Showing posts with label Cerpen. Show all posts
Showing posts with label Cerpen. Show all posts

Friday, October 30, 2009

CiNtA...


Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah...

Alhamdulillah...

Allahukbar...


Untuk entry kali ni, aku hanya ingin berkongsi sebuah cerita. Mungkin dalam kalangan kita sudah membaca cerpen ini, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.


Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

*cinta agung ialah cinta pada ALLAH....

cinta suami isteri itulah yang lebih halal....bercinta atas dasar taqwa, keimanan dan mengharapkan redha dari Allah.....tak perlu bercouple (sebelum kahwin)...yakinlah akan jodoh pertemuan, ia pasti akan datang...

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru di ucapkan kepada semua guru dan juga bakal-bakal guru di IPGM seluruh malaysia.
Untuk post kali ini, aku hanya ingin berkongsi sebuah cerita mengenai pengorbanan seorang guru. Sila ikuti kisahnya di bawah...

BUDI SEORANG GURU

SEWAKTU aku memandang wajah pelajar itu, aku teringat luahan ibu, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.” Kata-kata itu dilafaz sewaktu aku dan kakak sulungku serentak berjaya melangkahkan kaki ke universiti.
Hari ini, aku benar-benar mengakui kata-kata ibu. Anak gadis itu menjadi bukti kata-kata ibu. Dulu, aku menganggap kata-kata itu keluhan semata-mata, tetapi hari ini aku benar-benar meyakini hal itu.
“Maaf cikgu, saya masih belum dapat bayar. Bapa minta saya sampaikan salam pada cikgu dan dia minta tangguh bayaran itu hingga ke bulan hadapan.”
“Faizah, sepatutnya tarikh akhir bayarannya adalah seminggu lagi. Saya sepatutnya menyerahkan yuran SPM ini pada akhir minggu ini.” Aku mengeluh sambil menangkap anak mata jernih Faizah.
“Saya tahu cikgu, tetapi bapa berjanji dia akan melangsaikan akhir bulan ini.” Wajahnya mengharap simpati.
Aku mencongak-congak akhir bulan itu. Hari ini baru awal bulan. Lebih kurang tiga minggu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala.
“Baiklah, awak balik dulu. Saya akan usahakan nanti.” Aku menyandar dan kata-kata ibu menyerkap benakku.
Faizah beredar dari bilik guru itu. Cikgu Hilwana datang menghampiriku.
“Mengapa?” Tanya cikgu lepasan UKM itu. Wajahnya ghairah untuk mengetahui.
Aku tersenyum melihat kerut pada dahi Cikgu Hilwana. Setiap kali ada pelajar perempuan yang datang berbual-bual denganku, pastilah dia tidak segan-silu bertandang ke mejaku. Adakah wanita itu cemburu melihat kemesraanku dengan pelajar perempuan? Atau yang lebih tepat adakah wanita itu menaruh hati padaku?
“Mengapa?” Aku ingin menduga perasaannya. Dia mengerut dahinya lagi. “Mengapa mengapa?” Dia kebingungan. “Mengapa cikgu tanya?”
“Oh, tidaklah. Saya pernah mengajar Faizah. Sejak tingkatan dua lagi. Waktu PMR dia bermasalah kewangan sehingga terlambat membayar yuran peperiksaan. Lewat sebulan dari tarikh yang dijanjikan.” Cikgu Hilwana mengukir senyuman. Senyuman itu untuk akukah? Atau ada kilasan sindiran?
Aku malu sendiri kerana menyangka bukan-bukan. Namun, tindakannya benar-benar ghairah bertanyakan urusan aku, menimbulkan takjub juga.
“Sekarang masalah sama?” soal Cikgu Hilwana apabila tidak mendapat respons daripadaku.
Aku mengangguk-angguk. Aku terdiam seketika seolah-olah menunggu respons lagi daripada Cikgu Hilwana. Guru-guru lain keluar masuk, sepintas lalu melihat kami berdua. Tentulah pada pemikiran mereka sudah berbunga sangkaan bukan-bukan. Mereka tahu, Cikgu Hilwana berusaha untuk mendekati aku sedangkan aku sendiri melayan Cikgu Hilwana biasa sahaja. Biarkan mereka dengan sangkaan itu.
“Dulu macam mana yang cikgu buat?” Aku cuba mengorek sejarah Faizah apabila Cikgu Hilwana terdiam. Barangkali, dia agak malu apabila hanya dia sahaja yang bercakap. Tentulah, diakan masih seorang anak gadis.
“Saya terpaksa tangguhkan dulu pembayarannya. Saya cadangkan dahulukan duit saya, tetapi dia berkeras menolak. Katanya, bapa melarang menerima duit daripada orang lain,” jelas Cikgu Hilwana dengan suara separuh berbisik seperti kata-katanya sebentar tadi rahsia besar.
Aku tahu mudah benar mengorek rahsia daripada cikgu perempuan ini. Mulutnya tidak lokek untuk memberitahu orang tentang rahsia yang berlaku di bilik guru ini, dan juga rahsia yang berlaku di sekolah ini. Lebih-lebih lagi kepadaku. Aku tersenyum lagi.
“Mengapa sampai begitu sekali?”
Cikgu Hilwana mengangkat bahu dan dia tersenyum. Senyuman itu seolah-olah menggoda. Aku meminggirkan perasaan itu. Cikgu Hilwana kembali ke mejanya.


Aku memasukkan duit ke dalam sampul surat. Sampul itu aku letakkan dalam buku Faizah. Sewaktu aku berbuat demikian, kata-kata ibu terngiang-ngiang di telinga, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.”
Tidak lama kemudian, Faizah datang mengambil buku-buku latihan kelasnya. Dia mampir ke mejaku dengan keadaan malu alah. Dia masih belum dapat membayar yuran walaupun masa yang dijanjikan sudah berlalu.
Setelah Faizah beredar dari bilik guru, aku menunggu-nunggu kedatangannya seolah-olah bersiap sedia untuk menerima kembali pulangan daripada Faizah. Seolah-olah aku yakin dia akan menolak pertolongan aku ini. Dan sebenarnya aku sendiri mengharapkan dia memulangkan kembali wang itu supaya perancangan aku untuk bertemu bapanya berjaya.
“Apa yang cikgu senyum-senyumkan itu?” Siapa lagi, kalau bukan Cikgu Hilwana yang menegurku. Aku tersengih sambil menggeleng.
“Macam mana? Faizah sudah membayar yurannya?” Tanya Cikgu Hilwana dengan senyuman tetap menggoda. “Setakat ini belum lagi. Tunggulah nanti, saya yakin dia dapat melangsaikan juga bayarannya.” “Kalau sudah tidak mampu, elok berhenti sekolah sahaja. Orang macam dia tu bukan payah nak cari kerja. Rupa ada. Lebih elok terus dikahwinkan.” Luah Cikgu Hilwana dengan nada jengkel. Aku tidak tahu ke mana jengkelnya tumpah.
Aku terdiam. Kata-kata itu bagaikan petir yang membelah bumi. Bagiku, kata-kata itu tidak sepatutnya diucap seorang pendidik seperti Cikgu Hilwana. Tiba-tiba perasaan benci mula mendadak menyerang diriku. Cikgu Hilwana tidak patut mengatakan demikian.
“Kalau golongan pendidik macam kita pun beranggapan begitu, alahai, macam manalah masyarakat kita hendak berubah.” Sindirku sambil mengambil buku dan berpura-pura memeriksa.
Cikgu Hilwana terkesan dengan sindirian tersebut. Dia meninggalkan aku keseorangan. Biarlah, biarlah hatinya terasa pada hari ini. Esok lusa nanti dia akan mengerti bahawa golongan pendidik tidak sepatutnya meletakkan wang setaraf dengan pendidikan. Dua benda saling berkait tetapi tidak harus dikembarkan.


Pagi itu, lewat daripada yang aku jangkakan, sewaktu aku sampai ke bilik guru, Faizah sudah tercegat menantiku. Aku tidak menghiraukannya, terus masuk dan duduk.
Faizah mendekati mejaku. Perlahan, dia meletakkan sampul surat. Dia memulangkan duit pemberianku.
“Bapa sampaikan ucapan terima kasih. Bapa pohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bayaran. Bapa kata lebih baik saya berhenti daripada terhutang budi.”
Kata-kata itu bagaikan halilintar membelah bumi. Lebih pedih daripada kata-kata Cikgu Hilwana semalam. Aku mengesan ego seorang bapa dan aku memerhati pilu seorang anak.
Mata Faizah berkaca. Seperti terlupa untuk mengucapkan salam, dia lari dari situ.
“Faizah! Saya perlu jumpa dengan bapa kamu.” Aku bangkit sehingga kerusi terdorong ke belakang dan jatuh.
Faizah terhenti dan tersentak. Dia menggeleng-geleng kepala.
“Tidak perlu. Saya sudah menghantar surat berhenti sekolah kepada pengetua pagi tadi. Saya hanya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan cikgu.” Suara Faizah tersekat-sekat dan matanya berkaca. Aku tahu dia sebak.
“Tetapi…” Faizah berlari dari situ. Guru-guru yang lain terkejut dengan drama pagi itu. Masing-masing melontarkan pandangan ke arah aku. Cikgu Hilwana juga memandangku tajam. Aku tidak tahu maksud pandangan itu, cemburu atau mengejek atau barangkali simpati?


Hari itu aku gagal mengesan Faizah. Benarlah, dia sudah berhenti sekolah. Aku bertemu dengan pengetua. Dia sendiri gagal untuk memujuk Faizah meneruskan persekolahan. Namun, aku merasakan pengetua sendiri tidak ikhlas memujuk Faizah. Yang penting, Faizah belum berdaftar untuk SPM dan apa-apa terjadi, keputusan SPM sekolah tidak akan terjejas. Aku memandang jueh pandangan pengetua sebegitu. Namun, aku tidak menyanggahnya. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Cuma aku berjaya mendapatkan simpati pengetua menunda surat berhenti sekolah itu.
Akhirnya, aku memberanikan diri ke meja Cikgu Hilwana; suatu tindakan yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Barangkali, Cikgu Hilwana berbangga dengan kejadian itu. Cikgu Hilwana merenungku, seperti yang aku selalu buat apabila dia mampir ke mejaku.
“Cikgu, saya mahu minta tolong.” Aku memandangnya dan mencari simpati pada wajah putih bersih itu.
Cikgu Hilwana tersenyum, senyuman kemenangan. “Apa dia?” Dia merenung tajam sehingga pandangan kami saling bertaut. Aku melihat air matanya jernih. Sinar apakah itu? “Bawa saya ke rumah Faizah. Pelajar-pelajar saya seorang pun tidak pernah ke rumah Faizah. Tetapi mereka kata cikgu pernah sekali dulu ke sana.” Aku menolak getaran di dada.
“Cikgu benar-benar mintakah?” tanya Cikgu Hilwana sambil melebarkan senyuman.
Kalaulah tidak kerana aku ingatkan Faizah, nescaya aku meninggalkan guru perempuan itu sekarang juga. Soalannya bagaikan satu isyarat kemenangan besar baginya. Kemenangan untuk menundukkan keegoanku selama ini. Namun, biarlah aku tebalkan muka pada hari ini. Kata-kata ibu semakin kuat kedengaran di gegendang telinga.
“Ya. Hanya cikgu yang dapat menolong saya.” Aku mengetap bibir seperti menyatakan kekalahan. “Baiklah. Malam nanti cikgu ambil saya di rumah.” Cikgu Hilwana akur dengan pandangan lembut. Sinar matanya persis pandangan ibu.
“Tetapi mengapa malam?” Aku kaget. “Mengapa? Cikgu takut kena tangkap basah?” Gurauan Cikgu Hilwana menakutkanku. Aku pura-pura tersenyum.
“Dengan orang yang secantik cikgu, tentulah bimbang!” Biarkan aku mengusik begitu sehingga dia benar-benar ingin menolongku.
Cikgu Hilwana tersenyum. “Ayahnya hanya ada di rumah pada waktu malam. Kalau kita pergi petang begini, alamak kita terpaksa menunggu di tepi pantailah. Cikgu tentu tidak mahu ‘berkelah’ dengan saya,” rajuk Cikgu Hilwana. Mulutnya memuncung.
Aku meninggalkan Cikgu Hilwana selepas mengucapkan terima kasih. Biarkan Cikgu Hilwana berbunga-bunga hatinya mengenangkan kemenangan itu. Apalah sangat kekalahan itu berbanding kemenangan mengembalikan Faizah ke alam pendidikan. Kata-kata ibu masih keras di telinga.


Aku dan Cikgu Hilwana sampai ke rumah itu setelah hari benar-benar gelap. Rumah itu bukanlah benar-benar sebuah rumah dalam pengertian yang sebenar. Dindingnya adalah daripada papan lapis yang sudah terlalu uzur dan lama. Malah, sudah pun didiami oleh bubuk kayu. Warnanya sudah kelabu kehitam-hitaman. Atap rumah itu diperbuat daripada anyaman daun rumbia kering yang aku kira sudah bocor di sana-sini. Rumah itu terlalu dhaif, sepatutnya sudah tidak ada ketika Malaysia berkira-kira mahu menjadi negara maju.
Seorang lelaki berada di muka pintu rumah. Dia sudah lama di situ kerana jalan yang becak dan berlopak-lopak yang masuk ke situ hanya menuju ke rumahnya sahaja. Sudah tentulah dari jauh lagi, dia sudah menyedari kedatangan kami.
Aku memberi salam dan menyebut namanya. Pak Samad termangu-mangu kerana aku mengenali namanya. Masakan tidak, aku guru kelas anaknya [bekas guru kelas sebenarnya].
“Saya Cikgu Azmi, guru kelas Faizah. Dan ini Cikgu Hilwana.” “Oh. Faizah selalu bercerita tentang Cikgu Azmi.” Pak Samad angguk berpuas hati. Aku menjeling Cikgu Hilwana, dia melirikkan pandangan ayu itu. Aku mengesan cemburu pada sinar itu. Ah, wanita ini!
Aku naik ke rumahnya. Ruang tengah rumah itu hanya berbilik satu. Itu pun bilik itu dibentuk oleh kain yang sudah uzur dan berlubang di sana sini. Rumah itu hanya berpelita minyak tanah, tidak ada kemudahan elektrik. Aku terkedu dalam negara sibuk membincangkan Wawasan 2020, masih ada rumah tidak dilengkapi kemudahan asas itu.
“Saya datang ni untuk berbincang pasal Faizah.” Aku memulakan bicara. Pak Samad mengisarkan punggungnya. Aku lihat air mukanya berubah. Barangkali dia tidak senang hal anaknya dibangkitkan.
“Maaflah cikgu. Saya terpaksa berhentikan Faizah. Adik-adik dia tu ramai lagi. Dengan tulang empat kerat ni, saya tak berdaya untuk menyekolahkan Faizah.” Suara itu sebak. Namun, aku tahu Pak Samad tidak akan menangis kerana dia seorang yang ego.
“Tapi bukanlah waktu sekarang. Tahun ni Faizah akan SPM. Dia ada potensi untuk berjaya dan melangkah ke universiti. Rugilah kalau kemampuannya itu disia-siakan.”
Suasana senyap sunyi. Hanya berbunyi cawan bertingkah di dapur. Barangkali Faizah dan ibunya sibuk di dapur. Tidak lama kemudian, Faizah keluar dari balik tabir menantang dulang. Dia menghidangkan air teh.
“Maaflah cikgu, teh kosong sajalah. Minumlah.” Wajah Faizah pilu. Perbualan kami terganggu. Aku mengangguk-angguk. Aku menghirup teh wangi itu. Suasana sunyi seketika ketika kami menikmati teh panas pada malam yang dingin itu. Aku tidak tahu sama ada Cikgu Hilwana, anak kota kosmopolitan betah berada begitu.
“Bukan saya tak tau cikgu. Tapi apa yang saya nak buat, kami ni orang miskin. Tak terdaya nak menyekolahkan semua anak-anak kami. Biarlah setakat sekolah menengah sahaja, cukuplah. Bolehlah nanti Faizah kerja kilang.” Ternyatalah Pak Samad masih berkeras.
“Saya sanggup dahulukan wang saya untuk yuran SPM Faizah.”
Kata-kataku itu membuatkan Pak Samad tersentak. Wajahnya mula berubah menjadi tegang. Dia tampak kurang senang apabila aku menimbulkan soal wang itu. Benarkah Pak Samad terlalu ego?
“Maaflah cikgu. Saya tak dapat terima budi cikgu.” Tolak Pak Samad dengan suara sedikit keras.
“Tetapi mengapa? Saya ikhlas pak cik.” Aku tidak mahu masa depan Faizah musnah hanya kerana ego seorang bapa. Cikgu Hilwana hanya mendiamkan diri.
“Dua orang kakaknya terpaksa saya kahwinkan kerana terhutang budi, Cikgu…”
Pak Samad sebak. Faizah tunduk. Barulah rahsia keegoan seorang bapa terlerai malam ini. Rahsia yang tidak berjaya disingkap Cikgu Hilwana, tidak juga pengetua, dan tidak juga cikgu-cikgu yang lain.
“Kerana menerima budi orang lain dan tidak dapat membalas budi tersebut, mereka meminta anak-anak saya. Dua orang kakaknya sudah hilang daripada keluarga kami. Hilang dan tak akan kembali. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang lagi pada Faizah. Biarlah dia begitu daripada…”
“Pak cik seperti meragui keikhlasan saya.” Aku tidak sepatutnya mengucapkan demikian. Cikgu Hilwana merenungku bagaikan mahu menyatakan aku silap. Biarlah, seorang bapa yang ego perlu diajar begitu.
“Maaf cikgu. Saya terpaksa berhati-hati.”
Aku mengeluh. “Pak cik fikir saya menaruh hati pada Faizah?” Desak aku meneruskan keterlanjuran bicara.
Pak Samad merenungku. Aku bagaikan mengerti renungan itu bagaikan menduga keikhlasanku. “Dari cara Faizah bercerita cikgu mengambil berat tentang dirinya, pelajarannya, saya tidak dapat menolak kemungkinan itu. Apatah lagi cikgu masih belum kahwin dan muda lagi.” Pak Samad nyatalah berterus-terang. Aku senang begitu.
“Saya mengambil berat atas dasar saya gurunya dan dia pelajar.” Sangkalku dengan suara lembut.
“Tetapi mengapa dilebihkan Faizah?” Sanggah Pak Samad. Dia mengetap bibir. Nyatalah keraguannya terlalu tebal. Prasangkanya terlalu hebat.
“Kerana Faizah mempunyai potensi untuk cemerlang. Malangnya, Faizah tidak berkemampuan. Sebab itulah saya melebihkan tumpuan kepada Faizah. Pelajar saya yang lain juga berpotensi, tetapi mereka mampu mendapatkan kemudahan. Tidak Faizah.” Biarlah malam itu menamatkan keraguan dan prasangkanya.
“Saya… saya…” Pak Samad hilang kata-kata. Barangkali, dia terkedu dengan keraguannya sendiri.
“Lagipun, saya dan Cikgu Hilwana sudah merancang untuk berkahwin!”
Bukan sahaja Pak Samad dan Faizah yang terkejut, bahkan Cikgu Hilwana sendiri tersentak. Mujurlah wanita itu dapat mengawal diri.
“Benarkah cikgu?” Pak Samad menghalakan pertanyaannya kepada Cikgu Hilwana. Cikgu Hilwana terkejut. Dia mengatur bicara.
“Ya… ya… kami merancang untuk berkahwin bulan depan.”
Kali ini aku pula yang terkejut dengan keterlanjuran Cikgu Hilwana. Apabila aku mengalih pandangan ke arah Cikgu Hilwana, wanita itu tersenyum. Barangkali mahu menghukum aku atas keterlanjuran tadi. Nampaknya, kami saling berperang antara satu sama lain. Atau mungkinkah kami saling bertarik-tali? Namun, aku tidak ada pilihan lain untuk meyakinkan Pak Samad selain daripada mengakui perhubungan dengan Cikgu Hilwana.
Pak Samad kelihatan mengendur. Aku mengesan keraguannya semakin terhakis. Dia menatap wajah Faizah, bagaikan melihat kesayuan yang ada pada anaknya itu.
“Biarlah, buat sementara waktu ini, andainya Pak Samad tidak keberatan, kami berdua menanggung perbelanjaan Faizah. Awal perkahwinan kami pastinya tidak menggunakan wang yang banyak. Sempatlah kami menanggung Faizah sehingga Faizah melanjutkan pengajiannya di universiti nanti. Di universiti nanti, sudah disediakan kemudahan pinjaman wang.” Aku memandang wajah Pak Samad yang serba-salah itu. Biarlah juga keterlanjuran kata-kata itu, aku panjangkan lagi untuk menundukkan keegoan Pak Samad, menyelamatkan masa depan Faizah dan menguji Cikgu Hilwana.
Pak Samad mengangguk-angguk kecil. Aku yakin, usahaku pada malam itu telah berjaya. Tentunya dengan pertolongan Cikgu Hilwana.
“Kami minta diri dulu. Tak elok kalau saya hantar Cikgu Hilwana lewat malam. Walau sudah bertunang, tentu masih tidak manis.” Ujarku menduga Cikgu Hilwana. Cikgu Hilwana tersenyum mengiyakan. Namun, aku kira pandangannya seperti mahu menerkamku.
Pak Samad mengangguk buat kesekian kalinya. Anggukan yang bagiku sudah cukup memberikan kemenangan kepadaku.
“Surat berhenti yang Faizah serahkan kepada pengetua ada di tangan saya. Kalau Faizah ke sekolah esok, dan saya berharap benar-benar Faizah ke sekolah esok, maka surat itu saya akan lupuskan.” Tambahku ketika bersalam dengan Pak Samad.
“Terima kasih cikgu.” Ucap Pak Samad dengan suara yang kendur. Faizah hilang bicara. Matanya berkaca, lalu pecah berderai tangisan dalam diam. Aku kira air mata itu adalah ucapan terima kasih yang tidak ternilai.
Sewaktu dalam kenderaan, Cikgu Hilwana tersenyum. “Benarkah?” dia bertanya. Aku ketawa berdekah-dekah. Cikgu Hilwana bungkam.


“Kepujian kelas pertama, Jurusan Kejuruteraan Elektrik, Faizah binti Abdul Samad.”
Faizah naik ke pentas. Hari ini, Faizah sudah bergelar graduan. Aku terngiang-ngiang kata-kata ibu, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.”
Aku duduk di kerusi tersenyum. Barangkali kata ibu benar, tetapi nyatalah aku membuktikan bahawa manusia juga memerlukan budi untuk mendapatkan pendidikan! Aku meraih tangan isteriku, Hilwana. Isteri yang aku dapati sewaktu aku cuba memberikan budi dengan ikhlas kepada Faizah. Barangkali, Cikgu Hilwana adalah hadiah yang paling awal aku terima sebelum aku sempat berbudi kepada Faizah!

Sunday, December 14, 2008

Amir Syuhada

Untuk pertama kalinya ia menumpahkan airmata kesedihannya saat usianya belum genap sepuluh tahun. Saat itu, di depan matanya ia menyaksikan kedua orang tuanya dan ratusan ribu bangsanya diusir dari Deir Yasin. Itulah saat pertama ia mengenal langsung kekejaman Yahudi yang selama ini hanya didengarnya dari cerita ibunya, dan saat itu pula tergambar bayang-bayang penderitaan bangsanya Kemudian tangis kesedihan itu menerpanya, ketika Irgun membawa satu persatu orang-orang tercintanya tanpa pernah lagi kembali. Saat ia melepas suaminya pada perang Ramadhan (1973), saat itu Amir, putra mereka, baru saja melewati satu tahun usianya. Amir masih terlampau kecil untuk memahami, ketika suatu senja seseorang datang mengabarkan kesyahidan ayahnya.
Sudah terbayang masa depan hidupnya, seorang janda dan seorang bayi di tengah penindasan Yahudi. Saat itu tidak ada yang ingin dilakukannya kecuali menangis. Tapi tidak, dia tidak melakukan itu. Saat itulah ia memulai tekadnya untuk tidak ingin menambah kegembiraan orang-orang Yahudi dengan airmata kesedihannya. Lebih dari itu ia tidak ingin mengajari Amir menjadi pemuda yang lemah. Dan sejak saat itu pula, setiap belur kesedihan yang menerpa, digubahnya menjadi senandung-senandung jihat yang dia bisikkan ke telinga Amir, hingga memenuhi rongga dada anaknya. Dia masih bisa bertahan untuk tidak menagis saat pembatain Taal el-Zatar ataupun Sabra Shatila yang menghabisi kerabatnya yang tersisa. Masih disisakan sedikit harapan dalam dirinya demi seorang Amir putra tercintanya. Dia tidak ingin menyiai-nyiakan warisan paling berharga dari suaminya itu. Sekian tahun ia telah membendung tangis itu, tapi tidak untuk hari ini.
Kata-kata pemuda tanggung dihadapannya telah menjebol kekokohan benteng pertahanannya. Dicubanya untuk mengelak dan memujuk hatinya, bahwa yang didengarnya beberapa minit yang lalu hanyalah mimpi. Tapi sosok di depannnya teramat nyata untuk ia ingkari. Amir syuhada, pemuda tanggung didepannya itu, putra satu-satunya, kembali mengulang kata-katanya, "Bunda, ijinkan ananda pergi berjihad. "Suara itu terdengar lembut dan penuh harap, seperti lima belas tahun yang lalu ketika Amir kecil meminta baju buat berhari raya. Tapi suara itu kini memendam sebuah tekad dan keberanian, dan dia tahu bahwa dia tak'kan mungkin sanggup menahan gelora itu. Wanita tua itu menarik nafas panjang menahan isak yang satu persatu saat keluar. Serasa masih terngiang di telinganya 23 tahun yang lalu, kalimat senada diucapkan suaminya. Dengan berat hati dilepasnya kepergian suaminya. Ia masih menyimpan sedikit harapan bahwa suaminya akan kembali, meski kenyataan yang terjadi tidaklah sesuai dengan apa yang diharapkannya. Tapi kali ini hatinya teramat berat, karena ia tahu benar apa yang dimaksud dengan kata "jihad" oleh Amir anaknya. Baru dua hari yang lalu Amir dengan bersemangat bercerita tentang kawan-kawannya yang syahid dalam aksi bom syahadah. Itu artinya, ia harus mengubur seluruh harapan akan kembalinya putranya dengan selamat, bahkan sepotong tubuhnya sekalipun.
"Amir Syuhada" (pemimpin para syahid), perlahan diejanya nama putranya. Nama yang diberikan oleh suaminya. Nama yang menyimpan sebuah cita-cita amat dalam. "Aku tidak berharap dia menjadi orang terkenal di dunia karena memimpin sebuah angkatan perang, tapi aku ingin dia menjadi orang terkenal di akhirat karena memipin rombongan syuhada. Dia harus menjadi orang yang pertama menyambut setiap kali kesempatan jihad itu datang," begitulah harapan suaminya. Betapa cepat perjalanan hidup. Betapa cepat harapan-harapan berganti. Seminggu yang lalu, Amir dengan malu-malu mengungkap keinginannya untuk mengakhiri masa lajangnya dengan membina sebuah rumah tangga. Ya, Amir ingin menikah. Sudah terbayang seorang gadis cantik menjadi menantunya, bahkan sudah terbayang pula cucu-cucu yang akan meramaikan rumah gubuknya ini. Namun kehendak ternyata berkata lain. Bukan perlengkapan nikah yang dibawa pulang putranya hari ini. Tapi sepotong baju khusus dengan kabell-kabel di sana sini dan beberapa bungkusan aneh yang baru kemudian ia tahu berisi bom. Isaknya mulai terdengar saling memburu. Begitupun cairang bening di matanya dibiarkannya mengalir, tanpa usaha lagi untuk menahan. Amir pun terdiam mematung. Baru ketika ibunya mulai tenang, diraihnya tangan keriput itu dan digenggamnya penuh perasaan sambul berucap, "Bunda, ananda lakukan ini karena ananda ingin mewujukan apa yang selama ini menjadi do'a bunda terhadap ananda."
Sekilas wanita tua itu terhenyak mendengar penuturan anaknya, tapi ia tetap diam tak menyahut. Amir melanjutkan ucapannya, "Bukankah bunda yang setiap malam berdo'a agar ananda menjadi anak yang sholeh? Inilah ananda yang berusaha mewujudkan harapan bunda. Bukankah bunda selalu menasihati ananda untuk senantiasa istiqamah memegang panji da'wah ini, dan senantiasa memenuhi hidup dengan jihad dan pengorbanan? Menegakkan kalimat tauhid, melindungi kaum yang lemah, membela kebenaran dan keadilan? Bukankakah bunda selalu mengingatkan bahwa kemanisan iman hanya dapat dirasakan oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya, bahwa bahagia hanya dapat dirasakan oleh orang yang berjuang membela kebenaran dan keadilan, bahwa kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan pada pejuang yang telah berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan, bahwa ketabahan dan kesabaran berjuang hanya akan diberikan pada mu'min yang mendekatkan dirinya kepada Allah? Bukankah bunda yang berulangkali mengatakan hal itu? Inilah ananda Amir yang berusa menjalankan nasihat Bunda."
Amir mencoba untuk tetap tersenyum, sambil tangannya menggenggam telapak tua ibunya. Dulu ketika masih kecil ia suka merengek dan menarik-narik tangan itu jika menginginkan sesuatu. "Tapi aku tidak berdo'a agar kamu mati," perlahan ibunya bereaksi. Dan masih dengan tersenyum Amir berucap, "Bunda...," dengan gaya merajuk Amir menyebut ibunya dan melanjutkan ucapannya, "siapa yang mau mati?" Bunda tentu masih ingat, bagaimana ketika ananda masih usia 7 tahun. Jika ananda menangis, Bunda selalu menghibur dengan cerita tentang kepahlawanan ayah, tentang keberanian ayah dalam setiap medan tempur, tentang kisah kesyahidan ayah, dan bunda selalu mengakhirinya dengan membaca ayat, Janganlah kamu mengira bahwa mereka yang terbunuh di jalan Allah itu, namun sesungguhnya mereka itu hidup di sisi Rabbnya dengan mendapatkan rizki. Bunda, ananda berjihad bukan untuk mati, tapi ananda berjihad untuk syahid, untuk kehidupan yang lebih abadi." "Tapi tidak dengan bunuh diri," ibunya menukas. "Bunuh diri? Siapa yang mengatakan itu pada Bunda," terdengar nada bicara Amir meninggi, ketika sadar dengan siapa ia bicara, kembali Amir melunakkan suaranya sambil mengulang pertanyaannya. "Siapa yang mengatakan itu pada Bunda?" tanpa menunggu jawaban, Amir melanjutkan, "Bunda.., Bunda tentu masih ingat ketika ananda masih kecil, bunda yang selalu mengiring tidur ananda dengan senandung jihad. Bunda yang menanam benih-benih keberanian itu dalam rongga dada ananda, Bunda yang telah menyalakan api revolusioner itu dalam jiwa ananda. Kini antarkanlah ananda pergi ke medan jihad dengan senandung itu, iznkan ananda membakar kesombongan Yahudi dengan api itu. Bunda, masih ingatkah Bunda akan senandung Khubaib bin Ady ra. sesaat menjelang digantung orang-orang kafir Quraisy?
Sekiranya Allah menghendaki keberkahan
Dengan menghancurkanlumatkan tubuhku
Aku tak peduli, asal aku mati sebagai Muslim
Untuk Allah-lah kematianku pasti.
"Sunggu Bunda, jika tegaknya kalimat Allah di bumi ini harus dibayar dengan cabikan- cabikan tubuh ananda, ananda tidak akan pernah mundur. Bunda pula yang berkisah tentang kepahlawanan Ikramah dalam perang Yarmuk, ketika ia berseru, "Siapa yang sedia berjanji setia kepadaku untuk mati?" Kemudian 400 mujahidin serentak menyambutnya, dan mereka tidak mundur sejengkal pun sampai menemui kesyahidan. Inikah yang hendak bunda katakan bunuh diri...? Tidak Bunda, ananda telah menjual diri ini pada Allah, biarkan ananda menepati janji." Sejenak ruang itu hening. Isakan wanita tua itupun sudah lama reda, hanya genangan bening yang masih tersisa di sudut matanya. Meski tanpa harap, dicobanya untuk terakhir kali membujuk putranya, seperti mengingatkan ia bertanya, "Bukankah beberapa waktu lalu kau telah berniat untuk menikah?" Masih dengan senyumnya, Amir menjawab, "Bunda, sekian lama ananda belajar tentang arti sebuah cinta. Dan ananda telah menemukan, bahwa cinta yang tertinggi hanyalah untuk Allah. Sekian lama ananda memendam rindu untuk bertemu Allah, dan saat ini kesempatan itu telah datang. Sungguh Bunda, ananda tidak ingin kehilangan kesempatan." Diucapkannnya kalimat terakhir dengan anda tegas. Wanita tua itu kembali menarik nafas panjang. Ditatapnya pemuda tanggung di hadapanya, seakan dia ingin memastikan bahwa pemuda di hadapannya itu benar-benar Amir anaknya. Dia sebenarnya sudah menyadari sejak lama, bahwa saat-saat seperti ini pasti akan terjadi. Dia pun tahu tak seharusnya mencegah maksud putranya. Amir bukan lagi bocah kecil yang bisa dijewer telinganya kalau nakal, atapun dibujuk dengan sepotong kue agar tidak menangis. Amir kini telah tumbuh menjadi pemuda dewasa, bahkan mungkin terlalu dewasa untuk pemuda seusianya. Dia tahu bahwa kata-kata yang diucapkan Amir benar adanya. tapi dia merasa begitu berat untuk membujuk naluri keibuannya. Sejak Amir terlibat dengan berbagai aktivitas HAMAS, dia sebenarnya telah berusaha mencoba meyakinkan hatinya, bahwa Amir bukanlah miliknya. Benar, ia telah melahirkannya, memberinya kasih sayang, tapi ia sama sekali tidak berhak mendiktekan keinginannya. Benar ia telah memerikan rumah bagi raganya, tapi tidak pada jiwanya, karena jiwanya telah menjadi penghuni rumah masa depan yang kini tengah dirisaukannya. Amir telah menjadi milik zamannya, sejarahnya dan tantangannya.
Dia hanyalah sebatang busur, dan Amir adalah anak panah yang meluncur. Sang Pemanah Maha Tahu sasaran bidikan keabadian. Direntangkan-Nya busur itu dengan kekuasaan-Nya hingga anak panah itu melesat jauh dan cepat. Meliuk dalam suka cita dalam rentangan tangan Sang Pemahan. Sang Pemanah mengasihi anak panah yang melesat laksana kilat, sebagaimana pula dikasihi-Nya busur yang mantap. Dia seharusnya gembira, 24 tahun ini mendapatkan kesempatan menyertai perjalanan sejarah Amir. Dia seharunya bangga karena benih yang ia tanam lewat senandung- senandungnya telah tumbuh subur, dan kini saatnya berbuah. Tidak , dia tidak boleh terbawa perasaannya. Dia tidak boleh menghalangi buah yang telah ranum untuk dipetik. Di tatapnya wajah pemuda di hadapannya, sungguh tampan dan bercahaya, persis wajah asy-syahid suaminya. Sorot matanya tajam, menyimpan semangat yang bergelora. Sama sekali tak ditemukan keraguan di sana.
Perlahan tangan keriputnya meraba wajah itu. Wanita tua itu mencoba untuk tersenyum, yah, dia harus ikhlas. Dengan suara bergetar dia berkata, "Pergilah anakku, jangan kau cemaskan bunda. Simpan kesedihan dan derita bunda di kedalaman jiwamu. Jangan kau pergi jika masih ada setitik dendam, bersihkan niatmu hanya untu meraih ridha Allah. Pancangkan tinggi-tinggi panji tauhid di bumi ini. Kalau memang hanya dengan cabikan tubuhmu ia akan tegak, bunda merelakanmu. Pergilah anakku, dan jangan kau kembali kepada bunda selama nyawamu masih tersisa..." Diciumnya dahi putra satu-satunya itu. Wanita itu tak lagi menangis. Dilepaskannya kepergian putranya dengan senyum keikhlasan. Matahari senja menyapu lorong-lorong Tel Aviv. Tidak ada yang memperdulikan ketika seorang pemuda tanggung berjalan menghamprii sebuah pos tentara Israel. Tanpa sebuah aba-aba, Bummm.., tubuh pemuda itupun meledak mengatarkannya menemui Rabbnya. Berjajar para bidadari berrbut kekasih yang baru tiba, seorang pemuda tanpan dengan gaun pengantin dari surga tampak berbahagia.
Lepas Isya' di sebuah perkampungan di jalur Gaza, seorang lelaki berjalan mengendap- endap, mengetuk pintu sebuah gubuk dengan hati-hati sambil mengucap salam. Wajah seorang wanita tua muncul menjawab salamnya. Tanpa menunggu lelaki itu mendahului berbicara, "Amir Syuhada telah syahid sore tadi. Dan hanya ini yang tersisa dari jasadnya, yang dititipkannya menjelang berangkat." Berkata demikian lelaki itu sambil memberikan sebuah mushaf mungil di tanggannya. Wanita tua mendekap mushaf itu didadanya, seperti ia mendekap Amir kecil menjelang tidurnya. Dia tidak pernah merasakan kebahagiaan sebagaimana kebahagiaan yang dirasakannya hari ini. Seakan ada yang menuntun, dia berjalan menghampiri kamar putranya. Dengan hati-hati dikuakkannya pintu kayu yang menghalanginya. Sungguh, dia mencium bau harum di kamar itu. Bau harum yang khas keharuman kamar pengantin.
Ibunda...
Kau ucapkan selamat tinggal
tatkala aku berangkat berjihad
Dan kau katakan padaku
Jadilah singa yang mengamuk meraung
Kemudian aku berlalu
mencatat segala pembataian dengan darahku
Bunda jangan kau bersedih

Kini belengguku berat Bunda
Namun...kemauanku tak terkalahkan
Penjara dan siksaan mereka tak menakutkanku
Pijaran listrik tak kuasa menyengatku
Bunda jangan bersedih

Goncangku kanku jadikan pintu jahim
yang meledak menghantam para musuh
Betapapun kuatnya belenggu
Dengan sabar dan tekad bulat kurantas belengguku
Bunda jangan kau bersedih
Bersabarlah Bunda
Jika tiada lagi pertemuan
Dan semakin panjang malam mencekam
maka esok kita kan hidup mulia
Di atas negeri kita sendiri
Bunda...jangan kau bersedih
"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah karena Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahwa musuhmu telah menraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yan Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah." (Asy-Syahid Hasan al-Bana)
"Saya mengagumi seorang pemuda karena keberanian dan keploporannya dan saya mengagumi seorang pemudi karena adab dan sifat malunya. Sebab, keberanian adalah pelengkap akhlak dan sifat utama pemuda, sedangkan malu adalah kecantikan pemudi yang paling utama." (Mustafa Luthfi al-Manfaluthi)

Sunday, November 2, 2008

Gugurnya Muhammad Di Pelukan Umi..

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi
pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik.

Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini.

Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi.

Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata.
Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik.

Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiii i iiiiiiiiiiiiiiii d!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik. Adik sebut nama walid berkali-kali. Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah
besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid.

Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk." Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya.

Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya
bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi. Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah.

Adik nampak abang sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali.

Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang. "Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi.Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang.

Lepas abang pergi ummi cerita macam-macamperkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil. " terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.
Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak.

Ummi kata Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di
kepala adik peristiwa yang menimpa walid.

Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi.

Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur. Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya
dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi.

Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmani r rahim.." Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.

Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya
harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.Bukan. .Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang.

Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana . Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan.Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi
munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid, kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah.

Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad. .Ahad.

Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar diwajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba... ..

"Muhammad!!! ! !!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis
semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit. "Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.

Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.

Wassalam.

Monday, October 27, 2008

Bayu Dingin Mediterranean

BERITA jam lapan sedang ke udara. Pandangannya ditumpukan ke skrin kaca. Perhatian diberikan segenapnya. Menyorot inti utama berita. Berita yang berlegar-legar dalam skop yang itu juga. Topik yang sentiasa menjadi pertikaian. Tidak pernah berkesudahan.

Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak dengan perkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedang berlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akan natijahnya. Ucapan kedua-duanya juga diselang-selikan dengan sedutan beberapa siri sidang damai yang telah lalu, yang tidak pernah mendatangkan manfaat bagi Islam.

Melambat-lambatkan kebangkitan!

Remote-control ditekan. Televisyen padam serta merta. Tubuh yang letih disandarkan ke sofa lembut. Matanya melilau mengitari ruang tamu. Di depan ada almari. Di atasnya ada televisyen, piala, medal, bunga, dan susunan buku. Sebuah radio tua mengisi di sudut kanan. Di dinding, ada foto berbingkai. Gambar Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ziyad merenung kubah kuning keemasan yang seakan-akan maya. Lama. Tidak semena-mena rindunya terhadap Quds tanah airnya semacam melimpah.

“Jangan engkau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan Masjidku ini.”

Suara uzur bapanya menuturkan hadis itu memancing tumpuannya. Buku yang sedang dibaca segera dikatup. Ziyad menghadapi bapanya. Memandang wajah tua yang putih bersih.

“Bapa teringatkan Quds?” sapanya. Dia melihat mata lelaki itu berkaca.Syeikh Mahfodz tersenyum.

“Aku sedih. Umat Islam sekarang tak dapat melakukan apa yang disabda oleh Rasulullah SAW,” luahnya, bernada kesal.

Matanya yang agak terperosok ke dalam meneliti mashaf al-Quran yang lusuh. Menghayati maknanya barangkali. Bapanya seorang ulama. Seorang tokoh mujahid yang kehilangan tanah air dan telah dilupakan.

Ziyad terus memandang bapanya yang lumpuh. Menanti-nanti kalimat yang bakal terluah. Dia tahu; bila bapanya berkeadaan begitu, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Mungkin tentang mimpinya yang semakin gharib kebelakangan ini. Bapanya pernah bermimipi Perang Teluk akan terjadi. Dan mimpi bapanya terbukti benar.

Syeikh Mahfodz mulai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Matanya terpejam. Dia hafiz. Ziyad hanya mendengar. Surah al-Isra', ayat satu hingga lapan. Dibaca secara tartil. Sayu.

“Quds adalah kiblat asal kita sebelum diubah ke Kaabah.” Dia menutup mashaf. “Masjidil Aqsa sudah sebati dengan jiwa aku. Aku membesar di situ. Belajar di situ. Madrasah tarbiah yang telah membentuk sakhsiahku.”

Ziyad mengangguk. Dia tahu asal-usul meraka. Sejarah bapanya menentang penjajahan Yahudi. Bapanya berasal dari Rafat di Tebing Barat. Tetapi dibesarkan di pinggir Masjidil Aqsa. Sejak berhijrah ke Jordan, bapanya tidak pulang-pulang ke Palestin. Kesemua ahli keluarganya terbunuh dalam perang, kecuali dia dan adik lelakinya yang masih menetap di sana.

“Mengapa bapa? Ada yang tak kena?” Ziyad terus menyoal. Dia sedar bapanya mahu mengungkapkan sesuatu.

Syeikh Mahfodz menatap wajah anaknya dalam-dalam. Kemudian mengangkat tangannya. Ziyad merapati bapanya. Lantas memeluk lelaki itu.

“Aku mahu kau juga jadi seorang pejuang.”

Air mata bapanya membasahi bahu. Air mata seorang bekas pejuang yang tua dan lumpuh. Dia mengerti bapanya amat kesal kerana menjadi pelarian ke Jordan, sementara adiknya masih lagi berjihad. Keadaan waktu itu yang mendesak, yang memaksanya lari ke Jordan. Mereka tiada senjata untuk melawan. Sekadar membiarkan leher disembelih Yahudi tanpa sebarang ikhtiar, bukan caranya.Sebab itulah yang membawa bapanya ke sini. Biarpun telah beberapa dekad ia berlalu, namun semangat jihad itu masih seperti dulu.

Bayu padang pasir yang berhembus menggoyangkan langsir. Ziyad kembali dari imbauan lampau. Dia mengesat birai matanya yang sedikit basah. Terngiang-ngiang pesan bapanya di gegendang. Hajat bapanya yang mahu dia menjadi pejuang; menyambung sisa-sisa perjuangannya sewaktu muda dulu.

Dua minggu selepas peristiwa itu, bapanya meninggal setelah angin ahmarnya menyerang lagi. Itu empat tahun yang lalu. Sekarang dia mahasiswa tahun akhir Kuliyyah Siasah Universiti Yarmouk, Irbid. Pengajian politiknya akan berakhir musim panas ini. Tetapi, akhir-akhir ini dia sering terpanggil.Bayangan Masjidil Aqsa acapkali mengganggu tidurnya. Kerinduannya terhadap bumi berkat itu semakin membara. Mungkin perlu dia menziarahi Palestin buat kali pertama.

Thariq yang muncul dari dapur menghidupkan radio. Di tangan kanannya sepinggan humus dan falafil. Tangan kirinya menatang teko dan roti. Habibi Ya Nural Ain dendangan Amru Dhiyab sedang berkumandang. Keheningan segera terisi. Ziyad menceber. Irama arab cukup dibenci. Faudho.

“Sudah berapa kali aku kata, usah ingat dia lagi. Nawwal tak sesuai dengan kau. Dia Masihi.Pegangan kita jauh berbeza.” Thariq mengomel.

Ziyad menggeleng-geleng. Kesal dengan anggapan itu. Adiknya yang satu ini memang sering menuduhnya menggilai Nawwal – gadis Kristian yang menjadi rakan sekuliah.

“Apa kena kau ni? Aku dah lupakan dia,” tegasnya. Dia mencubit roti, lalu dicecah dengan humus sebelum disuap ke mulut. Thariq mencapai majalah Al-Mujtama'. Menatap sekali imbas ilustrasi muka depan. Kemudian menyelak helaian demi helaian.

“Aku nak ke Quds cuti musim bunga ini.”

Thariq masih leka membaca. Telinganya gagal menangkap jelas apa yang dituturkan. Ditambah suara Amru Dhiyab yang lantang.

“Aku akan ke Quds sebelum semester musim panas ini,” luah Ziyad sekali lagi.

“Kau gila?” Mata Thariq terbeliak. “Engkau tu tinggal satu semester lagi. Ingat sikit, sejak Netanyahu berkuasa, semangat anti-Arab semakin berleluasa. Semua pelawat dari Jordan disyaki pengintip.” Al-Mujtama' dicampak ke tepi. Dia tidak

setuju dengan keinginan abangnya. Niat itu suci, tetapi agak gila.

Ziyad tersenyum polos.

“Adik, barangkali kau dah lupa pesan bapa. Lagipun, Pakcik Ma'mun ada di sana. Mereka juga keluarga kita kan.”

“Aku tau. Tapi kenapa kau terburu-buru? Kau ada satu semester saja lagi. Ibu tentu tak setuju. Nahas kalau terjadi apa-apa.” Thariq memandang tepat wajah abangnya. Meminta penjelasan.

Ziyad geleng. Hatinya sudah bulat untuk ke Baitul Maqdis awal Jun nanti. Sudah lama dia memikirkan keinginannya yang satu ini. Semangatnya untuk menyaksikan sendiri intifadhah muslimin Palestin meluap-luap. Kalau ibunya tidak setuju, tahulah dia bagaimana mahu memujuk. Jus limau yang masih berbaki diteguknya sekali.

“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan,” selanya seraya bingkas dan melangkah ke kamar.

Thariq terkasima. Memandang roti, humus,dan falafil yang terbiar. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang didengar.

* * *

Makcik Sarah menghidangkan sepiring kinafah yang telah dipotong. Bibirnya dari tadi sentiasa mengukir senyum. Gembira dengan kedatangan anak saudaranya. Pakcik Ma'mun menghirup teh yang masih berasap. Aroma herbanya menusuk hidung. Sementara Ziyad mengeluarkan buah tangan yang dibawanya dari Jordan. Kiriman ibu.

Jordan masih macam dulu, pakcik,” selanya. Hadiah bertukar tangan.

Makcik Sarah yang peramah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Ziyad senyum. Hatinya terharu, selebihnya bersyukur. Dia sendiri tidak menyangka akan berada di rumah bapa saudaranya. Setelah berjam-jam bersoal jawab di kedutaan, bahkan disoal siasat hampir sehari suntuk di sempadan, dia akhirnya beroleh visa. Bebas untuk menginjaki tanah airnya. Tidak ramai rakyat Jordan yang beruntung dapat masuk ke Palestin.

“Lama betul pakcik tak ke sana, sejak kematian arwah bapa kau. Cuma, selalu juga ikut perkembangan di televisyen.”

“Sama saja, pakcik. Baik di Jordan, Lebanon, mahupun Palestin. Nasib kita orang Islam tak pernah berubah. Ditindas, ditekan di mana-mana.”

Siaran televisyen Israel 2 ketika itu sedang menyiarkan pertemuan Raja

Hussein Jordan dengan Bill Clinton di Rumah Putih. Ziyad mencemik. Meluat dengan lakonan Barat. Sandiwara mereka tidak pernah tamat. Macam-macam muslihat yang dibuat.

“Tengok tu. Sidang damai tak pernah putus. Tapi, semuanya membuang masa. Membuang duit.” Ada nada kesal dalam suara Ziyad. “Begitulah pemimpin kita … kalau sudah dicucuk hidung.”

Pakcik Ma'mun mengangguk. Segalanya sudah termaklum. Pemimpin Arab

tidak pernah mahu bersatu. Saling bertelagah. Terlalu mengikut telunjuk Barat. Sedangkan kezaliman Yahudi kian bermaharajalela. Rakyat jugalah yang menjadi mangsa. Seinci demi seinci bumi mereka dirampas.

“Pakcik dah tak mampu nak aktif macam dulu. Selalu sangat uzur. Tak daya lagi nak berintifadhah. Cuma tinggal Munzir saja harapan kami.”

“Emm … hampir terlupa saya. Ke mana dia?” Ingatannya cuba membayangkan sepupunya itu. Sudah empat tahun tidak bertemu. Kali terakhir ketika kematian bapanya. Mereka hampir sebaya. Pelajar Universiti Hebron itu barangkali sudah bekerja.

“Dia keluar sejak pagi.” Pandangan Pakcik Ma'mun tertancap pada jam di dinding.

“Selalunya dia dah pulang waktu begini.”

Ziyad menjamah kinafah buatan Nablus yang terbiar sejak tadi. Cukup manis. Sekali-sekala matanya terpandang kelibat Sandora sepupunya yang berulang-alik ke dapur. Gadis itu cukup menjaga aurat dan pergaulannya. Gadis-gadis arab memang terpelihara. Tidak sewenang-wenang bercampur dengan lelaki ajnabi.

Seketika, loceng berbunyi. Seorang lelaki muncul di pintu. Munzir yang baru pulang masuk ke ruang tamu. Terkejut campur gembira melihat kehadiran sepupunya. Ziyad bingkas. Mereka segera bersalaman, berpelukan. Dan akhirnya sama-sama duduk di kusyen lusuh.

“Ke mana kau tadi?” tanya bapanya.

“Bayt Lehem. Ada pertemuan dengan pelajar. Dengar cerita, lusa ada rapat umum di Hebron. Netanyahu dan pimpinan tertinggi Likud akan melawat penempatan Yahudi di sana.”

Ziyad sekadar mendengar. Di hatinya terbetik rasa tidak sabar. Dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dari keluarga ini. Malah, dia mahu merasai sendiri derita Palestin yang sekadar didengar sekian lama.

“Kau terlibat?” Dia memandang Munzir. Lelaki yang melilit serban merah di leher itu memang bercirikan seorang mujahid. Dengan tarbus merah di kepala; mirip Hassan al-Banna. Tampak berani dan cekal.

Angguk. “20 ribu penduduk asal Muslim diusir. 400 pendatang haram Yahudi dari Amerika akan membuka penempatan baru di sana. Kami akan berdemonstrasi.”

* * *

Selesai solat zuhur di Masjidil Aqsa, mereka meneruskan perjalanan ke Hebron kira-kira 60 kilometer ke selatan Quds. Munzir di sebelahnya sentiasa berzikir. Dua lagi rakan Munzir yang berada di depan hanya menyepi. Ziyad banyak membuang pandangannya ke luar. Tembok Baitul Maqdis semakin ditinggalkan di belakang. Di kiri kanan jalan, poster Netanyahu begitu banyak tertampal di sana sini. Beberapa slogan Yahudi juga turut terpampang sekali.

‘Tidak bermakna Israel tanpa Quds, tidak bermakna Quds tanpa Haikal'.

Propaganda Yahudi itu menjengah ruang mata. Sempat dia membaca tulisan besar di tepi jalan yang ditulis dalam bahasa Arab. Tadi, semasa tiba di Masjidil Aqsa, dia ingin melihat sendiri pembinaan terowong Haikal Sulaiman yang digembar-gemburkan. Tetapi, Munzir melarang. Telah ramai yang tidak pulang katanya bila mendekati kawasan itu. Hati Ziyad berasa amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah sejak dahulu. Tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran.

Mereka melewati Bayt Lehem sebelum terus ke selatan. Ziyad teringat cerita bapanya. Saudara-maranya begitu ramai tinggal di bandar tempat kelahiran Nabi Isa AS ini. Itu dulu. Tetapi sejurus terjadinya Perang Arab-Israel pada 1967, ramai yang maut. Ada juga yang menjadi pelarian ke Lebanon.

“Sebelum sampai di sana, perbetulkanlah niat kita. Sekiranya kita ditakdirkan mati, biarlah sebagai syahid.” Munzir yang tadinya ralit berzikir menuturkannya. Mulutnya masih terkumat-kamit. Di wajahnya tiada sebarang kegentaran. Tenang. Ziyad mulai menghitung-hitung dirinya. Mentajdid niatnya kembali. Tidak pernah dia bermimpi akan berada di sini. Merasai detik-detik perjuangan. Alangkah baiknya, jika Thariq turut ada bersama. Kendatipun dia bersyukur, adiknya sanggup menjaga ibu dan keluarga sepemergiannya.

Perjalanan tidak terasa terlalu lama. Masing-masing asyik dalam zikir. Sepuluh minit, dua puluh minit. Sebentar kemudian mereka tiba di sebuah bandar. Di sebuah papan tanda tertera perkataan ‘Al-Khalil', atau Hebron dalam bahasa Ibrani. Ziyad memandang sepupunya.

“Rapat umum itu bermula pukul berapa?”

“Dua.” Munzir menjawab sepatah. Bibirnya sentiasa basah. Zikirnya semakin deras.

Ziyad mengelih jam. 1:45 petang. Kereta terus bergerak. Satu kilometer

kemudian kereta berhenti. Di luar, ratusan anak muda sudah menanti. Lengkap bersepanduk. Rata-ratanya menutup muka dengan kain serban; mengelak dicam pihak berkuasa. Laungan takbir berbaur suara manusia menjadikan suasana agak bingit.

Ziyad sekadar melihat. Suasana begini terlalu asing baginya. Dia menuruti sahaja langkah Munzir. Lelaki bertarbus itu begitu sibuk. Bergegas ke sana ke mari. Bagai seorang ketua, setiap katanya akan dipatuhi. Dia begitu dihormati. Munzir mencapai pembesar suara. Kemudiannya, berucap seketika. Sejurus itu, mereka mula berarak perlahan-lahan menuju ke pusat bandar. Gema takbir terus kedengaran. Mereka mahu berdemonstrasi secara aman. Tatkala itu, matahari bersinar terik. Langit bersih membiru. Tiada sedikit pun awan yang berarak. Angin gurun yang bertiup dari tenggara sesekali mencium pipi. Panas.

Ziyad terkejut apabila bahunya dicuit orang. Munzir yang tadi berada di barisan paling depan sudah berada di sebelahnya. Mereka kini berada di tengah-tengah perarakan. Beberapa orang kanak-kanak masih lagi sempat berkejaran di celah-celah ratusan manusia.

“Aku harap kau mendapat pengalaman yang paling berguna. Inilah perjuangan kami,” tutur Munzir. Suaranya masih dapat didengar sekalipun takbir kian kuat. Dia menyarung topeng kain ke muka. Tidak lagi bertarbus. Yang nampak, hanya dua biji matanya.

“Aku tak pernah bermimpi bersama-sama kalian.” Ziyad melilit serbannya ke paras hidung.

“Munzir, kau yang merancang semua ini?”

Lelaki itu mengangguk. Ziyad tidak terkejut. Dari tadi dia sudah menjangka, lelaki inilah yang memimpin golongan pelajar dan belia. Pengatur setiap ucapan, rusuhan, dan tunjuk perasaan selama ini. Dia berasa dirinya terlalu kecil. Mereka berdua hampir sebaya. Tetapi sepupunya nyata jauh lebih matang. Malah, sudah bergelar seorang pejuang!

“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting, kerana Allah,” bisik Munzir di telinganya sambil menguntum senyum.

Mereka semakin hampir dengan pusat bandar. Ziyad cuba-cuba menyusup ke barisan hadapan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tembakan. Perarakan terbantut. Orang ramai mulai kelam-kabut. Masing-masing cuba menyelamatkan diri. Ledakan rifel bersimpang siur. Beberapa kedai di sekitar itu dihujani peluru sesat. Nun di depan, berderet-deret trak askar sedang menuju ke arah mereka.

Munzir segera menarik tangannya. Mereka berundur ke belakang. Berlindung di balik tembok sebuah kedai. Bom gas pemedih mata yang ditembak dari jauh bersepah di jalan. Askar-askar rejim Zionis semakin dekat. Beberapa orang pelajar yang tidak sempat melarikan diri ada yang rebah. Masing-masing panik. Tidak menyangka perarakan akan disekat sebegini cepat. Biasanya askar-askar Israel akan bertindak bila rakyat memberontak.

Namun para pelajar yang tadinya bertempiaran cuba bertindak balas. Mereka melastik dan membaling batu. Beberapa pelajar yang rebah mula menjadi mangsa. Dipukul tanpa belas kasihan. Beberapa orang lagi yang gagal melarikan diri diheret masuk ke trak. Munzir sempat mengarahkan beberapa orang melempar bom asap. Setidak-tidaknya akan mengabui lawan; membolehkan mereka melepaskan diri. Tanpa dijangka, beberapa jip muncul dari arah belakang. Masing-masing sudah kehilangan arah. Suasana menjadi semakin kalut. Mereka terkepung!

Munzir menjerit mengarahkan mereka supaya menyelamatkan diri. Dia gusar semakin ramai yang akan ditahan pihak berkuasa. Buruk padahnya. Mereka terus bertempiaran. Menerobos lorong-lorong di sekitar itu. Letusan senjata api di mana-mana. Jeritan dan tempikan mula kedengaran. Ada pelajar yang telah kena tembak. Ramai juga yang cedera.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ziyad mengikuti derap sepupunya. Mereka berlari sekuat hati. Nahas jika tertangkap. Ada jip askar yang mengikuti di belakang.

“Kita kena khianat. Celaka. Ada orang bocorkan rahsia!” Munzir menyumpah-nyumpah. Langsung tidak menyangka rancangannya memprotes pengusiran penduduk asal Arab dikesan lebih awal. Tentu ada yang jadi tali barut. Wajahnya membersut geram.

Mereka terus berlari. Ziyad mulai termengah-mengah. Lariannya tidak sederas tadi. Masing-masing kehilangan nafas. Tidak semena-mena, Munzir rebah. Mata Ziyad terbelalak melihat bahu sepupunya ditembusi peluru. Darah panas memancut-mancut keluar. Dia memangku Munzir.

“Lari!” Suruh Munzir, lirih. Tubuhnya semakin lemah.

Ziyad menggeleng. Tidak tergamak meninggalkan Munzir keseorangan nazak di situ. Dia cuba memapah sepupunya. Namun apabila dia bangkit, beberapa orang lelaki bersenjata api sudah berada di sekelilingnya.

* * *

Irbid macam biasa. Malam kelam. Bulan agak terlindung. Namun tiada tanda-tanda hujan akan turun. Musim panas baru hendak bermula. Thariq berdiri di jendela kamarnya. Pandangannya dibuang ke luar. Telinganya menangkap suara pembaca berita stesen radio di Amman. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dilaporkan akan menemui Benjamin Netanyahu di Tel Aviv untuk membincangkan proses damai di Timur Tengah. Thariq tidak berminat untuk terus mendengar. Semua itu pembohongan semata. Sidang damai tidak pernah menguntungkan Islam. Israel dan Amerika Syarikat sama sahaja. Cuma mereka yang masih tidak sedar.

Thariq mematikan radio. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Sejak tadi, dia tidak keruan. Surat yang baru diterima dari Sandora hampir renyuk di tangan. Berita yang cukup menyedihkan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu ibunya. Atmanya sendiri hampir tidak terkawal. Sukar untuk menerima kenyataan.

Bayu dingin dari Mediterranean terus berpuput. Sejuk. Thariq merapatkan jendela. Detik itu, sebak mula menggempur di dada. Hatinya bagaikan merusuh dan meronta-ronta. Turut sama terasa derita Palestin yang kehilangan tanah airnya. Sedang dia pula baru kehilangan saudaranya. Nasib mereka barangkali memang telah ditakdirkan; serupa.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih