بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Bukan lari.. bukan cuba lari. Mahupun cuba menjauhi atau
sembunyi daripada medan ini tetapi telahpun memasuki ke fasa yang lebih
mencabar dari medan ini di mana ia memerlukan kerja-kerja yang berterusan
daripada mereka yang inginkan islam di negara ini. Mungkin di situlah medan aku
sekarang bersama sahabat-sahabat yang suatu ketika dulu sentiasa bersama ketika
di zaman sekolah dan kini kembali mengembeleng tenaga muda demi menegakkan
syariat islam di bumi Malaysia ini.
Maaf seandainya diri ini sunyi sepi tanpa perkhabaran
berita. Bukan maksud untuk menjauhi tetapi mungkin medan ini memerlukan gerak
kerja pemuda-pemuda seperti aku. Niat kita sama iaitu untuk mengembangkan lagi
syariat Islam dan menyedarkan masyarakat tentang islam. Cuma saluran kita
mungkin berbeza. Mungkin jiwaku sejak dari dulu seperti ini. Setiap kali cuti
semester, memang aku sentiasa berhubung dengan sahabat2 sefikrah di kampung. Dan
menyumbangkan sedikit tenaga buat gerak kerja mereka. Namun kini, aku telah
menamatkan pengajian aku dan mereka memang sangat-sangat memerlukan tenaga muda
untuk menyumbang sedikit tenaga untuk Islam ini. Maka, di situlah aku sekarang.
(^_^)
Beberapa hari lepas, sempat juga aku pergi rehlah bersama
sahabatku yang sedang bercuti belajar. Seorang sahabat dari sekolah rendah lagi
dan sekarang dia mengembara ilmu di bumi asing iaitu di United Kingdom. Perkongsian
pengalaman tarbiyah di sana membuka mataku. Beliau menceritakan bagaimana
perjalanan dan pendekatan tarbiyah di sana yang berbeza dengan yang aku alami
di bumi Malaysia ini. Seperti mana Malaysia, di sana juga terdapat pelbagai gerakan
tarbiyah untuk anak-anak muda yang menuntut dan dahagakan ilmu akhirat. ABIM,
IKRAM, ISMA, HALUAN dan lain-lain lagi gerakan tarbiyah yang menawarkan diri
untuk membantu para penuntut di sana. Alhamdulillah, beliau sendiri pun berada
dalam saf tarbiyah di sana dan bertemu jodoh pun bersama akhawat yang sefikrah
dengannya. Cuma jarak yang jauh memisahkan di mana jodoh yang ditemui itu
berada di selatan dunia iaitu di bumi Australia. Tetapi zaujahnya itu pun
merupakan kawan kami ketika di zaman sekolah dahulu. Itulah indahnya, walaupun
terpisah beribu kilometer namun itulah yang dikatakan jodoh. Barakallahulakuma..
sabarlah menanti kepulangan zaujah tercinta pertengahan dicember ini yer..
(^_^)
Setakat ini sahaja dahulu bingkisan untuk kali ini.
insyaAllah seandainya diberikan kesempatan untuk mengupdate laman ini, aku akan
mengupdatenya.. =)
1 comment:
lepas ni boleh la update pasal sarawak plak kan, indahnya nun jauh di sana :D
Post a Comment