis sepanjang kursus ini. Itu kata hatiku. Aku dan sahabat2ku menyiapkan diri untuk solat sebelum makan malam. Seusai solat kami makan malam. Selesai makan, kami menguruskan peralatan di dewan yang mana belum di bereskan lagi. Waktu itu, en. Zul baru sahaja tiba. Selepas semuanya siap sedia, kami menunaikan solat isyak berjemaah. Seusai solat, semua peserta di kehendaki berada di dewan. Masa berlalu…..

Teman Sejati…..
Aktiviti pertama yang diadakan adalah teman sejati. Tetapi sebelum itu, semua peserta menyanyikan lagu tema kursus ini iaitu lagu demi matahari. Teman sejati. Inilah sentuhan pertama en. Zul kepada para peserta. Sebelum aktiviti bermula, para peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 2 kumpulan lelaki dan 3 kumpulan bagi pelajar perempuan. Pada permulaannya, aktiviti ini untuk seronok2 tetapi lama-kelamaan, en. Zul mula menyentuh hati mereka. Bermain dengan perasaan mereka. Aku yang telah ditugaskan menjadi ‘videoman’ oleh en. Zul memainkan peranan sebaik mungkin merakam gelagat mereka semua. Di akhir2 aktiviti, itulah saat yang berjaya menyentuh perasaan peserta. Mereka berpelukan. Mendoakan sahabat mereka di telinga mereka. Sudah ada titisan jernih di mata mereka. Aku merakam saat2 mereka berpelukan dengan diiringi tangisan dan tanpa ku sedari, ada gerimis air mata di pipi ku. Hatiku turut sama tersentuh. Lagu teman sejati yang dimainkan berjaya menyentuh hati mereka dan juga hatiku. Namun, aku berjaya menyembunyikan perasaanku itu. Hmmmm…. Selesai aktiviti, semua peserta minum malam dan masuk tidur. Pada masa yang sama, kami para fasi mendengar taklimat daripada en. Zul untuk aktiviti yang paling penting dalam kursus ini iaitu reben kehidupan. Selesai mendengar pesanan ringkas daripada en. Zul, kami semua minum malam. Selesai minum malam, fasi perempuan pergi ke chalet mereka untuk berehat begitu juga beberapa orang sahabatku. Namun, aku dan juga 2 orang sahabatku meneruskan amanah yang telah en. Zul berikan. Aku yang bertugas sebagai videoman, ditugaskan juga untuk membuat video bagi aktiviti yang dijalankan untuk ditayangkan kepada para peserta di hari terakhir kursus. Pada masa ini, jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahmalam. Aku kali pertama menggunakan ulead video untuk meng’edit’ video berasa agak susah kerana sebelum ini, aku hanya menggunakan movie maker untuk edit video. Namun, aku cuba sebaik mungkin. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Seorang sahabatku sudah lena di atas sofa. Mungkin kerana keletihan kerana sejak pagi tadi lagi dia buat kerja. Seorang sahabatku masih lagi setia menemani ku membuat kerja sambil dia belajar cara membuat video daripadaku. Namun, selepas beberapa ketika, beliau juga tidur kerana matanya sudah terlalu mengantuk untuk menemaniku. Aku meneruskan kerjaku. Meng’explore’ ulead video untuk mengetahui cara menggunakannya. Sedar tak sedar, jam di tanganku telah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Aku terus membuat kerjaku sehingga semua video yang hendak aku masukkan di dalam ulead itu sempurna. Tapi muzik background untuk video tu aku akan masukkan pagi esok. Lebih kurang pukul 3 pagi, baru aku melelapkan mataku. Aku dan 2 orang sahabatku tidur di dewan je. Manakala yang lain tidur di chalet.
Aku dikejutkan oleh alarm dari henset ku. Jam menunjukkan pukul 5 pagi. Aku bangun dari tidur dan mengejutkan sahabat2ku. Kami berjalan menuju ke chalet dalam kedinginan pagi yang menusuk tulang sumsung ku. Di dalam chalet, lagi sejuk kerana aircond yang di pasang adalah yang paling sejuk. Aku merebahkan badanku di atas tilam empuk sambil menunggu sahabatku mandi. Namun, mataku tidak dapat tidur. Seusai sahabatku mandi. Aku pula mandi. Kami semua bersiap untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah. Di surau hanya beberapa orang saja peserta yang turun menunaikan solat subuh berjemaah. Seusai solat, sedikit tazkirah disampaikan oleh en. Latif. Sebaik sahaja tamat tazkirah, aku dan sahabatku menuju ke chalet. Niat di hati nak berehat sebentar sebelum aktiviti seterusnya dimulakan. Namun, kerana kerja semalam yang belum disiapkan sepenuhnya, aku meneruskan dengan kerjaku dengan dibantu oleh akhi fazli di dewan. Dia mengajarku serba sedikit tentang ulead video ini kerana dulu dia sudah agak mahir menggunakannya. Masa berlalu….
Reben Kehidupan…
Satu lagi aktiviti yang sangat berjaya menyentuh hatiku dan mentarbiah diriku ini tentang kehidupanku. Walaupun aku bertindak sebagai fasi, tetapi aktiviti ini telah membuatkan kami para fasi menangis. Mengenangkan kehidupan kami yang telah lalu. Dalam aktiviti ini, aku x dapat menjalankan tugasku dengan baik kerana hatiku begitu tersentuh. Aku menangis semahu-mahunya mengenangkan hidupku. Perjalanan hidupku yang telah lalu adalah sia-sia. Apa yang telah aku lalui selama 20 tahun ini? Aku mengimbas kembali tentang kisah hidupku. Subhanallah… banyaknya dosa yang telah aku lakukan… ketika en. Mohd nor menceritakan tentang hidupnya, aku menangis semahu-mahunya. Aku terkenang kembali diriku semasa kecil dahulu. Aku pernah membuatkan ibuku menangis kerana sikapku. Aku anak yang jahat. Nakal. Aku menyesal ya Allah… aku menyesal… Ya Allah, ampunkanlah dosaku ini, terima taubatku ya Allah… aku bersalah kepada ibuku ya Allah… aku anak derhaka.. aku terkenangkan ibu dan ayahku ketika ini. Pengorbanan mereka kepadaku… demi Allah, aku x mampu untuk membalas pengorbanannya walaupun aku menjaga mereka seumur hidupku.. aku sayangkan mereka.. aku sangat sayangkan mereka ya Allah… berilah aku peluang untuk berbakti kepada mereka yang telah membesarkan aku menjadi manusia seperti sekarang… aku terkenang kembali kisah aku dulu, aku pernah kemalangan beberapa kali dan ibu ayahku bersusah payah menjaga ku semasa aku sakit, terlantar di hospital. Sanggup mengambil cuti semata-mata kerana menjaga ku… ya Allah… peliharalah kedua ibubapaku, sungguh besar pengorbanannya…. Di waktu ini, en. Mohd nor masih lagi menceritakan tentang perihal kedua orang tuanya… beliau tidak sempat berbakti kepada ayahnya kerana ayahnya mati semasa beliau masih kecil. Aku muhasabah diriku kembali… aku masih lagi ada ibu, masih lagi ada ayah… tapi adakah sudah cukup aku berbakti kepda mereka?? Aku masih ingat, semasa aku mendapat tawaran masuk ke ipsm. Aku menelefon ibu ku mengatakan aku berjaya masuk maktab.. suaranya kedengaran begitu gembira dengan berita itu… sewaktu itu, aku berasa sungguh bahagia kerana dapat membuatkan ibuku gembira.. dan semasa aku balik dari matrik Melaka, aku sampai di rumahku waktu itu pukul 3 pagi. Aku melihat ibu ku masih lagi belum tidur kerana menunggu kepulangan anaknya ini…. Begitu besar kasih sayang seorang ibu. Aku sayangkan mu ibu… aku sangat sayangkan mu… tapi aku bersyukur, kerana ibuku bahagia dengan kehidupanku hari ini. Dari riak wajah seorang ibu, aku tahu dia bangga denganku… ya Allah… Kau peliharakanlah kedua ibubapaku… sewaktu aku menaip ini, deraian air mata deras mengalir di pipiku mengenangkan kembali peristiwa itu… subhanallah… reben kehidupan betul2 membuatkan ku insaf…
……………………………………………………………………………………………………………………
Petang ini, aktiviti bermula pada pukul 2.45 petang. Ceramah jati diri yang disampaikan oleh en. Zul. Di dalam ceramahnya itu, en. Zul menunjukkan siapakah diri kita ini mata Allah. Betapa kerdilnya diri ini. Ceramah berakhir pada pukul 4. Semua peserta menikmati minum petang sebelum solat asar. Aktiviti selepas solat asar adalah bebas. Semua grup mempunyai tugasan yang perlu dibereskan untuk dipersembahkan pada keesokan paginya. Semasa minum petang, en. Zul memperkatakan kepadaku supaya merakam gelagat fasi2 dan membuat juga video khas untuk para fasi. Petang bertandang, aku dan sahabat2 ku menikmati suasana petang di tepi pantai. Menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Menghayati kebesaranNya. Subhanallah… betapa indahnya ciptaanMu. Di dalam hatiku tidak lepas dari mengucapkan syukur kepadaMu kerana memberikan kenikmatan sebesar ini kepada hambaMu yang kerdil ini. Suasana di tepi pantai begitu indah. Terasa ukhwah fillah yang terjalin antara kami. Lukisan sahabatku tentang kami di pasir pantai sungguh cantik. Lukisan watak kami di kursus ini. Baba, rauhan, hafiz, syabab(aku), ghafar, quddus, afiq, fazli, zulaikha, hazimah, syidah dan aini begitu memberi makna kepadaku tentang ukhwah yang terjalin sekarang. Di dalam hatiku, aku merindui sahabatku akhi nabil fikri. Alangkah indahnya jika dia juga dapat bersama-sama kami menikmati keindahan alam ini. Namun, dia juga menghadiri satu kursus untuk JPP di alor star, kedah. Keindahan alam ciptaan Ilahi aku nikmati sebaiknya. Aku merakamkan detik2 indah bersama sahabat seperjuangan ku. Indahnya di hatiku mempunyai sahabat seperti mereka. Ketahuilah sahabatku, aku mencintaimu semua hanya kerana Allah. Sesungguhnya ukhwah yang terjalin antara kita hanya kerana Allah. Kemanisan ketika bersama kalian hanya hati ini dapat rasakannya. Tidak dapat aku luahkan dengan kata2. Keindahannya tidak dapat diungkapkan wahai sahabatku. Demi Allah, aku sungguh bertuah memiliki sahabat seperti kalian. Saling memperingati ke jalan Allah agar tidak tergelincir ke jalan kebinasaan. Semoga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita akan terus kekal sampai akhir hayatku…
……………………………………………………………………………………………………………….
Aktiviti pada malam ini adalah forum. Yang dipengerusikan oleh en. Zul dan ahli panelnya terdiri daripada Dr. Sidek, En. Mohd Zin dan juga zaujah tercinta en. Zul iaitu Dr. Habsah Bt Hasan. Forum ini mengupas tentang soal cinta. Apa makna sebenar cinta. Itulah topik hangat yang dibincangkan dalam forum itu. Persoalan tentang cinta ini telah dikupas dengan begitu baik oleh ketiga-tiga ahli panelnya. Cinta sebelum berkahwin hanya indah untuk sementara waktu sahaja tetapi cinta selepas berkahwin, keindahanya hanya dapat dirasai oleh yang melaluinya iaitu en. Zul dan juga zaujahnya Dr. Habsah. Semasa forum ini, aku dapat menyaksikan gurauan mesra seorang zauj kepada zaujahnya. Indahnya percintaan mereka. Di hatiku, aku berharap para peserta dapat mengambil iktibar daripada apa yang telah dibincangkan. Dan bagi diriku sendiri, aku muhasabah kembali diriku ini. Kerana aku pun pernah merasai perasaan cinta ini dulu. Itu semua dulu, kisah lama yang ingin aku lupakan, ingin aku buang jauh daripada ingatanku, sekarang aku hanya menyerahkan kepada takdir. Kerana jodoh pertemuan itu di tangan Tuhan. Aku hanya berserah. Tidak perlu lagi aku mengejar cinta seorang wanita yang belum tentu akan menjadi zaujahku. Biarlah aku mengejar cinta Allah. Cinta hakiki yang tiada sempandannya. Cinta hakiki yang kekal selama-lamanya….
Selesai forum, semua peserta dan juga fasi menikmati minum malam yang telah disediakan. Selesai minum malam, semua peserta dan juga para fasi masuk ke dorm dan chalet masing2 untuk berehat. Tapi bagi diriku dan juga sahabatku, masih ada kerja lagi yang perlu kami siapkan sebelum menjelang hari esok. Aku dan juga akhi fazli membuat editing untuk video yang akan di tayangkan semasa majlis perasmian penutup oleh puan pengarah nanti. Kami juga di temani akhi rauhan semasa membuat kerja editing itu. Aku membuat editing untuk video klip detik kematian manakala akhi fazli membuat editing untuk video klip demi matahari, iaitu lagu tema kursus ini. Manakala akhi rauhan membuat catatan hidupnya serta doa untuk majlis esok. Selepas beberapa ketika, akhi fazli merebahkan tubuhnya di sofa empuk. Dia tidur sekejap. Aku tetap meneruskan kerja sehingga siap. Jam menunjukkan pukul 2.20 pagi sewaktu aku menyiapkan video detik kematian itu. Aku mematikan lampu di dalam dewan, kerana akhi rauhan sudah bersiap sedia untuk tidur manakala akhi fazli sudah lama tidur. Niat di hatiku untuk tidur di dalam chalet, merasai tilam empuk di dalam chalet. Tapi bila aku sampai di chalet, aku melihat sahabat2ku sedang lena tidur. Mungkin kerana keletihan kerana kerja sepanjang hari ini. Aku tidak sampai hati untuk mengejutkan mereka yang sedang tidur. Aku mengambil kain pelekatku untuk dijadikan selimut dan aku menuju ke dewan semula untuk tidur di sana. Masa terus berlalu…..

Bersama Ketenangan...

Selesai menduduki paper terakhir… setelah keluar dari dewan peperiksaan, aku terus ke surau untuk menunaikan solat asar. Aku keluar awal lebih kurang 20 minit sebelum tamat waktu peperiksaan kerana aku siap awal. Kawan2ku yang lain ada yang lebih awal keluar sebelum aku. Solat berjemaah di surau bersama sahabatku. Seusai menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim, aku dan 3 orang sahabatku menuju ke kelas sains sem 3 kerana kami ada usrah dengan ayahanda kami petang ni. Kerinduan kepadanya selama hampir seminggu dapat dihilangkan sekejap lagi. Setibanya di kelas, kami menunggu beberapa minit sebelum ayahanda kami tiba. Dalam masa yang sama, kami juga menunggu beberapa orang lagi sahabat kami yang belum sampai. En. Zul tiba. Beliau membimbit laptopnya. Sebelum usrah dimulakan, beliau menunjukkan kepada kami sebuah video tentang seorang murabbi di Indonesia. Kematian seorang permata yang begitu berharga. Kematiannya ditangisi oleh jutaan orang yang mengenalinya. Subhanallah.. tingginya darjat seorang pendakwah. Usrah dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Seterusnya setiap daripada kami membacakan surah al-A’laa. Hari ini, en. Zul meneruskan penerangan tentang ayat2 dalam surah al-A’laa. Dalam penerangan, en. Zul menerangkan tentang 2 golongan yang diterangkan dalam ayat surah ini. Dua golongan itu ialah orang yang beriman dan juga orang kafir. Dalam penerangan itu juga, en. Zul ada menyatakan bahawa manusia yang mencintai Allah ialah mereka yang takkan meninggalkan solat. Mereka ini ‘berbicara’ dengan Allah melalui solat. Selesai memberikan sedikit tazkirah kepada kami, en. Zul memperkatan tentang kem yang bakal kami sertai esok. Aku berasa tidak sabar menunggu hari esok. Terasa begitu indah program itu. En. Zul juga ada menyatakan hasratnya untuk bersama kami menikmati keindahan di tepi pantai nanti melihat matahari naik sambil membaca al-mathurat. Di hatiku berasa begitu indah. Indah. Indah. Terasa aman, tenang sangat. Terasa ukhwah fillah menyelubungi setiap nafasku. Indahnya ukhwah kami ini. Aku berasa begitu tenang bersama dengan en. Zul dan sahabat2 seusrahku. Ketenangan bersama mereka semua tidak dapat aku ungkapkan dengan kata-kata. Terasa begitu nikmat berukhwah fillah ini. En. Zul juga melahirkan perasaan yang sama kepada kami semua anak didiknya. Sesungguhnya apa yang en. Zul rasakan itu, aku juga dapat merasainya. Memang betul, kenikmatannya tidak di luahkan melalui kata-kata. En. Zul pun kata begitu kepada kami semua. Hanya kami sendiri yang merasai nikmatnya ukhwah yang terjalin antara kami. Subhanallah sungguh indah nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Janganlah Engkau tarik kembali kenikmatan yang telah diberikan ini ya Allah, tetapi Engkau sematkanlah di dada kami kenikmatan yang lebih manis dari ini ya Allah, Engkau kekalkanlah ukhwah kami ini ya Allah…hmm… Terlupa aku. Sebenarnya ada 2 orang banat yang turut sertai usrah ini. Mereka datang agak lewat iaitu hampir pukul 6 petang baru mereka sampai. Sebenarnya usrah hari ini sepatutnya dihadiri oleh semua anak didik usrah en. Zul tetapi grup usrah yang lain tidak dapat hadir kerana beberapa perkara yang tak dapat dielakkan. Perbincangan kami lebih tertumpu kepada kem yang akan diadakan esok di tanjung chap, bachok. En. Zul juga sempat menunjukkan ‘vase’ yang akan kami pakai sepanjang menjadi fasi untuk program itu. Terasa tidak sabar untuk menanti hari esok. Mesti keindahan ukhwah ini akan lebih terasa nanti apabila berada dalam program itu. Subhanallah…. Usrah kami diakhiri dengan tasbih kafarah dan surah al-asr. Selesai usrah, en. Zul meminta kami menolong en. Mat Zin iaitu timbalan ketua jabatan R&D bg mengasingkan fail2 bagi tujuan ISO esok. Kami menemui en. Mat Zin dan beliau memberitahu supaya datang lepas isyak nnt kerana pada masa itu sudah agak lewat dan beliau menyuruh kami menyiapkan diri kerana beliau tahu kami ada kuliah perubatan Islam selepas magrib nanti.
………………………………………………………………………………………………………………..
Aku menyiapkan diri untuk ke surau. Menunaikan solat maghrib berjemaah di surau al-firdaus. Kuliah perubatan Islam dimulakan. Sebelum memulakan kepada penerangan asas 10 yang seterusnya, en. Zul meminta kami yang ingin belajar ilmu ini supaya membersihkan hati masing-masing. Kerana kunci keberkesanan ilmu yang kami pelajari itu adalah kebersihan hati pengamalnya. En. Zul menghuraikan serba sedikit tentang surah as-syams untuk dikaitkan tentang apa yang dicakapkannya. Muqaddimah en. Zul agak panjang bagi memberikan peringatan kepada kami semua yang hadir. En. Zul meneruskan penerangannya tentang kegunaan ayat ke-7 dalam asas 10 ini. Ayat ini dipanggil sebagai ayat pemecah. Boleh digunakan untuk merawat gangguan syaitan ataupun penyakit fizikal yang dihadapi. Seterusnya en. Zul menerangkan kegunaan ayat ke-8. Ayat ini digunakan khusus untuk melawan syaitan laknatullah. Ayat ke-9 dan ke-10 diterangkan kegunaannya. Kuliah seterusnya diteruskan dengan sesi soal jawab. En. Zul menjawab persoalan yang timbul dengan ilmu yang dimilikinya. Seusai kuliah, kami solat isyak berjemaah. Selepas menunaikan solat sunat rawatib, aku dan sahabatku menjamu sedikit makanan bersama en. Zul di bilik biasa kami. Dalam pada masa yang sama, en. Zul meminta aku dan sahabatku untuk menjadi jurukamera bagi program KBM yang akan diadakan untuk staff sokongan ipsm nanti di sutera inn, kota bharu. En. Zul juga menjemput sahabat2 ku yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan pendedahan kepada kami sebagai grup pemangkin KBM di kawasan berhampiran ipsm ini. Hatiku gembira dengan pelawaan ini. En. Zul tidak makan makanan yang disediakan tetapi membawanya pulang ke rumah. Kami menghantar en. Zul ke muka pintu surau.

Aku dan sahabat2ku menuju ke jabatan R&D untuk membuat kerja yang telah dijanjikan tadi. Dalam perjalanan kami ke sana, kami bercakap-cakap soal blog2 kami ini. Tentang komen2 yang diterima oleh sahabatku di blognya. Terasa indahnya ukhwah di kalangan kami. Indahnya. Sungguh indah uhkwah ini ya Allah… di jabatan R&D. kami masih berbual mesra. Bergelak ketawa semasa membuat kerja sebagai penghibur hati kami. Indahnya ukhwah kami sekarang ini. Terasa begitu dekat tautan hati2 kami ini. Akhi fazli menceritkan pengalaman beliau kepada kami adik2nya. Sungguh banyak pengalaman yang dilalui oleh akhi fazli. Disebalik setiap ceritanya, mesti ada pengajaran yang ingin di sampaikan. Ilmu yang di dadanya dikongsi bersama kami. Setelah selesai kerja, kami pulang ke bilik. Dalam perjalanan pulang, kami masih lagi berbual mesra, bergurau senda… oh indahnya ukhwah yang aku rasa ini. Semoga ukhwah ini akan terus bertaut sehingga akhirnya….. insya’Allah…
1.30 pagi-13 November 2008

Pagi – 13 November 2008
Aku dikejutkan dengan alarm henset ku. Sebaik sahaja mematikan alarm itu, aku melihat ada msg masuk. Aku membacanya. Mesej dari sahabatku, akhi rauhan. Mesej itu sebenarnya dari en. Zul. Dalam mesej itu, en. Zul meminta kami fasi2 yang akan mengikuti program pada petang ini supaya bangun untuk bertahajud dan solat hajat agar dipermudahkan urusan kami, diberkati dan dibukakan pintu hidayah kepada semua peserta kursus. Aku tanpa berlengah lagi, pergi mangambil wuduk dan selepas itu baru aku membalas mesejnya bagi menandakan aku sudah bangun bagi menunaikan tahajudku. Di dalam doaku, aku menangis semahu-mahunya meminta kepada yang Esa agar dipermudahkan urusan kami, diberkati dan dibukakan pintu hidayah kepada semua peserta. Aku juga memohon agar ikatan ukhwah yang terjalin antara aku dan sahabat2ku yang lain agar terus kukuh dan kami sama2 bergerak di jalan kebenaran. Aku menangis semahu-mahunya. Menangis seorang hamba meminta simpati yang Esa. Terasa sungguh tenang di dalam dada. Sungguh tenang…..

Subuh di surau. Alhamdulillah jemaah di surau untuk subuh terakhir di hari terakhir kami di ipsm ni ramai dari kebiasaannya. Aku mengucapkan syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana membukakan pintu hati kawan2ku yang lain untuk mengimarahkan surau di hari terakhir kami di ipsm bagi tahun 2008 ini. Syukur. Suasana alam di pagi ni agak sejuk. Bumi di basahi dengan air hujan. Hujan turun sejak semalam lagi. Malah semain lebat pada pagi ini. Hujan rahmat yang Allah turunkan kepada makhluknya di muka bumi ini. Hari ini akan bermulalah kem keindahan bersamamu bagi pelajar semester 4. Pagi ini, semua pensyarah sibuk dengan ISO. Aku bersama-sama sahabat2ku menolong en. Zul bagi mengisi barang2 dan fail2 yang perlu di bawa semasa KBM nanti. Kami selesai semua kerja lebih kurang pukul 1. Selesai saja kerja, kami menuju ke surau bagi menunaikan solat jemaah bersama. Selepas itu, masing2 ke bilik bagi menyiapkan diri kerana kami akan bertolak lebih kurang pukul 3 dari perkarangan IPSMB. Masa terus berlalu meninggalkan kami……

Wednesday, November 12, 2008

Kehidupanku....

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahukhbar…

Hanya kalimah zikir ini yang dapat membuat hatiku tenang di kala aku kesedihan, kesepian… terasa diriku begitu hampir dengan al-Khalid… masa berlalu tanpa ku sedari, dan ini merupakan minggu terakhir aku di ipsm bagi sem 2 ini. Sungguh cepat masa ku rasakan berlalu pergi dan apakah yang telah aku buat dengan masa aku?? Hmmm… terdetik di hatiku alangkah baiknya jika masa yang lalu dapat diulang kembali agar dapat aku betulkan kembali kekhilafan yang telah hati ini lakukan. Namun, masa yang telah pergi takkan datang kembali. Aku teringat satu teka-teki imam al-Ghazali kepada muridnya, apakah yang paling jauh dengan kita? Dan jawapanya ialah masa lalu, masa yang telah kita lalui. Ini kerana masa yang telah kita lalui xkan dapat kita lalui dan rasainya lagi. Subhanallah… apakah masa lalu aku di isi dengan perkara yang berfaedah? Adakah aku alpa dalam mengingatiMu ya Allah? Maafkan aku ya Allah… ampunkanlah dosa hambuMu yang dhaif ini ya Allah… sesungguhnya aku hanya insan lemah di sisiMu ya Allah… yang banyak melakukan kekhilafan di atas muka bumi Mu ya Allah… adakah aku alpa dalam mengingati Mu setelah begitu banyak nikmat yang telah beri kepadaku ya Allah? Berikanlah aku kekuatan ya Allah untuk terus istiqamah di jalan Mu, sesungguhnya aku telah menghadapi jatuh dan bangun dalam mempertahankan iman ku ini ya Allah.. kadang terasa diri ini begitu dekat denganMu ya Allah dan kadang-kadang terasa diri ini begitu jauh dari rahmat Mu ya Allah… Engkau bantulah aku ya Allah agar aku terus istiqamah di jalanMu ya Allah…

…………………………………………………………………………………………………………………

Masa berlalu begitu pantas, dan semalam aku telah menghabiskan paper yang kedua aku, iaitu paper mathematics geometry. Apa yang dapat aku katakan tentang jawapanku untuk paper tue, hancur…. Susah.. aku pun xtahu apa yang telah aku jawab di kertas jawapan. Soalannya begitu menguji minda ini. Kawan2ku juga sama. Setelah tamat masa menjawab, masing-masing dengan pendapat mereka tentang soalan yang baru sahaja kami jawab. Masing-masing mengharapakan lulus agar tidak perlu mengulang. Namun aku rasa, insya’allah semuanya akan lulus.. ya Allah bantulah kami dalam menghadapi cabaran hidup ini…

………………………………………………………………………………………………………………

Pagi di surau… jemaah lelaki hanya 3 orang dan ada juga jemaah perempuan tetapi aku tidak tahu bilangannya. Syukur kepadaMu ya Allah kerana telah memberikan kekuatan kepadaku untuk datang menyembahMu di surau walaupun orang lain sedang enak di buai mimpi2 indah di alam lain. Namun Engkau telah pilih aku untuk mengingati Mu di masa orang lain sedang lena, aku bersyukur.. Alhamdulillah…. Subhanallah… Allahukhbar… tiga kalimah yang sentiasa aku mainkan di bibirku dalam mengisi perjalanan pergi ke surau dan balik dari surau… melalui lorong sepi yang di temani bangunan asrama perempuan di tepiku. Hembusan angin pagi yang begitu sejuk. Menyedarkan aku betapa besarnya nikmat yang telah Allah bagi pinjam kepadaku dan bila2 masa sahaja Dia dapat ambil balik semua yang telah diberi pinjam ini.

Di bilik, roomateku masih lagi sedamg nyenyak tidur. Hanya tidurlah yang menjadi kegemarannya. Aku pun tidak tahu bila masa dia menunaikan kewajipanya sebagai muslim. Sebagai seorang teman sebilik, aku agak masak dengan perangainya. Bila ‘alarm’ hensetnya berbunyi, dia matikan. Tak tahu bila dia menunaikan solat subuh. Subhanallah… Engkau bukakanlah hatinya dalam mengingatiMu ya Allah..

Pagi ini aku study mathematics decision kerana petangnya nanti adalah paper mathematics decision.

Selesai paper math 2, Alhamdulillah… bolehlah aku menarik nafas lega berbanding semalam walaupun ada juga beberapa soalan yang aku tidak dapat jawab tetapi yang lainnya aku dapat jawab. Insya’allah keputusannya nanti akan baik.

Malam… aku mengikuti kuliah tajwid yang diadakan di surau al-firdaus. Selesai kuliah, kami solat isyak berjemaah. Seusai solat isyak, aku teruskan dengan solat sunat. Malam ini hujan. Terasa kedinginan mencengkam tubuhku. Sejuk.

…………………………………………………………………………………………………………….

Pagi ini di surau jemaahnya agak ramai dari semalam. 9 orang yang datang mengimarahkan surau al-firdaus pagi ini. Alhamdulillah syukur aku lafazkan kepadaMu ya Allah. Balik dari surau, aku menaip setiap bait kata hatiku di dalam laptopku. Petang ini ada usrah dan sebelah malamnya ada kuliah perubatan Islam. Dan petang ini juga aku ada paper last untuk final ini iaitu paper PJ. Aku pun xtahu nk study apa untuk paper PJ ini kerana pensyarah hanya mengajar amali sahaja bukanya teori. Lupakan pasal paper PJ tue.. hatiku x sabar untuk menunggu petang ini kerana akan dapat bersua muka dengan en. Zul. Sudah lama aku tidak bersua muka dengannya.. terasa rindu berbekas di hati. Ukhwah fillah yang terjalin antara kami sungguh berbekas di hati. Setiap kali pertemuan dengannya membuatkan hatiku berasa tenang.. aman… indahnya ukhwah ini.. subhanallah.. tapi petang ini, en. Zul akan berjumpa dengan semua anak didik usrahnya di ipsmb ini, maybe untuk memberikan ‘tugasan’ di musim cuti nanti. hatiku juga tidak sabar untuk mengikuti KBM yang akan diadakan esok hari. Bertempat di Tanjung Chap, bachok. Masa berlalu…………

Tuesday, November 11, 2008

SIFAT

Malaikat Jibril datang berkunjung ke tempat Rasulullah SAW....

Malaikat Jibril; "Ya Muhammad,Allah mengutusku untuk menyampaikan sebuah hadiah yang tidak pernah diberikan-Nya kepada siapa pun sebelum mu ."

Rasulullah SAW ; "Hadiah apa itu wahai Jibril?

Malaikat Jibril ; "Sifat sabar.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"

Malaikat Jibril ; "Sifat Redha.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"

Malaikat Jibril ; "Sifat Zuhud.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"

Malaikat Jibril ; "Sifat ikhlas.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?"

Malaikat Jibril ; "Sifat yakin.Dan ada yang lebih baik dari itu."

Rasulullah SAW ; "Apa itu hai Jibrail?" tanya Baginda lagi.

Malaikat Jibril ; "Untuk mendapatkan kesemuanya itu diperlukan sifat tawakal,berserah diri sepenuhnya pada Allah Azza Wa Jalla."

Rasulullah SAW ; "Apa itu tawakal kepada Allah hai Jibril?"

Malaikat Jibril ; "Tawakal bererti engkau mengetahui bahawa selain Allah SWT ,tidak ada yang boleh mendatangkan sebarang kerugian atau manfaat,memberi atau melarang;dan engkau bersikap tidak menaruh harap pada selainNya. Apabila seorang hamba bersikap dan mempunyai sifat seperti ini maka dia tidak akan mengerjakan sesuatu melainkan kerana Allah SWT semata-mata. Dia tidak tamak memohon kecuali kepada Allah.Inilah yang dikatakan dengan TAWAKAL."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat sabar?."

Malaikat Jibril ; "Iaitu engkau bersabar di saat duka sebagaimana engkau sabar di saat bahagia;di saat miskin;di saat kaya;di saat menerima bencana, dan di saat sejahtera engkau tidak mengeluhkan keadaanmu kepada makhluk lain atas apa yang engkau terima dari ujian dan derita."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti sifat qana'ab berkecukupan? ."

Malaikat Jibril ; "Qana'ah ,bererti engkau merasa cukup dengan apa yang engkau terima dari
duniamu;engkau merasa cukup dengan yang sedikit dan bersyukur atas apa yang ala kadarnya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti redha ?."

Malaikat Jibril ; "Orang yang redha adalah orang yang tidak murka pada tuannya,apakah dia memperolehi dunianya atau tidak;dan dia tidak rela dirinya menjalankan suatu tanggungjawab
sekadarnya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti Zuhud ?."

Malaikat Jibril ; "Orang yang zuhud adalah dia yang mencintai orang yang cinta pada Khaliknya,benci pada orang yang membenci Khaliknya,bersikap berhati-hati dari bahagian dunia yang halal,dan tidak menoleh pada bahagian yang haram.Kerana, yang halalnya pasti akan dihisab dan yang haramnya akan dihukum.Dia kasih kepada seluruh kaum Muslimin seperti halnya dia kasih pada dirinya.Dia bersikap waspada ketika berbicara sebagaimana dia menghindar dari bangkai yang sangat busuk baunya. Dia berhati-hati dari tipu daya dunia dan keindahannya sebagaimana dia menghindari api dari melahapnya.Dia tidak berangan-angan panjang dan menganggap seakan ajalnya sudah berada di hadapan matanya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril ,apa erti ikhlas?."

Malaikat Jibril ; "Orang ikhlas adalah dia yang tidak memohon dari manusia lain,tapi berusaha keras sampai dia memperolehi cita-citanya; apabila dia telah memperolehinya, dia akan rela.Jika
masih ada sesuatu yang tersisa di tangannya,dia akan memberinya kerana Allah SWT semata-mata. Orang yang tidak memohon dari makhluk,bererti dia telah menyatakan sikap ubudiyyab (kehambaan) kepada Allah Azza Wajalla.Jika dia memperolehinya lalu dia rela,bererti dia telah rela pada Allah SWT dan Allah AWT juga rela padanya.Apabila dia memberi semata-mata kerana ALLAH Azza Wajalla,maka dia memberinya dengan penuh keyakinan akan janji-Nya."

Rasulullah SAW ; "Wahai Jibril,apa erti yakin ?."

Malaikat Jibril ; "Orang yakin adalah dia yang beramal semata-mata kerana Allah seakan dia
melihat-Nya. Sekalipun dia tidak melihat Allah,namun Allah SWT melihatnya.Dia yakin bahawa apa yang terjadi padanya bukan sesuatu yang keliru dan apa yang tidak terjadi pada dirinya adalah bukan bahagiannya.

SEMUA ITU ADALAH RANTING-RANTINGNYA TAWAKAL DAN TANGGA MENUJU SIFAT ZUHUD.. "

Sehelai Bulu Mata

Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit dan bumi,sungguh tidak benar. saya x pernah malakukan perkara itu..." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "
Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan? disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja." Jawab malaikat, "INilah saksi-saksimu. ...." Tiba2 mata berbicara, "Saya yg memandang," disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yg merayu" Lidah menambah dengan beran i, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas" Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"


"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut x dapat membuka sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam.. Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda
kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata" "Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, akupernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seorang hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? MAka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan." Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Saturday, November 8, 2008

6 Perkara Allah Sembunyikan



Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, ka! mu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..." Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Kalau rajin... Tolong sebarkan cerita ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain agar menjadi renungan dan pelajaran kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah meninggal dunia...

Thursday, November 6, 2008

Catatan Hidupku..

3 November 2008

Cepat benar masa berlalu. Namun rinduku kepadanya x pernah pudar. Hari ini kehidupanku bermula seperti biasa. Pagi ini di surau jemaahnya agak ramai dari semalam. Semalam hanya ada 3 orang je. Alhamdulillah aku dapat istiqamahkan diriku menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba kepada Penciptaku. Hari ini, aku dan sahabat2ku ada usrah. Dan dapat juga aku melepaskan rinduku kepada seorang yang begitu istimewa di hatiku. Indahnya saat bersamanya. Terasa begitu aman, tenang. Subhanallah cantiknya ukhwah yang Kau ciptakan dalam kalangan kami yang berjuang di jalanMu ya Allah. Selesai menunaikan solat asar, aku dan sahabatku yang lain berbincang dan menimba ilmu daripada en. Zaid. Seorang yang mempunyai banyak ilmu. Segala ilmu yang dimilikinya bermain di bibirnya. Lancar. Ingatannya sungguh baik dalam menuturkan setiap bait ayat2 al-quran. Pukul 5 petang, aku dan sahabat yang lain menunggu en. Zul di tempat biasa usrah diadakan. Beberapa minit kemudian, en. Zul datang memberitahu kami tempat di ubah ke jabatan R&D. Kami pun bergerak ke jabatan R&D. pada waktu itu kami hanya berlima dan masih menunggu 4 orang lagi sahabat kami. 2 orang lagi datang lewat kerana mereka baru habis exam. Usrah kami dimulakan seperti biasa. Dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Tilawah pada hari ini ialah surah al-A’laa. Selepas semuanya memperdengarkan bacaan masing-masing. Seorang daripada kami membacakan tasfir bagi ayat-ayat dalam surah ini. Makna surah al-A’laa ialah yang paling tinggi. Selepas selesai membacakan tafsir, en. Zul menghuraikan sedikit sebanyak isi kandungan surah ini. Surah ini menfokuskan kepada penciptaan alam ini. Menceritakan tentang kekuasaan Allah mencipta alam ini. Dalam menerangkan kepada kami tentang isi kandungan surah ini, en. Zul menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menunjukkan tanda2 kebesaran Allah di dalam laptopnya. Subhanallah. Sungguh sempurna ciptaan Allah. Satu pun tiada cacat celanya dan setiap penciptaannya mempunyai peranan masing-masing. Selepas itu, majlis kami diteruskan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh akhi afiq. Tazkirah yang disampaikan beliau juga berkait dengan kebesaran Allah dalam penciptaan alam ini. Sebaik sahaja sesi tazkirah, en. Zul mengambil masa untuk bercakap tentang blog. Teguran beliau di dalam blog2 kami. Kami akur dengan tegurannya demi kebaikan bersama. Sebelum mengakhiri majlis ilmu itu, kami meminta en. Zul supaya mendoakan kami berjaya dalam peperiksaan kami semua. En. Zul kata “bukan sahaja ana mendoakan dalam peperiksaan malah seluruh kehidupan antum semua ana doakan”. Aku berasa sungguh bahagia mendengar kata-kata en. Zul itu. Terasa tenang. Indahnya ukhwah di jalan Mu Ya Allah. Usrah kami tamat lebih kurang pukul 6.45 petang. Kami semua menuju ke surau bagi menunaikan solat mangrib dan seterusnya mengikuti kuliah perubatan islam yang akan disampaikan oleh en. Zul.

Kuliah perubatan islam dimulakan sedikit lewat dari kebiasaanya. Hari ini en. Zul mengajarkan tentang cara untuk ‘memagar’ rumah dan juga asas 10 dalam perubatan islam ini. En. Zul menerangkan satu persatu kegunaan ayat dalam asas 10. Beliau hanya sempat menerangkan sampai ayat ke 5 sahaja dan 5 ayat lagi akan diterangkan dalam kuliah yang akan datang. Berakhirnya kuliah perubatan islam. Aku dan sahabat2 ku menjamu sedekit makanan di dalam bilik di surau itu. Terasa indahnya ukhwah ini. Kami berbual mesra dengan en. Zul. Selepas menjamah sedikit makanan, en. Zul meminta diri untuk pulang. Kami menghantarnya sampai ke muka pintu masuk surau. Kami mencium tangan en. Zul sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya. Subhanallah. Indahnya aku rasakan di dalam hatiku. Semoga Engkau merahmati perjalanan pulang ayahanda kami itu… amin..

5 November 2008

Sehari sebelum hari peperiksaan. Pagi ini aku sempat study skit. Pada waktu tengaharinya aku mengemaskan bilikku serta fail2 utk MQA yang xtahu bile akan datang buat semakan. Seusai solat zohor, aku mengambil sedikit masaku untuk menjamu makanan rohani bagiku. Beberapa helaian al-quran dapat aku habiskan. Alhamdulillah syukur aku dapat menjamu makanan rohani. Solat asar di surau. Bacaan al-mathurat bersama sahabat2 ku. Seusai bacaan al-mathurat, kami menuju ke kelas sains sem 3 kerana ada perjumpaan dengan en. Zul untuk taklimat bagi program Keindahan Bersama Mu (KBM) yang akan diadakan utk pelajar pismp sem 4. Kami ini merupakan pembantu kepada en. Zul ataupun merangkap fasi. Taklimat yang disampaikan en. Zul dapat kami faham. Dalam taklimat itu, en. Zul melahirkan rasa hatinya supaya kami semua ini akan jadi pemangkin kepada grup KBM di kawasan besut. Dapat menjalankan program motivasi di sekolah2. En. Zul bagi nama religious council kepada grup kami ini. Di hatiku berbaur gembira jika dapat melaksanakan program motivasi di sekolah. Memang bagus jika dapat jalankan program motivasi di sekolah. Kenapa aku cakap macam tue? Kerana aku berpengalaman menlaksankannya di sekolah aku dulu. Aku merangkap timbalan pengarah program masa tue. Sungguh seronok dapat membantu adik2 di sekolah lama aku. Berkongsi ilmu, menjalinkan silaturrahim. Indah. Sungguh indah. Namun keletihan yang amat sangat aku rasakan selepas selesai sahaja program itu. Namun, aku amat berpuas hati dengan program yang telah aku dan rakan2 sekolah ku jalankan utk sekolah itu. Dan dari refleksi yang diterima daripada program yang kami laksanaka itu sungguh positif. Malah pihak sekolah meminta kami merancang program untuk pelajar form 4 or form 4 tahun depan. Di hatiku memang terdetik dan buat lagi program macam tue tapi utk mendapatkan komitment daripada rakan2 lama yang sibuk dengan kehidupan di ipta agak susah. Terdetik juga di hatiku, alangkah baiknya jika grup religious council ini dapat laksanakan KBM di sekolah lama aku dulu. Tentu akan dapat mentarbiah junior2ku. Insya’allah.. seusai taklimat, aku dan sahabatku menikmati makan malam di kedai di hadapan ipg sultan mizan.

Seusai makan, kami ke surau. Menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, en. Zul menyampaikan ceramah ataupun tazkirah kepada ahli2 KRM. Penyampaian ceramah en. Zul ikhlas dari hati. Hatiku begitu tersentuh dengan setiap bait kata2nya. Sungguh mencengkam hatiku. Semuanya lahir dari dalam hatinya. Aku melihat matanya tatkala menceritakan tentang perjalananya di mekah. Ada titisan air jernih. Tersentuh hatiku. Dia menceritakan dengan penuh perasaan. Aku dapat merasainya juga. Terasa di dalam hatiku. Hmm…

Seusai solat isyak, kami mempelawa en. Zul menjamu sedikit makanan yang telah disediakan khas untuknya. Dalam pada masa yang sama, en. Zul sekali lagi menyentuh pasal baitul muslim di kalangan kami. En. Zul kata, bila antum sem 3 nnt, ana akan bagi borang untuk antum isi untuk bina baitul muslim ini. Aku agak terkejut coz masih terlalu awal rasanya bagi kami semua. Umur kami baru setahun jagung, rasanya tak tertanggung untuk memegang amanah seorang zaujah. Subhanallah… Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami semua.. selesai makan, kami bersalaman dengan ayahanda kami dan menghantarnya pulang…

Wednesday, November 5, 2008

Fitnah Wanita

Assalamualaikum w.b.t..
Tujuan ana mengeluarkan artikel ini bukan untuk menjatuhkan martabat kaum hawa, tetapi sebagai renungan untuk kita bersama... sama-samalah kita renungkannya...

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.

Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.

"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.

Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.

Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. Allah lalu menurunkan firman Nya :

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim :1)

Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan. Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna.

Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi)

Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.


Monday, November 3, 2008

Air Mata Keinsafan...

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…

Sunday, November 2, 2008

Gugurnya Muhammad Di Pelukan Umi..

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana . Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wassalam.

Saturday, November 1, 2008

Warkah Untuk Hawa

Hawa,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tdak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih