Wednesday, June 13, 2012

Alhamdulillah.. Separuh Jalan Sudah.. =)

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, selesai sudah separuh jalan apa yang dirancangkan, dan menunggu tibanya masa yang sesuai untuk menyempurnakannya nanti.. =) segala apa yang dirancangkan sebelum ini dapat dilaksanakan dengan lancar. Alhamdulillah.. Allah telah permudahkan urusan kami.. =)

2 June 2012... tarikh termatrinya satu ikatan untuk menyempurnakan satu lagi ikatan yang suci nanti.. =) terima kasih kepada yang berkenaan.. sesungguhnya aku belum mengenali kamu dan kamu juga masih lagi belum mengenali aku.. tetapi aku terima kamu kerana agama yang ada padamu.. dan itulah janji Allah demi kesejahteraan sebuah baitulmuslim yang dibina.. =)

InsyaAllah, moga segala urusan seterusnya dipermudahkanNYA nanti.. dan moga Allah menjaga hati-hati kita ini.. =) 

terima kasih cik tunang.. (-_^)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih