
Sebelum kami ber’BBQ, kami dihidangkan dengan tazkirah yang disampaikan oleh en. Zul. Di hatiku berasa begitu indah dan aman sekali apabila bersama dengan en. Zul. Semacam ada aura yang en. Zul pancarkan ke dalam hatiku ini. Aku berasa indahnya nikmat berada di jalan dakwah ini. Indahnya ukhwah ini. Oh Allah…. Janganlah engkau palingkan hatiku ini setelah engkau berikan aku nikmat iman ini ya Allah.. tetapkan hatiku dan hati2 sahabatku di dalam jalan dakwah ini ya Allah… engkau pelihara kami dan bantulah kami dalam menegakkan syariatMu ini ya Allah.. hatiku berdoa memohon kepada yang ESA. Dalam usrah atau tazkirah itu, en. Zul menyedarkan kami supaya mensyukuri nikmat ciptaan ILAHI dan menghayati alam ciptaanNYA. En. Zul juga menyatakan bahawa kami adalah antara golongan yang terpilih kerana dalam kami seronok berehlah, kami juga dihidangkan dengan peringatan2 yang di sampaikan oleh beliau dalam meneruskan kerja dakwah di muka bumi Allah ini. Indahnya… tak dapat diungkapkan dengan kata2 betapa indahnya nikmat yang ku rasakan apabila berada dalam usrah ini. Sentiasa di ingatkan supaya mengingati al-Khalid. Ya Allah… aku bersyukur kepadaMu kerana memberikan aku kenikmatan seperti ini… dalam usrah atau tazkirah yang di sampaikan oleh en. Zul itu, beliau menceritakan tentang 12 sifat Ibadurahman tulisan ulamak yang terkenal iaitu Prof. Dr, Yusof Qaradhawiy. En. Zul hanya menerangkan secara ringkas tentang 12 sifat itu kerana masa begitu singkat. Selepas selesai menjamu hidangan dakwah, kami berBBQ. BBQ kami adalah daging kambing biri2 yang di import dari new Zealand dan juga sedikit ayam yang disediakan oleh en. Zul. Dalam berBBQ, kami tidak lupa untuk menyiapkan diri bagi manghadap al-Khalid. Kami keluar untuk menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan. Kami solat di masjid Kg. Bukit Payong. Selesai solat, kami meneruskan rehlah kami. Kali ini, aku mandi untuk kali keduanya. Sementara sahabat2 ku ada yang berBBQ dan ada juga yang turut mandi bersama. Ketika sedang mandi, seorang sahabatku kelemasan. Aku sempat menariknya ke tepi kerana ketika itu hanya kau dan dia sahaja berada di tempat itu. Alhamdulillah selamat. Rehlah kami berakhir apabila hujan turun. Kami mengemaskan alatan rehlah. Kami bertolak pulang ke kampus pada jam 3.45 petang. Dalam hatiku, aku berharap agar suasana dakwah seperti ini akan berterusan dalam kalangan kami semua… oh Allah… tetapkan hati kami ini di jalan dakwah Mu, hati kecilku bermonolog…
No comments:
Post a Comment