Wednesday, February 23, 2011

Sejauh Perjalanan Ini...

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI kerana masih lagi diberikan kesempatan, ruang, peluang dan masa untuk bertatih, merangkak, berjalan dan meneruskan langkah dalam mengharungi liku-liku hidup di dunia yang semakin mencabar sekarang. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’e, tabitabi’e, para syuhadaserta mujahid mujahidah yang tidak pernah putus generasinya dalam mendaulahkan kembali ISLAM yang mulia di muka bumi ini.


SubhanallahAlhamdulillahAllahuakbar


Syukur yang amat sangat kerana dalam kekangan masa dan kesibukan menjalani praktikum, masih lagi diberikan sedikit ruang untuk bernafas di laman ini. Alhamdulillah..



Selepas hamper 4 minggu berpraktikum di sekolah, aku gembira berada di sekolah itu. Warga sekolahnya sungguh baik. Bermula dengan barisan pentadbiran sekolah, guru-guru, staf-staf dan juga murid-muridnya, semuanya begitu mesra dalam melayani guru pelatih yang berpraktikum di sekolah itu. Dan aku sungguh bertuah juga kerana murid-murid di sekolah itu terdiri daripada pelbagai kaum. Ada melayu, iban, cina, kadazan dan lain-lain. maklumlah ramai anak-anak tentera udara di sekolah tue. Dan masa mengajar tue, kalu dah jet sukhoi terbang atas kepala, tak dengar apa-apa lah, bergegar sekolah dibuatnya.. bertuah juga jadi sekolah angkat tentera udara. Banyak faedah yang dapat kalu nak buat sesuatu event.hehe..



Hari ini, baru sahaja menyambuat Maulud Nabi Muhammad s.a.w di sekolah. Agak meriah. Perasaan sambutan ketika bergelar pelajar dahulu dan juga bergelar guru sekarang memang banyak kelainannya.. hehe.. Alhamdulillah, majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Siap berpakaian tradisional melayu bagi lelaki dan berbaju kurung serta berjubah bagi yang perempuannya. Bermacam gaya dan fesyen dapat ku lihat pada murid-murid di SK Kg Baharu. Teringat kembali ketika aku di sekolah rendah dahulu, begitulah juga aku agaknya… rupanya sekarang aku bakal bergelar guru. Cepat seungguh masa berlalu, 11 tahun zaman sekolah rendah telah ku tinggalkan.. hmm..



Minggu lepas, aku bersama rakan guru pelatih yang lain sempat menyambut hari lahir seorang guru di sekolah itu. Majlisnya telah diadakan oleh murid-murid tahun 6 Pintar dan semua warga guru dijemput untuk memeriahkannya. Satu pengalaman baru bagi aku setelah menjalani 2 kali praktikum di sekolah yang berbeza. Bukan aku ingin menidakan atau merendah-rendah sekolah yang lain tapi ia cukup istimewa di sekolah itu. Bukan bermakna 2 sekolah yang lalu tidak istimewa, setiap sekolah ada keistimewaannya tersendiri. Seperti di sekolah kampung nangka, hubungan mesra antara guru-guru dan murid-murid mungkin tiada di sekolah lain. Itulah istimewanya setiap sekolah.



Berbalik kepada sambutan hari lahir tadi. Sambutan yang diberikan murid-murid bisa membuatkan seorang guru menitiskan air jernih tatkala murid-muridnya menghargainya di hari lahirnya. Terharu dengan kesungguhan murid-murid dan penghargaan yang diberikan. Aku bersama guru pelatih yang lain juga dijemput bagi memeriahkan majlis itu dengan sedikit alunan petikan gitar dan nyanyian oleh kami guru pelatih sempena majlis itu. Sempoi jer.. hehe..



Dan selama 3 minggu berpraktikum di sekolah itu, bermacam pengalaman yang diperolahi yang mungkin tidak dapat ditimba semasa menjalani praktikum pada 2 fasa yang lepas. Pengalaman yang sungguh berharga dalam menyiapkan diri sebagai seorang guru kelak. Seperti 2 minggu lepas, sekolah telah mengadakan aktiviti Larian Sihat dan secara tidak langsung setiap guru terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.



Aku sendiri pada asalnya ditugaskan untuk menjaga check point tapi pada hari berlangsungnya larian itu, aku sendiri turut serta bersama murid-murid berlari. Hehe.. bukannya apa, sebenarnya bagi memenuhi perlawaan guru penolong kanan ko-kurikulum yang mengajak aku turut serta dalam larian itu. Alhamdulillah.. dapat juga bersenam di pagi-pagi macam ni.. tetapi sebelum bermulanya larian, aku juga ditugaskan sebagai instructor untuk membuat sedikit regangan. Secara tiba-tiba sebenarnya arahan itu diberikan. So, aku buatlah yang mana patut. Senaman atau regangan sebenarnya penting sebelum memulakan sesuatu aktiviti sukan bagi memastikan otot badan atau sendi-sendi tulang kita tidak mudah mengalami kecederaan semasa menjalankan aktiviti. Itulah antara ilmu yang aku perolehi semasa menuntut di IPG dan telah aku aplikasikannya di sekolah. Terima kasih untuk pensyarah di jabatan PJ atas ilmu yang diberikan itu.

semua ikut cikgu yer...

bengkokkan badan ke kanan...

menemani pk ko berlari utk Larian Sihat 2011


Hari khamis ini, buat pertama kalinya selepas 4 minggu berpraktikum aku akan diselia oleh pensyarah pembimbingku untuk subjek matematik. Tetapi sebelum itu, aku juga akan diselia oleh guru pembimbingku untuk subjek minor aku iaitu bahasa inggeris. Maknanya 2 kali diobserve lah aku pada hari khamis ni.. huhu.. dan 2 RPH lah kena buat.. tapi Alhamdulillah, RPH matematik telah aku siapkan petang tadi untuk hari khamis ni, Cuma rph bi je x buat lagi. Tak tau nak cari idealah.. maklumlah, aku pun bukannya pandai sangat bahasa inggeris ni. Hehe.. tapi insya’Allah akan cuba lakukan yang terbaik untuk hari khamis ni.. esok? Esok pun ada 2 subjek kena ajar.. rph? Dah siap dah.. esok kena ajar pj dan juga bahasa inggeris.. petang esok? Ke sekolah lagi kot.. itulah kerja guru praktikum setiap hari sekarang, pagi ke sekolah, tenghari balik, petang ke sekolah pula.. macam-macam jurulatih dah jadi.. hehe.. tapi xpe, itulah pengalaman. Pengalaman yang berharga. Kerana pengalaman itulah guru yang terbaik..



Selepas hamper 4 minggu, hubungan kami guru pelatih dan juga warga sekolah semakin mesra. Kakak-kakak dan abang-abang semuanya ok dan sporting je. Dalam bilik guru tue macam-macam cerita yang di dengar, dari masalah pelajar hinggalah ke laman FB. Macam-macam. Jauh sekali bezanya dengan pengalaman semasa buat PBS dulu.. sangat-sangat jauh bezanya. Kalau buat PBS dulu, kehadirang guru pelatih mungkin kurang di ambil tahu oleh guru-guru, tapi bila praktikum ni, macam-macam citer yang dikongsi oleh guru-guru yang dah lama berkhidmat. Siap bagi nasihat lagi pada kami. Terima kasih akak-akak dan abang-abang guru.. hehe..



Gurauan dalam bilik guru… macam-macam.. siap nk buat menantu pun ada.. hehe.. dan ada juga nak jodohkan dengan ahli keluarga.. bertuah juga jadi cikgu ni.. hehe.. aku kena khitbah? Jeng3.. ingat perempuan je ke yang dikhitbah? Lelaki pun kena khitbah juga rupanya..(dalam erti kata lain disini ialah dirisik.. agar tidak menimbulkan kekeliruan oleh sesetengah pihak). Cerita khitbah.. biarlah cukup sampai disini.. to be continue lah nanti.. dalam proses lagi.. hehe…



Rasanya, setakat ini sahajalah untuk post kali ini. Insya’Allah ada masa, ruang dan peluang akan diupdate lagi..

Thursday, February 17, 2011

TErJaH!

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Terjah! apa yang terjah? Sape yang terjah?

Tak ada apa2 sebenarnya.. Saje nak cuba update blog ni. Dah lama rasanya tak terjah di blog ni. Agak sibuk sedikit. Cuti sempena maulidur rasul baru ni pun sibuk. Terpaksa pulang ke kampung kerana aku telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga selepas bulan lepas juga kehilangan seorang ahli keluarga.

Kematian.. itulah perkara yang pasti berlaku dalam hidup setiap insan.

Petang isnin lepas, lebih kurang pukul 2.45 petang, aku menerima panggilan daripada ibuku yang mengatakan ibu saudaraku semakin tenat. Ibu saudaraku yang rumahnya hanya 5 meter dari rumahku. Ibu ku kata mak cik ku semakin tenat dan dia menyuruh aku pulang untuk melawatnya. Pada ketika itu aku masih lagi berada di bandar jerteh selepas pulang dari sekolah. Maknanya aku tak balik ke kolej lagilah. Selesai urusan di jerteh, singgah makan sekejap.

Masa tengah menunggu pesanan, satu lagi penggilan yang aku terima daripaa ibu ku. Masa tengok siapa yang buat panggilan tu, aku dah macam rasa ada sesuatu yang dah berlaku. Dan jangkaan ku memang tepat. Mak cik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sekejap tadi. Innalillahiwainnailaihirajiuun...

Selepas sampai di kolej kediaman, aku membersihkan diri. Selesai menunaikan solat asar, aku bergegas pulang ke rumah. Sesampainya di perkarangan rumah, aku melihat ramai orang yang datang menziarahi mak cik aku. Anak-anaknya semuanya sudah pulang. Orang yang berada di dalam rumahku juga ramai. Maklumlah rumah pusaka peninggalan nenek aku. Jadi saudara-saudara yang datang dari jauh pastinya berehat di rumah ku itu.

Di rumah aku, ibu ku dan juga jiran-jiran tetangga sedang sibuk menyediakan makanan untuk hidangan ahli keluarga si mati. Maklumlah, anak-anak yang baru pulang dari jauh dan keletihan tidak menjamah sebarang makanan lagi dan sibuk menguruskan urusan jenazah. Aku sendiri tolong yang mana patut. Ahli keluarga terdekat seperti adik beradik si mati semuanya telah datang. Malah ahli keluarga yang lain juga datang menziarah. Ada juga mereka yang tidak aku kenal, maklumlah selama ini tak pernah berjumpa dan masa tu lah pertama kali berjumpa. Alhamdulillah.. ada hikmahnya..

Urusan memandikan jenazah di lakukan selepas maghrib dan jenazah disembahyangkan selaps isyak. aku pun turut serta dalam menyembahyangkan jenazah. alhamdulillah.. selesai solat, turut membantu mengangkat jenazah ke dalam van jenazah dan seterusnya di bawa ke tanah perkuburan. Dikebumikan betul-betul bersebelahan dengan kubur ibunya dulu iaitu nenek aku. Urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 10.30 malam. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. semoga roh ibu saudara bersemadi dengan aman dan sejahtera. dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan para solehah. ameen...

KEMATIAN!
Itulah yang bakal kita hadapi. Setiap insan akan merasai sakitnya mati. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan atau mungkin beberapa tahun lagi. Semuanya telah ditentukanNYA. Cuma kita sahajalah yang perlu sentiasa bersedia bagi menghadapinya.

KEMATIAN!
Kematian adalah benda yang paling dekat dengan kita. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja ajal menjemput. Saat nyawa terpisah dari jasad maka terputuslah semua amalan kita melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh.

p/s: sedikit yang menegur lebih baik dari banyak yang melalaikan..

Tuesday, February 8, 2011

Hanya Secebis 'kata-kata'

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah,
syukur aku panjatkan kepada Penciptaku kerana masih lagi memberi peluang dan kesempatan untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku di alam fana ini. Selawat serta salam sayang kepada kekasih hati yang selalu membuatkan aku menitiskan air mata jernih saat terkenang segala jasa dan pengorbanan baginda.

hmmm...
Tetiba ingin melontarkan sesuatu pada ketika ini.
Dalam kesibukan praktikum, masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate laman ini. Alhamdulillah...

Sekadar mengungkapkan beberapa patah kata yang terlintas di kotak fikiran ketika ini.. hehe
*
*
*
*
*
*
*
Bukan yang Pertama, tapi Biarlah yang Terakhir.
*
*
*
*
*
Bukan yang Terbaik, tapi Biarlah yang paling Sesuai.
*
*
*
Bukan yang Paling Cantik, tapi biarlah yang Terindah.




Mungkin ramai yang terfikir dan mencari makna tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata di atas. Tapi biarlah masing-masing tafsir dan taksir sendiri makna-maknanya mengikut kata hati dan akal fikiran.

Sekadar ingin berkongsi kata-kata tapi maknanya biarlah anda semua yang cari dan tafsir sendiri yer... hehe

*****

...alhamdulillah...
(sigh)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih