Sunday, April 5, 2009

......

Assalamualaikum...

Alhamdulillah kerana masih lagi diberikan kesempatan kepada ku untuk mencoret sedikit kisah hidupku..
Hmm.. aku sendiri tidak tahu apa yang ingin aku ceritakan.. cuma apa yang dapat aku bagitau di sini ialah hatiku tak tenang langsung... ada la sebab musababnya itu, biarlah aku sendiri yang mengetahuinya.. mungkin khilaf diri aku juga sebenarnya, namun semuanya telah terjadi. Tidak guna menyesal benda yang dah terjadi, semuanya telah berlalu, dan aku terima dengan rela hati. Maybe ini satu hikmah buat diri ini.. subhanallah... betapa aku lalai selama ini.. mungkin sehari dua ni mood aku tak berapa baik.. maafkan aku sahabat2... aku sebenarnya tidak suka untuk meluahkan perasaanku ini kepada sesiapa, biarlah diri ini sahaja yang mengetahuinya. Memang ini sikapku sejak dari dahulu lagi, suka memendam rasa.. Biarlah aku sendiri yang menanggung, tidak perlu susahkan sape2 pun, hehe..

Cukuplah setakat itu sahaja buat kali ini, sedikit luahan hati..
Ya Allah bantulah hambaMu ini..
Berikanlah ketenangan di hatiku ini..

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih