Friday, May 22, 2009

Hidup Di Kampus

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, dalam kesibukan untuk exam, aku mengambil sedikit masa untuk post entry kali ni. Untuk entry kali ini, mungkin ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai pelajar, khususnya pelajar IPT ataupun guru-guru pelatih..


Once the new semester start…

At the first week:
user posted image

At the second week:
user posted image

Before the mid-term test:
user posted image

During the mid-term test:
user posted image

After the mid-term test:
user posted image

Before the final exam:
user posted image

Once know the final exam schedule:
user posted image

7 days before final exam:
user posted image

6 days before final exam:
user posted image

5 days before final exam:
user posted image

4 days before final exam:
user posted image

3 days before final exam:
user posted image

2 days before final exam:
user posted image

1 day before final exam:
user posted image

A night before final exam:
user posted image

1 hour before final exam:
user posted image

During the final exam:
user posted image

Once walk out from the exam hall:
user posted image

After the final exam, during the holiday:
user posted image

………………….?????


~ Dipetik dari blog Ameel ~

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru di ucapkan kepada semua guru dan juga bakal-bakal guru di IPGM seluruh malaysia.
Untuk post kali ini, aku hanya ingin berkongsi sebuah cerita mengenai pengorbanan seorang guru. Sila ikuti kisahnya di bawah...

BUDI SEORANG GURU

SEWAKTU aku memandang wajah pelajar itu, aku teringat luahan ibu, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.” Kata-kata itu dilafaz sewaktu aku dan kakak sulungku serentak berjaya melangkahkan kaki ke universiti.
Hari ini, aku benar-benar mengakui kata-kata ibu. Anak gadis itu menjadi bukti kata-kata ibu. Dulu, aku menganggap kata-kata itu keluhan semata-mata, tetapi hari ini aku benar-benar meyakini hal itu.
“Maaf cikgu, saya masih belum dapat bayar. Bapa minta saya sampaikan salam pada cikgu dan dia minta tangguh bayaran itu hingga ke bulan hadapan.”
“Faizah, sepatutnya tarikh akhir bayarannya adalah seminggu lagi. Saya sepatutnya menyerahkan yuran SPM ini pada akhir minggu ini.” Aku mengeluh sambil menangkap anak mata jernih Faizah.
“Saya tahu cikgu, tetapi bapa berjanji dia akan melangsaikan akhir bulan ini.” Wajahnya mengharap simpati.
Aku mencongak-congak akhir bulan itu. Hari ini baru awal bulan. Lebih kurang tiga minggu lagi. Aku menggeleng-geleng kepala.
“Baiklah, awak balik dulu. Saya akan usahakan nanti.” Aku menyandar dan kata-kata ibu menyerkap benakku.
Faizah beredar dari bilik guru itu. Cikgu Hilwana datang menghampiriku.
“Mengapa?” Tanya cikgu lepasan UKM itu. Wajahnya ghairah untuk mengetahui.
Aku tersenyum melihat kerut pada dahi Cikgu Hilwana. Setiap kali ada pelajar perempuan yang datang berbual-bual denganku, pastilah dia tidak segan-silu bertandang ke mejaku. Adakah wanita itu cemburu melihat kemesraanku dengan pelajar perempuan? Atau yang lebih tepat adakah wanita itu menaruh hati padaku?
“Mengapa?” Aku ingin menduga perasaannya. Dia mengerut dahinya lagi. “Mengapa mengapa?” Dia kebingungan. “Mengapa cikgu tanya?”
“Oh, tidaklah. Saya pernah mengajar Faizah. Sejak tingkatan dua lagi. Waktu PMR dia bermasalah kewangan sehingga terlambat membayar yuran peperiksaan. Lewat sebulan dari tarikh yang dijanjikan.” Cikgu Hilwana mengukir senyuman. Senyuman itu untuk akukah? Atau ada kilasan sindiran?
Aku malu sendiri kerana menyangka bukan-bukan. Namun, tindakannya benar-benar ghairah bertanyakan urusan aku, menimbulkan takjub juga.
“Sekarang masalah sama?” soal Cikgu Hilwana apabila tidak mendapat respons daripadaku.
Aku mengangguk-angguk. Aku terdiam seketika seolah-olah menunggu respons lagi daripada Cikgu Hilwana. Guru-guru lain keluar masuk, sepintas lalu melihat kami berdua. Tentulah pada pemikiran mereka sudah berbunga sangkaan bukan-bukan. Mereka tahu, Cikgu Hilwana berusaha untuk mendekati aku sedangkan aku sendiri melayan Cikgu Hilwana biasa sahaja. Biarkan mereka dengan sangkaan itu.
“Dulu macam mana yang cikgu buat?” Aku cuba mengorek sejarah Faizah apabila Cikgu Hilwana terdiam. Barangkali, dia agak malu apabila hanya dia sahaja yang bercakap. Tentulah, diakan masih seorang anak gadis.
“Saya terpaksa tangguhkan dulu pembayarannya. Saya cadangkan dahulukan duit saya, tetapi dia berkeras menolak. Katanya, bapa melarang menerima duit daripada orang lain,” jelas Cikgu Hilwana dengan suara separuh berbisik seperti kata-katanya sebentar tadi rahsia besar.
Aku tahu mudah benar mengorek rahsia daripada cikgu perempuan ini. Mulutnya tidak lokek untuk memberitahu orang tentang rahsia yang berlaku di bilik guru ini, dan juga rahsia yang berlaku di sekolah ini. Lebih-lebih lagi kepadaku. Aku tersenyum lagi.
“Mengapa sampai begitu sekali?”
Cikgu Hilwana mengangkat bahu dan dia tersenyum. Senyuman itu seolah-olah menggoda. Aku meminggirkan perasaan itu. Cikgu Hilwana kembali ke mejanya.


Aku memasukkan duit ke dalam sampul surat. Sampul itu aku letakkan dalam buku Faizah. Sewaktu aku berbuat demikian, kata-kata ibu terngiang-ngiang di telinga, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.”
Tidak lama kemudian, Faizah datang mengambil buku-buku latihan kelasnya. Dia mampir ke mejaku dengan keadaan malu alah. Dia masih belum dapat membayar yuran walaupun masa yang dijanjikan sudah berlalu.
Setelah Faizah beredar dari bilik guru, aku menunggu-nunggu kedatangannya seolah-olah bersiap sedia untuk menerima kembali pulangan daripada Faizah. Seolah-olah aku yakin dia akan menolak pertolongan aku ini. Dan sebenarnya aku sendiri mengharapkan dia memulangkan kembali wang itu supaya perancangan aku untuk bertemu bapanya berjaya.
“Apa yang cikgu senyum-senyumkan itu?” Siapa lagi, kalau bukan Cikgu Hilwana yang menegurku. Aku tersengih sambil menggeleng.
“Macam mana? Faizah sudah membayar yurannya?” Tanya Cikgu Hilwana dengan senyuman tetap menggoda. “Setakat ini belum lagi. Tunggulah nanti, saya yakin dia dapat melangsaikan juga bayarannya.” “Kalau sudah tidak mampu, elok berhenti sekolah sahaja. Orang macam dia tu bukan payah nak cari kerja. Rupa ada. Lebih elok terus dikahwinkan.” Luah Cikgu Hilwana dengan nada jengkel. Aku tidak tahu ke mana jengkelnya tumpah.
Aku terdiam. Kata-kata itu bagaikan petir yang membelah bumi. Bagiku, kata-kata itu tidak sepatutnya diucap seorang pendidik seperti Cikgu Hilwana. Tiba-tiba perasaan benci mula mendadak menyerang diriku. Cikgu Hilwana tidak patut mengatakan demikian.
“Kalau golongan pendidik macam kita pun beranggapan begitu, alahai, macam manalah masyarakat kita hendak berubah.” Sindirku sambil mengambil buku dan berpura-pura memeriksa.
Cikgu Hilwana terkesan dengan sindirian tersebut. Dia meninggalkan aku keseorangan. Biarlah, biarlah hatinya terasa pada hari ini. Esok lusa nanti dia akan mengerti bahawa golongan pendidik tidak sepatutnya meletakkan wang setaraf dengan pendidikan. Dua benda saling berkait tetapi tidak harus dikembarkan.


Pagi itu, lewat daripada yang aku jangkakan, sewaktu aku sampai ke bilik guru, Faizah sudah tercegat menantiku. Aku tidak menghiraukannya, terus masuk dan duduk.
Faizah mendekati mejaku. Perlahan, dia meletakkan sampul surat. Dia memulangkan duit pemberianku.
“Bapa sampaikan ucapan terima kasih. Bapa pohon maaf kerana tidak dapat menyediakan bayaran. Bapa kata lebih baik saya berhenti daripada terhutang budi.”
Kata-kata itu bagaikan halilintar membelah bumi. Lebih pedih daripada kata-kata Cikgu Hilwana semalam. Aku mengesan ego seorang bapa dan aku memerhati pilu seorang anak.
Mata Faizah berkaca. Seperti terlupa untuk mengucapkan salam, dia lari dari situ.
“Faizah! Saya perlu jumpa dengan bapa kamu.” Aku bangkit sehingga kerusi terdorong ke belakang dan jatuh.
Faizah terhenti dan tersentak. Dia menggeleng-geleng kepala.
“Tidak perlu. Saya sudah menghantar surat berhenti sekolah kepada pengetua pagi tadi. Saya hanya datang untuk mengucapkan terima kasih atas kebaikan cikgu.” Suara Faizah tersekat-sekat dan matanya berkaca. Aku tahu dia sebak.
“Tetapi…” Faizah berlari dari situ. Guru-guru yang lain terkejut dengan drama pagi itu. Masing-masing melontarkan pandangan ke arah aku. Cikgu Hilwana juga memandangku tajam. Aku tidak tahu maksud pandangan itu, cemburu atau mengejek atau barangkali simpati?


Hari itu aku gagal mengesan Faizah. Benarlah, dia sudah berhenti sekolah. Aku bertemu dengan pengetua. Dia sendiri gagal untuk memujuk Faizah meneruskan persekolahan. Namun, aku merasakan pengetua sendiri tidak ikhlas memujuk Faizah. Yang penting, Faizah belum berdaftar untuk SPM dan apa-apa terjadi, keputusan SPM sekolah tidak akan terjejas. Aku memandang jueh pandangan pengetua sebegitu. Namun, aku tidak menyanggahnya. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya. Cuma aku berjaya mendapatkan simpati pengetua menunda surat berhenti sekolah itu.
Akhirnya, aku memberanikan diri ke meja Cikgu Hilwana; suatu tindakan yang tidak pernah aku lakukan sebelum ini. Barangkali, Cikgu Hilwana berbangga dengan kejadian itu. Cikgu Hilwana merenungku, seperti yang aku selalu buat apabila dia mampir ke mejaku.
“Cikgu, saya mahu minta tolong.” Aku memandangnya dan mencari simpati pada wajah putih bersih itu.
Cikgu Hilwana tersenyum, senyuman kemenangan. “Apa dia?” Dia merenung tajam sehingga pandangan kami saling bertaut. Aku melihat air matanya jernih. Sinar apakah itu? “Bawa saya ke rumah Faizah. Pelajar-pelajar saya seorang pun tidak pernah ke rumah Faizah. Tetapi mereka kata cikgu pernah sekali dulu ke sana.” Aku menolak getaran di dada.
“Cikgu benar-benar mintakah?” tanya Cikgu Hilwana sambil melebarkan senyuman.
Kalaulah tidak kerana aku ingatkan Faizah, nescaya aku meninggalkan guru perempuan itu sekarang juga. Soalannya bagaikan satu isyarat kemenangan besar baginya. Kemenangan untuk menundukkan keegoanku selama ini. Namun, biarlah aku tebalkan muka pada hari ini. Kata-kata ibu semakin kuat kedengaran di gegendang telinga.
“Ya. Hanya cikgu yang dapat menolong saya.” Aku mengetap bibir seperti menyatakan kekalahan. “Baiklah. Malam nanti cikgu ambil saya di rumah.” Cikgu Hilwana akur dengan pandangan lembut. Sinar matanya persis pandangan ibu.
“Tetapi mengapa malam?” Aku kaget. “Mengapa? Cikgu takut kena tangkap basah?” Gurauan Cikgu Hilwana menakutkanku. Aku pura-pura tersenyum.
“Dengan orang yang secantik cikgu, tentulah bimbang!” Biarkan aku mengusik begitu sehingga dia benar-benar ingin menolongku.
Cikgu Hilwana tersenyum. “Ayahnya hanya ada di rumah pada waktu malam. Kalau kita pergi petang begini, alamak kita terpaksa menunggu di tepi pantailah. Cikgu tentu tidak mahu ‘berkelah’ dengan saya,” rajuk Cikgu Hilwana. Mulutnya memuncung.
Aku meninggalkan Cikgu Hilwana selepas mengucapkan terima kasih. Biarkan Cikgu Hilwana berbunga-bunga hatinya mengenangkan kemenangan itu. Apalah sangat kekalahan itu berbanding kemenangan mengembalikan Faizah ke alam pendidikan. Kata-kata ibu masih keras di telinga.


Aku dan Cikgu Hilwana sampai ke rumah itu setelah hari benar-benar gelap. Rumah itu bukanlah benar-benar sebuah rumah dalam pengertian yang sebenar. Dindingnya adalah daripada papan lapis yang sudah terlalu uzur dan lama. Malah, sudah pun didiami oleh bubuk kayu. Warnanya sudah kelabu kehitam-hitaman. Atap rumah itu diperbuat daripada anyaman daun rumbia kering yang aku kira sudah bocor di sana-sini. Rumah itu terlalu dhaif, sepatutnya sudah tidak ada ketika Malaysia berkira-kira mahu menjadi negara maju.
Seorang lelaki berada di muka pintu rumah. Dia sudah lama di situ kerana jalan yang becak dan berlopak-lopak yang masuk ke situ hanya menuju ke rumahnya sahaja. Sudah tentulah dari jauh lagi, dia sudah menyedari kedatangan kami.
Aku memberi salam dan menyebut namanya. Pak Samad termangu-mangu kerana aku mengenali namanya. Masakan tidak, aku guru kelas anaknya [bekas guru kelas sebenarnya].
“Saya Cikgu Azmi, guru kelas Faizah. Dan ini Cikgu Hilwana.” “Oh. Faizah selalu bercerita tentang Cikgu Azmi.” Pak Samad angguk berpuas hati. Aku menjeling Cikgu Hilwana, dia melirikkan pandangan ayu itu. Aku mengesan cemburu pada sinar itu. Ah, wanita ini!
Aku naik ke rumahnya. Ruang tengah rumah itu hanya berbilik satu. Itu pun bilik itu dibentuk oleh kain yang sudah uzur dan berlubang di sana sini. Rumah itu hanya berpelita minyak tanah, tidak ada kemudahan elektrik. Aku terkedu dalam negara sibuk membincangkan Wawasan 2020, masih ada rumah tidak dilengkapi kemudahan asas itu.
“Saya datang ni untuk berbincang pasal Faizah.” Aku memulakan bicara. Pak Samad mengisarkan punggungnya. Aku lihat air mukanya berubah. Barangkali dia tidak senang hal anaknya dibangkitkan.
“Maaflah cikgu. Saya terpaksa berhentikan Faizah. Adik-adik dia tu ramai lagi. Dengan tulang empat kerat ni, saya tak berdaya untuk menyekolahkan Faizah.” Suara itu sebak. Namun, aku tahu Pak Samad tidak akan menangis kerana dia seorang yang ego.
“Tapi bukanlah waktu sekarang. Tahun ni Faizah akan SPM. Dia ada potensi untuk berjaya dan melangkah ke universiti. Rugilah kalau kemampuannya itu disia-siakan.”
Suasana senyap sunyi. Hanya berbunyi cawan bertingkah di dapur. Barangkali Faizah dan ibunya sibuk di dapur. Tidak lama kemudian, Faizah keluar dari balik tabir menantang dulang. Dia menghidangkan air teh.
“Maaflah cikgu, teh kosong sajalah. Minumlah.” Wajah Faizah pilu. Perbualan kami terganggu. Aku mengangguk-angguk. Aku menghirup teh wangi itu. Suasana sunyi seketika ketika kami menikmati teh panas pada malam yang dingin itu. Aku tidak tahu sama ada Cikgu Hilwana, anak kota kosmopolitan betah berada begitu.
“Bukan saya tak tau cikgu. Tapi apa yang saya nak buat, kami ni orang miskin. Tak terdaya nak menyekolahkan semua anak-anak kami. Biarlah setakat sekolah menengah sahaja, cukuplah. Bolehlah nanti Faizah kerja kilang.” Ternyatalah Pak Samad masih berkeras.
“Saya sanggup dahulukan wang saya untuk yuran SPM Faizah.”
Kata-kataku itu membuatkan Pak Samad tersentak. Wajahnya mula berubah menjadi tegang. Dia tampak kurang senang apabila aku menimbulkan soal wang itu. Benarkah Pak Samad terlalu ego?
“Maaflah cikgu. Saya tak dapat terima budi cikgu.” Tolak Pak Samad dengan suara sedikit keras.
“Tetapi mengapa? Saya ikhlas pak cik.” Aku tidak mahu masa depan Faizah musnah hanya kerana ego seorang bapa. Cikgu Hilwana hanya mendiamkan diri.
“Dua orang kakaknya terpaksa saya kahwinkan kerana terhutang budi, Cikgu…”
Pak Samad sebak. Faizah tunduk. Barulah rahsia keegoan seorang bapa terlerai malam ini. Rahsia yang tidak berjaya disingkap Cikgu Hilwana, tidak juga pengetua, dan tidak juga cikgu-cikgu yang lain.
“Kerana menerima budi orang lain dan tidak dapat membalas budi tersebut, mereka meminta anak-anak saya. Dua orang kakaknya sudah hilang daripada keluarga kami. Hilang dan tak akan kembali. Saya tidak mahu peristiwa itu berulang lagi pada Faizah. Biarlah dia begitu daripada…”
“Pak cik seperti meragui keikhlasan saya.” Aku tidak sepatutnya mengucapkan demikian. Cikgu Hilwana merenungku bagaikan mahu menyatakan aku silap. Biarlah, seorang bapa yang ego perlu diajar begitu.
“Maaf cikgu. Saya terpaksa berhati-hati.”
Aku mengeluh. “Pak cik fikir saya menaruh hati pada Faizah?” Desak aku meneruskan keterlanjuran bicara.
Pak Samad merenungku. Aku bagaikan mengerti renungan itu bagaikan menduga keikhlasanku. “Dari cara Faizah bercerita cikgu mengambil berat tentang dirinya, pelajarannya, saya tidak dapat menolak kemungkinan itu. Apatah lagi cikgu masih belum kahwin dan muda lagi.” Pak Samad nyatalah berterus-terang. Aku senang begitu.
“Saya mengambil berat atas dasar saya gurunya dan dia pelajar.” Sangkalku dengan suara lembut.
“Tetapi mengapa dilebihkan Faizah?” Sanggah Pak Samad. Dia mengetap bibir. Nyatalah keraguannya terlalu tebal. Prasangkanya terlalu hebat.
“Kerana Faizah mempunyai potensi untuk cemerlang. Malangnya, Faizah tidak berkemampuan. Sebab itulah saya melebihkan tumpuan kepada Faizah. Pelajar saya yang lain juga berpotensi, tetapi mereka mampu mendapatkan kemudahan. Tidak Faizah.” Biarlah malam itu menamatkan keraguan dan prasangkanya.
“Saya… saya…” Pak Samad hilang kata-kata. Barangkali, dia terkedu dengan keraguannya sendiri.
“Lagipun, saya dan Cikgu Hilwana sudah merancang untuk berkahwin!”
Bukan sahaja Pak Samad dan Faizah yang terkejut, bahkan Cikgu Hilwana sendiri tersentak. Mujurlah wanita itu dapat mengawal diri.
“Benarkah cikgu?” Pak Samad menghalakan pertanyaannya kepada Cikgu Hilwana. Cikgu Hilwana terkejut. Dia mengatur bicara.
“Ya… ya… kami merancang untuk berkahwin bulan depan.”
Kali ini aku pula yang terkejut dengan keterlanjuran Cikgu Hilwana. Apabila aku mengalih pandangan ke arah Cikgu Hilwana, wanita itu tersenyum. Barangkali mahu menghukum aku atas keterlanjuran tadi. Nampaknya, kami saling berperang antara satu sama lain. Atau mungkinkah kami saling bertarik-tali? Namun, aku tidak ada pilihan lain untuk meyakinkan Pak Samad selain daripada mengakui perhubungan dengan Cikgu Hilwana.
Pak Samad kelihatan mengendur. Aku mengesan keraguannya semakin terhakis. Dia menatap wajah Faizah, bagaikan melihat kesayuan yang ada pada anaknya itu.
“Biarlah, buat sementara waktu ini, andainya Pak Samad tidak keberatan, kami berdua menanggung perbelanjaan Faizah. Awal perkahwinan kami pastinya tidak menggunakan wang yang banyak. Sempatlah kami menanggung Faizah sehingga Faizah melanjutkan pengajiannya di universiti nanti. Di universiti nanti, sudah disediakan kemudahan pinjaman wang.” Aku memandang wajah Pak Samad yang serba-salah itu. Biarlah juga keterlanjuran kata-kata itu, aku panjangkan lagi untuk menundukkan keegoan Pak Samad, menyelamatkan masa depan Faizah dan menguji Cikgu Hilwana.
Pak Samad mengangguk-angguk kecil. Aku yakin, usahaku pada malam itu telah berjaya. Tentunya dengan pertolongan Cikgu Hilwana.
“Kami minta diri dulu. Tak elok kalau saya hantar Cikgu Hilwana lewat malam. Walau sudah bertunang, tentu masih tidak manis.” Ujarku menduga Cikgu Hilwana. Cikgu Hilwana tersenyum mengiyakan. Namun, aku kira pandangannya seperti mahu menerkamku.
Pak Samad mengangguk buat kesekian kalinya. Anggukan yang bagiku sudah cukup memberikan kemenangan kepadaku.
“Surat berhenti yang Faizah serahkan kepada pengetua ada di tangan saya. Kalau Faizah ke sekolah esok, dan saya berharap benar-benar Faizah ke sekolah esok, maka surat itu saya akan lupuskan.” Tambahku ketika bersalam dengan Pak Samad.
“Terima kasih cikgu.” Ucap Pak Samad dengan suara yang kendur. Faizah hilang bicara. Matanya berkaca, lalu pecah berderai tangisan dalam diam. Aku kira air mata itu adalah ucapan terima kasih yang tidak ternilai.
Sewaktu dalam kenderaan, Cikgu Hilwana tersenyum. “Benarkah?” dia bertanya. Aku ketawa berdekah-dekah. Cikgu Hilwana bungkam.


“Kepujian kelas pertama, Jurusan Kejuruteraan Elektrik, Faizah binti Abdul Samad.”
Faizah naik ke pentas. Hari ini, Faizah sudah bergelar graduan. Aku terngiang-ngiang kata-kata ibu, “Hari ini manusia memerlukan wang untuk mendapatkan pendidikan, bukan lagi memerlukan pendidikan untuk mendapatkan wang.”
Aku duduk di kerusi tersenyum. Barangkali kata ibu benar, tetapi nyatalah aku membuktikan bahawa manusia juga memerlukan budi untuk mendapatkan pendidikan! Aku meraih tangan isteriku, Hilwana. Isteri yang aku dapati sewaktu aku cuba memberikan budi dengan ikhlas kepada Faizah. Barangkali, Cikgu Hilwana adalah hadiah yang paling awal aku terima sebelum aku sempat berbudi kepada Faizah!

Thursday, May 14, 2009

Amalan Dan Pertolongannya

Dari Abdurrahman bin Samurah ia berkata: Pada suatu hari keluar Rasulullah SAW menemui kami di suatu tempat, baginda berdiri lalu bersabda:

Malam tadi aku bermimpi tentang sesuatu keajaiban. Dalam mimpiku itu, aku melihat seorang lelaki dari golongan umat ku yang didatangi oleh Malaikat Maut untuk mencabut nyawanya maka datanglah amal kebaikan yang dilakukan oleh umat ku itu kepada ibunya menolak Malaikat Maut itu.

Aku melihat seorang dari umatku yang akan mendapat seksaan kubur, maka datanglah amal kebaikan dari wuduk yang dikerjakannya, menyelamatkannya dari seksaan tersebut. Aku melihat seorang dari umatku yang dikerumun oleh syaitan-syaitan, maka datanglah amal kebaikan dari zikir-zikirnya ,maka larilah syaitan-syaitan tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang akan diseksa oleh malaikat azab, maka datanglah amal kebaikan dari solatnya, lalu menyelamatkanya dari Malaikat azab itu. Aku melihat seorang dari umat ku yang sedang dalam kehausan , setiap kali ia akan mendekati suatu perigi maka ia dihalau dari perigi tersebut,maka datanglah amal puasa Ramadhannya, lalu memberi ia minum hingga tubuhnya menjadi segar.

Aku melihat seorang dari umatku, dan aku melihat para Nabi punya kumpulan masing-masing, setiap kali ia ingin mendekati kumpulan itu, maka ia dihalau, lalu datanglah amal kebaikan dari mandi junubnya dan memimpin ia untuk duduk disampingku. Aku melihat seorang dari umatku yang dimukanya dalam keadaan gelap gelita begitu juga dikanan juga dikiri, dibawah, di atas semuanya dalam keadaan gelap, pada waktu itu ia dalam kebingungan, maka datang amal Haji dan Umrahnya, mengeluarkannya dari kegelaan tersebut, menuju ke tempat yang terang benderang.

Aku melihat seorang dari umat ku yang sentiasa mejaga mukanya dari percikan api neraka dan baranya, maka datanglah amal sedekahnya yang menyelamatkan dari api neraka itu. Aku melihat seorang dari umatku yang sangat ingin berkata-kata kpd semua orang mukmin, namun mereka enggan berkata-kata dengannya maka datanglah amal silaturrahimnya yang menyelamatkannya , higga akhirnya ia dapat bergaul dengan mesra bersama orang-orang mukmin lainnya.

Aku melihat seorang dari umatku yang sedang didekati oleh Malaikat Zabaniah, maka datanglah amar makruf nahi mungkarnya datang menyelamatkan daripada malaikat tersebut serta membawanya kpd Malaikat Rahmah. Aku melihat seorang dari umatku berjalan denan ke lutut nya, antara dia dengan Allah ada hijab yang menutupnya, maka datanglah amal akhlaknya yang baik lalu memegangnya dan membuka hijab tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku yang sedang dalam keadaan bingung kerana buku amalnya selalu mengarah untuk memberikan kepada sebuelah kirinya, maka datanglah rasa takutnya kepada Allah lalu menangkap buku itu dan memberikannya kepada arah sebelah kanannya. Aku melihat seorang dari umatku yang ringan timbangan amal baiknya, maka datanglah anaknya yang telah meninggal dunia, lalu menjadikan berat timbangan amal kebaikannya..

Aku melihat seorang dari umatku yang sudah berdiri di tepi neraka jahanam lalu datanglah harapannya kepada Allah, menyelamatkannya dari tempat itu. Aku melihat seorang dari umatku yang diseret untuk masuk ke dalam neraka, maka datang titisan air matanya yang keluar kerana takut kepada Allah lalu menyelamatkannya.

Aku melihat seoang dari umat ku yang sedang berdiri di atas jambatan (Sirat), sedangkan pada waktu itu ia dalam keadaan menggigil (bergoncang) seperti goncangan benda kecil yang ditiup oleh angina yang sangat kuat maka datanglah sangkaan baiknya terhadap Allah lalu jadikan ia tenang dari goncangan tersebut.

Aku melihat seorang dari umatku dalam keadaan merangkak diatas jambatan sirat, bahkan sekali-kali ia hampir jatuh ke dalam neraka, lalu datanglah amalan solatnya menyelamatkannya sehingga akhirnya ia berdiri tegak di atas jambatan dan dapat berjalan dengan kedua kakinya dan selamatlah ia.

Aku melihat seorang dari umatku yang sudah mencapai pintu syurga, akan tetapi semua pintu-pintu syurga itu tertutup untuknya, lalu datanglah ucapan syahadatnya lalu membuka pintu-pintu itu dan memasukkannya ke dalam syurga..

Tuesday, May 5, 2009

Tertawa Di Dunia Menangis Di Akhirat

Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda ’Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati’.

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri. Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala. Hati tidak berfungsi lagi.

Nabi Muhammad melarang ummatnya dari gelak-ketawa yang melampuai batas. Menurut hadith, banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu. Barangsiapa ketawa tergelak-gelak, akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu.

Kenapa dilarang ketawa berdekah-dekah? Dalam keadaan suka yang keterlaluan, hati kita lalai dan lupa suasana akhirat dan alam barzakh yang bakal kita tempuhi kelak. Sedangkan dahsyatnya alam tersebut tidak dapat dinukilkan dalam sebarang bentuk media. Kita sedang menuju ke satu destinasi yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan abadi. Sepatutnya kita berfikir bagaimana kedudukan kita di sana nanti, sama ada berbahagia atau menderita.

Berbahagia di dunia bersifat sementara tetapi di akhirat berpanjangan tanpa had. Penderitaan di dunia hanya seketika tetapi di akhirat azab yang berterusan dan berkekalan. Merenung dan memikirkan keadaan ini cukup untuk kita menghisab diri serta menyedarkan diri kita tentang bahaya yang akan ditempuh.

“Tertawa-tawa di masjid menggelapkan suasana kubur”. Demikian ditegaskan oleh Nabi saw. Kita sedia maklum, kubur ialah rumah yang bakal kita duduki dalam tempoh yang panjang. Kita keseorangan dan kesunyian tanpa teman dan keluarga. Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka. Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia.

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu. Apabila kurang ilmu, akal turun menjadi kurang. Kepekaan terhadap akhirat juga menurun. Nabi saw pernah bersabda: “Barangsiapa tertawa-tawa nescaya melaknat akan dia oleh Allah (Al-Jabbar). Mereka yang banyak tertawadi dunia nescaya banyak menangis di akhirat.”

Saidina Ali sentiasa mengeluh ‘....jauhnya perjalanan ... sedikitnya bekalan ....’ Walaupun hebat zuhud dan ibadat beliau, namun merasakan masih kurang lagi amalannya. Betapa kita yang kerdil dan malas beribadat ini sanggup bergembira 24 jam.

Dalam hadith lain, Nabi saw bersabda ”Barangsiapa banyak tertawa-tawa, nescaya meringankan oleh api neraka.”Maksudnya mudah dimasukkan ke dalam neraka.

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan. Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw. Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.

Para sahabat pernah berkata “Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak.”


Jadi kita sebagai seorang hamba haruslah merenung kembali diri kita. Berapa banyakkah kita ketawa? Adakah ketawa kita itu dapat di dengar oleh orang-orang sekeliling kita? Ana teringat satu peristiwa di mana Rasulullah tidak pernah ketawa selepas baginda melihat seksaan yang diterima oleh penghuni-penghuni neraka. Subhanallah.. jauh sekali jika nak dibandingkan dengan kita hari ini. Ana bukan nak mengata kepada sesiapa tetapi ana muhasabah diri ana kembali. Moga kita semua dijauhkan daripada ketawa syaitan itu.


-Renung-renungkanlah dan selamat beramal-

Hujung Minggu Di Dungun - Anda Bijak Jauhi Zina

Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus berkelana di atas muka bumi ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, para syuhada’ dan juga pejuang2 agama Allah yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah Haq di muka bumi ini.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

Dalam kita meniti hari, masih lagi kita diberi ruang dan waktu untuk berzikir memuji Allah..alhamdulillah… masa berlalu begitu pantas, masa tidak menunggu kita. Kita seharusnya menggunakan masa itu sebaiknya dalam mengisi hari-hari muda kita. Teringat aku satu teka teki yang diberikan oleh imam al-Ghazali kepada murid-muridnya iaitu apakah benda yang paling jauh dengan kita. Dan murid-muridnya ada yang menjawab matahari, bulan, bintang dan lain-lain lagi. Walhal benda yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Kenapa? Kerana masa lalu takkan dapat diundurkan kembali walaupun kita sanggup membayar dengan jumlah yang mahal untuk memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan. Subhanallah.. begitu berharganya masa sekarang. Dalam kita meniti hidup ini, adakah kita menggunakan masa kita sebaiknya? Gunakan masa muda sebelum masa tua.. kenapakah? Kerana masa mudalah kita dapat melakukan banyak amal ibadah. Jika kita telah menjangkau usia tua, amal ibadah yang kita lakukan pun akan terbatas kerana di usia tua nanti akan ada banyak masalah yang menimpa diri kita seperti penyakit dan badan kita pun tidak sekuat semasa mudanya untuk melakukan ibadah.

Alhamdulillah, masa muda ku ini aku isikan sedikit sebanyak dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk bekalan ke sana nanti. Di sini ingin aku bingkiskan sedikit sebanyak perjalanan hidupku bersama sahabat menyertai satu program di dungun, Terengganu. Program yang aku sertai itu ialah program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Satu program yang sungguh bermanfaat untuk sesiapa yang menyertainya. Sebelum itu, ingin aku coretkan juga perjalanan ku ke dungun bersama sahabat. Petang khamis, aku bersama sahabat ku pergi mengambil kereta satria neo baba di pusat servis proton di kota bharu. Kereta baba baru di servis. Selepas mengambil kereta baba, aku menjemput seorang sahabat ikhwan di kota bharu. Seorang sahabat dari kolej jaipetra yang akan sama-sama mengikuti program ABJZ nanti. Sewaktu aku bertemu dengannya, aku rasa amat bersalah kerana membuatnya tertunggu begitu lama. Sudah separuh hari dia berada di Bandar kota bharu kerana menunggu ku. Bukan salah sesiapa kerana ada sedikit masalah dalam penyampaian maklumat. Aku pun tidak dapat menghubunginya pada mulanya, tetapi nasib baik dia sempat menelefonku sebelum aku bertolak ke dungun. Sebelum bertolak ke dungun, aku bersama sahabat singgah sebentar di rumahku untuk meninggalkan kereta sahabatku kerana kami akan ke dungun dengan menaiki kereta satria neo baba. Kami bertolak dari rumah ku lebih kurang pukul 7.15 malam. Sejam perjalanan, kami berhenti untuk solat jamak isyak dan magrib di samaping makan malam di daerah besut. lebih kurang pukul 9 malam, kami bertolak ke dungun. Perjalanan ke dungun mengambil masa hampir tiga jam. Sewaktu memasuki daerah dungun, aku meminta kawanku membawa kereta kereta mataku sungguh mengantuk dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dan Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kawanku.

Jumaat, 1 mei 2009, sebelum jam menunjukkan jam 8.30 pagi, kami seramai 3 orang telah bertolak ke tempat program iaitu di politeknik dungun. Program anda bijak jauhi zina itu sebenarnya anjuran wanita JIM dan juga Raudhatus Sakinah. Pengarah Raudhatus Sakinah, iaitu ummie rose sendiri yang turun padang memberikan ceramah. Program itu sebenarnya adalah untuk trainer dan juga fasilitator (training of trainer @ TOT ABJZ). Program itu memang amat bagus. Kami diberi pendedahan tentang cara-cara untuk menganjurkan program atau aktiviti, cara-cara untuk menegur kemungkaran di depan mata berdasarkan pengalaman ummie rose sendiri, kami juga diberi pendedahan tentang modul2 yang dapat digunakan untuk melaksanakan program ABJZ ini. Nama-nama untuk program ABJZ ini juga tidak semestinya terlalu ‘skema’ sehingga menyebabkan remaja tidak berminat untuk menyertainya. Tetapi haruslah menarik supaya dapat menarik orang ramai untuk menyertainya. Aku tertarik dengan satu nama program ABJZ yang akan dilaksanakan di IPTB. Nama program tu ialah Aku Di bius Cinta. Satu nama yang menarik. Aku terlihat nama program tu dalam sebuah laman web sahabatku yang belajar di iptb. Insya’allah program tu nanti berjaya menarik minat ramai untuk menyertainya. Di samping didedahkan tentang prosedur2 dan cara2 untuk menganjurkan program ABJZ, kami juga didehkan tentang penyakit2 yang berpunca disebabkan zina. Subhanallah, dari gambar2 pesakit yang aku lihat, memang amat menyakitkan bagi yang menanggungkan. Namun, itulah balasan yang Allah turunkan kepada mereka yang melakukan zina. Balasan di dunia sudah teruk, inikan pula balasan di akhirat kelak. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan dosa2 besar. Program yang aku sertai itu tamat lebih kurang pada pukul 6 petang. Tersasar hampir sejam dari masa yang dijangkan iaitu pukul 5 petang.

Selepas menikmati sedikit jamuan makan, aku bersama 2 orang lagi sahabat bertolak pulang ke Kelantan. Jam 7.30 kami tiba di Bandar kuala Terengganu. Kami singgah di mydin hampir sejam untuk membeli sedikit barang dan juga menunaikan kewajipan kami kepada al-Khaliq. Lebih kurang jam 9.30 malam, kami berolak pulang. Kami tiba di rumah ku pukul 11.30 malam. Waktu tue hujan turun dengan lebatnya. Selepas beberapa minit di rumah, aku ke kolej jaipetra untuk menghantar sahabat ikhwan ku. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang kami ke dungun selamat. Syukur aku panjatkan..

Semoga ilmu yang baru aku perolehi, dapat aku aplikasikan dalam kehidupan seharianku sebagai seorang hamba..

-ANDA BIJAK JAUHI ZINA-

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih