Monday, December 28, 2009

2009 Melabuhkan Tirainya & Ahlan Wasahlan 2010

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan aku peluang, ruang dan masa untuk meneruskan kehidupanku ini. Selawat serta salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada’, tabi’e, tabi’ tabi’e serta para mujahid mujahidah yang senantiasa berjuang dalam menegakkan kalimah tauhid di atas muka bumi ini.

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahukbar…

Alhamdulillah syukur aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana memberikan aku masa dan ruang untuk aku mengukir setiap bait kata yang tersemat di kalbu. Setelah sekian lama aku menyepi, kini aku kembali untuk mencoret sedikit lembaran hidupku. Rasanya sudah begitu lama jari jemari ku tidak menari-nari di atas papan kekunci laptopku. Entah mengapa, aku sendiri tidak tahu. Mungkin kerana penyakit ‘malas’ yang melanda diri. Hehe… namun hari ini, aku mengambil sedikit waktu untuk meluahkan sedikit perasaan melalui penulisan ini…
Nampaknya beberapa hari lagi tirai 2009 akan berlabuh dan 2010 akan memulakan pelayarannya. Begitu pantas masa berlalu, sudah hampir sedekad di alaf baru ini. Tahun 2009 menyimpan pelbagai kisah suka duka, pahit manis dalam kehidupanku. Namun, semuanya itu akan menjadi kenangan dan sejarah dalam aku meniti hari ke hari usiaku ini. Kenangan dan sejarah yang telah tercipta tidak dapat diubah dan ia akan tetap menjadi sejarah dan tetap terpahat di kalbu ku.

Di awal tahun 2009, dengan semangat tahun baru, aku bersama sahabat memulakan semester baru dengan azam yang menggunung. Beberapa misi harus di capai dalam menyelusuri jalan dakwah. Dan di awal tahun ini juga bermulalah usrah dengan adik-adik usrah, dan sepeninggalan baba menyambung pengajiannya menguji kami untuk terus thabat dalam mengharungi cabaran di jalan ini. Alhamdulillah dalam kesibukan, usrah kami dapat di hidupkan setiap minggu. Namun kadang-kadang terpaksa ditangguhkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan. Maklum sahajalah, kehidupan di ipgm ini senantiasa sibuk dengan tugasan-tugasan yang menggunung, lebih-lebih lagi di bulan mac dan april. Di akhir semester, dapat juga kami mengadakan rehlah untuk adik-adik usrah walaupun penyertaannya tidak semua, namun kehadiran mereka amat bermakna pada aku dan sahabat-sahabatku. Kisah rehlah ini telah aku coretkan dalam blog ini dalam entry bulan mei lepas.


Di hujung semester 3, aku bersama rakan sekelas sempat juga kami menghabiskan masa bersama untuk pergi bercuti di cameron highland. Alhamdulillah satu pengalaman yang indah bersama mereka di sepanjang perkenalan kami. Perancangan yang di buat secara mengejut, namun akhirnya dapat juga kami bercuti bersama. Waktu tu, kami baru sahaja menyelesaikan semua tugasan yang diberikan, jadi kami menggunakan sedikit masa yang terluang untuk bercuti bersama. Alhamdulillah…

Dipertengahan tahun iaitu semasa cuti semester, dapat juga aku bersama sahabat-sahabatku mendaki gunung stong. Alhamdulillah satu pendakian yang meninggalkan seribu satu kenangan buat ku. Satu pengalaman yang begitu berharga. Walaupun pendakian itu amat meletihkan, namun aku puas kerana dapat menawan puncaknya yang berketinggian 1400m dari aras laut. Sebelum bermulanya semester baru, aku bersama-sama sahabatku sempat juga turun ke manek urai sekejap untuk merasai suasana ‘panas’ ketika itu. Alhamdulillah, kemenangan tetap di pihak yang inginkan tertegaknya Islam di bumi Malaysia ini.

Bermulanya semester kedua di tahun 2009, kesibukan di awal semester jelas terasa. Di awal semester sehinggalah ke hujung semester 4, senantiasa sibuk dengan aktiviti-aktiviti di ipgm. Di awal semester, sibuk dengan perkhemahan BIG, di mana perkhemahan ini 100% di uruskan sendiri oleh kami guru pelatih. Dipertengan semester pula, negara digegarkan pula dengan wabak H1N1 dan ipgm aku tidak ketinggalan dalam merasai tempiasnya sehinggakan terpaksa diberi cuti kerana wabak itu. Namun, alhamdulillah tiada seorang pun dalam kalangan guru pelatih di ipgm aku dijangkiti wabak berbahaya itu. Di semester 4 ini juga, pelbagai aktiviti yang telah dijalankan di ipgm. Antaranya ialah kejohanan hoki piala tuan haji othman yang mana pasukan kelas matematik semester 4 menduduki tempat ketiga dalam kejohanan kali ke 3 itu. Kami merampas kembali kedudukan itu selepas terlepas pada kejohanan kali ke-2 tahun lepas. Di samping itu juga, pertandingan kawad kaki juga diadakan sempena menyambut ulang tahun ke 10 penubuhan ipgm ksm. Selepas hampir 3 minggu berlatih setiap petang di bawah panas terik cahaya matahari, akhirnya usaha kami dibalas dengan mendapat tempat ke 3 dalam pertandingan kawad kaki itu.


Bulan oktober boleh dikatakan bulan yang paling sibuk kerana di awal bulan banyak tugasan yang perlu disiapkan dan dihantar. Manakala di akhir bulan pula aku sibuk dengan kem matematik dan juga perkhemahan unit beruniform. Kem matematik ini telah di adakan di marang manakala perkhemahan unit beruniform di adakan di padang ipgm. Perkhemahan tersebut terpaksa diadakan di padang institut kerana kekurangan budget dan juga keadaan cuaca yang tidak menentu. Sebenarnya perkhemahan tersebut dirancang untuk diadakan di kuantan, pahang dengan kerjasama 3 lagi ipgm di pantai timur ini. Namun disebabkan penularan wabak H1N1 pada bulan ogos lepas, jadi perkhemahan itu terpaksa ditangguhkan dan diadakan di ipgm masing-masing. Selesai perkhemahan, aku menyiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan akhir semester. Selesai sahaja peperiksaan pada petang khamis 19 november 2009, aku bersama sahabat bergegas ke tanjung chap pada sebelah malamnya kerana kami ada mukhayyam perdana ipt negeri kelantan. Alhamdulillah, selesai mukhayyam bermulalah cuti semester aku.

Sepanjang cuti semester ini, aku banyak menghabiskan masaku bersama keluarga di rumah dan juga bersama sahabat-sahabat aku di zaman sekolah dahulu. Di awal cuti semester, bumi kelantan senantiasa di basahi dengan air hujan yang mana mengakibatkan beberapa kali banjir di sesetangah tempat di kelantan. Alhamdulillah, kampungku tidak ditenggelami air banjir. Dan sejak mula cuti lagi, kesihatanku agak terganggu. Dan hampir 4 minggu aku asyik batuk je sejak hari raya eiduladha lagi. Mungkin ada hikmah di sebalik semuanya ini.

Dan dalam aku melayari hidup ini, aku tidak lepas daripada masalah. Masalah peribadi yang menghantui aku setelah sekian lama. Yang menguji kesabaran aku. Kesabaran aku di uji di akhir bulan april dan sepanjang bulan mei. Sebenarnya waktu itu emosi aku terganggu dan mungkin disebabkan itulah keputusan final ku untuk semester 3 kurang memberangsangkan. Dan sekali lagi pada bulan ogos, tekanan kembali ingin menjarah diriku. Memang aku berada dalam keadaan tertekan pada malam itu. Entah mengapa. Mungkin kerana diriku sendiri. Membiarkan diri dikawal emosi. Namun, Alhamdulillah aku menemui penawarnya. Apakah penawarnya? Itulah dia ayatulquranulqarim… terasa damai di hati, ketenangan kembali menguasai diri. Teringat aku kisah saidina Umar ibni al-Khatab, hatinya dilembutkan dengan alunan suci ayat-ayat al-Quran daripada adiknya. Itulah dia kelebihan al-Quran, dapat melembutkan hati-hati yang keras dan membawa ketenangan di hati. Alhamdulillah.. setelah sekian lama berlalu, kini aku redha. Dan pengalaman itu jua lah yang mematangkan aku. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Itulah bukti cintanya Allah kepada setiap makhluk ciptaanNYA. Jika hari ini Allah menguji kita dengan pelbagai bentuk cabaran dan dugaan, namun ingatlah bahawa setiap ujian itu adalah bukti bahawa Allah sentiasa mengingati kita sebagai hambaNYA. Dan setiap ujian itu jugalah yang mematangkan kita dan mengajar kita erti hidup sebagai seorang hamba.
Kini 2009 akan melabuhkan tirainya dan 2010 akan memulakan pelayarannya. Mungkin setiap daripada kita sudah menetapkan azam masing-masing di tahun 2010 nanti dan diharapkan kita tidak lupa untuk menetapkan azam supaya iman kita sentiasa bertambah dan amal ibadah kita juga akan dipertingkatkan di tahun 2010 nanti.


p/s: sebagai ingatan bersama, ‘sesiapa yang didapati bersalah di mahkamah dunia belum tentu dia juga bersalah di mahkamah Allah di masyar kelak’. Sebagai renungan untuk apa yang telah berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2009. =)

Tuesday, December 22, 2009

12 Barisan Di AKHIRAT

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata.Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-


BARISAN PERTAMA

Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA

Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: "Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETIGA

Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEEMPAT

Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."


BARISAN KELIMA

Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEENAM

Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KETUJUH

Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KELAPAN

Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEMBILAN

Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEPULUH

Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KESEBELAS

Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."


BARISAN KEDUA BELAS

Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya.....Wallahua'alam.


WASSALAM.

Thursday, December 10, 2009

Rasulullah Model Lelaki Sejati

Rasulullah S.A.W adalah contoh terbaik yang boleh dijadikan sebagai model lelaki sejati. Sebagai suami, ayah dan datuk yang cemerlang, sikap terpuji baginda dapat diketahui menerusi beberapa riwayat yang memaparkan kehidupan baginda yang bersikap adil dan saling menghormati, malah seorang yang pemaaf dan belas kasihan.

Sebagai seorang suami, baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja-kerja rumah seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila baginda mahu makan, baginda apa sahaja yang tersedia. Al-Hafizh Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Saiditina Aisyah r.a meriwayatkan dari Ahmad dan Ibnu Hibban, katanya: “Baginda yang menjahit pakaiannya, menjahit sepatunya dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan oleh lelaki di rumah mereka.”

Rasulullah juga melayan kehendak isterinya tanpa menjatuhkan martabatnya sebagai seorang suami yang wajib dihormati oleh isteri. Ini menunjukkan bahawa pada masa-masa tertentu, suami mesti pandai mengambil hati isteri, jangan bersikap kasar atau garang sehingga sanggup mencederakan isteri. Dalam kehidupan berpoligami, baginda adalah contoh terbaik yang melaksanakan prinsip keadilan meskipun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh diberi sama rata kerana ada di antara mereka yang masih muda dan cantik dan ada juga yang sudah berumur tetapi sebagai suami, baginda pandai memainkan peranannya sehingga tidak ada dikalangan isteri yang tersinggung perasaannya.

Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah, suatu hari isteri-isteri baginda datang menemui baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya: “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah yang paling Rasulullah sayang?”. Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawab, sebaliknya baginda menyuruh kesemua isterinya pulang dahulu dan berjanji akan memberikan jawapannya satu ketika nanti.

Selepas itu seperti biasa Rasulullah bermalam di rumah isteri-isteri baginda mengikut giliran masing-masing. Sedikit pun baginda tidak menyebut mengenai persoalan yang dikemukakan itu. Sebaliknya sebelum baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan sebentuk cincin dan baginda berpesan agar tidak memberitahu hal itu pada isteri-isteri yang lain.

Pada hari yang ditetapkan, Rasulullah menyuruh isteri-isteri baginda berkumpul kerana baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan yang dikemukakan. Maka berdebar-debarlah hati masing-masing untuk mengetahui siapa diantara mereka yang paling disayangi oleh Rasulullah.

Ada yang cuba meneka jawapannya pasti adalah Aisyah kerana beliau merupakan isteri termuda diantara mereka tetapi dengan kebijaksanaan Rasulullah, baginda pun berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya”. Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia sahaja yang menerima cincin tersebut.

Begitulah betapa adil dan bijaksananya Rasulullah bertindak sebagai suami yang pandai menyelesaikan masalah rumah tangganya dengan baik tanpa timbul sebarang perselisihan faham atau pergaduhan di kalangan isteri. Malah, jika direnung kembali wasiat baginda yang terakhir, salah satu daripadanya menekankan tentang betapa pentingnya lelaki berhati-hati dalam perlakuan mereka kepada wanita (isteri).

Baginda bersabda yang bermaksud: “Takutlah kamu pada Allah dalam hal wanita. Mereka berada di dalam peliharaanmu. Kamu telah mengambilnya sebagai amanah dari Allah dan mereka itu dihalalkan untuk kamu dengan nama Allah S.W.T.” Wasiat terakhir ini menunjukkan betapa Rasulullah menekankan kepada peranan suami yang perlu bersabar ketika berhadapan dengan kerenah isteri demi kesejahteraan keluarga.

Kecemerlangan Rasulullah sebagai bapa dapat dilihat apabila Rasulullah S.A.W amat meyanyangi anak-anaknya dengan menunjukkan kasih sayang, kemesraan dan tanggugjawab sebagai seorang bapa. Dalam hal ini, Saiditina Aisyah r.a pula menceritakan tentang bagaimana kasih sayang baginda terhadap anaknya Fatimah seperti mana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa: “ Fatimah datang berjalan kaki. Jalannya seperti Rasulullah berjalan. Lalu Rasulullah berkata kepadanya; “Selamat datang puteriku.” Kemudian baginda mendudukkannya di sebelah kanan atau sebelah kiri baginda.”

Cara layanan terhadap anak juga menunjukkan baginda bersikap dengan penuh kasih sayang sebagai mana yang dijelaskan di dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai yang bermaksud: “ Setiap kali Fatimah datang menemui Rasulullah, baginda biasanya berdiri menyambut kedatangannya, menciumnya dan menyuruhnya duduk di tempat baginda.”

Kecemerlangan Rasulullah sebagai seorang datuk dapat dilihat menerusi kasih sayang nabi terhadap anak kecil (cucu baginda) melalui cara baginda melayani kedua-dua cucu kesayangan baginda, Hassan dan Hussin iaitu anak Siti Fatimah dan Ali. Rasulullah bukan sahaja sentiasa membelai dan mencium kedua-dua cucunya ini malah apabila cucu-cucu baginda menghampiri baginda, baginda terus mendukungnya.

Perbuatan baginda ini pernah dilihat oleh seorang lelaki iaitu al-Aqra’ bin Habis al-Tamimi. Al-Aqra’ berkata; “Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi tidak pernah saya mengucup walau seorang pun daripada mereka”. Melihat keadaan ini, Rasulullah bersabda yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengasihi, dia tidak akan dikasihi”.

Kisah hidup Rasulullah ini sedikit sebanyak memberikan kita (lelaki) satu panduan atau model ikutan yang wajar dijadikan amalan. Amat sukar untuk kita menemui seorang lelaki muslim yang sempurna peribadinya seperti Rasullulah. Pernah seorang sahabat bertanyakan kepada saya; “ Bagaimanalah kita hendak mengikut Rasulullah sedangkan dengan hanya satu isteri pun sudah tidak mampu berlaku adil dan anak seorang pun dibiarkan terbiar” Wahai lelaki keturunan Adam, muhasabahkanlah dirimu, kenalilah peribadimu dan hiasilah amalanmu seperti amalan Rasulullah.

Sunday, November 22, 2009

Selamat Bercuti & Salam Perpisahan

Assalamualaikum w.b.t
Alhdulillah segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberikan aku ruang, masa dan kesempatan untuk terus mencoret sedikit bingkisan hidup aku, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', tabi'e, tabi' tabi'e, serta para mujahid mujahidah yang senantiasa berjuang dalam menegakkan kembali daulah Islam yang suci.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahukbar...

Semalam aku baru sahaja pulang dari mukhayyam perdana ipt negeri kelantan yang di adakan di Tanjung Chap, Bachok. Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar. Mungkin di lain masa dan kesempatan aku akan coretkan bingkisan program itu.

Salam perpisahan aku tujukan khas buat seorang abang, sahabat, teman, kawan dan rakan. Insya'allah di lain masa akan ada coretan buat abg. Sesungguhnya perkenalan kita membuahkan kemesraan yang akan dikenang sampai ke akhir hayat. Kenangan yang tercipta akan tetap tersemat di hati sanubari ini.

Hanya ini sahajalah sedikit bingkisan sebelum aku pulang ke kampung.

Di sini aku ingin mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga guru pelatih IPGM Kampus Sultan Mizan. Manfaatkanlah masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah. Carilah ilmu di surau-surau atau masjid-masjid. Moga ilmu itu akan memandu kita ke arah hidup yang lebih mendamaikan...

Monday, November 16, 2009

Salam Perpisahan SIR...

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Salam Perpisahan buat Mr. Norhyisyamuddin Bin Kamil, pensyarah dari Jabatan Bahasa-bahasa IPGM Kampus Sultan Mizan di atas pertukarannya ke IPGM Kampus Tuanku Ampuan Afzan. Seorang pensyarah yang begitu komited dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang pendidik. Kehilangannya amat sukar di cari ganti. Semoga perpisahan ini bukan perpisahan yang terakhir untuk kita. Salam dan ucapan istimewa buat SIR di blog kelas math. (SILA KLIK DI SINI)


Semoga SIR akan terus berjaya di tempat baru, suasana baru dan dengan pelajar baru. Sungguh bertuah warga IPGM KTAA kerana mendapat khidmat beliau di sana. Semoga SIR berjaya di dunia dan akhirat.

Jom Belajar Bahasa Kelate!

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk bertemu di alam cyber ini. Untuk entry kali ini, ingin aku berkongsi dengan pembaca semua tentang bahasa kelate. hehe...

Jom pelajari serba sedikit perkataan-perkataan kelate...


Vocabulary :

Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun



Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (result)
NNEJA (manager),
ESTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam



Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk GDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)



Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKEY = nanti kan



Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kl di kelantan.
SIAL = sembuh



Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak., hehe..)



Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ’sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)



so itulah tutorial kite tentang bahasa kelate…( kalu nk himpun banyak lagi)

Sunday, November 15, 2009

Mencari Jalan


Saat waktu bertatih mengejar masa,

Saat bulan berjalan mengejar malam,

Saat mentari berlari mengejar siang,

Aku masih begini, masih seperti dulu,

Mencari siapa diri ini,

Mencari diri sendiri dalam diri ini,

Yang tidak bisa di duga,

Yang tidak bisa di jangka,

Hidupku kekadang naik, kekadang turun,

Begitu juga dengan imanku,

Kekadang di atas, kekadang di bawah,

Aku tidak sekuat yang disangka,

Diriku tidak begitu tegar menerima ujian dariMU Ya Allah,

Aku hamba yang lemah,

Mudah hanyut dalam arus kenikmatan dunia yang sementara ini,

Kenikmatan yang di beri banyak aku siakan,

Entah untuk apa masa ku habiskan,

Nikmat masa yang Kau beri,

Aku persiakan begitu sahaja,

Oh Allah…

Betapa ruginya aku ini,

Betapa alpanya aku dengan nikmat Mu,

Bantulah aku mencari jalan,

Jalan untuk dekat kepadaMu Ya Rabbi,

Jalan yang didambakan oleh mereka yang soleh,

Jalan menuju cahaya kasih Mu Ya Rahim,

Ya Allah…

Hatiku menangis mendamba kasihMu,

Mengharapkan cinta darimu Rahman,

Namun, aku sedar siapa diriku ini,

Tidak layak untuk mendapatkan semua itu,

Kerana aku begitu jauh dariMu,

Aku alpa dalam mengingatiMu,

Dalam perbuatanku,

Dalm tidurku,

Dalam amal perbuatanku,

Walhal dalam solat sekalipun,

Aku begitu jauh daripadaMu Ya Rabbi,

Namun, aku takkan menyerah,

Aku takkan berundur,

Aku takkan mengalah,

Aku akan berusaha,

Aku akan terus berusaha,

Berusaha mengapai rahmat kasih daripadaMu Ya Allah,

Ya Rabbi…

Kau bantulah aku,

Kau pimpinlah aku ke jalanMu,

Ke jalan yang diredhaiMu,

Sesungguhnya aku hamba yang lemah…

Bantulah aku Ya Rabbi….

Friday, November 6, 2009

Selamat Menduduki SPM


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapat lagi aku meneruskan hidupku di atas muka bumi yang fana ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', serta mujahid mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menegakkan kalimah haq di atas muka bumi ini.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, beberapa hari dari sekarang, semua pelajar tingkatan 5 di seluruh negara akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menduduki peperiksaan SPM. Tak lupa juga kepada adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban yang pernah mengikuti program motivasi yang telah di kendalikan oleh aku bersama rakan sekelas dulu. Ucapan istimewa buat kamu semua di ruangan blog kelas. Sila klik di sini.

Dan tak lupa juga kepada adik-adik di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Melor. Semoga batch antum semua dapat mengharumkan lagi nama sekolah itu yang semakin mekar sekarang. Antum semua adalah permata semekam yang akan mengegarkan dunia pendidikan di persada tanah air ini.

p/s: tak lupa juga kepada semua guru pelatih di seluruh IPGM yang menduduki final. diharapkan semuanya dapat menjawabnya dengan baik. Bittaufiq wannajah fil imtihan.

Monday, November 2, 2009

Salam Imtihan

Yang Mana BerNiLai???

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalmualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Untuk entry ini, aku tertarik dengan satu artikel daripada seorang sahabatku di bangku sekolah dulu. Aku ingin kongsikan bersama-sama pembaca sekalian.

Hayati dan fahamilah beberapa kisah di bawah ini...


Terdapat 3 kes kematian yang begitu hangat diperkatakan, kerana kematian ini berlaku secara serentak. Dan ketiga-tiga kes ini melibatkan 3 orang pemuda yang masih lagi muda lah..

Kes pertama, seorang pemuda yang meninggal dunia di dalam masjid, dalam keadaan sujud mukanya menyembah bumi. Pakaiannya serba hitam, dan dipercayai bukan penduduk setempat di situ. Maka penduduk disitu mengatakan kemungkinan dia seorang musafir yang singgah untuk solat di situ. Mayat dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Maka penduduk pun mengatakan dia mati dalam keadaan yang begitu mulia.

Kes kedua, seorang pemuda juga yang juga meninggal dunia. Dia telah meninggal dunia di tempat melontar di Mina. Dengan tangannya masih lagi terdapat beberapa biji batu, dan dalam keadaan yang begitu sesat, dia meninggal di situ juga. Mayat dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan ramai yang mengatakan dia juga telah meninggal dalam keadaan yang mulia.

Kes ketiga juga kes kematian, tetapi sedikit berbeza dari kedua-dua kes di atas. Seorang pemuda yang meninggal dalam keadaan yang cukup tragis, kepalanya berdarah dipukul botol arak, dan tangannya juga memegang botol arak. Dan beliau meninggal di tempat yang begitu hina, di kelab malam yang penuh dengan maksiat. Beliau meninggal di tempat kejadian serta merta. Polis menganggap kes ini merupakan pembunuhan, dan mayat beliau dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Orang ramai memandang serong ke atas kes kematian itu tadi.

Berlakulah bedah siasat dan terungkai segala asbab kematian ketiga-tiga pemuda itu tadi.


Setelah disiasat kes pertama tadi, maka terjawablah siapa dia si mati itu. Rupa-rupanya, dia merupakan seorang pencuri yang dikehendaki polis kerana telah melakukan beberapa siri kecurian di rumah-rumah. Dia yang telah meninggal di dalam masjid ketika hendak mencuri peti di dalam masjid, mati terkejut melihat seekor kucing yang
melompat masuk ke dalam masjid itu. Terungkailah kes tersebut.

Setelah disiasat kes kedua pula, ternyata berlainan dari sangkaan yang awal tadi. Si dia yang mati itu ialah salah seorang pencuri yang mempunyai sindiket yang begitu besar di sana. dalam usahanya mencuba untuk mencuri barangan dari jemaah umrah, terkena batu yang dilontarkan oleh jemaah yang berada di belakang. Maka meninggallah dia di situ. Terungkailah kes tersebut.

Adapun dengan kes ketiga, satu kebenaran telah ditemui. Setelah disiasat, rupa-rupanya si mati itu merupakan seorang ustaz yang begitu santun peribadinya. Keberadaannya di situ untuk membawa adik kesayangannya yang telah terleka dengan kehidupan dunia untuk pulang bersamanya, keluar dari segala kegelapan kepada cahaya yang satu. kasih sayangnya kepada adiknya itu membawanya menemui kematia tatkala kawan adiknya telah memukul…kepala abangnya itu. Botol arak yang di pegang si mati itu merupakan botol arak adiknya. Kematian beliau membawa makna, apabila adiknya telah kembali ke jalan yang benar. SubhanaLlah, pengorbanan yang begitu besar.

Justeru, apa yang ingin saya simpulkan di sini,

-yakinilah, ketentuan ajal maut itu bukan dalam percaturan kita. Kita tiada hak memilih tempat dan masa untuk meninggal. Namun, kita punyai IKHTIAR di dunia ini untuk memilih samada hidup dalam kejahilan, atau dalam rahmat Allah.

-ajal maut itu juga tidak kira usia. Sesiapa sahaja boleh dijemput oleh Allah bila-bila masa. Bahkan, saya juga boleh meninggal dunia bila-bila masa sahaja. Maka, usia muda kita ini perlu diguna sebaik yang mungkin untuk berbuat BEKALAN, bukan terus mencipta KHAYALAN.

-sentiasa berhusnu dzan dengan apa yang berlaku. Tiada yang rugi jika kita sentiasa bersangka baik, malah mendapat pahala lagi di sisi Allah.

-pastikan hidup kita ini bernilai, kerana yang akan dinilai nanti bukan mati kita, tapi amalan hidup yang kita telah jalani.
Maka antara dia,dia, dan beliau di atas tadi, siapakah yang lebih bernilai???

Sekadar perkongsian…

Dipetik dari blog, denyut nadi perjuangan.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih