Wednesday, January 26, 2011

~Ceritera Sebuah Kisah Yang Tersirat~


Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah... segala puji aku panjatkan kepada Penciptaku yang maha menguasai seluruh alam ini, selawat serta salam kepada kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi'e, tabi' tabi'e, para syuhada' serta mereka yang senantiasa berjuang dalam mengembalikan kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Alhamdulillah, syukur yang tak terhingga aku panjatkan kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk meneruskan hidup di dunia yang sementara ini. Syukur kerana masih lagi dikekalkan dengan 2 nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamulillah...

Aku menulis bukan kerana terpaksa. tapi aku menulis kerana gerak hati aku mengatakannya begitu. Aku sendiri tidak tahu apakah yang ingin dicoretkan, diluahkan di sini. Tetiba sahaja ingin meluahkan, melontarkan sesuatu. Tapi apakah yang ingin diluahkan itu? aku sendiri tidak tahu. Mungkin terkesan hasil daripada pembacaanku dari blog2 sahabat yang aku 'terjah'. Itulah sebab membuatkan aku juga ingin menulis pada malam ini. hehe..

Laman sosial yang timbul sekarang ada macam-macam. Jika dulu friendster dan my space, tapi sekarang facebook dan twitter. Itulah penangan teknologi sekarang. Melangkaui dunia tanpa sempadan dan dunia di hujung jari sahaja. Hanya dengan satu klik, macam-macam yang kita dapat tahu. Seperti mana yang anda buat sekarang, hanya dengan satu klik sahaja anda sedang membaca tulisan di blog ini. huhu..

Itulah realiti hidup sekarang. Namun di sebalik kecanggihan yang dikecapi sekarang, ada juga yang membawa kesan negatif. Seperti laman sosial facebook sendiri. Dulu pernah aku katakan kepada seseorang yang facebook ni antara yang menjadi punca keretakan perhubungan. Tapi dia seakan menafikannya. Tapi itulah realitinya, beberapa hari yang lepas aku ada terbaca tentang facebook antara penyebab yang menyebabkan berlakunya penceraian. Kajian itu telah dilakukan di Britain. Ya, mungkin itu negara orang kafir. Tapi sebelum itu, pernah ada kajian yang mengatakan facebook punca penceraian di Arab Saudi. Negara orang Islam. Dan mungkin kerana teknologi yang ada sekaranglah menyebabkan keruntuhan institusi kekeluargaan. Itulah antara penyebabnya. Dan mungkin aku juga pernah merasakannya.. huhu..skype..facebook.. itulah dunia tanpa sempadan yang kita alaminya sekarang.

*******

Siapa aku? Bagaimanakah perwatakan aku? Baikkah aku? Burukkah aku?
Mungkin jika aku sendiri yang jawab persoalan-persoalan ini, jawapannya mungkin adalah sentiasa positif. Tapi kita sendiri tidak dapat menilai diri kita sendiri melainkan orang yang berada di sekeliling kita dan yang rapat dengan kita. Tapi mungkin kita tahu, sejauh mana kebenaran yang diperkatakan oleh orang lain terhadap diri kita. hmm...

Beberapa hari yang lepas, aku ada berbual dengan seorang sahabat. Hasil daripada percakapan kami, dia melontarkan pandangannya tentang sikap aku. Perbualan kami berpunca daripada sms yang kami terima berhubung dengan baitul muslim yang dicadangkan oleh seseorang yang begitu aku hormati. Maka timbulah kisah-kisah dahulu yang mana kami masing-masing tahu akan kisahnya. Persoalan-persoalan yang diutarakan oleh sahabat aku itu, banyak yang aku jawab dengan 'no komen'. hehe.. mungkin kerana kisah itu ingin aku lupakan. Dan mungkin aku sendiri tahu apa yang tersirat di sebalik pertanyaannya itu.

'terimalah orang yang menghargai dan suka kepada kita, tapi jangan terlalu mengharap terhadap orang yang kita suka kerana orang yang kita suka belum tentu akan menghargai kita seperti mana kita menghargainya dan penghargaanya itu tidak sama seperti mana orang yang suka kepada kita'... lebih kurang begitulah ayat yang terkeluar dalam perbualan kami itu.. hehe..
'mungkin kita dapat terima orang yang suka dan hargai kita, tapi mungkin susah kepada kita untuk menghargai dan suka kepadanya seperti mana kita suka kepada orang lain... dan akhirnya kita akan menyeksa orang yang suka kepada kita dan juga diri kita sendiri'.. ini juga antara ayat yang diungkapkan selepas ayat yang diatas. hehe..

Kenapa asyik dengan persoalan cinta je sekarang ni? entahlah, mungkin kerana terkesan dengan saranan baitulmuslim yang dicadangkan dlm liqa' baru-baru ni kot.. huhu.. berbalik kepada sikap aku. Sikap yang dinyatakan oleh sahabat aku itu. Mungkin ada betulnya, dan mungkin ada salahnya. Biar aku sendiri berterus terang di sini, mungkin ramai yang sukar untuk menduga dan membaca sikap aku. kenapa? entah.. mungkin kerana aku lebih banyak diam dari bercakap. mungkin kerana aku sentiasa masam dari tersenyum. dan kadang-kadang tindakan yang aku buat itu sukar diramal mungkin. hehe.. terkadang apa yang serius bagi aku, aku hanya lontarkannya dalam bentuk gurauan. dan terkadang yang hanya gurauan, aku berlagak serius. huhu.. dalam percakapan, dalam perbuatan. itulah aku. terkadang aku tahu akan sesuatu, tapi aku hanya diamkannya dan pura-pura tak tahu malah siap tanya lagi berulang kali.. hehe. dan terkadang aku memang tak tahu, tapi pura-pura tahu.(mungkin ego kot) haha.. aku suka melihat tingkah laku manusia, memerhati dan membuat kesimpulan sendiri..

*******

sangat menghargainya / really appreciate it!
ayat yang pernah aku terima juga dulu. tetiba aku tertarik dengan ayat ni bila terbaca di blog seseorang. tapi pasal ni telah aku ulas dalam entry yang sebelum ini berkisah tentang menghargai dan penghargaan. kerana ayat yang aku terima itu tidak selari dengan perbuatan dan tingkahnya. sungguh sedap didengar pada awalnya, tapi pahit di akhirnya.

Memahami kita, menghormati prinsip kita. Tetiba sahaja rasa ingin mengolah sesuatu tentang ini. Mungkin kita mahu orang di sekeliling memahami kita, namun adakah kita pernah untuk memahami mereka yang disekeliling kita? sebelum kita mahu mereka memahami kita, mungkin kita terlebih dahulu perlu memahami mereka.

Prinsip hidup. Mungkin setiap orang ada pegangan dan prinsip hidup masing-masing. Aku sendiri punya prinsip hidup. Tapi terkadang aku pernah jumpa mereka yang sering berubah prinsip hidupnya. Jika dulu lain, tapi sekrang lain pula prinsip hidupnya. Adakah itu yang dikatakan prinsip hidup? Bukti.. mungkin aku boleh berikan andai diminta.. tapi bukan di sini.. Dan itulah yang dikatan perubahan. Setiap manusia mengalami perubahan.. teringat aku kisah dahulu.. tentang dua orang kawan. mereka berkawan di bangku sekolah lagi. tapi yang membezakannya adalah seorang di sekolah yang bercampur jantina, dan seorang lagi di sekolah yang hanya satu jantina sahaja. sebaik sahaja tamat spm, kawannya yang bersekolah di sekolah bercampur jantina ni bertanyakan kepada kawannya yang adakah kawannya akan berubah nanti bila dah menyambungkan pelajarannya di menara gading nanti? dan kawannya menjawab bahawa dia tetap sama macam zaman sekolahnya juga dan takkan mungkin berubah. Namun, selang beberapa lama selepas kawannya menyambung pelajarannya di sebuah kampus yang bergaul lelaki dan perempuan, ternyata apa yang dikatakan dulu hanya indah di mulut sahaja, tapi bukan realitinya. Tidak sampai habis semester pertama, atau tak sampai 2 bulan pun, kawannya itu sudah menunjukkan perubahannya.. itulah manusia.. sentiasa berubah.. berubah prinsip.. berubah janji.. dan bukan bergelar manusialah jika tidak berubah...

*******

Saturday, January 22, 2011

10 Tahun Berkelana Menimba dan Mencari Pengalaman

Assalamualaikum w.b.t

Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk meneruskan perjalanan kehidupan di atas muka bumi ini. Hari-hari yang dilalui terasa begitu pantas kini, dan tahun ini merupakan tahun terakhir aku menuntut di IPG Kampus Sultan Mizan ini selepas lebih 4 tahun setengah berkelana di sini.


Alam Persekolahan di bumi wakafan SMKA Melor.
Selama 5 tahun menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di sana meninggalkan sejuta kenangan yang tak mungkin akan terpadam dalam kotak fikiran ini. Kerana di bumi wakafan tanah tumpahnya darahku itulah aku mula mengenal erti hidup ini. Mengenal erti sebuah persahabatan, mengenal erti sebuah perhubungan, mengenal erti sebuah penghargaan, mengenal erti sebuah kemasyhuran, mengenal erti sebuah pengalaman dan mengenal erti sebuah KENANGAN yang tak mungkin akan dilupakan sampai hujung nyawa. Kerana di situlah bermula segalanya.

pelajar lelaki smka melor 2005

Bila terkenangkan kembali alam persekolahan di bumi wakafan itu, terkadang aku tersenyum sendiri. Walaupun dulu ianya pahit bagiku, tapi bila di imbas kembali kini, ia menjadi kenangan manis aku bersama sahabat. Sahabat dunia akhirat. Pelbagai episod suka dan duka tercipta di bumi wakafan itu. Bermula di tingkatan 1 Ibnu Rushd pada tahun 2001 dan berakhir di tingkatan 5 Ibnu Sina pada tahun 2005. Bila berkumpul bersama sahabat lama di cuti semester atau ketika berhari raya, pasti akan ada sahaja cerita di alam persekolahan yang diungkit kembali yang menyebabkan kami semua ketawa gembira walaupun peristiwa yang berlaku dulu pahit, tapi kini ia menjadi hiburan dan kenangan kami semua. Walaupun cerita-cerita itu diulang-ulang kali diputarkan setiap kali berjumpa, namun ia sungguh indah dan bermakna buat kami semua. Itulah kenangan kami. Kenangan yang menjadi penyeri hidup kami sehingga kini.

kelas 4 Ibnu Sina 2004 di Pantai Kandis

Kehidupan di asrama. Aku pernah merasainya walaupun jarak rumah aku ke pintu pagar sekolah tidak sampai 500 meter pun. hehe.. Nama sahaja hidup di asrama, tapi pantang ada masa prep or kelas malam, pasti aku akan balik rumah. Itulah indahnya hidup di asrama smka melor ketika itu. Namun, pada hari ini ia sukar untuk di buat oleh penghuni-penghuninya kerana peraturan semakin ketat bagi mengawal disiplin pelajarnya.

bangunan asrama sekolah di awal pembukaannya dulu (2003)

Satu malam yang menjadi kenangan dan hiburan kami sehingga kini. Malam di mana aku bersama sahabat-sahabat termasuk ketua blok asrama, ajk2 tertinggi asrama, pengawas sekolah dan pustakawan sekolah didenda oleh warden bertugas. Semua yang terlibat dalam tragedi itu adalah mereka yang berjawatan penting di sekolah pada ketika itu. Malam kami didenda oleh ketua warden kerana berbuat bising di kala pelajar lain sedang lena di buai mimpi. Seingat pada ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi lebih, tapi kami masih lagi belum tidur. Ketika didenda, salah seorang daripada kami ada mengatakan bahawa peristiwa itu akan menjadi kenangan kami dan mungkin akan diceritakan kepada anak-anak kami nanti. NAH! memang ia menjadi kenangan kami dan membuatkan kami ketawa gembira saat peristiwa itu diimbas kembali. Sungguh indah dan seronok. Hidup di asrama ketika itu yang bebas untuk balik ke rumah termasuk ketua blok sendiri. Tapi ia hanya dilakukan oleh pelajar lelaki sahaja, kerana kami bawa motor ke asrama, jadi memang senanglah untuk kami 'fly'. hehe.. (jangan marah cikgu)

jamuan perpisahan dan jamuan BADAR 2005

Lima tahun menimba ilmu di sana, dengan murabbi-murabbi yang berjiwa kental dalam memberi dan berkongsi ilmu dengan anak didik. Jasa mereka tak mungkin aku lupakan. Biah di bumi wakafan itu sungguh aku rindui. Namun hari ini, ia cukup berbeza sekali. Terkadang aku sedih melihat perwatakan dan sahsiah pelajar-pelajar di bumi wakafan itu. Mungkin akademiknya menunjukkan peningkatan tetapi peningkatan akademik itu tidak selari dengan peningkatan sahsiah pelajarnya. Mungkin disebabkan ramai murabbi-murabbi 'otai' yang bersara. Kerana seingat aku, pada tahun 2005 dahulu, 5 orang murabbi aku bersara yang mana mereka semua ini adalah 'otai' di sekolah itu. Semoga kecemerlangan akademik yang dicapai sekarang selari dengan kecemerlangan sahsiah pelajarnya. Insya'Allah...

Reunion yang pertama didakan pada tahun 2007 di New Horizon Garden

Kini, setelah hampir 5 tahun menuntut dan menimba ilmu dan pengalaman di bumi kota putra, kurang dari 11 bulan dari sekarang aku akan melangkah kaki keluar dan insya'Allah akan melangkah masuk ke alam pekerjaan yang lebih mencabar. Selama hampir 5 tahun di sini, ia mengajar aku mengenal dunia. Mengorak beberapa langkah lagi untuk mengenal makna kehidupan ini.

semester 2 ppismp (2007)

Tanggal 10 Julai 2006, itulah kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi IPG KSM. Tempat yang bakal mengajar dan membimbing aku untuk menjadi seorang insan pendidik. Di tahun pertama di bumi IPG KSM, pelbagai peristiwa yang berlaku. Dan peristiwa yang mungkin akan di ingati sampai bila-bila oleh aku dan mungkin juga pentadbir IPG KSM adalah peristiwa di mana pelajar IPG KSM mengadakan demonstrasi di malam kemerderkaan yang ke 49 pada ketika itu. Dan mungkin demostrasi itulah yang pertama kali di Malaysia ini yang 'berani' dilakukan oleh guru pelatih IPG. Peristiwa yang meninggalkan sejarah hitam buat pentadbir IPG kerana pelajar berani bersuara disebabkan beberapa kes yang terjadi pada ketika itu. Namun kini, kebajikan guru pelatih di IPG KSM ni terjaga. Dan selama hampir 5 tahun di bumi IPG KSM ini, aku telah berada di bawah pentadbiran 4 orang pengarah iaitu allahyarham Tn Hj. Muen (A.M.N), Tn Hj Nik Arif (A.M.N), Dr Maznah Abdul Samad dan yang terkini ialah Dr Shamsiah. Dan mungkin aku akan merasai pentadbiran Pengarah yang ke-5 nanti apabila Dr Shamsiah akan bersara pada bulan Julai nanti.

sukaneka IPG KSM (semester 3 ppismp-2007)

Berblazzer apabila menghadiri acara rasmi IPG

Dari tahun 2006 sehingga 2011, dari asrama blok perempuan yang hanya guna 1 blok sahaja sehingga penuh sekarang, dan dari jemaah surau yang kurang 10 orang dahulu sehingga mungkin 100 lebih sekarang, semuanya telah aku rasa selama mana berkelana di bumi IPG KSM ini. Semua zaman telah aku rasa. Dan adik-adik junior yang baru setahun jagung di bumi IPG KSM ini tidak merasainya jatuh bangun surau al-Firdaus seperti sekarang. Bermula dengan Minggu Kebudayaan Dan Kesenian Islam yang pertama pada tahun 2006 dahulu, dan sekarang ia menjadi acara tahunan IPG KSM. Alhamdulillah.. walaupun namanya sedikit berubah kepada Minggu Penghayatan Islam. Semuanya telah dirasai oleh aku bersama rakan-rakan guru pelatih yang lain yang seangkatan denganku.

program 'berkayak ke pulau rhu' 2010 - semester 6 pismp
Jika dulu perhimpunan pagi tanpa menggunakan pembesar suara, tapi kini terpaksa menggunakan pembesar suara. Semuanya berubah. Jika dulu para guru pelatih 'berjuang' untuk mendapatkan line internet dan memasang wireless sendiri, tp kini IPG telahpun sediakannya walaupun line tidak berapa ok, tp alhamdulillah masih boleh digunakan. Walaubagaimanapun, ramai guru pelatih mengambil pendekatan lain dengan memasang wireless sendiri yang lebih laju dan boleh melayari apa sahaja laman sesawang. Sehingga line internet kt ipg tu dah ada pelbagai nama. Jika dulu hanya aztech @ dlink sahaja, tp kini mcm2 nama seperti frednetwork, alafasi, dan macam-macam lagi. Inilah antara usaha yang dilakukan oleh generasi terawal ipg ksm sehingga boleh dinikmati oleh adik-adik junior sekarang.

Menjalani praktikum pada pertama kalinya memang amat seronok dan tak sabar-sabar untuk pergi ke sekolah bertemu dengan anak-anak murid. Bermula di SK Kg Nangka, SK Bukit Kenak dan akan datang di SK Kg Baharu, pelbagai ragam dan perangai dapat diperhatikan. Dan pelbagai ilmu serta pengalaman dapat ditimba hasil daripada menjalni praktikum ini.

gelagat anak-anak murid 2Bestari di Sk Kg Nangkacikgu zulhilmi memberikan arahan kpd team sepak takraw sk kg nangka

hari terakhir praktikum di SK Bukit Kenak di Kelas 5 Maju

Praktikum fasa 3, perasaan untuk menjalani praktikum ini mungkin berlainan sedikit daripada fasa 1 dahulu, kerana ini merupakan praktikum kali ke-3 dan pengalaman yang ditimba pada 2 fasa praktikum lepas akan diaplikasikan di fasa ke-3 ini. Semoga perjalanan praktikum fasa 3 nanti akan berjalan seperti biasa.

Akhir kalam, semoga perjalanan hidupku di masa mendatang secerah dan seindah mentari yang terpancar pada hari ini. Semoga panas yang ku alami kini sampai ke petang dan hujan takkan muncul di tengahari ini. Amin...



p/s: berkelana mencari secebis pengalaman, kekadang aku tersungkur jatuh. namun ku gagahi dan terus bangun untuk meneruskan kehidupan ini. pelbagai rintangan, cabaran, halangan telah aku rasai. saat suka dan duka bersama dengan sahabat, teman, rakan, membuatkan aku lebih matang. buat insan yang pernah hadir dalam hidup aku, terima kasih kerana secebis pengalaman yang diberikan dan terima kasih untuk luka yang ditinggalkan kerana ia dapat mematangkan aku mengenal erti hidup berdikari tanpa janji palsu yang dilafazkan sekejap cuma. buat insan yang menunggu... hingga saat ini andai bisa dirimu menunggu, aku tiada kata putus untuk diberikan, dan tiada harapan untuk ditaburkan. cukuplah sekadar janji Allah yang telah tercatat semuanya di luf mahfuz. andai bisa diri ini meneruskan hidup dan tetap bernyawa di saat tibanya lafaz sakinah dilafazkan, maka akan terpaterilah sebuah ikatan bersama segunung tanggungjawab di bahu. diri ini tidak sempurna. hanya seorang hamba yang hina yang cuba menggapai dan mencari redha dan cinta Sang Pencinta yang Abadi.

Thursday, January 20, 2011

Jari-jemari Ingin Menari Di Atas 'Keyboard'

Assalamualaikum w.b.t..

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Syukur yang amat sangat kerana masih lagi diberikan nyawa untuk terus menjalani hidup si atas muka bumi yang fana' ini. Alhamdulillah...

Untuk entry kali ini, aku sendiri pun tak tau apa yang hendak dicoretkan. Tetiba je rasa nk update blog ini setelah membaca beberapa blog sahabat, so terasa jejari ini ingin turut menari-nari di atas papan kekunci laptopku.. hehe...

Tetiba teringat tentang baitulmuslim yang diperkatakan dalam liqa' beberapa hari lepas oleh baba. Layakkah diri ini untuk memikul sebuah tanggungjawab nanti? Namun, diri ini juga teringin untuk menyempurnakan separuh daripada agamaku. Tapi...... biarlah takdir yang menentukan segalanya. Istikharah... sudah aku lakukan... dan mungkin aku sudah ternampak siapakah gerangannya, tapi biarkanlah dulu. Mungkin belum masanya lagi untuk aku memikirkan semua itu setelah apa yang terjadi dalam hidupku.

Dalam tak sedar, rupanya tahun 2011 ini akan genaplah usiaku 23 tahun. Sudah menganjak ke alam dewasa rupanya, subhanallah... Patutlah... Dan ramai juga saudara mara yang seangkatan denganku ketika bermain di waktu kecil dulu, sudah dan akan mendirikan baitulmuslim mereka. Rupanya kami dah makin dewasa sekarang... hehe...

Demam... ramai yang demam sekarang. Mungkin musimnya kot. Classmate, roomate, batchmate, ramai yang demam. Mungkin keadaan cuaca dan mungkin juga kerana Allah ingin mengampunkan dosa hambaNYA. Aku juga sebenarnya demam semasa cuti semester dahulu. Alhamdulillah buka semester baru ini aku kembali sihat. Alhamdulillah..

Praktikum... Insya'Allah 2 minggu dari sekarang akan bermulalah praktikum fasa 3 di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu. Berpraktikum selama 12 minggu di sekolah dan juga menjalankan kajian tindakan dalam menyempurnakan tesis untuk semester hadapan. Insya'Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.

Jam tangan, baju kemeja, belt, tali leher, t-shirt... aku hargainya sangat-sangat. Terima kasih ya. Semua benda ini sentiasa dekat dengan ku dan aku sentiasa memakainya. Ini bermakna aku menghargainya. Terkadang ucapan terima kasih sukar untuk diungkapkan, tetapi ketahuilah aku amat menghargainya. Terima kasih...

Ok lah, nampaknya setakat ini sahajalah ingin aku coretkan. Apa yang terlintas, aku main taip je..hehe... Semoga ada kebaikannya untuk diri ini dan pembaca yang sudi singgah untuk baca blog ini. Semoga yang baik itu dijadikan teladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan..
Wasalam.. :)

Tuesday, January 11, 2011

Tersurat dan Tersirat dalam Kenangan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda.

Tahun 2010 sudah beberapa hari meninggalkan aku. Dan tahun 2011 jugalah bakal menjadi saksi tamatnya pengajian aku sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan ini selepas mula berkelana di sini di pertengahan tahun 2006 dahulu.


Begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Tahun 2010, tahun yang meninggalkan banyak pengalaman terhadap diriku, samada pahit atau manis ianya tetap menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin berulang lagi untuk kali keduanya.

Sepeninggalan 2010, baru aku tersedar hanya 10 post yang aku sempat coretkan untuk blog aku ini. Kesibukan... Itulah antara kekangannya. 2010! pelbagai kenangan tercipta dan mungkin ada diantaranya ingin sahaja aku lupuskan di ingatan ini andai termampu. 2010 juga menjadi saksi sebuah lagi episod dalam kamus hidup aku yang mungkin begitu berat untuk aku menerima hakikatnya ia terjadi lagi. Bila di kenangkan kembali segala apa yang terjadi, mungkin khilafku sendiri kerana menyambutnya kembali. Namun kini, segalanya kembali normal. Alhamdulillah.. Syukur aku panjatkan kepadaMu Ya Rabbi.


2010! jika ada sahaja ubat untuk menghilangkan kenangan, ingin sahaja aku membelinya. Namun, ianya mustahil.. Kerana kenangan itu jugalah yang mematangkan kita dalam meniti hari yang mendatang, kenangan jugalah yang mengajar kita mengenal yang mana permata dan yang mana kaca.

Perubahan! mungkin semua antara kita mengalami perubahan, samada dari segi zahir, batin, emosi, cara pemikiran, gaya hidup dan mungkin juga prinsip hidup. Kerana itulah juga yang aku alami dan mereka di sekelilingku. Jika dulu apa yang dikatakan 'tidak', mungkin hari ini 'ya'. Jika dulu apa yang dikatakan 'ya', mungkin hari ini 'tidak'. Kerana itulah sikap manusia, seringkali berubah mengikut keadaan, masa dan pemikirannya.

2011! mungkin tahun ini menjadi saksi kepada suatu peristiwa atau mungkin tidak. Bermulanya semester baru di tahun terakhir sungguh menyeronokkan. Tahun-tahun terakhir bersama sahabat, teman, rakan, dan kawan di IPG Kampus Sultan Mizan ini mungkin ingin diluangkan masa sebaik mungkin bagi mencipta kenangan di antara kami selama berkelana di bumi IPG KSM ini. Kerana tahun inilah merupakan tahun terakhir kami bergelar guru pelatih sebelum melangkah ke alam 'guru' yang lebih mencabar. Dan tahun ini juga merupakan tahun tersibuk kami selama berada di sini kerana kami akan membuat Penyelidikan Tindakan di sekolah tempat kami berpraktikum sebelum menyempurnakan tesis pada semester hadapan.

2011! Alhamdulillah... aku bersyukur kerana tahun ini aku masih lagi diberi 2 nikmat yang paling besar dalam hidup aku iaitu nikmat Islam an nikmat Iman. Aku juga bersyukur keran diberikan 2 lagi nikmat iaitu nikmat dakwah dan nikmat tarbiyah. Alhamdulillah... Allah masih lagi memilih aku aku untuk diberikan tarbiyah supaya aku tidak leka di kemudian harinya. Syukur padamu ya Allah...

Membuat pilihan... Semoga apa yang aku pilih ini adalah yang terbaek buat diriku dan seusia hidupku nanti. Penghargaan yang diberikannya cukup banyak buat diriku ini. TERIMA KASIH! Dan kini apabila ku sedari, aku akan terus dan terus menghargainya...

Semoga segala yang terbaik buat hidup kita semua...dan dirahmati Allah sentiasa.. Insya'Allah..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih