Tuesday, July 28, 2009

IPGM Sultan Mizan ditutup seminggu

BESUT – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Sultan Mizan, di sini diarahkan tutup selama seminggu mulai semalam selepas pelajar kampus berkenaan disyaki mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, tujuh pelajar disyaki mempunyai simptom penyakit itu di kampus berkenaan.

“Bagi mengawal penularan virus berkenaan, Jabatan Kesihatan telah mengeluarkan arahan penutupan selama seminggu dan semua pelajar dikehendaki pulang ke rumah masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Rahman berkata, semua pelajar yang disyaki dirawat sebagai pesakit luar dan cecair tekak diambil untuk ujian makmal.

Sebelum ini, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Sekolah Menengah Sains Dungun (SMSD) dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya), Marang menerima nasib sama.

Sehingga semalam, tiada rekod kes baru dicatatkan dengan UiTM, satu kes masih kekal di wad; Politeknik lima kes positif; Perkaya (13 kes pesakit luar) dan SMSD kekal 26 kes pelajar menerima rawatan pesakit luar.

sumber : sinar harian

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih