Friday, October 31, 2008

Menggamit Kenangan Lalu

Hmmm… suasana sepi di sekelilingku. Roomate ku sudah lama di buai mimpi indah.. jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Namun aku tidak dapat melelapkan mata, sengaja aku malas tido awal. Walaupun mata ini sudah agak mengantuk tetapi ku gagahi jgk untuk membuat coretan di kala orang lain sedang enak di buai mimpi. Waktu2 sebegini aku sering bermuhasabah tentang diriku… mengenang kembali saat2 yg telah berlalu yang x mungkin akan kembali lagi. Di waktu ini, aku teringat kembali zaman aku ketika masih di alam persekolahan. Indahnya waktu itu. Penuh dengan cerita suka dan duka. Pengalaman pahit dan manis. Ingat lagi masa aku form 4. Kenangan aku bersama sahabat2 ku. Kitorang seramai 7 orang semuanya. Aku, aminuddin, amiro, jamal, remie, khairul,dan stopa. Dulu kitorang selalu buat aktiviti bersama. Kami bertujuh ni juga selalu join usrah dgn ustazah hasanah. Setiap malam jumaat usrah di adakan di rumah ustazah hasanah. Kadang-kadang di adakan di kedai tempat zauj ustazah hasanah berniaga. Bukan ustazah hasanah sahaja yang bagi tazkirah kepada kami semasa usrah tetapi anak sulungnya juga selalu bagi tazkirah. Kami panggil dia abg aufa. Masa tue dia merupakan pensyarah di Jaiputra n pada masa yang sama di tgh wat master di UM Nilam Puri. Kisah kami bertujuh ni mmg byk. Teringat lagi kenapa kami bertujuh ni bersama. Semuanya kerana kami ingin menubuhkan kumpulan underground la konon utk menyampaikan dakwah ni. Kami sempat menghantar surat layang kepada seorang junior dengan tujuan untuk menegurnya. Tapi lepas tue senyap je. Lucu plak apabila teringat balik kenangan tue. Dulu kitorang rancang mcm2 untuk grup kami tue. Siap wat mesyuarat lagi malam2. Tujuannya hanya satu, untuk menyampaikan dakwah tetapi secara underground la. Tapi perjuangan kami hanya separuh jalan je. Tak tahu sebab apa boleh berhenti. Hehe… ada lagi satu kisah kami bertujuh ni. Kejadian ni merupakan salah satu ujian pada kami untuk berjuang di jalan dakwah. Kisah ni berlaku di sebuah rumah. Rumah tu kepunyaan nenek aminuddin. Kisahnya berlaku pada malam jumaat. Memang telah menjadi kebiasaan kepada kami setiap malam jumaat mesti akan tidur bersama selepas abes usrah di rumah ustazah hasanah. Jarak rumah ustazah ke rumah nenek amin tue lebih kurang 5km. Abes usrah lebih kurang pukul 12 malam. Kami semua juz naik motor je. So paham2 la, pukul 12mlm jalan di daerah kami tue mmg lenggang la, kami merempit la biasanya. Hehe.. memang sejuk la malam2 ni, kami merempit juz 40km/jam je. Hehe… bermulalah kisah kami, mase tue jam lebih kurang pukul 3 pagi, antara kami ada yg sudah nyenyak di buai mimpi dan ada lagi yang belum tidor kerana mmg tugas diorang kena berjaga pada masa tue. Kami bergilir untuk berjaga malam coz kawasan rumah tue mmg terkenal dgn kecuriaanya. Sebab tue lah kami berjaga. Pada masa itu, hanya aminuddin dan jamal yang belum tidur. Mereka berbual2 kosong. Tetiba mereka terdengar sesuatu… bunyi seperti benda jatuh. Rumah yang kami menginap tue merupakan rumah kedai 2 tingkat. Kami semua berada di tingkat atas kerana di tingkat bawah nenek sahabat ku tidur. Bermulalah satu tragedy, bunyi yang didengar oleh jamal dan amin tue merupakan bunyi motor yang di jatuhkan. Amin n jamal mula suspen. Mereka melihat ke bawah dan Nampak ada bayang2 manusia sedang cuba untuk membuka rantai di motor. Apa lagi, sebaik sahaja Nampak kelibat manusia tue, jamal menyergah makhluk Allah itu. Sementara amin mengejutkan kami yang sedang lena tidur. Pencuri motor tadi lari lintang pukang ke motor kawannya yang siap sedia menunggu berhampiran dengan rumah itu. Amin yang mempunyai semangat kelakiannya terjun dari tingkat 2 untuk mengejar 2 lelaki itu. Tetapi x berjaya. Mereka berjaya melarikan diri. Yang lucunya, ada seorang kawan aku ni, iaitu tuan empunya motor yang hendak kena curi tue. Mase mula2 amin kejutkan dia, dia buat xtau je, tp bile amin sebut motor dia yang hendak kena curi, dia bingkas bangun dan turun ke tingkat bawah. Hehe… tersenyum sendirian apabila terkenang tragedy malam itu. Selepas kejadian itu, kami semua ‘segar’ untuk menunaikan qiamullai di masjid. Ada hikmah rupanya peristiwa itu. Peristiwa akan tetap aku kenang. Pengalaman bersama sahabat2ku dalam menuntut ilmu. Sungguh aku kata bahawa ukhwah yang terjalin antara kami ketika itu sungguh erat. Ukhwah fillah. Namun, sebaik sahaja naik tingkatan 5, kami tidak seakrab dulu lagi. Masing2 sibuk dengan kerja. Satu lagi sebab ialah kerana ada antara kami yang menginap di asrama sedangkan mase kami form 4 dulu, kami semua tidak tinggal di asrama. Namun ukhwah kami tetap lagi bertaut sampaui sekarang. Setiap kali cuti semester, pasti kami akn menziarahi satu sama lain. Dan sahabat karibku sampai sekarang ialah Muhamad Aminuddin Bin Mohd Sobri. Dia seorang yang begitu baik denganku. Sahabat ketika aku susah dan juga ketika aku senang. Dia seorang sahabat sejati. Sekarang dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Aku sentiasa mendoakan kejayaanya dunia akhirat. Semoga ukhwah yang terjalin antara aku dan dia tidak akan putus sehingga akhir hayat kami. Insya’allah….

Rinduku Kembali Menerjah...

29 Oktober 2008

Pada pagi ini kehidupanku bermula seawal 5 pagi. Hatiku mengucapkan syukur yang tak terhingga apabila di kejutkan awal dari tidur. Aku menyiapkan diri untuk ke surau bagi menghadap ILAHI.. dalam perjalananku ke surau, aku tidak sia-siakan sahaja masa ku itu. Hatiku melafazkan kalimah memuji yang Esa. Terasa aman di hati. Kenikmatan yang tak dapat aku luahkan dengan kata2. Terasa begitu dekat diriku dengan Sang Pencipta. Indahnya hidup ini. Ketenangan menyelubungi diriku. Ya Allah, tetapkan hatiku ini di jalan Mu, jangan lah Engkau palingkan hati ini setelah kau berikan aku kenikmatan ini, sesungguhnya Kau Maha Pengasih.. di surau pagi itu hanya ada 3 orang pelajar termasuk aku. Syukur ya Allah, aku termasuk dalam kalangan hamba yang mengingatiMu dikala orang lain sedang enak tidur. Subhanallah.. segala puji bagiMu.

Kelas… seorang perempuan pun tidak datang ke kelas hari ini. Aku pulang ke bilik pukul 11 lebih. Di bilik, aku melayari internet. Memang sudah menjadi hobi aku melayari laman maya ini. Aku mati smentara. Hanya sejam. Aku bangkit dari tidur, menunaikan kewajipan ku kepada Sang Pencipta. Petang ini aku ada usrah bersama en. Zul. Hatiku begitu merinduinya, rinduku semata-mata hanya kerana Allah. Sudah lama aku tidak bersua muka dengannya. Hari ini dapat juga aku melepaskan rinduku padanya. Mungkin sahabat seperjuanganku juga mempunyai perasaan yang sama. Tuan Haji Zulkifli Bin Abdul Rahman. Satu nama yang begitu bermakna di hatiku dan juga sahabat2 ku. Pertemuan dengannya memberikan ketenangan di hati kami semua. Di wajahnya terpancar cahaya keimanan. Sungguh tenang. Usrah kami bermula pada jam 5.15 petang. Dimulai dengan bacaan al-Fatihah. Kemudian diteruskan dengan tilawah. Surah pada hari ini ialah surah at-tarriq. En. Zul menghuraikan sedikit sebanyak tentang isi kadungan surah ini. Di dalam surah ini, Allah telah mengetuk hati2 manusia/kafir di Mekah. Allah mengetuk hati2 mereka dengan beberapa persoalan iaitu beberapa ayat permulaan bagi surah ini dan seterusnya menjawab persoalan itu dengan ayat2 selepasnya. En. Zul juga menyatakan bahawa setiap jiwa/hati mempunyai penjaganya. Ianya berdasarkan ayat yang ke-4 dalam surah ini. En. Zul juga menggunakan kitab yang dikarang oleh ulamak terkenal iaitu Syed Qutb bagi menghuraikan isi kandungan surah ini. Selepas tilawah, kami dihidangkan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh akhi Fazli. Tazkirah yang di sampaikan beliau menyentuh tentang khusyuk dalam setiap amalan. Antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan akhi Fazli ialah bagi mendapatkan kekhusyukan, kita mestilah mempunyai ilmu, selain itu, kita mestilah diuji oleh Allah. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “dan janganlah kamu mengaku sudah beriman padahal kamu belum diuji”… selesai tazkirah, en. Zul menerangkan kepada kami tentang amal-amal yang patut kami laksanakan iaitu amal islami, amal jamaei dan juga amal fardhi. Amal-amal ini merupakan tugasan yang en. Zul minta kami lakukan setiap masa. Antaranya ialah tilawah, hafazan, qiamullai, puasa sunat, solat berjemaah. Itu adalah amal2 fardhi yang en. Zul minta kami laksanakan. Dan Alhamdulillah aku dapat menjalankan amanah yang en. Zul pertanggungjawabkan itu. Selepas menceritakan tentang perkara2 yang patut kami laksanakan, en. Zul menyentuh hati kami dengan kisah mesej yang diterimanya daripada salah seorang sahabat usrah ku pada pukul 1.45 pagi. Beliau menceritakan perasaan beliau tatkala menerima mesej itu. Semua perasaannya itu diluahkan di dalam blognya. Sungguh mendalam cinta en. Zul kepada kami anak didiknya. Tatkala membaca kembali luahannya di dalam blog, beliau hampir menitiskan air matanya.

Luahan di dalam blognya untuk kami anak didiknya:

Wahai Anak...Demi Allah SMSmu itu telah membuatkanku banyak menangis hari ini...

"Kerinduan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang rela berkorban...
Kecintaan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang penuh dengan kesungguhan
Ketaan pada Allah melahirkan jiwa yang penuh ketenangan...Semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat Allah....sama sama kita doakan supaya hati ini sentiasa dalam pengawasan Allah...salam tahajjud Akh..."2008:10:23 1:45 am.

Ya allah berilah peluang bagiku untuk menyimbah salju keimanan kedalam hati mereka (semua anak2ku di sini)…anugerakhanlah kekuatan bagiku untuk membimbing mereka menuju jalanmu yang lurus dan berilah kekuatan untuk mereka untuk mengikuti jejak langkahku...istiqamah atas jalan ini...

Kurniakanlah nikmaat memberikan seluruh cinta kepada mereka hanya keranaMu..Ikatkanlah hati hati kami semua dengan keindahan Ukhwah keranamu…ya allah sampaikanlah mereka kepada marhalah yang aku telah lewatinya dan menikmatinya:seumpama taman taman yang indah…Wahai anak2ku rasailah sapaan lembuat lagi mesra bayu syurga mengamit para ahli tahajjud dan rahmat Allah yang pasti menghiasi nalurimu…

Ya Allah ..kalaulah mereka mencintai Tahajjud biarkanlah aku yang mendahuluinya jauhhh… didepan . kalaulah mereka mencintaimu berikanlah kenikmatan bagiku untuk mencintaiMu melebihi bagaimana mereka mencintaimu dan kalau mereka mencintai jalan dakwahmu ini maka pilihlah aku sebagai penunjuk jalan bagi mereka...Gantikanlah cintaku yang hilang dengan cinta yang lebih baik…Anugerahkanlah rasa ukhwah antaraku dengan mereka didunia dan diakhirat...Ya allah.. bersaksikanlah bahawa aku mencintai mereka sepertimana aku mencintai isteri dan anak anakku...wahai tuhan yang menmbulak-balik hati hamba hambaNya.

:Ya Allah jangan kau matikan hati pengirim SMS ini diwaktu semua manusia lain kau matikan hatinya" ..

Oh Allah… begitu mendalamnya cinta seorang murabbi kepada mutarabbinya. Aku memerhati en. Zul dengan mata hatiku, sungguh! Demi Allah, aku tersentuh dengan apa yang telah diluahkannya. Hatiku turut menangis tatkala beliau meluahkan perasaaan cinta dan kasih sayangnya kepada kami. Aku berasa begitu indahnya saat bersamanya. Tak dapat aku ungkapakan dengan kata2 perasaan ku ini. Syukurnya yang teramat aku panjatkan kepadaMu Ya Allah. Ya Allah.. Engkau peliharalah ayahanda usrahku daripada godaan syaitan, berikanlah kekuatan dan ketabahan hatinya untuk terus mendidik kami, Ya Allah… Engkau sematkan di hati kami anak didiknya rasa kasih dan cinta kepadanya seperti mana kasih dan cintanya kepada kami, Ya Rahman Ya Rahim.. sesungguhnya engkau mengetahui apa yang aku rasakan terhadapnya, sesungguhnya cinta dan kasih ku kepadanya hanya kerana Ya Allah… amin…… aku begitu terharu dengan perasaan cinta dan kasih en. Zul kepada kami anak didiknya. Selepas itu, aku membentangkan tentang bab yang kedua yang terkandung dalam buku ilmu-ilmu dakwah iaitu yang membincangkan persoalan tentang rukun islam. Aku telah membentangkan tentang tauhid Uluhiyyah dan juga tauhid Rububiyyah. Selepas pembentangan, en. Zul menunjukkan kami video (air mata keinsafan) yang telah dibuatnya selepas menerima mesej pada pukul 1.45 pagi itu. Mesej 1.45 pagi yang dapat menyentuh hati sanubari en. Zul “kerinduan pada Allah melahirkan jiwa2 yang rela berkorban, kecintaan pada Allah melahirkan jiwa2 yang penuh kesungguhan, ketaatan pada Allaj melahirkan jiwa2 yang penuh ketenangan.. semoga dirimu selalu di bawah rahmah Allah.. sama2 kita doakan supaya hati ini sentiasa dalam pengawasan Allah.. salam tahajjud akh…” inilah mesej yang menyentuh hati seorang da’ei. Sungguh mendalam maksudnya. Aku juga mendapat mesej ini pada masa yang sama. Namun, jiwa seorang da’ei seperti en. Zul begitu terkesan dengan mesej ini. Subhanallah.. kami akhiri majlis ilmu itu dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.

Kuliah perubatan islam diteruskan oleh en. Zul. Ini merupakan kuliah yang kedua. Kedatangan pelajar ke surau bagi mengikuti kuliah ini semakin ramai. Alhamdulillah… pada kali ini, en. Zul mengajarkan kami ayat2 untuk ‘memagar/benteng’ diri daripada gangguan tertentu. Untuk kuliah ini, en. Zul memberikan kami 5 ayat benteng pertahanan diri, iaitu ayat muawwizat ( 3 kul ), ayat kursi ( mestilah dibaca dengan 9 wakaf) ayat 1 – 9 surah yassin, ayat berkubu dan ayat penggerak. Setiap daripada ayat2 ini mempunyai kaedah dan cara bacanya bagi memagar diri kita. Semasa aku sedang mengikuti kuliah ini, aku berasa agak rimas dengan seorang kawanku. Maybe dia akan baca blog aku ini, aku x kisah. Tapi apa yang aku harapkan semoga Allah bukakan pintu hatinya supaya melihat semua ini dari kacamata dakwah. Bukan sekadar bahan gurauan. Tidak terdetikkah di hatinya akan semua itu? Adakah semuanya yang ada di sekelilingnya adalah gurauan? Luahan seorang hamba dijadikan bahan gurauan... subhanallah, semoga Engkau campakkan ke dalam hatinya kesedaran terhadap apa yang di katakannya. Sesungguhnya lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Dengan kata2, akan membuatkan dua sahabat bermusuhan, akan membuatkan sebuah keluarga berpecah belah dan dengan lidah juga dapat membuatkan 2 buah Negara berperang. Nauzubillah… semoga Allah bukakan hati sahabatku itu. Selesai kuliah, kami menunaikan solat isyak berjemaah dan aku ikuti dengan solat sunat rawatib selepasnya. Niat di hatiku untuk bersua dengan en. Zul sebelum dia pulang, namun tidak kesampaian. Nampaknya rindu kepadanya kembali menerjah di hatiku..

Ya Allah… sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi di bawah kekuasaanMu, maka Engkau lindunglah aku dan sahabatku ini daripada gangguan dan hasutan syaitan… semoga hati2 kami tidak alpa dalam mengingatiMu…

Wednesday, October 29, 2008

Tanggungjawab Seorang Lelaki

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

v Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

v Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri,dosa anak perempuan yang belum kahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.BERATKAN?

v Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tidak baik, dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?

v Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak.Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Keistimewaan lelaki yang dianugerahkan oleh ALLAH:

v Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

v Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

v Wanita saksinya kurang berbanding lelaki

v Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki

v Wanita perlu manghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak

v Wanita wajib taat pada suaminya

v Talak terletak ditangan suami

v Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki

v Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui mana-mana pintu syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja :sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

v Seorang lelaki perlu berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabillillah tanpa perlu mengangkat senjata.Masya ALLAH sayangnya ALLAH pada wanita….

Nasihat Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghozali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al Ghozali bertanya, pertama,"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kerabatnya. Imam Ghozali menjelaskan semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "Mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
Lalu Imam Ghozali meneruskan pertanyaan yang kedua. "Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab negara Cina, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghozali menjelaskan bahwa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
Lalu Imam Ghozali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?". Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghozali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "Nafsu" (Al A'Raf 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.
Pertanyaan keempat adalah, "Apa yang paling berat di dunia ini?".Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawapan sampean benar, kata Iimam Ghozali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena ia tidak bisa memegang amanahnya.
Pertanyaan yang kelima adalah, "Apa yang paling ringan di dunia ini?".Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Sholat". Gara-gara pekerjaan kita tinggalkan sholat, gara-gara meeting kita tinggalkan sholat. Lantas pertanyaan ke enam adalah, "Apakah yang paling tajam di dunia ini?". Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Karena melalui lidah, manusia dengan gampangnya menyakiti hati dan melukaiperasaan saudaranya sendiri.

Monday, October 27, 2008

Bayu Dingin Mediterranean

BERITA jam lapan sedang ke udara. Pandangannya ditumpukan ke skrin kaca. Perhatian diberikan segenapnya. Menyorot inti utama berita. Berita yang berlegar-legar dalam skop yang itu juga. Topik yang sentiasa menjadi pertikaian. Tidak pernah berkesudahan.

Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak dengan perkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedang berlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akan natijahnya. Ucapan kedua-duanya juga diselang-selikan dengan sedutan beberapa siri sidang damai yang telah lalu, yang tidak pernah mendatangkan manfaat bagi Islam.

Melambat-lambatkan kebangkitan!

Remote-control ditekan. Televisyen padam serta merta. Tubuh yang letih disandarkan ke sofa lembut. Matanya melilau mengitari ruang tamu. Di depan ada almari. Di atasnya ada televisyen, piala, medal, bunga, dan susunan buku. Sebuah radio tua mengisi di sudut kanan. Di dinding, ada foto berbingkai. Gambar Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ziyad merenung kubah kuning keemasan yang seakan-akan maya. Lama. Tidak semena-mena rindunya terhadap Quds tanah airnya semacam melimpah.

“Jangan engkau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan Masjidku ini.”

Suara uzur bapanya menuturkan hadis itu memancing tumpuannya. Buku yang sedang dibaca segera dikatup. Ziyad menghadapi bapanya. Memandang wajah tua yang putih bersih.

“Bapa teringatkan Quds?” sapanya. Dia melihat mata lelaki itu berkaca.Syeikh Mahfodz tersenyum.

“Aku sedih. Umat Islam sekarang tak dapat melakukan apa yang disabda oleh Rasulullah SAW,” luahnya, bernada kesal.

Matanya yang agak terperosok ke dalam meneliti mashaf al-Quran yang lusuh. Menghayati maknanya barangkali. Bapanya seorang ulama. Seorang tokoh mujahid yang kehilangan tanah air dan telah dilupakan.

Ziyad terus memandang bapanya yang lumpuh. Menanti-nanti kalimat yang bakal terluah. Dia tahu; bila bapanya berkeadaan begitu, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Mungkin tentang mimpinya yang semakin gharib kebelakangan ini. Bapanya pernah bermimipi Perang Teluk akan terjadi. Dan mimpi bapanya terbukti benar.

Syeikh Mahfodz mulai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Matanya terpejam. Dia hafiz. Ziyad hanya mendengar. Surah al-Isra', ayat satu hingga lapan. Dibaca secara tartil. Sayu.

“Quds adalah kiblat asal kita sebelum diubah ke Kaabah.” Dia menutup mashaf. “Masjidil Aqsa sudah sebati dengan jiwa aku. Aku membesar di situ. Belajar di situ. Madrasah tarbiah yang telah membentuk sakhsiahku.”

Ziyad mengangguk. Dia tahu asal-usul meraka. Sejarah bapanya menentang penjajahan Yahudi. Bapanya berasal dari Rafat di Tebing Barat. Tetapi dibesarkan di pinggir Masjidil Aqsa. Sejak berhijrah ke Jordan, bapanya tidak pulang-pulang ke Palestin. Kesemua ahli keluarganya terbunuh dalam perang, kecuali dia dan adik lelakinya yang masih menetap di sana.

“Mengapa bapa? Ada yang tak kena?” Ziyad terus menyoal. Dia sedar bapanya mahu mengungkapkan sesuatu.

Syeikh Mahfodz menatap wajah anaknya dalam-dalam. Kemudian mengangkat tangannya. Ziyad merapati bapanya. Lantas memeluk lelaki itu.

“Aku mahu kau juga jadi seorang pejuang.”

Air mata bapanya membasahi bahu. Air mata seorang bekas pejuang yang tua dan lumpuh. Dia mengerti bapanya amat kesal kerana menjadi pelarian ke Jordan, sementara adiknya masih lagi berjihad. Keadaan waktu itu yang mendesak, yang memaksanya lari ke Jordan. Mereka tiada senjata untuk melawan. Sekadar membiarkan leher disembelih Yahudi tanpa sebarang ikhtiar, bukan caranya.Sebab itulah yang membawa bapanya ke sini. Biarpun telah beberapa dekad ia berlalu, namun semangat jihad itu masih seperti dulu.

Bayu padang pasir yang berhembus menggoyangkan langsir. Ziyad kembali dari imbauan lampau. Dia mengesat birai matanya yang sedikit basah. Terngiang-ngiang pesan bapanya di gegendang. Hajat bapanya yang mahu dia menjadi pejuang; menyambung sisa-sisa perjuangannya sewaktu muda dulu.

Dua minggu selepas peristiwa itu, bapanya meninggal setelah angin ahmarnya menyerang lagi. Itu empat tahun yang lalu. Sekarang dia mahasiswa tahun akhir Kuliyyah Siasah Universiti Yarmouk, Irbid. Pengajian politiknya akan berakhir musim panas ini. Tetapi, akhir-akhir ini dia sering terpanggil.Bayangan Masjidil Aqsa acapkali mengganggu tidurnya. Kerinduannya terhadap bumi berkat itu semakin membara. Mungkin perlu dia menziarahi Palestin buat kali pertama.

Thariq yang muncul dari dapur menghidupkan radio. Di tangan kanannya sepinggan humus dan falafil. Tangan kirinya menatang teko dan roti. Habibi Ya Nural Ain dendangan Amru Dhiyab sedang berkumandang. Keheningan segera terisi. Ziyad menceber. Irama arab cukup dibenci. Faudho.

“Sudah berapa kali aku kata, usah ingat dia lagi. Nawwal tak sesuai dengan kau. Dia Masihi.Pegangan kita jauh berbeza.” Thariq mengomel.

Ziyad menggeleng-geleng. Kesal dengan anggapan itu. Adiknya yang satu ini memang sering menuduhnya menggilai Nawwal – gadis Kristian yang menjadi rakan sekuliah.

“Apa kena kau ni? Aku dah lupakan dia,” tegasnya. Dia mencubit roti, lalu dicecah dengan humus sebelum disuap ke mulut. Thariq mencapai majalah Al-Mujtama'. Menatap sekali imbas ilustrasi muka depan. Kemudian menyelak helaian demi helaian.

“Aku nak ke Quds cuti musim bunga ini.”

Thariq masih leka membaca. Telinganya gagal menangkap jelas apa yang dituturkan. Ditambah suara Amru Dhiyab yang lantang.

“Aku akan ke Quds sebelum semester musim panas ini,” luah Ziyad sekali lagi.

“Kau gila?” Mata Thariq terbeliak. “Engkau tu tinggal satu semester lagi. Ingat sikit, sejak Netanyahu berkuasa, semangat anti-Arab semakin berleluasa. Semua pelawat dari Jordan disyaki pengintip.” Al-Mujtama' dicampak ke tepi. Dia tidak

setuju dengan keinginan abangnya. Niat itu suci, tetapi agak gila.

Ziyad tersenyum polos.

“Adik, barangkali kau dah lupa pesan bapa. Lagipun, Pakcik Ma'mun ada di sana. Mereka juga keluarga kita kan.”

“Aku tau. Tapi kenapa kau terburu-buru? Kau ada satu semester saja lagi. Ibu tentu tak setuju. Nahas kalau terjadi apa-apa.” Thariq memandang tepat wajah abangnya. Meminta penjelasan.

Ziyad geleng. Hatinya sudah bulat untuk ke Baitul Maqdis awal Jun nanti. Sudah lama dia memikirkan keinginannya yang satu ini. Semangatnya untuk menyaksikan sendiri intifadhah muslimin Palestin meluap-luap. Kalau ibunya tidak setuju, tahulah dia bagaimana mahu memujuk. Jus limau yang masih berbaki diteguknya sekali.

“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan,” selanya seraya bingkas dan melangkah ke kamar.

Thariq terkasima. Memandang roti, humus,dan falafil yang terbiar. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang didengar.

* * *

Makcik Sarah menghidangkan sepiring kinafah yang telah dipotong. Bibirnya dari tadi sentiasa mengukir senyum. Gembira dengan kedatangan anak saudaranya. Pakcik Ma'mun menghirup teh yang masih berasap. Aroma herbanya menusuk hidung. Sementara Ziyad mengeluarkan buah tangan yang dibawanya dari Jordan. Kiriman ibu.

Jordan masih macam dulu, pakcik,” selanya. Hadiah bertukar tangan.

Makcik Sarah yang peramah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Ziyad senyum. Hatinya terharu, selebihnya bersyukur. Dia sendiri tidak menyangka akan berada di rumah bapa saudaranya. Setelah berjam-jam bersoal jawab di kedutaan, bahkan disoal siasat hampir sehari suntuk di sempadan, dia akhirnya beroleh visa. Bebas untuk menginjaki tanah airnya. Tidak ramai rakyat Jordan yang beruntung dapat masuk ke Palestin.

“Lama betul pakcik tak ke sana, sejak kematian arwah bapa kau. Cuma, selalu juga ikut perkembangan di televisyen.”

“Sama saja, pakcik. Baik di Jordan, Lebanon, mahupun Palestin. Nasib kita orang Islam tak pernah berubah. Ditindas, ditekan di mana-mana.”

Siaran televisyen Israel 2 ketika itu sedang menyiarkan pertemuan Raja

Hussein Jordan dengan Bill Clinton di Rumah Putih. Ziyad mencemik. Meluat dengan lakonan Barat. Sandiwara mereka tidak pernah tamat. Macam-macam muslihat yang dibuat.

“Tengok tu. Sidang damai tak pernah putus. Tapi, semuanya membuang masa. Membuang duit.” Ada nada kesal dalam suara Ziyad. “Begitulah pemimpin kita … kalau sudah dicucuk hidung.”

Pakcik Ma'mun mengangguk. Segalanya sudah termaklum. Pemimpin Arab

tidak pernah mahu bersatu. Saling bertelagah. Terlalu mengikut telunjuk Barat. Sedangkan kezaliman Yahudi kian bermaharajalela. Rakyat jugalah yang menjadi mangsa. Seinci demi seinci bumi mereka dirampas.

“Pakcik dah tak mampu nak aktif macam dulu. Selalu sangat uzur. Tak daya lagi nak berintifadhah. Cuma tinggal Munzir saja harapan kami.”

“Emm … hampir terlupa saya. Ke mana dia?” Ingatannya cuba membayangkan sepupunya itu. Sudah empat tahun tidak bertemu. Kali terakhir ketika kematian bapanya. Mereka hampir sebaya. Pelajar Universiti Hebron itu barangkali sudah bekerja.

“Dia keluar sejak pagi.” Pandangan Pakcik Ma'mun tertancap pada jam di dinding.

“Selalunya dia dah pulang waktu begini.”

Ziyad menjamah kinafah buatan Nablus yang terbiar sejak tadi. Cukup manis. Sekali-sekala matanya terpandang kelibat Sandora sepupunya yang berulang-alik ke dapur. Gadis itu cukup menjaga aurat dan pergaulannya. Gadis-gadis arab memang terpelihara. Tidak sewenang-wenang bercampur dengan lelaki ajnabi.

Seketika, loceng berbunyi. Seorang lelaki muncul di pintu. Munzir yang baru pulang masuk ke ruang tamu. Terkejut campur gembira melihat kehadiran sepupunya. Ziyad bingkas. Mereka segera bersalaman, berpelukan. Dan akhirnya sama-sama duduk di kusyen lusuh.

“Ke mana kau tadi?” tanya bapanya.

“Bayt Lehem. Ada pertemuan dengan pelajar. Dengar cerita, lusa ada rapat umum di Hebron. Netanyahu dan pimpinan tertinggi Likud akan melawat penempatan Yahudi di sana.”

Ziyad sekadar mendengar. Di hatinya terbetik rasa tidak sabar. Dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dari keluarga ini. Malah, dia mahu merasai sendiri derita Palestin yang sekadar didengar sekian lama.

“Kau terlibat?” Dia memandang Munzir. Lelaki yang melilit serban merah di leher itu memang bercirikan seorang mujahid. Dengan tarbus merah di kepala; mirip Hassan al-Banna. Tampak berani dan cekal.

Angguk. “20 ribu penduduk asal Muslim diusir. 400 pendatang haram Yahudi dari Amerika akan membuka penempatan baru di sana. Kami akan berdemonstrasi.”

* * *

Selesai solat zuhur di Masjidil Aqsa, mereka meneruskan perjalanan ke Hebron kira-kira 60 kilometer ke selatan Quds. Munzir di sebelahnya sentiasa berzikir. Dua lagi rakan Munzir yang berada di depan hanya menyepi. Ziyad banyak membuang pandangannya ke luar. Tembok Baitul Maqdis semakin ditinggalkan di belakang. Di kiri kanan jalan, poster Netanyahu begitu banyak tertampal di sana sini. Beberapa slogan Yahudi juga turut terpampang sekali.

‘Tidak bermakna Israel tanpa Quds, tidak bermakna Quds tanpa Haikal'.

Propaganda Yahudi itu menjengah ruang mata. Sempat dia membaca tulisan besar di tepi jalan yang ditulis dalam bahasa Arab. Tadi, semasa tiba di Masjidil Aqsa, dia ingin melihat sendiri pembinaan terowong Haikal Sulaiman yang digembar-gemburkan. Tetapi, Munzir melarang. Telah ramai yang tidak pulang katanya bila mendekati kawasan itu. Hati Ziyad berasa amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah sejak dahulu. Tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran.

Mereka melewati Bayt Lehem sebelum terus ke selatan. Ziyad teringat cerita bapanya. Saudara-maranya begitu ramai tinggal di bandar tempat kelahiran Nabi Isa AS ini. Itu dulu. Tetapi sejurus terjadinya Perang Arab-Israel pada 1967, ramai yang maut. Ada juga yang menjadi pelarian ke Lebanon.

“Sebelum sampai di sana, perbetulkanlah niat kita. Sekiranya kita ditakdirkan mati, biarlah sebagai syahid.” Munzir yang tadinya ralit berzikir menuturkannya. Mulutnya masih terkumat-kamit. Di wajahnya tiada sebarang kegentaran. Tenang. Ziyad mulai menghitung-hitung dirinya. Mentajdid niatnya kembali. Tidak pernah dia bermimpi akan berada di sini. Merasai detik-detik perjuangan. Alangkah baiknya, jika Thariq turut ada bersama. Kendatipun dia bersyukur, adiknya sanggup menjaga ibu dan keluarga sepemergiannya.

Perjalanan tidak terasa terlalu lama. Masing-masing asyik dalam zikir. Sepuluh minit, dua puluh minit. Sebentar kemudian mereka tiba di sebuah bandar. Di sebuah papan tanda tertera perkataan ‘Al-Khalil', atau Hebron dalam bahasa Ibrani. Ziyad memandang sepupunya.

“Rapat umum itu bermula pukul berapa?”

“Dua.” Munzir menjawab sepatah. Bibirnya sentiasa basah. Zikirnya semakin deras.

Ziyad mengelih jam. 1:45 petang. Kereta terus bergerak. Satu kilometer

kemudian kereta berhenti. Di luar, ratusan anak muda sudah menanti. Lengkap bersepanduk. Rata-ratanya menutup muka dengan kain serban; mengelak dicam pihak berkuasa. Laungan takbir berbaur suara manusia menjadikan suasana agak bingit.

Ziyad sekadar melihat. Suasana begini terlalu asing baginya. Dia menuruti sahaja langkah Munzir. Lelaki bertarbus itu begitu sibuk. Bergegas ke sana ke mari. Bagai seorang ketua, setiap katanya akan dipatuhi. Dia begitu dihormati. Munzir mencapai pembesar suara. Kemudiannya, berucap seketika. Sejurus itu, mereka mula berarak perlahan-lahan menuju ke pusat bandar. Gema takbir terus kedengaran. Mereka mahu berdemonstrasi secara aman. Tatkala itu, matahari bersinar terik. Langit bersih membiru. Tiada sedikit pun awan yang berarak. Angin gurun yang bertiup dari tenggara sesekali mencium pipi. Panas.

Ziyad terkejut apabila bahunya dicuit orang. Munzir yang tadi berada di barisan paling depan sudah berada di sebelahnya. Mereka kini berada di tengah-tengah perarakan. Beberapa orang kanak-kanak masih lagi sempat berkejaran di celah-celah ratusan manusia.

“Aku harap kau mendapat pengalaman yang paling berguna. Inilah perjuangan kami,” tutur Munzir. Suaranya masih dapat didengar sekalipun takbir kian kuat. Dia menyarung topeng kain ke muka. Tidak lagi bertarbus. Yang nampak, hanya dua biji matanya.

“Aku tak pernah bermimpi bersama-sama kalian.” Ziyad melilit serbannya ke paras hidung.

“Munzir, kau yang merancang semua ini?”

Lelaki itu mengangguk. Ziyad tidak terkejut. Dari tadi dia sudah menjangka, lelaki inilah yang memimpin golongan pelajar dan belia. Pengatur setiap ucapan, rusuhan, dan tunjuk perasaan selama ini. Dia berasa dirinya terlalu kecil. Mereka berdua hampir sebaya. Tetapi sepupunya nyata jauh lebih matang. Malah, sudah bergelar seorang pejuang!

“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting, kerana Allah,” bisik Munzir di telinganya sambil menguntum senyum.

Mereka semakin hampir dengan pusat bandar. Ziyad cuba-cuba menyusup ke barisan hadapan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tembakan. Perarakan terbantut. Orang ramai mulai kelam-kabut. Masing-masing cuba menyelamatkan diri. Ledakan rifel bersimpang siur. Beberapa kedai di sekitar itu dihujani peluru sesat. Nun di depan, berderet-deret trak askar sedang menuju ke arah mereka.

Munzir segera menarik tangannya. Mereka berundur ke belakang. Berlindung di balik tembok sebuah kedai. Bom gas pemedih mata yang ditembak dari jauh bersepah di jalan. Askar-askar rejim Zionis semakin dekat. Beberapa orang pelajar yang tidak sempat melarikan diri ada yang rebah. Masing-masing panik. Tidak menyangka perarakan akan disekat sebegini cepat. Biasanya askar-askar Israel akan bertindak bila rakyat memberontak.

Namun para pelajar yang tadinya bertempiaran cuba bertindak balas. Mereka melastik dan membaling batu. Beberapa pelajar yang rebah mula menjadi mangsa. Dipukul tanpa belas kasihan. Beberapa orang lagi yang gagal melarikan diri diheret masuk ke trak. Munzir sempat mengarahkan beberapa orang melempar bom asap. Setidak-tidaknya akan mengabui lawan; membolehkan mereka melepaskan diri. Tanpa dijangka, beberapa jip muncul dari arah belakang. Masing-masing sudah kehilangan arah. Suasana menjadi semakin kalut. Mereka terkepung!

Munzir menjerit mengarahkan mereka supaya menyelamatkan diri. Dia gusar semakin ramai yang akan ditahan pihak berkuasa. Buruk padahnya. Mereka terus bertempiaran. Menerobos lorong-lorong di sekitar itu. Letusan senjata api di mana-mana. Jeritan dan tempikan mula kedengaran. Ada pelajar yang telah kena tembak. Ramai juga yang cedera.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ziyad mengikuti derap sepupunya. Mereka berlari sekuat hati. Nahas jika tertangkap. Ada jip askar yang mengikuti di belakang.

“Kita kena khianat. Celaka. Ada orang bocorkan rahsia!” Munzir menyumpah-nyumpah. Langsung tidak menyangka rancangannya memprotes pengusiran penduduk asal Arab dikesan lebih awal. Tentu ada yang jadi tali barut. Wajahnya membersut geram.

Mereka terus berlari. Ziyad mulai termengah-mengah. Lariannya tidak sederas tadi. Masing-masing kehilangan nafas. Tidak semena-mena, Munzir rebah. Mata Ziyad terbelalak melihat bahu sepupunya ditembusi peluru. Darah panas memancut-mancut keluar. Dia memangku Munzir.

“Lari!” Suruh Munzir, lirih. Tubuhnya semakin lemah.

Ziyad menggeleng. Tidak tergamak meninggalkan Munzir keseorangan nazak di situ. Dia cuba memapah sepupunya. Namun apabila dia bangkit, beberapa orang lelaki bersenjata api sudah berada di sekelilingnya.

* * *

Irbid macam biasa. Malam kelam. Bulan agak terlindung. Namun tiada tanda-tanda hujan akan turun. Musim panas baru hendak bermula. Thariq berdiri di jendela kamarnya. Pandangannya dibuang ke luar. Telinganya menangkap suara pembaca berita stesen radio di Amman. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dilaporkan akan menemui Benjamin Netanyahu di Tel Aviv untuk membincangkan proses damai di Timur Tengah. Thariq tidak berminat untuk terus mendengar. Semua itu pembohongan semata. Sidang damai tidak pernah menguntungkan Islam. Israel dan Amerika Syarikat sama sahaja. Cuma mereka yang masih tidak sedar.

Thariq mematikan radio. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Sejak tadi, dia tidak keruan. Surat yang baru diterima dari Sandora hampir renyuk di tangan. Berita yang cukup menyedihkan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu ibunya. Atmanya sendiri hampir tidak terkawal. Sukar untuk menerima kenyataan.

Bayu dingin dari Mediterranean terus berpuput. Sejuk. Thariq merapatkan jendela. Detik itu, sebak mula menggempur di dada. Hatinya bagaikan merusuh dan meronta-ronta. Turut sama terasa derita Palestin yang kehilangan tanah airnya. Sedang dia pula baru kehilangan saudaranya. Nasib mereka barangkali memang telah ditakdirkan; serupa.

Apakah Erti Cinta Dalam Islam?

Hmm...terus terang la ana ckp, kadang2 ada part2 dalam tulisan ni yg betul-betul..toingg!!..cam terkene batang hidung sendiri...:( yerla..ana pun manusia biasa...mungkin masa silam ana pun penuh kekurangan....apepun, artikel ni ana penah dapat dari naqibah ana suatu masa dulu.. hehe.. saper lagi... tak tau la dia bg tak xpose isu ni.. tapi takpela akak yer... utk renungan bersama... ana terjumpa mende yg sama ni dari site nur ihsan... hmm.. memang la kalau diikutkan, ia semacam terlalu diberatkan sehingga ada yg mempertikaikan salah ker nk bercinta?? persoalan yg ana rasa ana bukan lah pakar tentangnya... tapi memang ada caranya... kerana Allah memang menyuruh manusia hidup berkasih sayang... dan itulah fitrah yg dihidupkan dalam jiwa manusia..tapi bagaimana caranya??

mungkin memilih jalan yang halal itu adalah yg terbaik..iaitu menghalalkan rindu, romantik, dan lafaz cinta kasih itu dalam perkahwinan selepas aqad yg sah..mudah-mudahan keredhaan Allah itu seiring bersama cinta yg disuburkan... insyaAllah...

**Maaf kalau kelihatan agak keras penerangannya...lagipun memang nilah salah satu metod dakwah.. .jelas dan terang!!baru mudah faham...yer dakk??

ROMANTIK, CARING, SENTIMENTAL VALUE, SEHATI SEJIWA, FANTASTIC...SEMUANYA HANYALAH PLASTIK !

Melibatkan diri dalam perhubungan erat yakni dunia percintaan yang lebih ke arah nilai - nilai di atas semuanya adalah retorik atau tiada pengertian cinta hakiki sebenarnya. Cinta di atas lebih ke arah kepada rangsangan nafsu yang di salah erti kerana perhubungan persahabatan yang rapat dan terbuai oleh dodoian perasaan. Sebab hakikat percintaan yang di benarkan oleh Islam ialah asas daya tarikan kepada kewarakan seseorang yang menjadi tarikan kepada cinta bersyariatkan islam. Kebanyakan persahabatan yang lebih bermotifkan memikat sememangnya lebih ke arah sentimental value yakni lebih kepada pemberian hadiah tidak kira apa jua barangnya...jika tidak berminat, masakan nak mengorbankan wang kepada seseorang ....romantik pada dasarnya adalah bukan satu prinsip di dalam islam ....bagaimanakah akan wujudnya hubungan romantik sekiranya mereka tidak berhubungan atas alasan kalau hanyalah melalui asas pendekatan Islam.??

Cinta di dalam Islam sebenarnya tiada hubungan romantik atau caring atas alasan jika benar benar pencinta pencinta yang memahami corak Islam lebih ke arah menulis peringatan peringatan Allah yang senantiasa takutkan kemurkaan Allah di dalam konteks cara perhubungan walaupun mungkin tidak pernah berdating.... Malah orang yang bercinta di dalam bentuk syariat Islam takut untuk berhubungan secara menulis.......kerana was-was dengan keupayaan menahan bentuk luahan hati yang akan menimbulkan zina hati. Malah orang yang benar-benar beriman takut untuk berhubungan melalui telefon atau kaedah bercakap yang penuh lemah lembut dalam bentuk hubungan lain seperti chat kerana biasanya kekerapan hubungan percakapan lebih kearah tidak tertapis dan bisa menggoda keimanan dengan rasa rindu dengan suara dan gurauan sehingga akhirnya membuat tautan rasa cinta asmara dana bermula kecuali bagi mereka yang benar-benar tidak ada masalah hati..itu pun boleh menjadi satu bentuk perhubungan awalan jika tidak di sekat.

Semakin kerap berhubung akan menjadikan semakin rapat perhubungan dan akhirnya tanpa mengimbangkan kewarasan akal dan lebih mementingkan perasaan dan nafsu akhirnya menjerumus kepada kefahaman itulah cinta yang sebenarnya. Kerana atas dasar apa ???... rasa rindu yang amat sangat............ sedangkan hakikat rindu yang sebenar ialah rindukan Allah... orang yang beriman dapat menangkis ketahanan rindu apabila asas cinta benar benar berlandaskan iman.

Bukankah di dalam Islam sendiri sudah menggaris pandu corak meminang wanita.... tetapi anak-anak muda dewasa ini lebih suka kepada bercinta dan mencari cinta...... dan mencari masalah di dalam konteks perhubungan cinta dan akhirnya terjebak di dalam lautan cinta yang memabukkan. Cinta berasaskan Islam ialah cintakan kebaikan, keimanan dan keutuhan pendirian kerana ia adalah asas kepada tiang pengukuhan iman di hari depan. Malah cinta di dalam Islam lebih ke arah rasa hormat, malu dengan kewarakan responden kerana itu lah cinta hakiki yang tidak boleh di jual beli. Malah malu untuk berkata-kata di sebalik kata-kata yang tidak sepatutnya.

Apabila individu itu benar benar mencintai seseorang itu atas sifat-sifat di dalam diri respondennya..... ia lebih ke arah sifat mengkagumi untuk memilikinya tanpa syak dan was-was akan kebaikan, keimanannya dan keutuhan pendirian responden. Jika ia benar-benar memahami konteks iman didalam percintaan yang terbina di dalam dirinya, daya tarikan ke arah cabaran cabaran cinta luaran murahan yang mendatang tidak bisa menembusinya. Maka tidak ada dua, tiga atau ke empat sikap jatuh cinta di dalam satu masa.

Malah masalah samada sayang ke, samada tidak sayang ke...... tidak timbul ... kerana asas cinta sebenar ialah keupayaan untuk sama-sama menggembeling meningkatkan iman andaikata terbina ikatan yang di akhiri ukhwah di dalam percintaan iaitu ikatan rumahtangga. Cinta berasaskan Islam dan syariat lebih ke arah memupuk ukhwah
islamiyah di dalam pemantapan jasmani dan rohani. Itulah cinta yang sebenar di dalam Islam....bukan seperti sebahagian dari anak-anak muda yang tidak memahami konteks percintaan hakiki yang mana terlalu mudah jatuh cinta dengan hanya sekali pandang, dan juga dengan hanya tautan kata -kata.

Sememangnya tidak di nafikan kuasa cinta benar-benar dapat menguasai respondennya. Ada yang berubah sikap dengan rangsangan cinta.... contoh ada yang semakin beriman, semakin baik dan semakin terdidik kerana nasihat dan peringatan oleh orang yang di cintainya. Tetapi adakah rangsangan itu akan terus berkekalan andaikata cinta berpaling arah atau tidak menjadi. Inilah yang di bimbangi kerana rangsangan cinta murahan hanya satu kepura - puraan yang tidak berkekalan atas asas tujuan untuk memikat hati. Ada yang jadi baik.. bercakap yang baik baik di depan orang yang di cintainya.... almaklumlah yang di cintai itu seorang yang beriman.... tetapi bila bercakap dengan kawan kawan lain mulalah membebel entah apa-apa kerana asas malu tiada.

Sebab itu di dalam konteks perhubungan cinta sesama Islam... jika ingin memulakan ikatan cinta itu.... hendaklah berasaskan cinta yang penuh didikan iman. Perhatikan muamalat responden agar tidak tersalah jatuh di dalam jerat percintaan yang tidak patut.... sebab ia lebih ke arah mengheret masalah baru.... mungkin akan menjatuhkan ke lembah hina seperti yang terjadi di dalam kes Nur Aisyah Bukhari... semuanya bermula dari kesilapan Nur Aisyah sendiri yakni tidak memerhati, memikir baik baik dan memutuskan apa yang di cintainya itu layak atau tidak untuk di cintai. Sungguhpun di katakan Nur Aisyah sudah terdidik sebelum ini... tetapi iman yang sebenarnya ialah dari asas pendekatan dirinya sendiri... Ilmu yang di pelajarinya sekiranya tidak di amalkan akan menjadi perosak di dalam dirinya maka itulah yang berlaku di dalam diri Nur Aisyah.

Begitu juga dengan anak-anak muda kita, bilamana seorang pemuda menyampaikan hasrat cintanya.... jangan mudah terusik hati... perhati kan agamanya, kebaikannya......dan segalanya sejak dia belum mengenali kita..maksud sifat asalnya dan muamalat asalnya.... kerana jika kita mudah membenarkan hati di lalui ... ia hanya akan membuka peluang kepada ke arah ketidak fahaman konsep cinta berasaskan islam.... Biarlah di katakan diri kita ego... ego untuk kebaikan yakni menjaga diri untuk mengimbangi antara kewarasan akal dan iman yang akan menjadi benteng dan senjata melumpuhkan pihak lawan...benarkah begitu...sebab bagi perempuan mahupun lelaki yang beriman mempunyai sifat-sifat yang konkrit di dalam pendirian mahupun akhlak... bukankah akhlak yang cantik terbina dari didikan hati naruni iman yang cantik?

Bagi yang memahami dan mengerti apa itu iman, dia tidak ragu-ragu untuk terus memiliki perempuan itu dengan jalan terbaik iaitu apa???.. tentulah sekali dengan meminang wanita ini.... sebab wanita ini bukan calang-calang imannya... tentulah terfikir di hati mereka...... "Akulah yang paling bertuah andaikata aku berupaya memiliki wanita yang paling payah untuk di kuasai,. kerana apabila di berinya cintanya pada aku...akulah orang yang paling agung dan terhormat di atas pemberiannya itu dengan cara yang di izin dan di halalkan oleh Islam dan Allah"

Jadi kata-kata bidalan .... Berkawan biar beribu bercinta biar satu... tidak begitu tepat di dalam konteks Islam dan patut di tambah... bercinta biarlah untuk teman di akhirat yang dihalalkan oleh Islam bersebabkan faktor-faktor semua panahan cinta di atas konsep berkawan adalah tidak tepat dan bercanggah di dalam konteks perhubungan di dalam Islam sebab kerana ia hanya boleh menjatuhkan ke arah perhubungan dalam suasana fitnah.

Akhir kalam, hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikamnya yakni hanya orang orang yang beriman akan menghargai dan mengagungi keimanan orang yang patut di cintainya kerana hanya orang yang baik-baik sahaja yang inginkan sesuatu yang baik.... di situ sudah menampakkan penilaiannya....... dimana jodoh yang baik adalah untuk orang yang baik..dan begitu lah sebaliknya. Kerana orang yang tidak baik tidak menyanggupi untuk hidup bersama dengan orang yang baik kecuali dalam dirinya itu adalah mempunyai zat yang baik juga.


Berkata Imam Nawawi:

"Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dlm dirimu, hilanglah cintaku padamu"

DisakitkanNya kita sekejap tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya, disusahkan sedikit agar insaf, namun segera disenangkan semula. Itulah belaianNya. Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,namun tidak lama kerana kasihNya. Dipohon-pohon kepadaNya, untuk meminta itu dan ini,Tuhan amat melayani hambaNya, tapi si hamba tidak peduli langsung!

Sunday, October 26, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...

Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda. Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia. Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya di bawah takdir Allah yang Maha Kuasa. Bak kata pepatah `menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'. Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa, Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah...

Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu diceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...

"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia Seruan Nabi tidak diterima
Nabi diejek dan Nabi dihina
Baginda tidak berputus asa
Walau dicaci walau dihina
Akhirnya Nabi merasa hampa
Umatnya masih menderhaka
Lalu dia pergi membawa hati Ke tepi pantai seorang diri
Kapal pedagang Baginda menumpang
Membawa diri ke rantau orang
Malangnya laut bergelombang
Hampir karam ditengah lautan
Bila diundi Nabi merelakan
Terjun ke laut penuh bergelora
Baginda ditelan ke perut Ikan Nun
Gelap gelita tidak terkira
Sedarlah baginda akan silapnya
Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa
Menangislah Nabi penuh duka
Memohon Ampun dari Tuhannya
"

Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri, jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi, tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah di kala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.
Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah dihati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabar gembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:
"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikan risalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahu mengambil jalan kepada Tuhannya"

(Al-Furqan:56-57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa':87)

Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidup bersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat di kala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...

Ya Allah Aku Mahu Berubah

YA ALLAH..
SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU..
DENGAN PENGLIHATAN…
AKU DAPAT MELIHAT SEGALA KEKUASAAN-MU…
MENGAGUMI SEGALA KEBESARAN-MU…

NAMUN..
DENGANNYA JUALAH…
AKU MELAKUKAN KEMUNGKARAN PADA-MU..
MENJERUMUSKAN DIRIKU KE LEMBAH DOSA..
MELIHAT PADA YANG TAK SEPATUTNYA...
MEMBUATKAN DIRI INI ALPA SAAT HIDAYAH-MU TIBA..


SEKETIKA KU TERSEDAR…
MUNGKIN BELUM TERLAMBAT…
UNTUKKU PAHATKAN DALAM DIRI…
BAHAWA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU ANGKUH DI BUMI-MU…
ALHAMDULILLAH…
HIDAYAH-MU MEMATAHKAN KEANGKUHANKU..
MEMBANGUNKAN SIFAT MALU…
YANG SELAMA INI TERSOROK DALAM DIRI..

KU TUNDUKKAN PANDANGANKU…
YANG SELAMA INI MELIAR...
KU TIMBULKAN KEKELIRUAN..
PADA TEMAN-TEMAN..
KU TEMPIS SEGALA TEGURAN SINIS..
KU TEKADKAN DALAM KALBUKU...
BAHAWA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
JIKA DULU AKU LALAI DALAM
MENUNAIKAN HAK-MU...
TERLEKA DENGAN DUNIAWI…
TERKADANG KU ABAIKAN UKHRAWI…

SUBHANALLAH…
SESUNGGUHNYA KEKUASAAN-MU YANG PALING AGUNG...
KAU SEDARKANKU DI SAAT AKU HANYUT… MASIH TAK TERLAMBAT…
UNTUK SUATU PERUBAHAN…

KU AKUR PADA KEKUASAAN-MU…
LANTAS…
KU LAUNGKAN DALAM HATIKU…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

YA ALLAH…
KU POHON HIDAYAH-MU…
DUHAI AYAHANDA & BONDA, SAHABAT-SAHABAT SERTA TEMAN-TEMAN…
BANTULAH DAKU… BIMBINGLAH DAKU…
DALAM MENCARI… CINTA YANG PALING AGUNG..
CINTA YANG ESA…
SESUNGGUHNYA…
AKU MAHU BERUBAH…!!!

Saturday, October 25, 2008

Monolog Diriku…

Allahukhbar… Subhanallah… Alhamdulillah….

Hanya kalimah zikir ini yang dapat membuatkan hatiku menjadi begitu tenang di kala aku kedukaan. Sehari dua ini aku berasa begitu nikmatnya hidup ini. Terasa begitu indah berukhwah dengan sahabat2 seperjuanganku. Beberapa hari ini juga aku dan sahabat2ku di uji oleh Sang Pencipta. Seorang sahabat ku mengalami ‘gangguan’ ataupun sedikit tertekan disebabkan oleh beberapa perkara yang aku sendiri kurang pasti. Aku begitu kesian dengan apa yang telah berlaku ke atas dirinya. Mungkin ini hidayah yang Allah ingin berikan kepadanya namun akalnya tidak dapat menerimanya dengan tenang dan menyebabkan fikirannya terganggu. Pagi itu, aku menyiapkan diri untuk ke surau bagi menunaikan solat subuh berjemaah, tiba2 aku terdengar suara laungan yang kuat yang menyebut ALLAHUKHBAR…. Setibanya aku di surau, aku melihat beberapa orang kawanku sedang berbual2 tentang kejadian yang menimpa kawan kami. Tanpa membuang masa, aku terus menunaikan solat subuh bersebelahan dengan kawanku yang di uji oleh Allah itu. Bacaan dalam solatnya begitu kuat, suaranya menunjukkan bahawa dia berada dalam ketakutan.. oh Allah… dugaan apakah ini yang telah kau berikan kepada sahabatku ini… selesai solat, aku dan sahabatku yang lain memandangnya… ada riak ketakutan yang tergambar di wajahnya.. aku bersama 2 orang lagi sahabatku memperkatakan apa yang telah menimpanya… ujian Allah… itulah yang hati kecilku berbicara.. dan ini mungkin salah satu ujian yang Allah berikan kepada ku dan juga sahabatku yang ingin mempelajari ilmu perubatan islam. Aku melangkah pulang ke bilik. Dalam langkahku itu, aku memuji Yang Esa. Bersyukur. Sebelum naik ke bilik aku, aku pergi melawat ke bilik kawanku. Aku melihat senior2 dan juga kawanku yang lain turut berada di biliknya. Hatiku begitu geram apabila melihat dia diketawakan oleh beberapa orang senior dan kawanku yang lain. Tidakkah terdetik di hati mereka perasaan kesian terhadap ujian yang menimpa kawanku itu. Mereka mengejek dia. Memperli. Hati kecilku begitu kesian kepadanya. Oh Allah.. tabahkanlah hatinya menerima ujianMU ini… Engkau bukakanlah hati mereka2 yang mengejeknya itu supaya sedar apa yang ingin kau tunjukkan. Walau dalam percakapan kawanku itu ada yang tidak betul, tetapi ada juga yang betul. Dia semacam dapat membaca hati kami semua. Maha Suci Allah yang menjadikan apa yang ada di langit dan di bumi…. Aku menginsafi diriku sendirian.. apa yang telah kawanku cakap tentangku semasa aku berada di sisinya itu memang betul.. inilah petunjuk yang telah Allah berikan kepadaku agar tetap berada di jalanNYA.. subhanallah…

Hatiku begitu tenang berada di jalanMu dakwah Mu ya Allah… Engkau tetapkanlah hatiku dan hati2 sahabatku agar terus menegakkan syiar Islam ini. Kenikmatan dan ketenangan yang aku rasakan ketika bersama dengan en. Zul rupanya bukan aku seorang sahaja yang dapat merasainya tetapi juga sahabat2 seperjuangan ku. Memang tidak dapat diungkapkan dengan kata2 perasaanku ketika bersamanya. Terasa begitu indahnya ukhwah ini. Nikmat!!! Maha Suci Allah… hanya engkau yang mengetahui hati2 kami apabila berjuang di jalan dakwah ini. Semasa aku mendengar sahabatku mengatakan dia berasa begitu tenang dan selesa semasa bersama dengan en. Zul, hati kecilku bermonolog, mungkin apa yang dirasainya itu sama seperti yang dapat aku rasakan selama ini. Oh Allah.. Indahnya ukhwah keranaMu Allah.. inilah dia kemanisan iman.. perasaan cinta dan kasih sayang kami semata-mata hanya kerana MU OH TUHAN… indahnya… aku berasa masa begitu lama untuk bersua kembali dengan en. Zul. Terasa begitu rindu kepadanya… memang en. Zul sungguh istimewa di hati ku dan sahabatku yang lain anak didik usrahnya…

Monday, October 20, 2008

Uzlah Ku

19 Oktober 2008

Kehidupan ku hari ini bermula seperti kebiasaannya. Namun terasa sedikit berdosa dengan beberapa kekhilafan yang telah aku lakukan. Aku menyesal di atas kekhilafan ku itu. Hari ini, aku pergi ke kelas seperti biasa. Namun, seorang pensyarah pun x masuk ke kelas aku. Inilah IPG. Pensyarahnya sentiasa sibuk dan jarang masuk kelas. Kerja2 lain bertimbun menyebabkan kami bakal pendidik terkontang kanting di dalam kelas. Aku mengisi masa lapangku dengan beberapa aktiviti bersama kawan2ku yang lain di dalam kelas. Aku balik mcm kebiasaanya. Awal. Walaupun jadual waktu kelas belum tamat, namun aku bersama-sama kawanku sudah sampai ke bilik, hehehe… ini lah kehidupan di IPG. Sudah menjadi kebiasaan kami semua. Sampai sahaja di bilik, aku terus merebahkan jasadku di atas tilam empuk. Terasa nikmatnya. Waktu menunjukkan baru pukul 12. 00 tengahari. Aku mengambil peluang untuk tidur sekejap. Kerana tidur sekejap sebelum zohor adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan sunnah ini. Aku bangkit dari tidur selepas 2 jam. Agak lama aku tidur. Tanpa melengahkan masa, aku menunaikan apa yang wajib bagi aku, iaitu solat zohor. Seusai solat, aku membuka laptop kesayanganku untuk membuat beberapa perkara seperti melayari internet untuk tujuan membuka blog ku ini dan juga membuka frenster ku. Petang ini aku ada usrah bersama ayahanda usrahku di kelas sains.

Seusai solat asar, aku bergegas pergi ke bangunan akademik untuk menghadiri usrah. Namun, aku singgah di surau sekejap kerana ayahanda ku baru selesai menunaikan solat asar di surau. Selepas beliau selesai menunaikan solat asar, aku bersama beberapa orang sahabat seperjuangan meneruskan perjalanan dakwah kami ke kelas sains. Di dalam kelas sains, kami menunggu beberapa minit sebelum en. Zul datang. Majlis kami dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah. Selesai membaca al-fatihah, kami semua membaca tilawah, surah al-buruj. Setiap daripada kami membaca 5 ayat seorang. Selesai tilawah, seorang daripada kami membacakan taksir bagi ayat2 surat tersebut. En. Zul menghuraikan sedikit sebanyak tentang isi kandungan surah tersebut. Sebelum menghuraikan isi kandungan itu, en. Zul ada memperkatakan tentang menunaikan perintah Allah. Beliau mengatakan, jika kita menunaikan apa yang Allah perintahkan nescaya Allah akan jaga n tolong kita. Beliau mengaitkan sirah nabi Ismail dan bonda baginda iaitu Siti Hajar di dalam peristiwa di mekah apabila nabi Ibrahim menerima perintah Allah supaya menginggalkan 2 orang kesayangan di padang pasir yang kering kontang. Di samping itu, en. Zul juga menerangkan kepada kami tentang nikmatnya membaca al-Quran. Takkan bosan dan puas walaupun sudah banyak kali membacanya. Ini lah mukjizat kalam suci Allah. Subhanallah. Selesai menghurakan beberapa ilmu, en. Zul menyuruh sahabatku, Rauhan untuk membacakan tazkirah. Tajuk tazkirah/peringatan yang disampaikan oleh Rauhan kepada kami adalah berkaitan dengan Kesan Apabila Tidak Bertaqwa. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, beliau membuka minda kami dengan menanyakan kami apakah yang dimaksudkan dengan taqwa. Taqwa adalah melakukan apa yang disuruh dan meninggalakn apa yang dilarang oleh Allah. Taqwa juga bermaksud takut kepada Allah. Seterusnya beliau menerangkan kepada kami kesan tidak bertaqwa kepada ulamak, pemimpin, orang2 kaya, orang miskin, kaum ibu & wanita serta pemuda dan pemudi. Selesai menerangkan tentang kesan apabila tidak bertaqwa, en. Zul mengmabil alih majlis. Beliau menerangkan sedikit sebanyak apa yang telah dibentangkan oleh sahabat seusrah ana itu tadi. Beliau juga ada menyebut tentang punca masalah masyarakat. Menurut Prof. Dr. Yusof Qaradhawiy, punca masalah masyarakat adalah kerana kurangnya terbiyah dan ubatnya juga adalah tarbiyah. Itulah yang dikatakan oleh en. Zul kepada kami anak didiknya. Beliau juga menerangkan tentang tarbiyah yang boleh dilakukan antaranya ialah dengan melakukan rehlah seperti yang kami baru laksanakan 2 hari lepas. Namun rehlah itu mestilah di isi dengan ilmu2 agama agak rehlah tidak hanya mencari keseronokan tetapi juga mencari keredhaan Ilahi. Selain itu, perjalanan yang jauh juga dapat di isi dengan tarbiyah apabila kita menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi dan mensyukuri nikmatNya dengan mengucapkan zikir. Selepas en. Zul menerangkan tentang tarbiyah, beliau meminta sahabtku yang telah diamanahkan untuk membaca atau menghuraikan tentang tajuk yang telah diberikan iaitu berkaitan dengan definisi ISLAM. Islam mempunyai beberapa definisi antaranya ialah, ISLAM ialah mengaku tiada tuhan melainkan Allah, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa. Definisi ini merangkumi apa yang terkandung dalam rukun Islam. Definisi kedua berkaitan ISLAM ialah kepatuhan dengan penuh kesedaran kepada Allah dan mematuhi perintah2Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Islam juga didefinasikan sebagai way of life iaitu cara hidup. Definisi keempat mengenai ISLAM ialah kumpulan peraturan dalam semua aspek kehidupan manusia. ISLAM juga merupakan jawapan kepada 3 persoalan iaitu persoalan mengenai siapa pencipta, persoalan tentang hakikat hidup dan juga persoalan mengenai apakah yang terjadi selepas mati. Definisi ISLAM yang terakhir ialah pedoman hidup yang sebenar. Di dalam buku yang telah dibacakan oleh sahabat seusrah aku itu, beliau menyatakan ISLAM didefinisikan dengan beberapa definisi adalah bertujuan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan mengikut tempat dan kesesuaian.

Selepas membentangkan tentang definisi ISLAm, en. Zul mengambil alih majlis. Kali ini en. Zul menceritakan tentang baitulmuslim dalam kalangan kami anak didik usrahnya. Beliau meminta kami agar mencari calon zaujah yang satu fikrah dengan kami yang akan membentuk baitulmuslim yang diberkati dan diredhai. Beliau juga menawrkan diri untuk menentukan calon zaujah untuk kami semua agar gerakan dakwah kami ini tidak terhenti apabila sudah berkahwin. Oleh itu, beliau akan mencarikan calon zaujah untuk kami semua yang satu fikrah di jalan dakwah ini. Di dalam hatiku mengucapkan syukur yang tak terhingga jika diketemukan dengan seorang wanita yang dapat sama2 menjalankan kerja dakwah ini. Namun, semua itu aku serahkan kepada takdir ILAHI. Semuanya telah tercatat dalam takdirku. Namun terdetik di hatiku agar zaujahku nanti seorang yang sama2 berkerja di jalan dakwah. Jika en. Zul mempunyai calon yang sesuai untuk kami semua, maka insya’allah kami akan terime mereka seadanya. Subhanallah. Maha Suci Allah tuhan sekelian alam. Terasa indahnya ukhwah ini. Begitu indah aku rasakan sekarang apabila berada di jalan dakwah ini. Oh Allah… aku bersyukur kerana Engkau berikan aku petunjuk dan hidayah sekali lagi kepada ku agar meneruskan kerja dakwah ini. Nikmat!!! Itulah yang aku rasakan sekarang. Berada di dalam usrah. Mencari ilmu dunia dan akhirat. Majlis kami di sudahi dengan bacaan surah al-asr dan tasbih kafarah.

Aku dan beberapa orang sahabatku berjalan pergi kedai makan di depan institute kami. Seusai makan, kami semua menuju ke surau bagi menunaikan solat maghrib dan mengikuti kuliah perubatan yang akan disampaikan oleh en. Zul. Setibanya kami di surau, kuliah perubatan baru sahaja bermula. Kami menunaikan solat maghrib berjemaag dan seterusnya mengikuti kuliah perubatan. Hari ini merupakan hari pertama kuliah perubatan itu. Jadi ianya amat penting kepada sesiapa yang ingin menimba ilmu baru dalam perubatan islam ini. Bagi mendapatkan ilmu perubatan islam itu, seseorang mestilah suci zahir dan batin. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Itulah syaratnya. Amalan pertama yang en. Zul minta kami lakukan adalh membaca surah al-fatihah setiap kali selesai solat fardu. Bacaannya itu mestilah sentiasa meningkat sehingga hari ketujuh. Ini bermakna sehinnga hari ketujuh itu, kami membaca surah fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat pada hari ketujuh. Selesai menyampaikan kuliah, kami menunaikan solat isyak berjemaaah. Aku meneruskan dengan solat sunat rawatib dan seterusnya mengamalkan bacaan al-fatihan sebanyak sekali sahaja pada hari pertama ini. Selesai menunaikan amalan sunat, aku dan beberapa orang sahabatku baru sahaj mendapat tahu bahawa ayahanda usrah kami baru sahaja makan sejak tengahari tadi lagi. En. Zul sampai di Institut pada pukul 4.30 petang tadi iaitu sebelum bermulanya usrah. Dan seterusnya meneruskan dakwahnya kepada kami. Selesai usrah tadi, beliau tidak makan pun kerana prepara untuk kuliah perubatan tadi. Di hatiku timbul rasa bersalah kepada en. Zul kerana tidak menanyakan tentang beliau. Kami semua rasa bersalah. Namun, aku juga kagum dengan beliau kerana tugas dakwah yang di sampaikannya kepada kami semua anak didiknya. Aku dan beberapa sahabat aku sempat menjenguk grup usrah adik2 junior kami. Alhamdulillah. Generasi penerus tugas dakwah akan lahir di IPSMB ini. Selesai usrah, aku melangkah pulang ke bilik dengan alunan zikir dan syukur yang tidak terhingga yang aku panjatkan kepada al-KHALID… Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahukhbar….

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih