Aku gembira menyayangimu kerana Allah kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati, keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan di dalam setiap urusan.. Walaupun terkadang tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan, kuiringi kekesalan dengan jari yang tersusun.. Semoga Allah mempermudahkan kita dalam perjuangan penuh dengan dugaan… Moga terus istiqomah dalam perjuangan berdasarkan aqidah yang satu…
* * * * * * * * *
..........................
p/s: ini adalah sistem pesanan ringkas yg aku terima lebih kurang setahun yang lalu membuatkan aku terfikir...
Menelusuri langkah kehidupan dalam mencari sebuah keabadian demi satu penghidupan untuk kecintaan yang abadi...
PILIHAN! semoga apa yang terjadi kelak adalah yang terbaik untuk diriku dan juga seluruh keluargaku.
buat seseorang yang bakal menjadi ratu! ketahuilah, saat kalam ini diukir untuk tatapan kita belum pernah kenal antara satu sama lain mungkin aku mengenali salah seorang ahli keluargamu dan mungkin engkau mengetahui namaku.
namun, kita tidak pernah bersua muka... apatah lagi bercakap sepatah kata sekalipun... jauh sekali untuk bergayut di tengah-tengah malam saat manusia lain sedang asyik dibuai mimpi..
hanya nama yang ku kenal... laman sosial facebook menjadi perantara... tidak kau paparkan gambarmu untuk tatapan umum... gembira hati bila melihatnya... alhamdulillah... adakah ini yang terbaik? adakah ini yang sempurna? tidak! tidak! tidak! tapi mungkin ini yang paling sesuai...
ingin membuat sebuah keputusan yang bakal menentukan kehidupan. begitu sukar rasanya. semoga dia adalah yang terbaik buat diriku walaupun dia bukan yang terbaik dan bukan paling sempurna. paras rupa bukan menjadi ukuran tapi nilai insan yang menjadi kekuatan.
p/s:mungkin ramai yang tertanya-tanya tentang pos kali ni tentang apa. ayatnya yg berbelit-belit. susah nk paham. hehe... biarlah penulis sahaja yang memahaminya.. sekadar luahan rasa di tengah malam.. =)
Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA aku masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret secebis kata luahan perasaan di laman yang sudah lama ku tinggalkan terbiar kosong ini..
Ku mulakan kalam dengan ucapan bismillah tanda agungnya kalimah itu dalam memulakan semua amal perbuatan kita. Ku tuturkan assalamualaikum tanda kesejahteraan kepada semua pembaca yang sudi membaca kalam ini.
Selawat serta salam kepada junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w., kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e serta mujahid mujahidah yang senantiasa mekar dari zaman berzaman dalam mendaulahkan kembali kalimah haq di atas muka bumi ini.
Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…
Dalam kesamaran malam, aku mengambil sedikit ruang untuk bernafas dalam kesesakan yang tiada berpenghujungnya. Waktu yang berlalu begitu pantas tanpa aku sedari bahawa kini hanya tinggal kurang dari 2 minggu lagi aku akan menjalani praktikum terakhir di sekolah. Kesibukan di awal semester dulu kini semakin berkurang setelah beberapa kerja yang menggunung telah aku siapkan. Proposal untuk tesis aku semester depan telah aku hantar pada minggu lepas. Alhamdulillah.. setelah hampir 2 3 minggu aku hanya melelapkan mata 2 jam sehari ditambah pula dengan keletihan di waktu petang melatih murid-murid di sekolah aku praktikum bermain hoki. Alhamdulillah, keputusan yang diperolehi memuaskan. Melatih murid yang langsung tiada asas hoki sehingga mendapat tempat kedua, dan 3 orang terpilih mewakili zon untuk ke peringkat daerah dan seterusnya menjadi johan daerah. Gembira seorang guru melebihi murid-murid setelah berjaya melatih mereka semua. Alhamdulillah..
Dua minggu terakhir praktikum fasa tiga ku lalui seperti biasa. Masih lagi belum diobserve oleh pensyarah untuk kali terakhir kerna kesibukan pensyarahku itu. Maklumlah ada 6 orang anak yang terpaksa diobserve olehnya. Anak-anaknya yang lain pun belum diobserve lagi, agak-agaknya bila la nk merasai nikmat merdeka dari diobserve ni.. hehe.. sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berjalan seperti biasa. Kadang-kadang langsung tidak ikut apa yang dirancang. Kerna apa yang penting bagi ku ialah pemahaman murid-murid terhadap tajuk yang diajar. Mungkin aktiviti yang dilakukan dapat menarik minat murid untuk belajar tapi jika hasilnya kosong tanpa pemahaman terhadap topic yang diajar, aku rasa ia hanya sia-sia sahaja. Kerana apa yang penting adalah pemahaman mereka terhadap topic yang diajar itu. Dan selama mana aku mengajar, Alhamdulillah menampakkan peningkatan mereka dalam matematik dimana markah matematik adalah paling tinggi di dalam peperiksaan yang dijalankan baru-baru ini. Gembira hati seorang guru melihat muridnya berjaya jika dibandingkan dengan murid itu sendiri.
Tahun terakhir bergelar pelajar @ guru pelatih di IPG banyak meninggalkan pengalaman untuk dikenang di kemudian hari. Hari-hari yang dilalui bersama rakan kini mungkin tidak akan berulang lagi bila masing-masing sudah menjejakkan kaki ke alam pekerjaan kelak. Begitu banyak kenangan yang tercipta di bumi ipg ini setelah 5 tahun menapak kukuh di sini. Bersama sahabat dan rakan dalam meneruskan hidup sebagai seorang hamba di bumi Allah.
Dalam aku melangkah menapak maju ke hadapan dalam mencari makna sebenar kehidupan, terkadang aku tersungkur, bangun dan bangkit kembali meneruskan langkah demi langkahdalam mencari erti sebuah penghidupan sebagai seorang hamba. Iman di dada bukan selalu meningkat, terkadang turun dan hanyut dengan kehidupan dunia sekarang. Itulah aku. Terkadang aku lalai dalam menghayati erti kehidupan seorang hamba ini. Oh Allah… hanya padaMU aku bersujud memohon petunjuk ke jalan yang lurus.. aku sedar, terlalu banyak khilaf telah aku lakukan sepanjang hidup ini. Aku lalai ya Allah.. aku berdosa padaMU.. terkadang aku lupa padaMU.. aku lupa akan seksa nerakaMU.. banyak dosa yang telah aku lakukan… tak tertanggung rasanya jasadku ini untuk menanggung segala seksaan dariMU.. ampunkan dosa hambaMU ini ya Allah..
Mencari sebuah cinta sejati dan hakiki. Dalam menggapai keredhaan dariNYA. Tiada cinta yang melebihi cintaNYA. Itulah cinta sejati. Itulah cinta hakiki.
p/s: terkadang apa yang diungkapkan tidak selari dengan apa yang dilakukan… ingatan untuk diri sendiri.
Alhamdulillah, diberikan sedikit kelapangan masa untuk mengupdate laman ini dalam kesibukan murid-murid menjawab soalan peperiksaan OTI 1 di sekolah tempat aku praktikum.
Tetiba tertarik dengan satu petikan yang dibaca di 'mukabuku'...
inilah petikannya..
Malam tadi, sambil rehatkan diri sempat juga aku capai satu majalah yang baru saja aku beli. Majalah tu keluaran November 2008. Aku baca satu artikel… tiba-tiba aku tersenyum keseorangan.
Berikut antara petikan yang buatkan aku tersenyum. Aku terfikir, kenapakah aku tetiba tersenyum setelah membacanya…
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
“Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
“Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
“Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
“Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
p/s: perasaan cinta dan kasih lahir dari hati tanpa disedari. Datang dan pergi tanpa dipinta. Namun ingatlah wahai hati bahawa cinta dan kasih Sang Pencipta adalah cinta sejati dan hakiki yang takkan pudar dan pupus ditelan masa. Cintailah Allah dan rasul sepenuh hati.. Semoga kita beroleh ketenangan yang abadi..
Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kepada Penciptaku kerana masih lagi memberi peluang dan kesempatan untuk aku meneruskan sisa-sisa hidupku di alam fana ini. Selawat serta salam sayang kepada kekasih hati yang selalu membuatkan aku menitiskan air mata jernih saat terkenang segala jasa dan pengorbanan baginda.
hmmm... Tetiba ingin melontarkan sesuatu pada ketika ini. Dalam kesibukan praktikum, masih lagi diberi kesempatan untuk mengupdate laman ini. Alhamdulillah...
Sekadar mengungkapkan beberapa patah kata yang terlintas di kotak fikiran ketika ini.. hehe * * * * * * * Bukan yang Pertama, tapi Biarlah yang Terakhir. * * * * * Bukan yang Terbaik, tapi Biarlah yang paling Sesuai. * * * Bukan yang Paling Cantik, tapi biarlah yang Terindah.
Mungkin ramai yang terfikir dan mencari makna tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata di atas. Tapi biarlah masing-masing tafsir dan taksir sendiri makna-maknanya mengikut kata hati dan akal fikiran.
Sekadar ingin berkongsi kata-kata tapi maknanya biarlah anda semua yang cari dan tafsir sendiri yer... hehe
Alhamdulillah... segala puji aku panjatkan kepada Penciptaku yang maha menguasai seluruh alam ini, selawat serta salam kepada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi'e, tabi' tabi'e, para syuhada' serta mereka yang senantiasa berjuang dalam mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup di dunia yang sementara ini. Syukur kerana masih lagi dikekalkan dengan 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamulillah...
Aku menulis bukan kerana terpaksa. tapi aku menulis kerana gerak hati aku mengatakannya begitu. Aku sendiri tidak tahu apakah yang ingin dicoretkan, diluahkan di sini. Tetiba sahaja ingin meluahkan, melontarkan sesuatu. Tapi apakah yang ingin diluahkan itu? aku sendiri tidak tahu. Mungkin terkesan hasil daripada pembacaanku dari blog2 sahabat yang aku 'terjah'. Itulah sebab membuatkan aku juga ingin menulis pada malam ini. hehe..
Laman sosial yang timbul sekarang ada macam-macam. Jika dulu friendster dan my space, tapi sekarang facebook dan twitter. Itulah penangan teknologi sekarang. Melangkaui dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari sahaja. Hanya dengan satu klik, macam-macam yang kita dapat tahu. Seperti mana yang anda buat sekarang, hanya dengan satu klik sahaja anda sedang membaca tulisan di blog ini. huhu..
Itulah realiti hidup sekarang. Namun di sebalik kecanggihan yang dikecapi sekarang, ada juga yang membawa kesan negatif. Seperti laman sosial facebook sendiri. Dulu pernah aku katakan kepada seseorang yang facebook ni antara yang menjadi punca keretakan perhubungan. Tapi dia seakan menafikannya. Tapi itulah realitinya, beberapa hari yang lepas aku ada terbaca tentang facebook antara penyebab yang menyebabkan berlakunya penceraian. Kajian itu telah dilakukan di Britain. Ya, mungkin itu negara orang kafir. Tapi sebelum itu, pernah ada kajian yang mengatakan facebook punca penceraian di Arab Saudi. Negara orang Islam. Dan mungkin kerana teknologi yang ada sekaranglah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Itulah antara penyebabnya. Dan mungkin aku juga pernah merasakannya.. huhu..skype..facebook.. itulah dunia tanpa sempadan yang kita alaminya sekarang.
*******
Siapa aku? Bagaimanakah perwatakan aku? Baikkah aku? Burukkah aku? Mungkin jika aku sendiri yang jawab persoalan-persoalan ini, jawapannya mungkin adalah sentiasa positif. Tapi kita sendiri tidak dapat menilai diri kita sendiri melainkan orang yang berada di sekeliling kita dan yang rapat dengan kita. Tapi mungkin kita tahu, sejauh mana kebenaran yang diperkatakan oleh orang lain terhadap diri kita. hmm...
Beberapa hari yang lepas, aku ada berbual dengan seorang sahabat. Hasil daripada percakapan kami, dia melontarkan pandangannya tentang sikap aku. Perbualan kami berpunca daripada sms yang kami terima berhubung dengan baitul muslim yang dicadangkan oleh seseorang yang begitu aku hormati. Maka timbulah kisah-kisah dahulu yang mana kami masing-masing tahu akan kisahnya. Persoalan-persoalan yang diutarakan oleh sahabat aku itu, banyak yang aku jawab dengan 'no komen'. hehe.. mungkin kerana kisah itu ingin aku lupakan. Dan mungkin aku sendiri tahu apa yang tersirat di sebalik pertanyaannya itu.
'terimalah orang yang menghargai dan suka kepada kita, tapi jangan terlalu mengharap terhadap orang yang kita suka kerana orang yang kita suka belum tentu akan menghargai kita seperti mana kita menghargainya dan penghargaanya itu tidak sama seperti mana orang yang suka kepada kita'... lebih kurang begitulah ayat yang terkeluar dalam perbualan kami itu.. hehe.. 'mungkin kita dapat terima orang yang suka dan hargai kita, tapi mungkin susah kepada kita untuk menghargai dan suka kepadanya seperti mana kita suka kepada orang lain... dan akhirnya kita akan menyeksa orang yang suka kepada kita dan juga diri kita sendiri'.. ini juga antara ayat yang diungkapkan selepas ayat yang diatas. hehe..
Kenapa asyik dengan persoalan cinta je sekarang ni? entahlah, mungkin kerana terkesan dengan saranan baitulmuslim yang dicadangkan dlm liqa' baru-baru ni kot.. huhu.. berbalik kepada sikap aku. Sikap yang dinyatakan oleh sahabat aku itu. Mungkin ada betulnya, dan mungkin ada salahnya. Biar aku sendiri berterus terang di sini, mungkin ramai yang sukar untuk menduga dan membaca sikap aku. kenapa? entah.. mungkin kerana aku lebih banyak diam dari bercakap. mungkin kerana aku sentiasa masam dari tersenyum. dan kadang-kadang tindakan yang aku buat itu sukar diramal mungkin. hehe.. terkadang apa yang serius bagi aku, aku hanya lontarkannya dalam bentuk gurauan. dan terkadang yang hanya gurauan, aku berlagak serius. huhu.. dalam percakapan, dalam perbuatan. itulah aku. terkadang aku tahu akan sesuatu, tapi aku hanya diamkannya dan pura-pura tak tahu malah siap tanya lagi berulang kali.. hehe. dan terkadang aku memang tak tahu, tapi pura-pura tahu.(mungkin ego kot) haha.. aku suka melihat tingkah laku manusia, memerhati dan membuat kesimpulan sendiri..
*******
sangat menghargainya / really appreciate it! ayat yang pernah aku terima juga dulu. tetiba aku tertarik dengan ayat ni bila terbaca di blog seseorang. tapi pasal ni telah aku ulas dalam entry yang sebelum ini berkisah tentang menghargai dan penghargaan. kerana ayat yang aku terima itu tidak selari dengan perbuatan dan tingkahnya. sungguh sedap didengar pada awalnya, tapi pahit di akhirnya.
Memahami kita, menghormati prinsip kita. Tetiba sahaja rasa ingin mengolah sesuatu tentang ini. Mungkin kita mahu orang di sekeliling memahami kita, namun adakah kita pernah untuk memahami mereka yang disekeliling kita? sebelum kita mahu mereka memahami kita, mungkin kita terlebih dahulu perlu memahami mereka.
Prinsip hidup. Mungkin setiap orang ada pegangan dan prinsip hidup masing-masing. Aku sendiri punya prinsip hidup. Tapi terkadang aku pernah jumpa mereka yang sering berubah prinsip hidupnya. Jika dulu lain, tapi sekrang lain pula prinsip hidupnya. Adakah itu yang dikatakan prinsip hidup? Bukti.. mungkin aku boleh berikan andai diminta.. tapi bukan di sini.. Dan itulah yang dikatan perubahan. Setiap manusia mengalami perubahan.. teringat aku kisah dahulu.. tentang dua orang kawan. mereka berkawan di bangku sekolah lagi. tapi yang membezakannya adalah seorang di sekolah yang bercampur jantina, dan seorang lagi di sekolah yang hanya satu jantina sahaja. sebaik sahaja tamat spm, kawannya yang bersekolah di sekolah bercampur jantina ni bertanyakan kepada kawannya yang adakah kawannya akan berubah nanti bila dah menyambungkan pelajarannya di menara gading nanti? dan kawannya menjawab bahawa dia tetap sama macam zaman sekolahnya juga dan takkan mungkin berubah. Namun, selang beberapa lama selepas kawannya menyambung pelajarannya di sebuah kampus yang bergaul lelaki dan perempuan, ternyata apa yang dikatakan dulu hanya indah di mulut sahaja, tapi bukan realitinya. Tidak sampai habis semester pertama, atau tak sampai 2 bulan pun, kawannya itu sudah menunjukkan perubahannya.. itulah manusia.. sentiasa berubah.. berubah prinsip.. berubah janji.. dan bukan bergelar manusialah jika tidak berubah...
Alhamdulillah, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda.
Tahun 2010 sudah beberapa hari meninggalkan aku. Dan tahun 2011 jugalah bakal menjadi saksi tamatnya pengajian aku sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan ini selepas mula berkelana di sini di pertengahan tahun 2006 dahulu.
Begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Tahun 2010, tahun yang meninggalkan banyak pengalaman terhadap diriku, samada pahit atau manis ianya tetap menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin berulang lagi untuk kali keduanya.
Sepeninggalan 2010, baru aku tersedar hanya 10 post yang aku sempat coretkan untuk blog aku ini. Kesibukan... Itulah antara kekangannya. 2010! pelbagai kenangan tercipta dan mungkin ada diantaranya ingin sahaja aku lupuskan di ingatan ini andai termampu. 2010 juga menjadi saksi sebuah lagi episod dalam kamus hidup aku yang mungkin begitu berat untuk aku menerima hakikatnya ia terjadi lagi. Bila di kenangkan kembali segala apa yang terjadi, mungkin khilafku sendiri kerana menyambutnya kembali. Namun kini, segalanya kembali normal. Alhamdulillah.. Syukur aku panjatkan kepadaMu Ya Rabbi.
2010! jika ada sahaja ubat untuk menghilangkan kenangan, ingin sahaja aku membelinya. Namun, ianya mustahil.. Kerana kenangan itu jugalah yang mematangkan kita dalam meniti hari yang mendatang, kenangan jugalah yang mengajar kita mengenal yang mana permata dan yang mana kaca.
Perubahan! mungkin semua antara kita mengalami perubahan, samada dari segi zahir, batin, emosi, cara pemikiran, gaya hidup dan mungkin juga prinsip hidup. Kerana itulah juga yang aku alami dan mereka di sekelilingku. Jika dulu apa yang dikatakan 'tidak', mungkin hari ini 'ya'. Jika dulu apa yang dikatakan 'ya', mungkin hari ini 'tidak'. Kerana itulah sikap manusia, seringkali berubah mengikut keadaan, masa dan pemikirannya.
2011! mungkin tahun ini menjadi saksi kepada suatu peristiwa atau mungkin tidak. Bermulanya semester baru di tahun terakhir sungguh menyeronokkan. Tahun-tahun terakhir bersama sahabat, teman, rakan, dan kawan di IPG Kampus Sultan Mizan ini mungkin ingin diluangkan masa sebaik mungkin bagi mencipta kenangan di antara kami selama berkelana di bumi IPG KSM ini. Kerana tahun inilah merupakan tahun terakhir kami bergelar guru pelatih sebelum melangkah ke alam 'guru' yang lebih mencabar. Dan tahun ini juga merupakan tahun tersibuk kami selama berada di sini kerana kami akan membuat Penyelidikan Tindakan di sekolah tempat kami berpraktikum sebelum menyempurnakan tesis pada semester hadapan.
2011! Alhamdulillah... aku bersyukur kerana tahun ini aku masih lagi diberi 2 nikmat yang paling besar dalam hidup aku iaitu nikmat Islam an nikmat Iman. Aku juga bersyukur keran diberikan 2 lagi nikmat iaitu nikmat dakwah dan nikmat tarbiyah. Alhamdulillah... Allah masih lagi memilih aku aku untuk diberikan tarbiyah supaya aku tidak leka di kemudian harinya. Syukur padamu ya Allah...
Membuat pilihan... Semoga apa yang aku pilih ini adalah yang terbaek buat diriku dan seusia hidupku nanti. Penghargaan yang diberikannya cukup banyak buat diriku ini. TERIMA KASIH! Dan kini apabila ku sedari, aku akan terus dan terus menghargainya...
Semoga segala yang terbaik buat hidup kita semua...dan dirahmati Allah sentiasa.. Insya'Allah..
Meneruskan perjalanan kehidupan yang masih panjang...
Namun hakikatnya... Kehidupan di dunia sesingkat cuma jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat sana,
Makanya, kehidupan yang sementara ini harus di isi dengan iman dan amal yang soleh, sebagai bekalan kehidupan yang abadi nanti,
Tetapkanlah langkah ku Ya Allah, pada jalan dakwah ini, yang bisa membawa aku ke jannah, kerna inilah juga jalan kekasihMu yang mulia Rasulullah S.A.W.
SYABAB, Lahirmu bagaikan tak berharga, Kau anak desa, yatim tak berbapa, Kesusahan hidup mendesakmu berdikari, Dalam keliru kau mencari identiti diri, Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan, Cabaran berterusan sebuah kematangan,
Wahai SYABAB, Ketekunanmu mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari kencang, Mencipta Gelombang, Ayuh, SYABAB!