19 Oktober 2008
Kehidupan ku hari ini bermula seperti kebiasaannya. Namun terasa sedikit berdosa dengan beberapa kekhilafan yang telah aku lakukan. Aku menyesal di atas kekhilafan ku itu. Hari ini, aku pergi ke kelas seperti biasa. Namun, seorang pensyarah pun x masuk ke kelas aku. Inilah IPG. Pensyarahnya sentiasa sibuk dan jarang masuk kelas. Kerja2 lain bertimbun menyebabkan kami bakal pendidik terkontang kanting di dalam kelas. Aku mengisi masa lapangku dengan beberapa aktiviti bersama kawan2ku yang lain di dalam kelas. Aku balik mcm kebiasaanya. Awal. Walaupun jadual waktu kelas belum tamat, namun aku bersama-sama kawanku sudah sampai ke bilik, hehehe… ini lah kehidupan di IPG. Sudah menjadi kebiasaan kami semua. Sampai sahaja di bilik, aku terus merebahkan jasadku di atas tilam empuk. Terasa nikmatnya. Waktu menunjukkan baru pukul 12. 00 tengahari. Aku mengambil peluang untuk tidur sekejap. Kerana tidur sekejap sebelum zohor adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi aku tidak melepaskan peluang untuk melakukan sunnah ini. Aku bangkit dari tidur selepas 2 jam. Agak lama aku tidur. Tanpa melengahkan masa, aku menunaikan apa yang wajib bagi aku, iaitu solat zohor. Seusai solat, aku membuka laptop kesayanganku untuk membuat beberapa perkara seperti melayari internet untuk tujuan membuka blog ku ini dan juga membuka frenster ku. Petang ini aku ada usrah bersama ayahanda usrahku di kelas sains.
Seusai solat asar, aku bergegas pergi ke bangunan akademik untuk menghadiri usrah. Namun, aku singgah di surau sekejap kerana ayahanda ku baru selesai menunaikan solat asar di surau. Selepas beliau selesai menunaikan solat asar, aku bersama beberapa orang sahabat seperjuangan meneruskan perjalanan dakwah kami ke kelas sains. Di dalam kelas sains, kami menunggu beberapa minit sebelum en. Zul datang. Majlis kami dimulakan dengan bacaan surah al-fatihah. Selesai membaca al-fatihah, kami semua membaca tilawah, surah al-buruj. Setiap daripada kami membaca 5 ayat seorang. Selesai tilawah, seorang daripada kami membacakan taksir bagi ayat2 surat tersebut. En. Zul menghuraikan sedikit sebanyak tentang isi kandungan surah tersebut. Sebelum menghuraikan isi kandungan itu, en. Zul ada memperkatakan tentang menunaikan perintah Allah. Beliau mengatakan, jika kita menunaikan apa yang Allah perintahkan nescaya Allah akan jaga n tolong kita. Beliau mengaitkan sirah nabi Ismail dan bonda baginda iaitu Siti Hajar di dalam peristiwa di mekah apabila nabi Ibrahim menerima perintah Allah supaya menginggalkan 2 orang kesayangan di padang pasir yang kering kontang. Di samping itu, en. Zul juga menerangkan kepada kami tentang nikmatnya membaca al-Quran. Takkan bosan dan puas walaupun sudah banyak kali membacanya. Ini lah mukjizat kalam suci Allah. Subhanallah. Selesai menghurakan beberapa ilmu, en. Zul menyuruh sahabatku, Rauhan untuk membacakan tazkirah. Tajuk tazkirah/peringatan yang disampaikan oleh Rauhan kepada kami adalah berkaitan dengan Kesan Apabila Tidak Bertaqwa. Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, beliau membuka minda kami dengan menanyakan kami apakah yang dimaksudkan dengan taqwa. Taqwa adalah melakukan apa yang disuruh dan meninggalakn apa yang dilarang oleh Allah. Taqwa juga bermaksud takut kepada Allah. Seterusnya beliau menerangkan kepada kami kesan tidak bertaqwa kepada ulamak, pemimpin, orang2 kaya, orang miskin, kaum ibu & wanita serta pemuda dan pemudi. Selesai menerangkan tentang kesan apabila tidak bertaqwa, en. Zul mengmabil alih majlis. Beliau menerangkan sedikit sebanyak apa yang telah dibentangkan oleh sahabat seusrah ana itu tadi. Beliau juga ada menyebut tentang punca masalah masyarakat. Menurut Prof. Dr. Yusof Qaradhawiy, punca masalah masyarakat adalah kerana kurangnya terbiyah dan ubatnya juga adalah tarbiyah. Itulah yang dikatakan oleh en. Zul kepada kami anak didiknya. Beliau juga menerangkan tentang tarbiyah yang boleh dilakukan antaranya ialah dengan melakukan rehlah seperti yang kami baru laksanakan 2 hari lepas. Namun rehlah itu mestilah di isi dengan ilmu2 agama agak rehlah tidak hanya mencari keseronokan tetapi juga mencari keredhaan Ilahi. Selain itu, perjalanan yang jauh juga dapat di isi dengan tarbiyah apabila kita menghayati keindahan alam ciptaan Ilahi dan mensyukuri nikmatNya dengan mengucapkan zikir. Selepas en. Zul menerangkan tentang tarbiyah, beliau meminta sahabtku yang telah diamanahkan untuk membaca atau menghuraikan tentang tajuk yang telah diberikan iaitu berkaitan dengan definisi ISLAM. Islam mempunyai beberapa definisi antaranya ialah, ISLAM ialah mengaku tiada tuhan melainkan Allah, menunaikan solat 5 waktu sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkuasa. Definisi ini merangkumi apa yang terkandung dalam rukun Islam. Definisi kedua berkaitan ISLAM ialah kepatuhan dengan penuh kesedaran kepada Allah dan mematuhi perintah2Nya dan meninggalkan segala laranganNya. Islam juga didefinasikan sebagai way of life iaitu cara hidup. Definisi keempat mengenai ISLAM ialah kumpulan peraturan dalam semua aspek kehidupan manusia. ISLAM juga merupakan jawapan kepada 3 persoalan iaitu persoalan mengenai siapa pencipta, persoalan tentang hakikat hidup dan juga persoalan mengenai apakah yang terjadi selepas mati. Definisi ISLAM yang terakhir ialah pedoman hidup yang sebenar. Di dalam buku yang telah dibacakan oleh sahabat seusrah aku itu, beliau menyatakan ISLAM didefinisikan dengan beberapa definisi adalah bertujuan menjawab persoalan-persoalan yang dikemukan mengikut tempat dan kesesuaian.
Selepas membentangkan tentang definisi ISLAm, en. Zul mengambil alih majlis. Kali ini en. Zul menceritakan tentang baitulmuslim dalam kalangan kami anak didik usrahnya. Beliau meminta kami agar mencari calon zaujah yang satu fikrah dengan kami yang akan membentuk baitulmuslim yang diberkati dan diredhai. Beliau juga menawrkan diri untuk menentukan calon zaujah untuk kami semua agar gerakan dakwah kami ini tidak terhenti apabila sudah berkahwin. Oleh itu, beliau akan mencarikan calon zaujah untuk kami semua yang satu fikrah di jalan dakwah ini. Di dalam hatiku mengucapkan syukur yang tak terhingga jika diketemukan dengan seorang wanita yang dapat sama2 menjalankan kerja dakwah ini. Namun, semua itu aku serahkan kepada takdir ILAHI. Semuanya telah tercatat dalam takdirku. Namun terdetik di hatiku agar zaujahku nanti seorang yang sama2 berkerja di jalan dakwah. Jika en. Zul mempunyai calon yang sesuai untuk kami semua, maka insya’allah kami akan terime mereka seadanya. Subhanallah. Maha Suci Allah tuhan sekelian alam. Terasa indahnya ukhwah ini. Begitu indah aku rasakan sekarang apabila berada di jalan dakwah ini. Oh Allah… aku bersyukur kerana Engkau berikan aku petunjuk dan hidayah sekali lagi kepada ku agar meneruskan kerja dakwah ini. Nikmat!!! Itulah yang aku rasakan sekarang. Berada di dalam usrah. Mencari ilmu dunia dan akhirat. Majlis kami di sudahi dengan bacaan surah al-asr dan tasbih kafarah.
Aku dan beberapa orang sahabatku berjalan pergi kedai makan di depan institute kami. Seusai makan, kami semua menuju ke surau bagi menunaikan solat maghrib dan mengikuti kuliah perubatan yang akan disampaikan oleh en. Zul. Setibanya kami di surau, kuliah perubatan baru sahaja bermula. Kami menunaikan solat maghrib berjemaag dan seterusnya mengikuti kuliah perubatan. Hari ini merupakan hari pertama kuliah perubatan itu. Jadi ianya amat penting kepada sesiapa yang ingin menimba ilmu baru dalam perubatan islam ini. Bagi mendapatkan ilmu perubatan islam itu, seseorang mestilah suci zahir dan batin. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah. Itulah syaratnya. Amalan pertama yang en. Zul minta kami lakukan adalh membaca surah al-fatihah setiap kali selesai solat fardu. Bacaannya itu mestilah sentiasa meningkat sehingga hari ketujuh. Ini bermakna sehinnga hari ketujuh itu, kami membaca surah fatihah sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat pada hari ketujuh. Selesai menyampaikan kuliah, kami menunaikan solat isyak berjemaaah. Aku meneruskan dengan solat sunat rawatib dan seterusnya mengamalkan bacaan al-fatihan sebanyak sekali sahaja pada hari pertama ini. Selesai menunaikan amalan sunat, aku dan beberapa orang sahabatku baru sahaj mendapat tahu bahawa ayahanda usrah kami baru sahaja makan sejak tengahari tadi lagi. En. Zul sampai di Institut pada pukul 4.30 petang tadi iaitu sebelum bermulanya usrah. Dan seterusnya meneruskan dakwahnya kepada kami. Selesai usrah tadi, beliau tidak makan pun kerana prepara untuk kuliah perubatan tadi. Di hatiku timbul rasa bersalah kepada en. Zul kerana tidak menanyakan tentang beliau. Kami semua rasa bersalah. Namun, aku juga kagum dengan beliau kerana tugas dakwah yang di sampaikannya kepada kami semua anak didiknya. Aku dan beberapa sahabat aku sempat menjenguk grup usrah adik2 junior kami. Alhamdulillah. Generasi penerus tugas dakwah akan lahir di IPSMB ini. Selesai usrah, aku melangkah pulang ke bilik dengan alunan zikir dan syukur yang tidak terhingga yang aku panjatkan kepada al-KHALID… Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahukhbar….
No comments:
Post a Comment