Tuesday, December 6, 2011

Tetap Di Medan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu'alaikum w.b.t
 
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Bukan lari.. bukan cuba lari. Mahupun cuba menjauhi atau sembunyi daripada medan ini tetapi telahpun memasuki ke fasa yang lebih mencabar dari medan ini di mana ia memerlukan kerja-kerja yang berterusan daripada mereka yang inginkan islam di negara ini. Mungkin di situlah medan aku sekarang bersama sahabat-sahabat yang suatu ketika dulu sentiasa bersama ketika di zaman sekolah dan kini kembali mengembeleng tenaga muda demi menegakkan syariat islam di bumi Malaysia ini.
                                          
Maaf seandainya diri ini sunyi sepi tanpa perkhabaran berita. Bukan maksud untuk menjauhi tetapi mungkin medan ini memerlukan gerak kerja pemuda-pemuda seperti aku. Niat kita sama iaitu untuk mengembangkan lagi syariat Islam dan menyedarkan masyarakat tentang islam. Cuma saluran kita mungkin berbeza. Mungkin jiwaku sejak dari dulu seperti ini. Setiap kali cuti semester, memang aku sentiasa berhubung dengan sahabat2 sefikrah di kampung. Dan menyumbangkan sedikit tenaga buat gerak kerja mereka. Namun kini, aku telah menamatkan pengajian aku dan mereka memang sangat-sangat memerlukan tenaga muda untuk menyumbang sedikit tenaga untuk Islam ini. Maka, di situlah aku sekarang. (^_^)

Beberapa hari lepas, sempat juga aku pergi rehlah bersama sahabatku yang sedang bercuti belajar. Seorang sahabat dari sekolah rendah lagi dan sekarang dia mengembara ilmu di bumi asing iaitu di United Kingdom. Perkongsian pengalaman tarbiyah di sana membuka mataku. Beliau menceritakan bagaimana perjalanan dan pendekatan tarbiyah di sana yang berbeza dengan yang aku alami di bumi Malaysia ini. Seperti mana Malaysia, di sana juga terdapat pelbagai gerakan tarbiyah untuk anak-anak muda yang menuntut dan dahagakan ilmu akhirat. ABIM, IKRAM, ISMA, HALUAN dan lain-lain lagi gerakan tarbiyah yang menawarkan diri untuk membantu para penuntut di sana. Alhamdulillah, beliau sendiri pun berada dalam saf tarbiyah di sana dan bertemu jodoh pun bersama akhawat yang sefikrah dengannya. Cuma jarak yang jauh memisahkan di mana jodoh yang ditemui itu berada di selatan dunia iaitu di bumi Australia. Tetapi zaujahnya itu pun merupakan kawan kami ketika di zaman sekolah dahulu. Itulah indahnya, walaupun terpisah beribu kilometer namun itulah yang dikatakan jodoh. Barakallahulakuma.. sabarlah menanti kepulangan zaujah tercinta pertengahan dicember ini yer.. (^_^)

Setakat ini sahaja dahulu bingkisan untuk kali ini. insyaAllah seandainya diberikan kesempatan untuk mengupdate laman ini, aku akan mengupdatenya.. =)

Tuesday, November 15, 2011

Semakin Menghampiri Ke Penghujungnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Alhamdulillah, sujud dan syukur ku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus mengharungi hidup ini sebagai seorang hamba. 

Semakin Menghampiri Ke Penghujungnya..

Selepas 5 tahun setengah berkelana di bumi IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu, bergelar guru pelatih, kini ia semakin mencapai titik nokhtahnya, sudah menghampiri ke penghujungnya beberapa hari lagi. Alhamdulillah.. =) Segala ilmu yang ditimba, segala pengalaman yang dilalui, ia begitu bermanfaat buat diri ini dalam menempuhi hari-hari mendatang sebagai seorang guru kelak. 

Tepat jam 5.00 petang semalam, 14 November 2011.. maka berakhirlah penantian aku selama 5 tahun setengah untuk menamatkan pengajian ku ini. Alhamdulillah.. Paper yang terakhir yang dijawab oleh ku ialah MTE 3114, application of mathematics.. satu lagi paper killer selepas calculus yang telah dilalui dulu.. selepas 2 jam 30 minit mengharunginya di dewan peperiksaan, maka tamatlah sudah penantian selama ini. segala usaha telah dibuat, dan sekarang hanya bertawakal sahaja kepadaNYA, semoga Dia memberikan yang terbaik buat diriku ini.. 

Selama 5 tahun setengah berkelana di bumi besut ini, sudah pelbagai pengalaman pahit dan manis ditempuhi bersama sahabat, rakan dan kawan. Bermula pada 10 Julai 2006, di situlah kami bermula dan tanggal 17 November 2011, maka berakhirlah pengajian kami di sini. (^_^) Pengalaman banyak mengajar aku mengenali diri ini, mengenali erti hidup sebagai seorang hamba. Alhamdulillah.. 

5 tahun setengah...
+- 67 subjek telah dipelajari...
+- 42 kertas exam telah dijawab...
+- 208 jam kredit telah dilalui...
+- 3 kali Praktikum telah dipraktik...
+- 4 kali Pengalam Berasaskan Sekolah telah dirasai...
+- 1 kali Internship telah diaplikasi...

Sebelum tamatnya pengajian ku ini, aku juga telah menempuhi satu pengalaman yang begitu berharga yang ku kira agak sukar untukku menimbanya selepas ini. Pengalaman yang dimaksudkan itu adalah apabila aku menyertai satu pertandingan inovasi di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di Melaka pada awal november baru-baru ini. Alhamdulillah.. satu pengalaman yang sungguh berharga bagi diriku. Dapat bertemu dengan orang-orang hebat di sana, menimba ilmu sedikit sebanyak daripada mereka dan yang paling manis adalah apabila inovasi yang dibuat telah memenangi Anugerah Emas. Syukur sangat kerana penat lelah beberapa hari sebelumnya terbayar juga dengan kejayaan... Tahniah dan Syabas buat Saudara Mohd Hafizi Bin Haris Fadzillah kerana inovasi kamu memang layak menang di sana.. terima kasih juga kerana sudi menjemput aku untuk menyertai team kamu dan merasai pengalaman itu. terima kasih.. =) ceritanya boleh di baca di sini (just click here)...


Buat kawan-kawanku yang akan menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di ipg ini, semoga ilmu dan pengalaman yang kita dapat selama ini dapat kita aplikasikan sebaik mungkin di sekolah kelak sebagai membuktikan bahawa program PISMP dan guru keluaran IPG adalah yang terbaik di Malaysia.. Selamat maju jaya kepada semua. Dan ingatlah juga, dalam kita menyampaikan ilmu dunia kepada anak didik kita, jangan dilupa untuk menyelitkan ilmu akhirat buat mereka. Semoga generasi soleh wa musleh dapat dilahirkan kelak.. ameen.. =)

Buat adik-adik junior.. tuntutlah ilmu dan timbalah ilmu sebanyak mungkin selama mana bergelar guru pelatih.. kerana ilmu dan pengalaman itulah yang akan membantu kita apabila kita melangkah ke alam guru kelak..


___________________________________

semoga diri ini berjaya menjadi seorang guru yang terbaik..
guru yang berkhidmat kerana Allah..
dan menjadi contoh kepada anak didik kelak
~~ameen~~

Wednesday, October 26, 2011

JauLah TauTan UkhWah

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Syukur kepadaMU Ya Allah kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan hidup ini. Syukur kerana masih lagi dikekalkan dengan nikmat Islam dan juga nikmat Iman. Alhamdulillah... 
Beberapa hari lepas, baru sahaja pulang dari berjaulah bersama sahabat dan juga adik-adik di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Satu kembara jaulah yang begitu bermakna dan mencipta pelbagai kenangan untuk terus dikenang. Satu lagi episod suka dan duka aku bersama sahabat sefikrah kembara ke bumi utara. Satu kembara antara hidup dan mati seandainya dikenangkan beberapa kejadian yang berlaku. Subhanallah... Alhamdulillah.. kepada Mu aku panjatkan kesyukuran kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus menikmati hidup ini. 

Dua kejadian yang berlaku kepada aku dan sahabat boleh meragut nyawa kami. Namun,

Wednesday, October 19, 2011

Hanya Sekadar Bingkisan Hidup

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah... Alhamulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk terus mencoret pengalaman hidup di ruangan maya ini. Kiranya sudah lama tidak di selongkar laman sesawang ini. mungkinkah kerana sibuk? atau sebaliknya? dan jawapannya adalah kedua-duanya... sedikit sibuk kebelakangan ini kerana menyiapkan tugas2(assignment) terakhir sepanjang menjalani latihan sebagai guru pelatih di ipg ksm. Dan di samping itu turut memperbetulkan laporan penulisan tesis yang telah dibentangkan pada bulan lepas, dan insyaAllah akan dijilid tidak lama lagi.. (^_____^)

Beberapa peristiwa telah dan akan berlaku sepanjang minggu2 terakhir bergelar guru pelatih ini. Yang terbaru, baru sahaja menamatkan musim gemilang permainan hoki bagi kelas maths. Selepas mencuba beberapa kali dan sentiasa tersekat di peringkat separuh akhir sahaja, namun untuk edisi kali ini kami telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Kejohanan Hoki Piala Tuan Haji Othman (PHO) untuk edisi ke-5. Kisahnya boleh dibaca di sini (please click here!)

Hujung minggu ini, sempena cuti untuk perayaan deepavali, aku bersama ahli usrah dan naqib akan berjaulah ke utara tanah air selama lebih kurang 4 hari 3 malam. Mungkin ini adalah jaulah yang terakhir aku bersama sahabat2 sebelum kaki melangkah ke luar dari ipg ini. Jaulah ini merupakan jaulah yang ke-2 untuk tahun ini selepas berjaulah ke Cameron Highland pada akhir april lalu..

Dan pada 30 oktober sehingga 2 November ini, aku juga akan menyertai satu pertandingan Inovasi peringkat kebangsaan yang akan diadakan di A Famosa Resort Melaka bersama dengan beberapa orang rakan sekelas ku. Ku kira ini adalah pengalaman berharga bagi ku sebelum melangkah kaki masuk ke alam pekerjaan kelak. Semoga pengalaman yang bakal di kutip ini akan menambahkan ilmu ku bagi meneruskan kehidupan ini sebagai seorang hamba kepadaNYA..

Friday, September 23, 2011

Transformasi Hidup Seorang Hamba

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Syukur dipanjatkan kepadaNya kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus merasai nikmat hidup di dunia ini. Syukur juga aku panjatkan kerana masih lagi memberikan aku merasai 2 nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam dan juga nikmat Iman.. Alhamdulillah...

Transformasi... mungkin dalam kalangan kita sudah terbiasa dengan perkataan itu bukan? Transformasi atau dengan kata lainnya adalah perubahan.. perubahan hidup seorang hamba yang melalui beberapa fasa dalam kehidupannya. Bercakap soal transformasi, aku baru sahaja selesai seminar penyelidikan tindakan yang telah dijalankan pada 20 dan 21 september yang lalu yang bertemakan 'Penyelidikan Berinovasi Menjana Transformasi Pendidikan’.

Alhamdulillah, perjalanan seminar berjalan dengan lancar dan berjaya. Pembentangan pun boleh dikatakan hebat dari para pembentang. Pelbagai idea dicambahkan semasa pembentangan itu. Aku sendiri dengan tajuk Penggunaan Kaedah Cara Mudah Sifir Darab (CaMuSiDa) 5 hingga 9 Dalam Meningkatkan Penguasaan Murid Tahun 4 Menyelesaikan Soalan Operasi Darab. CaMuSiDa, satu kaedah baru yang diperkenalkan pengkaji sendiri.. hehe.. satu kaedah unik untuk membina sifir yang dipelopori oleh pengkaji sendiri.. insyaAllah, jikalau diberikan kesempatan, aku akan cuba berkongsi kaedah itu di laman sesawang ini.

Namun di sini, bukan soal seminar yang ingin dihebahkan tapi tentang soal transformasi hidup seorang hamba. Selama lebih 23 tahun aku menjalani fasa hidup ini, pelbagai transformasi hidup yang telah aku alami. Dan transformasi itulah juga yang mematangkan aku untuk meneruskan kehidupan di masa mendatang yang makin mencabar. Hidup yang aku jalani dipenuhi dengan pelbagai pengalaman yang berharga.

Transformasi... mungkin kita semua pernah mengalami transformasi dalam hidup masing-masing. Dan selama mana aku bertapak di dunia ini, aku telah melihat pelbagai telatah manusia. Pelbagai macam manusia telah aku jumpai.

Jika dulu dia seorang yang jahil agama namun sekarang dia seorang yang alim dalam bidang agama.
Jika dulu dia seorang yang agak sosial tapi kini dia seorang yang menjaga batas-batas pergaulannya.
Jika dulu dia seorang yang agak liar tapi kini dia seorang yang penuh dengan adab sopan sebagai seorang Islam.
Jika dulu dia seorang yang kaki masjid, tapi kini dia seorang kaki lepak.
Jika dulu dia seorang yang berketayap putih/bertudung labuh tapi kini ketayapnya/tudung labuhnya entah hilang ke mana.
Jika dulu dia seorang yang alim dan lantang bercakap soal hukum hakam Allah, tapi kini dia sendiri yang melanggar hukum Allah itu.

Itulah transformasi hamba. Transformasi yang aku alami sendiri dan lihat sendiri di depan mata aku ini selama mana hidup. Manusia pengalami fasa transformasi yang berbeza-beza. Ada yang berubah daripada baik kepada lebih buruk, dan ada yang berubah dari buruk kepada yang lebih baik. Semua itu telah aku alami di sekeliling aku sendiri.

Di IPG aku sendiri, aku melihat sudah ramai yang mengalami transformasi. Alhamdulillah, transformasi yang baik mereka alami. Jika dulu malu-malu untuk bertudung litup, tapi sekarang merekalah penggerak kepada gerakan tarbiyah di ipg. Teruskan transformasi ke arah kebaikan.

Tapi ingatlah bahawa untuk kita mencapai sesuatu kejayaan itu memang sukar, tetapi untuk mengekalkan kejayaan yang kita kecapi itu lebih sukar daripada semasa kita ingin mencapainya. Begitu juga dengan transformasi yang di alami sekarang, sungguh sukar untuk mengekalkannya. Terkadang kita tersungkur. Namun kita harus bangkit kembali mempertahankan apa yang telah kita capai itu demi sebuah kehidupan yang lebih diberkatiNya.

“Katakanlah (Muhammad) Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu” (Ali’Imran ayat 26)

“sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah mereka sendiri mengubah nasib mereka’’ (Ar-Ra’d ayat 11)

“InnAllaha La Yughaiyiruma Bi Qaumin Hatta Yughaiyiruma Bi Anfusihim”

Saturday, August 20, 2011

Seribu Kebaikan Boleh Dipadamkan Hanya Dengan SaTu Kesalahan/Keburukan

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...


Begitu pantas masa berlalu hingga ku tak terasakan bahawa kini hanya berbaki 10 hari sahaja lagi untuk aku terus mencari dan terus mencari bekalan pahala di bulan yang penuh barakah ini..

Kesibukan melanda diri... setiap hari boleh dikatakan sentiasa sibuk dengan penulisan.. sentiasa berusaha untuk cuba melakukan yang terbaik bagi menyiapkan penyelidikan tindakan dan juga tugasan-tugasan lain.

Berbalik kepada tajuk.. mungkin pernah anda dengar istilah di atas atau mungkin itulah kali pertama anda mendengarnya.. ya! hanya dengan satu kesalahan yang dilakukan, kita lupa semua kebaikan yang pernah dilakukan.. mungkin perkara ini pernah berlaku dalam hidup anda? atau mungkin mereka yang berada di sekeliling anda.. tidak mahu menghurai panjang akan kata-kata itu.. sama-samalah kita fikirkan...


p/s: kedatangannya dinanti, perginya dirindui...

Tuesday, June 14, 2011

Sebuah Pertemuan, Sebuah Perhubungan, Sebuah Penghidupan

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…


Syukur masih lagi diberikan nikmat untuk meneruskan hidup di bumi ini. Alhamdulillah… mengambil sedikit ruang untuk cuba mengupdate laman ini yang sunyi beberapa minggu. Cuti masih lagi berbaki beberapa hari, dan kesempatan cuti ini banyak masa dihabiskan bersama keluarga di rumah dan kadang-kadang keluar bersama sahabat lama menjalinkan kembali tali silaturrahim yang sedia terjalin sekian lama.

Gembira melihat majlis perkahwinan sahabat-sahabat yang seangkatan denganku di zaman sekolah dahulu dan juga IPG melangsungkan perkahwinan mereka. Semoga ikatan suci itu berkekalan sampai syurga. insyaAllah.. =) melihat sahabat-sahabat dah ramai kahwin, tiba-tiba terbit juga perasaan tu. Hehe.. insyaAllah mungkin akan tibalah masa untuk diriku nanti. Semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz dan berada di bawah kekuasaanNYA.


Alhamdulillah, cuti ini ada beberapa perkara besar berlaku pada diriku. Minggu lepas 6/6/2011 tercipta satu episod yang mungkin akan menjadi titik tolak dalam sebuah penghidupan khususnya untuk diriku. ^____^ Alhamdulillah. Segalanya berjalan dengan pantas dan awal dari yang dirancang sebelumnya. Ku mulakan sebuah langkah untuk terus melangkah di kemudian hari kelak dan insyaAllah semoga langkah yang dimulakan ini akan sampai kepada apa yang hendak dituju dalam menyempurnakan separuh dari agamaku. Terima kasih.


Alhamdulillah.. =)

penerimaan yang baik dari sana dan juga dari pihak sini. =) Cuma apa yang sangat aku harapkan adalah yang terbaik buat semua pihak.

^______^

Monday, May 30, 2011

KeRaNa...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullah


Aku gembira menyayangimu kerana Allah kerana Allah tukarkan kasih sayang tersebut dengan kelapangan hati, keredhaan dalam menerima dirimu seadanya dan kemudahan di dalam setiap urusan.. Walaupun terkadang tewas dengan kebencian iblis terhadap keutuhan persaudaraan, kuiringi kekesalan dengan jari yang tersusun.. Semoga Allah mempermudahkan kita dalam perjuangan penuh dengan dugaan… Moga terus istiqomah dalam perjuangan berdasarkan aqidah yang satu…


*
*
*
*
*
*
*
*
*



..........................









p/s: ini adalah sistem pesanan ringkas yg aku terima lebih kurang setahun yang lalu membuatkan aku terfikir...

Friday, May 6, 2011

.:: MenCari PenGalaMaN DaLaM SeBuaH JauLaH ::.


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan aku peluang, ruang dan waktu untuk terus bernafas di bumi ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi'e, tabi' tabi'e serta para pejuang agama Allah sekalian...

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah... syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepadaMU Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasai satu lagi pengalaman hidup sebagai seorang hamba, berjaulah bersama sahabat sefikrah ke bumi cameron hingland.

Pengalaman jaulah yang diisi dengan pelbagai pengisian ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan kelak. Alhamdulillah, dapat aku merasainya bersama sahabat sebelum kaki ini melangkah keluar dari bumi IPG KSM. Terima kasih buat adik-adik usrah yang merancang perjalanan ini. Insya'Allah, pengalaman saat kita berjaulah akan kekal terpahat di hati..

Ceritera pengalaman kita terpahat indah dalam beratus keping gambar yang diambil.. ini antara yang sempat dipaparkan di laman ini...


29 April 2011
checkpoint pertama di masjid Sultan Yahya Petra, Machang


sempat mendengar kuliah seusai solat dhuha


menunaikan solat dhuha di lata rek, checkpoint 2


pembentangan tugasan yang diberikan


bergambar kenangan di Lata Rek, Kuala Krai


meneruskan jaulah ke Cameron seusai solat dan makan tengahari di Gua Musang


"nok beli hok ni ko?"


kenangan bersama baba


masak TiMe! hehe


bilik tido yang bertaraf hotel 5 bintang.. huhu


layan astro jap...


pengisian seusai solat maghrib berjemaah..


pasar malam di Brinchang, kul 10.30 malam...


dalam kesamaran aku muncul..



30 April 2011
sebelum menjamah pengisian rohani melalui bacaan Al-Mathurat di pagi hari seusai solat subuh berjemaah di masjid Brinchang.. kedinginan waktu pagi di Cameron dirasai bila bermandikan air sejuk pukul 5 pagi... hehe..


gambar diambil seusai selesai menjamah pengisian rohani.. berlatar belakangkan tempat penginapan kami


sebelum meneruskan jaulah di hari kedua


perjalanan ke Cameron Bharat


di mana sahaja pasti bergambar! huhu


gengam erat tanganku sahabat dalam menelusuri jalan ini


inilah kami!


menjamah ais krim strawberi bersama strawberi segar yang baru dipetik
(menyambut hari lahir seorang shabat)


di Opah Strawberies and Fam's


on the way balik, sempat lagi singgah beli jagung mutiara


checkpoint terakhir di masjid Batu Jong, Kuala Krai


bergambar sebelum bertolak pulang ke daerah besut.


Alhamdulillah...
Terima Kasih atas pengalaman yang diberikan ini...

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih