Tuesday, November 15, 2011

Semakin Menghampiri Ke Penghujungnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Alhamdulillah, sujud dan syukur ku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus mengharungi hidup ini sebagai seorang hamba. 

Semakin Menghampiri Ke Penghujungnya..

Selepas 5 tahun setengah berkelana di bumi IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu, bergelar guru pelatih, kini ia semakin mencapai titik nokhtahnya, sudah menghampiri ke penghujungnya beberapa hari lagi. Alhamdulillah.. =) Segala ilmu yang ditimba, segala pengalaman yang dilalui, ia begitu bermanfaat buat diri ini dalam menempuhi hari-hari mendatang sebagai seorang guru kelak. 

Tepat jam 5.00 petang semalam, 14 November 2011.. maka berakhirlah penantian aku selama 5 tahun setengah untuk menamatkan pengajian ku ini. Alhamdulillah.. Paper yang terakhir yang dijawab oleh ku ialah MTE 3114, application of mathematics.. satu lagi paper killer selepas calculus yang telah dilalui dulu.. selepas 2 jam 30 minit mengharunginya di dewan peperiksaan, maka tamatlah sudah penantian selama ini. segala usaha telah dibuat, dan sekarang hanya bertawakal sahaja kepadaNYA, semoga Dia memberikan yang terbaik buat diriku ini.. 

Selama 5 tahun setengah berkelana di bumi besut ini, sudah pelbagai pengalaman pahit dan manis ditempuhi bersama sahabat, rakan dan kawan. Bermula pada 10 Julai 2006, di situlah kami bermula dan tanggal 17 November 2011, maka berakhirlah pengajian kami di sini. (^_^) Pengalaman banyak mengajar aku mengenali diri ini, mengenali erti hidup sebagai seorang hamba. Alhamdulillah.. 

5 tahun setengah...
+- 67 subjek telah dipelajari...
+- 42 kertas exam telah dijawab...
+- 208 jam kredit telah dilalui...
+- 3 kali Praktikum telah dipraktik...
+- 4 kali Pengalam Berasaskan Sekolah telah dirasai...
+- 1 kali Internship telah diaplikasi...

Sebelum tamatnya pengajian ku ini, aku juga telah menempuhi satu pengalaman yang begitu berharga yang ku kira agak sukar untukku menimbanya selepas ini. Pengalaman yang dimaksudkan itu adalah apabila aku menyertai satu pertandingan inovasi di Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2011 di Melaka pada awal november baru-baru ini. Alhamdulillah.. satu pengalaman yang sungguh berharga bagi diriku. Dapat bertemu dengan orang-orang hebat di sana, menimba ilmu sedikit sebanyak daripada mereka dan yang paling manis adalah apabila inovasi yang dibuat telah memenangi Anugerah Emas. Syukur sangat kerana penat lelah beberapa hari sebelumnya terbayar juga dengan kejayaan... Tahniah dan Syabas buat Saudara Mohd Hafizi Bin Haris Fadzillah kerana inovasi kamu memang layak menang di sana.. terima kasih juga kerana sudi menjemput aku untuk menyertai team kamu dan merasai pengalaman itu. terima kasih.. =) ceritanya boleh di baca di sini (just click here)...


Buat kawan-kawanku yang akan menamatkan pengajian selama 5 tahun setengah di ipg ini, semoga ilmu dan pengalaman yang kita dapat selama ini dapat kita aplikasikan sebaik mungkin di sekolah kelak sebagai membuktikan bahawa program PISMP dan guru keluaran IPG adalah yang terbaik di Malaysia.. Selamat maju jaya kepada semua. Dan ingatlah juga, dalam kita menyampaikan ilmu dunia kepada anak didik kita, jangan dilupa untuk menyelitkan ilmu akhirat buat mereka. Semoga generasi soleh wa musleh dapat dilahirkan kelak.. ameen.. =)

Buat adik-adik junior.. tuntutlah ilmu dan timbalah ilmu sebanyak mungkin selama mana bergelar guru pelatih.. kerana ilmu dan pengalaman itulah yang akan membantu kita apabila kita melangkah ke alam guru kelak..


___________________________________

semoga diri ini berjaya menjadi seorang guru yang terbaik..
guru yang berkhidmat kerana Allah..
dan menjadi contoh kepada anak didik kelak
~~ameen~~

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih