Tuesday, July 28, 2009

IPGM Sultan Mizan ditutup seminggu

BESUT – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, di sini diarahkan tutup selama seminggu mulai semalam selepas pelajar kampus berkenaan disyaki mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, tujuh pelajar disyaki mempunyai simptom penyakit itu di kampus berkenaan.

“Bagi mengawal penularan virus berkenaan, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar dikehendaki pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Rahman berkata, semua pelajar yang disyaki dirawat sebagai pesakit luar dan cecair tekak diambil untuk ujian makmal.

Sebelum ini, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang menerima nasib sama.

Sehingga semalam, tiada rekod kes baru dicatatkan dengan UiTM, satu kes masih kekal di wad; Politeknik lima kes positif; Perkaya (13 kes pesakit luar) dan SMSD kekal 26 kes pelajar menerima rawatan pesakit luar.

sumber : sinar harian

Kepercayaan & Cinta...!


Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan.

Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.

Kepada mereka yang masih ingin mencintai walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Namun bagi diriku, kepercayaan yang ingin dikembalikan setelah dikhianati amat susah. Sungguh susah. Memberi kepercayaan kepada seseorang sungguh susah, namun lagi susah untuk mempercayai seseorang apabila dikhianati setelah diberikan kepercayaan kita kepadanya.
Terima kasih sahabat kerana semuanya.


Monday, July 27, 2009

Aku DiKuaRanTiN..!!!

Bismillahirrahmanirrahim... Assalamualaikum w.b.t...
Segala puji bagi Allah yang maha esa yang menjadikan sesuatu mempunyai hikmahnya. Selawat serta salam ke atas kekasih Agung Nabi Muhammad s.a.w. kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada' serta para pejuang agama Allah yang sentiasa tegar berjuang dalam mendaulatkan ISLAM yang suci.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...

Aku dikuarantin... mulai hari ini, bermula jam dan saat ini, aku dan seluruh warga kampus IPGM Kampus Sultan Mizan akan dikuarantin. IPGM Kampus Sultan Mizan telah disyaki di serang oleh 'tentera Allah' iaitu virus H1N1. Seramai 7 orang pelajar telah disyaki dijankiti virus yang berbahaya itu. Semuanya adalah junior aku ambilan Julai 08. Disebabkan itu IPGM Kampus Sultan Mizan telah diberikan cuti selama 7 hari bermula hari ini. Jadi semua warga IPGM Kampus Sultan Mizan dibenarkan pulang ke kampung masing-masing dan dikuarantin di rumah masing-masing. IPGM Kampus Sultan Mizan akan dibuka semula pada 3 Ogos 2009 iaitu hari isnin depan. Dan bagi pelajar pismp semester 4, kehadiran kami semula pada hari itu adalah untuk menyertai perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan pada 3-6 Ogos di kuatan pahang.

Sekian sahaja makluman untuk entry kali ini.
Semoga dapat berjumpa lagi pada entry yang akan datang.
ilalliqa'...

Saturday, July 25, 2009

Baru Pulang...

Assalamualaikum w.b.t..
Segala puji bagi Allah yang maha berkuasa yang menjadikan alam raya ini yang maha sempurna. Selawat serta salam ke atas kekasihNYA nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada' serta mujahid-mujahidah yang senantiasa berjuang dalam mendaulatkan ISLAM yang suci..

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Alhamdulillah, sejam yang lalu, aku baru sahaja pulang dari program Bina Insan Guru yang di adakan di Pulau Redang, Terengganu. Walaupun agak penat, tapi aku puas hati melihat betapa cantiknya alam ciptaanNYA. Subhanallah...

Insya'allah, kalau diberikan kesempatan masa dan ruang, akan aku coretkan sedikit bingkisan program yang telah aku sertai itu...

Nantikan kemunculannya.. hehe ;-)

Dalam feri, dah nk sampai ni. hehe..

kat pantai Berjaya Beach Resort

Sebelum bertolak balik

Wednesday, July 22, 2009

Tentang Sesuatu...

Dalam aku tidak sedar, masa begitu cepat berlalu. Sudah hampir setahun peristiwa itu berlaku. Peristiwa di bulan oktober tahun lalu cukup memberikan kesan di hatiku ini sampai sekarang. Entah mengapa. Begitu susah untuk membuangnya. Begitu susah untuk melupakanya. Semakin dilupa semakin teringatkan kejadian itu. Satu sejarah yang telah tercatat di hati sanubariku ini. Namun, semua itu tidak pernah ku pinta untuk terjadi. Jika boleh diundurkan masa, ingin sahaja aku kembalikan saat itu. Namun, segala-galanya telah ditentukanNya. Segalanya telah berlaku. Biarlah masa yang menentukannya. Biarpun sudah lama berlalu, namun memang susah untuk ku membuangnya. Aku tidak tahu sampai bilakah perasaan ini akan menghantuiku. Aku memerlukan seseorang untuk berkongsi, untuk meluahkan segala yang terbuku di hati. Seseorang yang aku percaya. Seorang sahabat yang setia denganku. Aku memerlukannya. Namun, segalanya masih ku pendam. Ku pendam jauh ke dasar lubuk hatiku. Jika dulu, aku ada seorang sahabat yang begitu baik denganku. Tempat aku meluahkan segala suka dan duka. Yang sentiasa setia mendengar masalahku. namun aku faham situasinya. Dia memang sibuk dengan kehidupannya sebagai seorang bakal doctor. Jika dulu, dialah tempat aku meluahkan segala perasaanku. Segala suka dan duka ku, namun sekarang aku tidak ingin menyusahkannya. Namun ku tahu, dia masih lagi seorang sahabat sejati. Seorang sahabat yang sentiasa ada di saat suka dan duka. Seorang sahabat yang senantiasa menolongku di saat aku memerlukan pertolongan. Memang dia sudah mengetahui masalah ku yang terjadi itu. Namun di saat ini aku memerlukan sokongannya, kata-kata semangat darinya. Aku lemah…. Aku lemah ya Allah.. bantulah hambaMu yang hina ini.. kuatkanlah hatiku menempuhi dugaan yang mencabar ini ya Rahim…

Wednesday, July 8, 2009

Menunggu Keputusan Final Sem Lepas

Assalamualaikum...
segala puji bagi Allah yang mencipta alam ini yang maha sempurna.. selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat dan para pejuang agama Allah yang sentiasa berjuang menegakkan syiar Islam di muka bumi ini..

Dalam masa beberapa minit lagi, keputusan final semester lepas akan dikeluarkan.. Agaknya berapalah akan dapat, adakah akan meningkat atau adakah akan menurun dari semester lepas? Sama-samalah menantikannya..

Free Signature Generator


Tuesday, July 7, 2009

Lawatan Penanda Aras Biro Agama IPGM Kampus IPoh

Biismillahirrahmanirrahim….

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menciptakan seluruh alah raya ini dengan sempurnanya. Tiada kekuasaan yang melebihiNYA. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada serta para mujahid yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah HAQ di atas muka bumi ini. Syukur aku panjatkan ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku kesempatan untuk meneruskan hidup di dunia yang fana ini.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

Beberapa hari yang lepas, biro agama dan pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan menerima lawatan penanda aras daripada biro agama dan kerohanian IPGM Kampus Ipoh. Alhamdulillah, sepanjang kunjungan itu banyak input yang dapat dikongsikan bersama. Rombongan lawatan daripada IPGM Kampus Ipoh tiba di IPGM Kampus Sultan Mizan lebih kurang pada jam 4.30 petang. Mereka bertolak dari kota bharu selepas mengadakan lawatan penanda aras di IPGM Kampus Kota Bharu. Ketibaan mereka di sambut oleh beberapa orang yang telah ditugaskan untuk menyambut mereka. Mereka seramai 40 orang diberikan bilik untuk berehat sementara menunggu sesi dialog pada sebelah malamnya.

Surau al-firdaus IPGM Kampus Sultan Mizan dipenuhi oleh rombongan dari ipoh. Alhamdulillah… selesai sahaja solat maghrib, kami biro agama dan pendidikan memberi penghormatan kepada pensyarah pengirim iaitu ustaz zakaria untuk menyampaikan kuliah magrib. Penyampaian yang disampaikan oleh ustaz zakaria sungguh menarik dan tidak bosan. Patutlah ramai pengikutnya di ipgm kampus ipoh. Hehe… selesai memberikan kuliah, penuntut di ipgm kampus sultan mizan menunaikan solat isyak berjemaah manakala rombongan dari ipoh mengadakan sedikit tazkirah sesama mereka kerana mereka telah menunaikan solat jamak takdim lepas magrib tadi.

Sesi dialog bermula lebih kurang pada pukul 9.20 minit malam. Dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis, ucapan alu-aluan daripada pensyarah penasihat biro agama dan pendidikan ipgm ksm dan juga ucapan daripada pensyarah penasihat biro agama dan kerohanian kampus ipoh. Selepas ucapan daripada pensyarah penasihat masing-masing, tibalah giliran exco daripada biro agama dan pendidikan ipgm ksm membentangkan aktiviti biro kepada peserta rombongan dan selepas itu diikuti oleh exco biro agama dan kerohanian ipgm kampus ipoh. Selesai pembentangan daripada kedua-dua exco, semua ajk biro agama dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk sesi dialog sesama biro yang berkaitan. Jadi masa inilah segala persoalan yang bermain di minda boleh ditanyakan kepada yang sepatutnya.

Bagi diriku pula, disebabkan biro agama dan kerohanian ipgm kampus ipoh tidak mempunyai lujnah multimedia, jadi aku telah diletakkan bersama lujnah tugas-tugas khas untuk sesi dialog ini. Banyak persoalan yang diajukan oleh lujnah tugas2 khas biro agama kampus ipoh. Dan Alhamdulillah dapat dijawab oleh pihak kami. Dalam masa yang sama, kami juga tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan soalan kepada mereka. Banyak input-input yang berguna dapat diambil daripada hasil dialog ini. Masa yang diberikan lebih kurang 20 minit untuk berdialog terasa sungguh singkat sedangkan banyak lagi persoalan-persoalan yang ingin diajukan. Namun, disebabkan masa tidak mengizinkan dan malam pun sudah semakin larut, jadi dialog itu terpaksa diberhentikan.

Selesai sahaja sesi dialog itu, sesi bergambar pula diadakan, hehe.. dan selepas itu sedikit kudapan disediakan untuk para peserta. Dan Alhamdulillah, majlis itu berakhir lebih kurang pada jam 12.00 malam.

Semoga tautan ukhwah yang berputik ini akan terus utuh dalam merealisasikan tugas dakwah di ipgm masing-masing. Segala ilmu dan pengalaman yang dikongsikan insya’allah akan dipraktikan di ipgm kampus sultan mizan. Syukran jazilan atas lawatan penanda aras ke kampus sultan mizan. Semoga kita sama-sama beroleh manfaatnya..


Antara gambar-gambar semasa lawatan penanda aras dari IPGM Kampus Ipoh




SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih