Tuesday, December 6, 2011

Tetap Di Medan Ini

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamu'alaikum w.b.t
 
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Bukan lari.. bukan cuba lari. Mahupun cuba menjauhi atau sembunyi daripada medan ini tetapi telahpun memasuki ke fasa yang lebih mencabar dari medan ini di mana ia memerlukan kerja-kerja yang berterusan daripada mereka yang inginkan islam di negara ini. Mungkin di situlah medan aku sekarang bersama sahabat-sahabat yang suatu ketika dulu sentiasa bersama ketika di zaman sekolah dan kini kembali mengembeleng tenaga muda demi menegakkan syariat islam di bumi Malaysia ini.
                                          
Maaf seandainya diri ini sunyi sepi tanpa perkhabaran berita. Bukan maksud untuk menjauhi tetapi mungkin medan ini memerlukan gerak kerja pemuda-pemuda seperti aku. Niat kita sama iaitu untuk mengembangkan lagi syariat Islam dan menyedarkan masyarakat tentang islam. Cuma saluran kita mungkin berbeza. Mungkin jiwaku sejak dari dulu seperti ini. Setiap kali cuti semester, memang aku sentiasa berhubung dengan sahabat2 sefikrah di kampung. Dan menyumbangkan sedikit tenaga buat gerak kerja mereka. Namun kini, aku telah menamatkan pengajian aku dan mereka memang sangat-sangat memerlukan tenaga muda untuk menyumbang sedikit tenaga untuk Islam ini. Maka, di situlah aku sekarang. (^_^)

Beberapa hari lepas, sempat juga aku pergi rehlah bersama sahabatku yang sedang bercuti belajar. Seorang sahabat dari sekolah rendah lagi dan sekarang dia mengembara ilmu di bumi asing iaitu di United Kingdom. Perkongsian pengalaman tarbiyah di sana membuka mataku. Beliau menceritakan bagaimana perjalanan dan pendekatan tarbiyah di sana yang berbeza dengan yang aku alami di bumi Malaysia ini. Seperti mana Malaysia, di sana juga terdapat pelbagai gerakan tarbiyah untuk anak-anak muda yang menuntut dan dahagakan ilmu akhirat. ABIM, IKRAM, ISMA, HALUAN dan lain-lain lagi gerakan tarbiyah yang menawarkan diri untuk membantu para penuntut di sana. Alhamdulillah, beliau sendiri pun berada dalam saf tarbiyah di sana dan bertemu jodoh pun bersama akhawat yang sefikrah dengannya. Cuma jarak yang jauh memisahkan di mana jodoh yang ditemui itu berada di selatan dunia iaitu di bumi Australia. Tetapi zaujahnya itu pun merupakan kawan kami ketika di zaman sekolah dahulu. Itulah indahnya, walaupun terpisah beribu kilometer namun itulah yang dikatakan jodoh. Barakallahulakuma.. sabarlah menanti kepulangan zaujah tercinta pertengahan dicember ini yer.. (^_^)

Setakat ini sahaja dahulu bingkisan untuk kali ini. insyaAllah seandainya diberikan kesempatan untuk mengupdate laman ini, aku akan mengupdatenya.. =)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih