Friday, April 24, 2009

Kembara Hujung Minggu Di Cameroon Highland

Alhamdulillah syukur ke hadrat ILAHI aku panjatkan kerana masih lagi diri ini diberi peluang untuk terus berkelana di atas muka bumi ini. Alhmadulillah… untuk post kali ini, ingin aku coretkan kisah hidupku bersama kawan-kawan sekelas kembara ke Cameroon Highland di hujung minggu.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahukbar…

Alhamdulillah dapat juga kita sama-sama berzikir pada hari ini.

Kembara ke Cameroon Highland bersama-sama rakan sekelas memang menyeronokkan. Biasalah, waktu muda macam inilah masa untuk kita menghabiskan masa bersama kawan-kawan, kerana bila dah berumah tangga nanti, hidup kita akan lain dari zaman bujangnya. Namun begitu, dalam kita berseronok, kita haruslah memanfaatkan masa muda ini untuk menggali seberapa banyak ilmu dunia dan juga ilmu untuk bekalan ke akhirat kelak. Masa muda hanya sekali, so kita harus menggunakannya sebaik mungkin untuk kepentingan masa hadapan kelak. Berbalik kepada pengalaman ku bersama rakan-rakan sekelas. Kami ke Cameroon dengan menaiki 2 buah kereta iaitu sebuah kereta kawanku dan sebuah lagi kami sewa. Kami meninggalkan daerah besut ini lebih kurang pada jam 3.30 petang. Perjalanan ke gua musang mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Kami berhenti rehat dan solat di hentian R n R gua musang. Selepas menikmati makanan, kami meneruskan perjalanan ke Cameroon highland. Untuk perjalanan ini, aku pula menjadi pemandu kereta.

Semasa meninggal hentian R n R gua musang, masa sudah menunjukkan hampir pukul 7 malam. Jadi perjalanan ke Cameroon highland dalam keadan gelap di kelilingi hutan tebal. Perjalanan kami berhenti di tengah jalan kerana kereta yang aku bawa ada sedikit masalah. Kereta sewa. Biasalah.. kereta tue tidak begitu ‘gagah’ untuk naik bukit. Jadi terpaksalah berenti rehat untuk menyejukkan enjin kereta beberapa ketika. Semasa berhenti, sempat juga kami mengambil beberapa keeping gambar sebagai kenangan kami dalam kembara ini. Watu itu, jam menunjukkan pukul 8.30 malam, kami berada di pertengahan jalan antara Cameroon highland dan gua musang. Perjalan kami agak perlahan kerana terpaksa menaiki cerun bukit dengan kereta yang boleh dikatakan memang slow la, kalu ada orang lari memang laju orang lari lagi daripada kereta yang kami naiki itu, hehehe…

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10 malam, kami sampai di Brinchang, Cameroon highland. Kami mengisi minyak kereta kerana semasa kami berada di lojing lagi minyak kereta sudah menunjukkan amaran kekurangan minyak. Semasa tiba di stesen minyak petronas brinchang, kereta kawan ku menghadapi sedikit masalah iaitu penutup minyak hitam keretanya tertanggal. Huhu. Namun dapat diatasi. Kami bermalam di sebuah rumah tumpangan untuk beberapa jam.

Pagi jumaat, 17 April 2009 kami meneruskan percutian kami di Cameroon. Destinasi pertama pada pagi itu iailah kedai makan. Kami semua mengalas perut sebelum meneruskan perjalanan. Selepas menikmati sarapan pagi, kami melawati lading teh, iaitu Cameroon bharat. Di sana kami banyak mengambil gambar sebagai kenangan berasa di Cameroon. Kami juga membeli beberapa jenis teh. Antara teh yang aku beli ialah tee strawberi, teh oren dan teh blackcarunt. Selepas melawat lading teh, kami meneruskan kembara kami ke sebuah tasik yang terdapat di tanah rata, Cameroon highland. Selepas itu, kami melawat cactus valley. Cactus valley terletak di brinchang dan berhadapan dengan tempat kami bermalam. Selepas beberapa ketika di cactus valley, kami meneruskan kembara kami ke raju hills strawberi. Di sana kami menikmati ais krim strawberi. Yum2… sedap…. Selepas beberapa ketika di sana, kami meneruskan perjalanan kami ke sebuah taman rama-rama. Selesai melawat taman rama-rama, kami bertolak pulang ke besut. kami bertolak pulang dari tanag tinggi Cameroon highland pada pukul 3.30 selepas menunaikan solat jamak qasar di sebuah masjid. Perjalanan pulang kami sungguh menyeronokan kerana menuruni gunung dan kereta yang di bawa memang laju. Hehe…

Selepas beberapa jam berada di dalam kereta, akhirnya kami sampai juga ke tempat yang dituju iaitu ipgm ksm.


*Di R n R gua musang*

*kereta buat masalah di dalam hutan, hehe*

*nape tue?*

*indahnya alam ciptaan Allah*

*all about us*

*di sebuah tasik*

*Di taman rama-rama*
(bergambar dengan pelancong dari perancis)

* inilah kami*




BAHAYA MENGUMPAT DAN BANYAK PRASANGKA

(Al Hujurat: 12 - 13)

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ (12) يَاأَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا (وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ (13

Terjemahan:

(12) Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

(13) Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Tafsir Ayat:

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka ,

Allah SWT melarang mukminin dan mukminat agar mereka jangan terlalu banyak buruk sangka terhadap mukminin dan mukminat yang lain. Lebih-lebih lagi kalau mereka itu orang-orang yang dikenal sebagai orang-orang yang baik, jujur lagi amanah. Adapun terhadap orang yang suka melakukan perkara buruk secara terang terangan, seperti masuk night club, discotik dan lain-lain, maka berburuk sangka kepada mereka tidaklah di haramkan.

Sa'id Bin Al Musayyab RA berkata: Sebahagian saudaraku daripada kalangan sahabat Rasulullah SAW pernah menulis surat kepadaku:

"Hendaklah engkau letakkanlah segala urusan saudaramu pada tempat yang sebaik-baiknya selagi dia tidak mendatangkan kepadamu sesuatu yang boleh mendorong kamu berburuk sangka kepadanya, dan janganlah kamu berburuk sangka pada setiap kata yang keluar dari (mulut) muslim lain sedangkan engkau kenali dia orang yang baik, dan barangsiapa yang mendedahkan dirinya kepada tohmahan maka janganlah dia mencela kecuali kepada dirinya sendiri". (Di keluarkan oleh Al Baihaqy dalam Sya'bul Iman)

Kemudian Allah sebutkan sebabnya ('illatnya) mengapa kebanyakan prasangka buruk terhadap mukmin lain itu dilarang.

Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa.

Buruk sangka kepada sesama Muslim adalah dosa. Larangan serupa juga terdapat pada ayat lain, antaranya:

(وَزُيِّنَ ذَلِكَ فِي قُلُوبِكُمْ وَظَنَنْتُمْ ظَنَّ السَّوْءِ وَكُنْتُمْ قَوْمًا بُورًا (12

"Dan syaitan telah menjadikan kamu memandang baik dalam hatimu persangkaan itu, dan kamu telah menyangka dengan sangkaan yang buruk dan kamu menjadi kaum yang binasa". (Al Fath: 12)

Dan menurut Ibnu Abbas RA: Ayat ini melarang mukmin berburuk sangka terhadap mukmin yang lain.

Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain.

Allah melarang mukmin mencari-cari rahsia orang lain, lalu didedahkan keburukan hasil intipan itu. Kita semestinya berpuas hati dengan tindak tanduk zahir dari seseorang. Lalu kita berikan pujian dan sanjungan sewajarnya terhadapnya ataupun sebaliknya mencela seseorang hendaklah berdasarkan amalan zahirnya umpamanya ia seorang yang melakukan maksiat secara terang terangan seperti pemabuk atau penjudi, bukan atas dasar apa yang tersembunyi.

Oleh sebab inilah kita dilarang keras memasuki rumah atau bilik orang lain tanpa izin dan kebenaran penghuninya.

Rasulullah SAW. bersabda: "Ada tiga perkara yang mesti ada pada umatku: Thiyarah (beranggapan sesuatu boleh membawa sial), hasad (dengki) dan suu'uzzan (buruk sangka).

Seorang sahabat bertanya: Ya Rasulallah, bagaimanakah caranya agar ketiga-tiga perkara itu dapat kami hindarkan? Lalu jawab baginda SAW.: Jika kamu ada perasaan dengki maka segeralah beristighfar (taubat) dan jika kamu berburuk sangka (pada seseorang) maka janganlah kamu selidiki atau mengintip intip dan jika kamu thiyarah maka hendaklah kamu teruskan (pekerjaan itu).

(HR Thabarany dari Harits Bin Nu'man)

Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing (mengumpat) sebahagian yang lain.

Maksudnya: Jangan hendaknya kita menyebut keburukan orang lain yang dia benci jika mengetahuinya. Larangan "menyebut" disini bukan hanya terbatas pada ucapan lisan tetapi juga termasuk dalam bentuk isyarat. Dan maksud "yang dia benci" disini mencakupi tentang agamanya, dunianya, akhlaknya, rupanya, hartanya, anaknya, isterinya, suaminya, khadamnya, pakaiannya, perhiasannya dan lain-lain.

Menurut Al Hasan: Mengumpat ada tiga bentuk, iaitu:

(1) Al Ghibah: Menyehut ke’aiban atau kecacatan seseorang yang ‘aib itu memang ada pada diri orang tersebut.

(2) Al Buhtan: Menyebut ke’aiban atau kekurangan seseorang yang ‘aib itu tidak ada pada orang itu (hanya direka-reka saja).

(3) Al Ifk: Menyebut ke’aiban atau keburukan seseorang hasil daripada apa yang didengarnya melalui mulut orang lain.

Para ulama sependapat bahawa kesemua jenis mengumpat diatas adalah dosa besar (Al Kabaair). Selain mereka wajib taubat kepada Allah, mereka juga wajib memohon maaf kepada orang yang diumpat.

Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kami merasa jijik kepadanya.

Ayat ini mengandungi amaran keras dari Allah SWT kepada orang-orang yang suka mengumpat iaitu sebagaimana kamu sangat benci dan jijik memakan daging saudaramu yang sudah mati (mayt), hendaknya demikian jugalah derjat kebencianmu daripada mengumpatnya semasa hidupnya.

Dengan kata lain sebagaimana kamu jijik memakan daging manusia yang sudah mati menurut naluri (fitrah) maka begitulah hendaknya kamu benci terhadap mengumpat menurut syar'i (agama).

Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

Maksudnya: Jauhilah sifat suka mengumpat dan kembalilah ke jalan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Walaupun hukum asal " mengumpat " adalah haram tetapi kadangkala hukum mengumpat dibolehkan atau tidak diharamkan jika maksud syara' (agama) tidak tercapai kecuali dengannya:

(l) Jika dizalimi. Maksudnya: Orang yang dizalimi boleh mengadu dan menceritakan ke’aiban orang yang menzaliminya kepada orang yang dianggap dapat menolong menyelesailan masalahnya seperti kepada hakim atau mufti dan lain lain yang mempunyai otoriti untuk tujuan itu.

(2) Minta pertolongan untuk menghentikan kemunkaran kepada orang yang dirasakan mampu untuk berbuat demikian umpamanya mengadu perbuatan sumbang atau salah laku yang dilakukan oleh anggota masyarakat kepada Badan Pencegah Maksiat, Badan Pencegah Rashwah dan lain lain agar mengambil tindakan sewajarnya agar perbuatan tersebut tidak berterusan.

(3) Mohon fatwa kepada mufti. Sebab mufti tidak dapat memberi fatwa yang tepat sekiranya ia tidak dimaklumkan tentang perkara apa yang sebenarnya berlaku. Umpamanya seorang isteri yang dianiaya oleh suaminya. Dalam hal ini tidak berdosa isteri tersebut menceritakan keburukan suaminya yang tidak bertanggung jawab seperti tidak memberi saraan hidup atau suka mendera isteri dan lain lain.

(4) Memperingati umat Islam daripada kerugian atas kesesatan, seperti menyebut ke’aiban periwayat hadis seperti ia kurang kuat ingatan, pendusta, kurang amanah dan lain lain agar umat Islam boleh berhati hati dan waspada jangan terambil hadis yang diriwayatkannya.

(5) Jika dia melakukan kemungkaran secara terang terangan, seperti pemabuk atau penjudi, malah bangga dengan perbuatannya itu.

(6) Sebagai gelaran pengenalan. Tanpa gelaran tersebut sukar dia dikenali seperti Mamat pincang, Minah sumbing dsb.

Hai manusia, sesungguhnya kami menjadikan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan.

Maksudnya: Hai manusia, kamu semua berasal dari datok yang satu iaitu Adam dan nenek yang satu iaitu Hawa. Oleh itu mengapa sebahagian kamu memperolok-olokkan sebahagian yang lain?, mencela, melemparkan dengan gelaran yang buruk , berburuk sangka , mengumpat padahal kamu adalah bersaudara?

Dari Abi Mulaikah, katanya: Pada hari penaklukan kota Mekah, Bilal Bin Rabah naik keatas anjung Ka'bah lalu beliau melaungkan azan. Lalu berkata Attab Rin Asid Bin Abi Al Aish: " Syukur Al Hamdulillah yang telah mematikan ayahku sebelum tiba hari ini ". Berkata pula Harits Bin Hisyam: " Apakah Muhammad tidak mendapati orang lain untuk azan selain gagak hitam ini? ". Lalu Jibrail menyampaikan kepada Nabi Muhammad SAW. apa yang telah mereka perkatakan. Nabi SAW. pun memanggil sahabat-sahabat berkenaan dan menanyakan mereka , dan mereka mengaku. Kerana inilah ayat diatas diturunkan oleh Allah SWT.

Dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.

Maksudnya: Supaya kamu saling kenal mengenali, bukan saling membenci, bukan saling menghina, bukan saling mencaci.

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Maksudnya: Kemuliaan tidak semestinya ditentukan oleh jenis kelamin, warna kulit atau suku bangsa. Tetapi ia sangat ditentukan oleh ketaqwaan seseorang kepada Allah. Oleh itu kalaupun anda ingin berbangga maka berbanggalah dengan " taqwa ".

Friday, April 10, 2009

Di Hari Lahirku...


Alhamdulillah syukur yang tak terhingga aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi menghembuskan roh ke dalam jasadku yang hina ini.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

Alhamdulillah dapat lagi diri ini memuji yang yang ESA.. kiranya tidak lewat lagi bagi ku untuk mencoretkan sedikit bingkisan hidupku sempena hari lahirku yang ke 21. Subhanallah.. rupanya usia semakin singkat, tidak sedar diri ini akan peredaran masa yang begitu pantas meninggalkanku.. masa-masa yang lalu tidak akan kembali lagi menemui ku untuk kali keduanya. Namun, masa-masa yang mendatang belum tentu bagiku untuk menemuinya. Mungkin diri ini terbujur kaku sebelum usia mencapai 22 tahun atau lebih awal dari tu.. semuanya ketentuan Allah. Allah yang menentukan hidup dan mati setiap makhlukNYA. Dalam meniti usia 21 tahun ini, mungkin terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Namun, berapa kalikah aku bertaubat??? Diri ini hina sekali, begitu angkuh di hadapan al-Khaliq. Aku hanyut, aku alpa, aku leka, aku lalai dengan nikmat yang diberi pinjam olehNya. Begitu sedikt aku bersyukur memuji yang ESA dengan nikmat yang aku dapat sekarang.. subhanallah, begitu jahilnya diri ini.

Ku akui kelemahan diri,

Ku insafi kekurangan ini,

Ku kesali kejahilan ini,

Terimalah.. terimalah taubat ku yang Allah.. terimalah taubatku ya Allah.. hanya padaMu aku meminta, hanya padaMu aku memohon,hanya padaMu aku merayu..

Begitu banyak masa muda remaja ku dihabiskan dengan perkara yang sia-sia jika dibandingkan dengan ibadah yang aku lakukan.. bagaikan langit dan bumi. Selama 21 tahun lepas, apakah yang telah diri ini lakukan? Berapa banyak amal kebaikan yang telah aku lakukan? Kiranya, lebih banyak amal kejahatan jika dibandingkan dengan amal kebaikan.. hmm.. subhanallah betapa jauhNya diri ini dari agama Allah.. ampunkan hambaMu ini ya Tuhan.. ampunkan aku.. aku hamba berdosa..

Hmm, sempena hari lahirku yang ke 21 ini, banyak ucapan yang aku terima daripada sahabat2ku, cikgu aku dulu, dan adik2 junior.. tepat jam 12.00 malam semalam, aku menerima mesej pertama daripada sahabatku.. syukran ya akhi untu ucapan pertama mu itu…

“salam, saudaraku nazirul izzat. Ku zahirkan selamat hari lahir yang ke 21. Moga dipanjangkan umur dalam ketakwaan. Moga dikurniakan rezeki yang luas dan berkat. Ingatlah, semakin panjang umur kita, semakin dekat kita dengan kematian. Berusahalah dengan mujahadah yang sebenar. Moga dirimu dirahmati Allah selamanya”

Itulah ucapan hari lahir pertama yang aku terima dari seorang sahabatku. Cukup bermakna buat diri ini.. sebaik sahaja aku terima mesej tue, sahabat baikku sejak dari zaman sekolah lagi menelefon ku untuk mengucapkan selamat hari lahir. Sungguh gembira hati ini kerana sahabat baik sempat lagi menelefonku walaupun aku tahu dia sibuk sekarang. Dan hari lahir sahabatku itu seminggu lebih awal daripadaku iaitu pada 2 april yang lalu. Syukran jazilan amin untuk ucapan semalam. Selepas itu, aku banyak lah menerima mesej2 daripada kawan2 yang lain mengucapkan selamat kepadaku. Namun, mesej yang paling membuatkan aku terharu dan menitiskan air mata gembira adalah mesej daripada seseorang yang amat aku sayang. Amat aku kasihi. Jika dibandingkan dengan dunia dan seisinya, aku tidak rela kehilangannya buat selama-lamanya. Seseorang yang cukup bermakna buat diri ini. Orang yang mengandungkan ku 9 bulan 10 hari, menjaga dan membesarkanku sejak dari kecil lagi. Orang ayang aku maksudkan itu ialah emakku. Ya emakku. Aku menangis membaca mesej daripadanya.. aku sayangkannya.. hmmmm…

“salam... Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke 21 ma ucapkan. Tiada apa yang dapat ma berikan untuk izzat. Hanya doa yang berpanjangan yang dapat ma mohon dari yang berkuasa semoga izzat bahagia dunia akhirat. Ma harap izzat istiqamah dalam ibadah dan bila Berjaya, jangan lupa ma dan abah. Semoga Allah memberkati izzat selamanya..”

Hmmm… sebuah ucapan yang cukup bermakna pada diri ini. Dari seorang yang cukup bermakna buat diri ini. Aku takkan lupakan jasa ibu dan ayahku, mereka banyak berkorban untukku. Takkan aku lupakan semua pengorbanan mereka. Aku pernah berjanji pada diri ini yang aku akan membantu keluargaku bila sudah kerja nanti. Adikkku yang bongsu itu aku akan tanggung persekolahannya, aku xnak menyusahkan kedua ibu bapaku lagi. Biarlah aku yang menanggung mereka kelak. Itu janji yang aku buat pada diriku suatu ketika dulu. Insya’allah akan aku tunaikan…

Dan untuk sahabat2 yang lain, terima kasih banyak aku ucapkan atas ucapan yang diberikan padaku ini. Sekian dahulu bingkisan hidupku untuk kali ini.. insya’allah akan di coretkan lagi pada masa mendatang jika diberi ruang dan kesempatan..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih