Friday, October 30, 2009

CiNtA...


Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah...

Alhamdulillah...

Allahukbar...


Untuk entry kali ni, aku hanya ingin berkongsi sebuah cerita. Mungkin dalam kalangan kita sudah membaca cerpen ini, sama-samalah kita mengambil iktibar daripada kisah ini...


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.


Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

*cinta agung ialah cinta pada ALLAH....

cinta suami isteri itulah yang lebih halal....bercinta atas dasar taqwa, keimanan dan mengharapkan redha dari Allah.....tak perlu bercouple (sebelum kahwin)...yakinlah akan jodoh pertemuan, ia pasti akan datang...

Wednesday, October 28, 2009

Dulu... Di situ Aku Bertapak

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapat lagi aku meneruskan hidupku di atas muka bumi yang fana ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', serta mujahid mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menegakkan kalimah haq di atas muka bumi ini.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sedikit bingkisan untuk tatapan sahabat yang sudi membaca. Dalam sibuk aku melayari laman-laman blog sahabat, aku terhenti sekejap di laman blog sekolah ku dulu. Tetiba terbit rasa bangga kerana pernah menjadi warga sekolah itu dulu.

Setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah, sudah banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh bekas sekolah ku itu baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Jika dulu namanya kurang terkenal, mungkin sekarang sekolah itu digeruni sahabat mahupun lawan. Jika dulu sekolah itu hanya berada di rangking ke 3 atau ke 4 dalam ranking SMKA di Kelantan, namun sekarang sekolah itu bersaing hebat dengan Naim Lilbanat untuk rangking pertama.

Sudah hampir 5 tahun rupanya aku meninggalkan alam persekolahan. Namun, setiap kali ada masa dan kesempatan, aku bersama sahabat akan pergi melawat warga sekolah. Guru-guru pun masih mengenali ku. Guru-guru yang pernah mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada ku. Terima kasih cikgu.

Sekolah itu mencipta banyak kenangan dalam hidupku. Banyak kenangan yang tercipta bersama sahabat menempuh onak dan duri bagi mencari ilmu buat bekalan di masa hadapan. Kenangan yang tercipta sukar untuk aku lupakan kerana di sana aku mula mengerti erti persahabatan. Tali ukhwah yang terjalin masih tersimpul rapi sehingga sekarang. Setiap kali cuti semester, insya'allah aku dan sahabat-sahabat yang lain akan berkumpul dan menceritakan pengalaman hidup di kampus masing-masing. Dan tidak ketinggalan juga sahabat yang masih meneruskan tugas sebagai da'ei di kampus masing-masing. Bangga rasanya mempunyai sahabat seperti mereka walaupun diri ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan mereka.

Sekolahku, dulu... di situ aku pernah bertapak... bersama-sama sahabat menempuh hidup ini...
Itulah SEMEKAM...

Tuesday, October 20, 2009

Jom Ke Surau!

Assalamualaikum w.b.t
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', tabi'e, tabi' tabi'e, serta para mujahid mujahidah yang senantiasa berjuang dalam menegakkan kalimah haq di atas muka bumi ini.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahukbar...

Malam ini selepas solat isyak berjemaah di Surau Al-Firdaus,
satu gotong royong membersihkan surau akan diadakan...
seperti yang kita sedia maklum, bahawa surau kita baru-baru ini telah di landa 'banjir'
jadi gotong royong itu bertujuan untuk membersihkan serta memasang kembali karpet surau yang baru di beli.
Oleh itu, semua guru pelatih IPGM Kampus Sultan Mizan di jemput hadir untuk kita sama-sama bergotong royong membersihkan surau.

Semoga pahala yang disumbangkan ini akan berterusan sampai akhirnya..
(^_-)

Setahun

Setahun telah berlalu selepas PERISTIWA itu. Begitu pantas masa meninggalkanku. Sedar tak sedar, PERISTIWA yang merubah hidupku itu telah setahun berlaku. Di pagi itu, semuanya berubah. Dalam sekelip mata. Tanpa di duga, tanpa ku pinta ianya terjadi. Namun semuanya berlaku jua...

Thursday, October 15, 2009

Laptopku

Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji Allah yang menguasai seluruh alam raya ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', serta mujahid mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menyambung risalah rasulullah tercinta.

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar..

Sudah lama rasanya tidak ku update blog ini. Sudah berhabuk agaknya laman ini. Bukan sengaja untukku tidak mengupdate blog ini tetapi disebabkan laptopku rosak dan terpaksa di hantar ke kedai. Sebelum ini, laptopku di serang virus sehingga menyusahkan aku untuk menyempurnakan tugasan-tugasan sebelum ini. Jadi, aku mengambil keputusan untuk format laptopku itu. Pada masa yang sama, aku juga belajar cara nak format dengan sahabatku. Namun, selepas selesai format ada sedikit masalah dan menyebabkan audio laptopku tak boleh nak install dan cd-rom juga rosak. So, terpaksalah hantar ke kedai untuk tukar baru. hehe.. Sekarang ini, sedang menunggu untuk pergi mengambil semula laptopku itu. Harap-harapnya selepas ini tiada masalah lagi kerana aku ada satu lagi tugasan penting yang perlu aku siapkan khas buat seorang sahabatku. Tugasan itu sungguh penting, dan mungkin ada titisan air mata semasa menyempurnakan tugasan itu. Draf-drafnya sudah dirancang dan menunggu masa untuk memulakannya.

Saturday, October 3, 2009

Kursus Perkahwinan


Assalamualaikum w.b.t.
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang 3 minggu dari sekarang, JPP Biro Agama & Pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan akan mengadakan kursus perkahwinan yang akan dikelolakan Pejabat Agama Daerah Besut.

Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat untuk mengikuti kursus perkahwinan ini boleh lah memberikan nama anda kepada:
  • Saudara Shahril (PISMK OUM PJ)
  • Saudara Rauhan (PISMP PJ Sem. 6)
  • Saudara Nabil (PISMP KS Sem. 4)
  • Saudari Nurul Nadiah (KDPM Pra Kemas)
Sesiapa yang berminat boleh menemui mereka berempat dan memberikan nama anda serta bayaran sebanyak RM 55 sahaja. Kursus kahwin ini terhad kepada 100 orang sahaja. Siapa cepat dia dapat.

p/s: aku nak masuk ke? hehe... lambat lagi kot, tunggu la 2 3 tahun lagi bila dah ada calon. (^-^)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih