Tuesday, January 11, 2011

Tersurat dan Tersirat dalam Kenangan...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Alhamdulillah, selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w serta seluruh ahli keluarga baginda.

Tahun 2010 sudah beberapa hari meninggalkan aku. Dan tahun 2011 jugalah bakal menjadi saksi tamatnya pengajian aku sebagai seorang guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan ini selepas mula berkelana di sini di pertengahan tahun 2006 dahulu.


Begitu cepat masa berlalu tanpa aku sedari. Tahun 2010, tahun yang meninggalkan banyak pengalaman terhadap diriku, samada pahit atau manis ianya tetap menjadi kenangan dan sejarah yang tak mungkin berulang lagi untuk kali keduanya.

Sepeninggalan 2010, baru aku tersedar hanya 10 post yang aku sempat coretkan untuk blog aku ini. Kesibukan... Itulah antara kekangannya. 2010! pelbagai kenangan tercipta dan mungkin ada diantaranya ingin sahaja aku lupuskan di ingatan ini andai termampu. 2010 juga menjadi saksi sebuah lagi episod dalam kamus hidup aku yang mungkin begitu berat untuk aku menerima hakikatnya ia terjadi lagi. Bila di kenangkan kembali segala apa yang terjadi, mungkin khilafku sendiri kerana menyambutnya kembali. Namun kini, segalanya kembali normal. Alhamdulillah.. Syukur aku panjatkan kepadaMu Ya Rabbi.


2010! jika ada sahaja ubat untuk menghilangkan kenangan, ingin sahaja aku membelinya. Namun, ianya mustahil.. Kerana kenangan itu jugalah yang mematangkan kita dalam meniti hari yang mendatang, kenangan jugalah yang mengajar kita mengenal yang mana permata dan yang mana kaca.

Perubahan! mungkin semua antara kita mengalami perubahan, samada dari segi zahir, batin, emosi, cara pemikiran, gaya hidup dan mungkin juga prinsip hidup. Kerana itulah juga yang aku alami dan mereka di sekelilingku. Jika dulu apa yang dikatakan 'tidak', mungkin hari ini 'ya'. Jika dulu apa yang dikatakan 'ya', mungkin hari ini 'tidak'. Kerana itulah sikap manusia, seringkali berubah mengikut keadaan, masa dan pemikirannya.

2011! mungkin tahun ini menjadi saksi kepada suatu peristiwa atau mungkin tidak. Bermulanya semester baru di tahun terakhir sungguh menyeronokkan. Tahun-tahun terakhir bersama sahabat, teman, rakan, dan kawan di IPG Kampus Sultan Mizan ini mungkin ingin diluangkan masa sebaik mungkin bagi mencipta kenangan di antara kami selama berkelana di bumi IPG KSM ini. Kerana tahun inilah merupakan tahun terakhir kami bergelar guru pelatih sebelum melangkah ke alam 'guru' yang lebih mencabar. Dan tahun ini juga merupakan tahun tersibuk kami selama berada di sini kerana kami akan membuat Penyelidikan Tindakan di sekolah tempat kami berpraktikum sebelum menyempurnakan tesis pada semester hadapan.

2011! Alhamdulillah... aku bersyukur kerana tahun ini aku masih lagi diberi 2 nikmat yang paling besar dalam hidup aku iaitu nikmat Islam an nikmat Iman. Aku juga bersyukur keran diberikan 2 lagi nikmat iaitu nikmat dakwah dan nikmat tarbiyah. Alhamdulillah... Allah masih lagi memilih aku aku untuk diberikan tarbiyah supaya aku tidak leka di kemudian harinya. Syukur padamu ya Allah...

Membuat pilihan... Semoga apa yang aku pilih ini adalah yang terbaek buat diriku dan seusia hidupku nanti. Penghargaan yang diberikannya cukup banyak buat diriku ini. TERIMA KASIH! Dan kini apabila ku sedari, aku akan terus dan terus menghargainya...

Semoga segala yang terbaik buat hidup kita semua...dan dirahmati Allah sentiasa.. Insya'Allah..

3 comments:

استاذة ليلا said...

wahh! da nak kuar da cosin sayer?hum.macam-macam knangan 2010 yerk. selitkan sikit cosin awk nih. kua mktb jgn dilupa! ;p

syabab islam said...

hehehe.. dah selitlah tue sal awk, kan tajuk tue tersurat dan tersirat, maknanya ada dlm tersirat la tue.. or nk kena mntion nama ni? hehe.. nnt la di post lain sy mntion nama cosin sy ni.. hahaha..
xkn lupa la kalu dh kuar mktb ni, confirm ingt lagi kot.. hehe.. tmpt jatuh lg dikenang, inikan pula tmpt menuntut ilmu.. huhu.. 4 tahun lg tu, kejap je.. nnt bila dh di taun akhir mcm sy ni, pasti rasa sedih kot nk berpisah dgn kawan2 kt sini yg dh mcm adik beradik dh pun.. dh kenal prngai n ati budi msg2.. hehe.. ;P

استاذة ليلا said...

o yah? haha~ mekase c0sin.. laen kali mention sikit nama tuh. bagi clear! heh2~ gur0 jek..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih