Sunday, April 24, 2011

Kerna Itulah TakdirNYA


Menelusuri langkah kehidupan
dalam mencari sebuah keabadian

demi satu penghidupan

untuk kecintaan yang abadi...



PILIHAN!
semoga apa yang terjadi kelak
adalah yang terbaik untuk diriku
dan juga seluruh keluargaku.


buat seseorang yang bakal menjadi ratu!

ketahuilah, saat kalam ini diukir untuk tatapan
kita belum pernah kenal antara satu sama lain
mungkin aku mengenali salah seorang ahli keluargamu
dan mungkin engkau mengetahui namaku.

namun, kita tidak pernah bersua muka...

apatah lagi bercakap sepatah kata sekalipun...

jauh sekali untuk bergayut di tengah-tengah malam saat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi..


hanya nama yang ku kenal...
laman sosial facebook menjadi perantara...
tidak kau paparkan gambarmu untuk tatapan umum...

gembira hati bila melihatnya...
alhamdulillah...

adakah ini yang terbaik?

adakah ini yang sempurna?

tidak!

tidak!

tidak!

tapi mungkin ini yang paling sesuai...



ingin membuat sebuah keputusan yang bakal menentukan kehidupan.

begitu sukar rasanya.

semoga dia adalah yang terbaik buat diriku walaupun dia bukan yang terbaik dan bukan paling sempurna.
paras rupa bukan menjadi ukuran tapi nilai insan yang menjadi kekuatan.


p/s:mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang pos kali ni tentang apa. ayatnya yg berbelit-belit. susah nk paham. hehe... biarlah penulis sahaja yang memahaminya.. sekadar luahan rasa di tengah malam.. =)

Tuesday, April 19, 2011

Ku Teruskan Langkahku...

Bismillahirrahmanirrahim..


Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA aku masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret secebis kata luahan perasaan di laman yang sudah lama ku tinggalkan terbiar kosong ini..



Ku mulakan kalam dengan ucapan bismillah tanda agungnya kalimah itu dalam memulakan semua amal perbuatan kita. Ku tuturkan assalamualaikum tanda kesejahteraan kepada semua pembaca yang sudi membaca kalam ini.



Selawat serta salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yang senantiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini.



Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…



Dalam kesamaran malam, aku mengambil sedikit ruang untuk bernafas dalam kesesakan yang tiada berpenghujungnya. Waktu yang berlalu begitu pantas tanpa aku sedari bahawa kini hanya tinggal kurang dari 2 minggu lagi aku akan menjalani praktikum terakhir di sekolah. Kesibukan di awal semester dulu kini semakin berkurang setelah beberapa kerja yang menggunung telah aku siapkan. Proposal untuk tesis aku semester depan telah aku hantar pada minggu lepas. Alhamdulillah.. setelah hampir 2 3 minggu aku hanya melelapkan mata 2 jam sehari ditambah pula dengan keletihan di waktu petang melatih murid-murid di sekolah aku praktikum bermain hoki. Alhamdulillah, keputusan yang diperolehi memuaskan. Melatih murid yang langsung tiada asas hoki sehingga mendapat tempat kedua, dan 3 orang terpilih mewakili zon untuk ke peringkat daerah dan seterusnya menjadi johan daerah. Gembira seorang guru melebihi murid-murid setelah berjaya melatih mereka semua. Alhamdulillah..



Dua minggu terakhir praktikum fasa tiga ku lalui seperti biasa. Masih lagi belum diobserve oleh pensyarah untuk kali terakhir kerna kesibukan pensyarahku itu. Maklumlah ada 6 orang anak yang terpaksa diobserve olehnya. Anak-anaknya yang lain pun belum diobserve lagi, agak-agaknya bila la nk merasai nikmat merdeka dari diobserve ni.. hehe.. sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa. Kadang-kadang langsung tidak ikut apa yang dirancang. Kerna apa yang penting bagi ku ialah pemahaman murid-murid terhadap tajuk yang diajar. Mungkin aktiviti yang dilakukan dapat menarik minat murid untuk belajar tapi jika hasilnya kosong tanpa pemahaman terhadap topic yang diajar, aku rasa ia hanya sia-sia sahaja. Kerana apa yang penting adalah pemahaman mereka terhadap topic yang diajar itu. Dan selama mana aku mengajar, Alhamdulillah menampakkan peningkatan mereka dalam matematik dimana markah matematik adalah paling tinggi di dalam peperiksaan yang dijalankan baru-baru ini. Gembira hati seorang guru melihat muridnya berjaya jika dibandingkan dengan murid itu sendiri.



Tahun terakhir bergelar pelajar @ guru pelatih di IPG banyak meninggalkan pengalaman untuk dikenang di kemudian hari. Hari-hari yang dilalui bersama rakan kini mungkin tidak akan berulang lagi bila masing-masing sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kelak. Begitu banyak kenangan yang tercipta di bumi ipg ini setelah 5 tahun menapak kukuh di sini. Bersama sahabat dan rakan dalam meneruskan hidup sebagai seorang hamba di bumi Allah.

Dalam aku melangkah menapak maju ke hadapan dalam mencari makna sebenar kehidupan, terkadang aku tersungkur, bangun dan bangkit kembali meneruskan langkah demi langkah dalam mencari erti sebuah penghidupan sebagai seorang hamba. Iman di dada bukan selalu meningkat, terkadang turun dan hanyut dengan kehidupan dunia sekarang. Itulah aku. Terkadang aku lalai dalam menghayati erti kehidupan seorang hamba ini. Oh Allah… hanya padaMU aku bersujud memohon petunjuk ke jalan yang lurus.. aku sedar, terlalu banyak khilaf telah aku lakukan sepanjang hidup ini. Aku lalai ya Allah.. aku berdosa padaMU.. terkadang aku lupa padaMU.. aku lupa akan seksa nerakaMU.. banyak dosa yang telah aku lakukan… tak tertanggung rasanya jasadku ini untuk menanggung segala seksaan dariMU.. ampunkan dosa hambaMU ini ya Allah..



Mencari sebuah cinta sejati dan hakiki. Dalam menggapai keredhaan dariNYA. Tiada cinta yang melebihi cintaNYA. Itulah cinta sejati. Itulah cinta hakiki.




p/s: terkadang apa yang diungkapkan tidak selari dengan apa yang dilakukan… ingatan untuk diri sendiri.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih