Thursday, October 18, 2012

Bakal Makmum Saya

Bismillahirrahmanirrahim...

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Sudah begitu lama saya menyepi dari dunia bloging ni.. Sibuk agaknya apabila sudah bekerja ni.. hehe.. Maklumlah penat bekerja ni lain skit dengan penat belajar. Hari-hari melayan karenah pelajar-pelajar comel saya (murid-murid tahun 1) hehe.. macam2 ragam dan macam2 perangai yang ada.. sabar je lah.. diorang hari2 kena marah, tp lepas kena marah sempat ag senyum2 tue.. nk marah lama2 pun x jadi.. hehe.. tengok muka comel mereka semua (bkn semua la comel sbb ramai yg comot) hahaha.. 

Dan sudah menghampiri penggal akhir persekolahan. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk menamatkan penggal persekolahan 2012. Maknanya sudah hampir setahun aku berkelana dan berbakti sebagai seorang guru di bumi Sarawak. Pengalaman pun semakin bertambah. ALhamdulillah.. Tapi makin nak cuti, makin banyak keje yang perlu diselesaikan dan dibuat.. dan 3 minggu terakhir ini, memang aku amat2 sibuk.. SPPBS, Kem Integriti, Ketua Guru rumah sukan, saringan LINUS, saringan Disleksia, Sistem Nilaian Sarawak dan yang terbaru, kena pergi kursus PBS di kapit pada 9 - 10 November 2012 sebagai guru matapelajaran Bahasa Malaysia.. apa?? sedangkan 7 November aku dah kena pulang! sape kata kerja cikgu mudah?? mai sini ganti tempat aku dulu, baru tahu 'mudah'nya jadi cikgu ni... 

Tapi bukan pasal kerja2 tu yg ingin dicalitkan di blog ni, tapi tentang majlis yang akan diadakan nanti.. hehe.. seminggu selepas bermulanya cuti sekolah.. InsyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusannya nanti.. insyaAllah, aku akan menamatkan status sebagai seorang 'bujang' nanti.. so di sini, aku ingin mengambil kesempatan untuk menjemput sesiapa yang mengenali diri ini untuk hadir ke Majlis Kesyukuran yang akan diadakan pada 18 November 2012 nanti. Beralamat di Kampung Padang Raja Melor, Kota Bharu, Kelantan. 

ini adalah kad pilihan aku.. tapi x dpt kelulusan dari pihak sebelah sana.. uhuk3

hasil akhir selepas beberapa kali diedit

inilah hasilnya selepas beberapa kali 'pencerahan' dibuat

Dan inilah hasil akhirnya yang dah diprint utk diedarkan kepada jemputan

p/s: semua kad tu adalah hasil kerja adik aku dan mengikut kehendak dan citarasa aku sendiri sepenuhnya.. hehe.. kenapa warna hitam? sebab nampak lebih ekslusif.. hehe.. tapi aku tetap suka kad yang 1st tue.. sbb tu lah kad idaman aku.. huhu.. 
jadi, sesiapa yg mengenali diri ini, dijemput untuk datang memeriahkan lagi majlis nanti yer.. =)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih