Thursday, October 16, 2008

Bermulanya Sebuah Kehidupan...

11 oktober 2008

Bismillahirahmanirrahim.. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat kasih sayangNYA, dapat aku meneruskan kehidupan ku di alam fana ini. Aku disedarkan dari mati smentara oleh kawan ku pada jam 3.25 pagi. Aku dikejutkan awal pagi kerana pada hari ini aku dan juga beberapa orang rakanku yg lain akan mengikuti pensyarah grup usrah kami ke Kuala Betis, Gua Musang. Aku, Hafiz dan Nabil bertolak dari kampus menuju ke rumah pensyarahku iaitu Tn. Haji Zulkifli ataupun kami panggil En. Zul yg terletak di kubang kerian pada jam 4.10 pagi. Pagi masih lg awl. Perjalanan kami ke rumah en. Zul di iringi dengan hujan renyai2. Di dalam hati kecilku, aku bersyukur yang teramat sangat kerana Allah bukakan pintu hatiku ke jalan dakwah. Mendorong aku menjadi seorang da’ei yg akan memperjuangkan agama Allah di muka bumi ini. Di hati kecilku, aku melafazkan beribu kesyukuran kepada Allah kerana menyedarkan aku betapa pentingnya gerakan dakwah bagi menegakkan Islam di bumi Allah. Perjalanan kami ke rumah en. Zul hanya sejam, kami tiba di rumah lebih kurang pada pukul 5 pagi. Kami di sambut mesra oleh zaujah tercinta en. Zul iaitu doctor Habsah. Beliau mempersilakan kami masuk ke dalam rumah sementara en. Zul bersiap. Lebih kurang pada jam 5.30 pagi, kami semua bertolak ke gua musang dengan menaiki kereta Naza Ria milik en. Zul. Kami semua seramai 7 orang semuanya termasuk en. Zul. Kereta en. Zul meluncur laju di atas jalan raya. Kami singgah di masjid Kg. Tunjung untuk menunaikan kewajipan kami kepada al-Khalid. Selesai menunaikan solat subuh, kami meneruskan perjalanan kami ke gua musang. Dalam perjalanan kami, kami mulakan dengan bacaan al-mathurat di dalam kereta. Indahnya ukhwah ini ya allah.. aku bersyukur kepada Mu kerana memberikan aku nikmat seindah ini. Hatil kecilku mengucap syukur dengan suasana dakwah ini. Begitu indah, perjalanan ke gua musang begitu bermakna, di isi dengan ungkapan2 memuji ILAHI… indahnya biah islamiah ini. Begitu aku rindukan suasana ini. Kami dihidangkan dengan tazkirah pagi oleh en. Zul. Aku begitu kagum dengan beliau. Beliau memainkan peranannya dalam meneruskan usaha dakwah dalam diri kami anak didiknya. Sepanjang perjalanan, kami juga di dengarkan dengan alunan muzik2 nasyid dari Malaysia ataupun luar Negara seperti kumpulan nasyid amerika. Lagu-lagu mereka sungguh bermakna jika dihayati. Hatiku terkilan apabila mendengar lagu nyanyian kumpulan aeman yang bertajuk AYAH. Hatiku sungguah sayu apabila menghayati liriknya. Wajah ayahku tergambar dalam mataku. Oh ayah.. maafkan aku… aku seorang anak yang sering melukai mu di waktu kecilku dulu.. ayah.. pengorbananmu terlalu besar buat diriku.. sesungguhnya aku amat bersyukur kerana mempunyai ayah sedangkan di luar sana ramai anak2 muda sejak dari kecil lagi bergelar yatim piatu.. Hatiku tersentuh apabila mendengar ungkapan “walau hatimu sering terluka, tika diriku terlanjur kata, tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian.. ketika ku dalam kedukaan, kau mendakap penuh pengertian, di saat diriku kehampaan, kau setia mengajarku erti kekuatan “….. “ terpancar kebanggaan dalam senyum mu melihatku berjaya, bila ku kegagalan tak kau biarkan aku terus kecewa, dengan kata azimat, engkau nyalakan semangat, restu dan doa kau iringkan…” begitu besar pengorbanan mu oh ayah.. tak terbalas semua jasamu walau seumur hidupku berbakti kepada mu.. jasamu mendidik aku, memberikan aku erti sebenar kehidupan, merasai nikmat keluarga.. ayah.. AKU SAYANG KEPADA MU… walau pun x pernah aku ungkapkan ungkapan itu, namun ketahuilah bahawa aku amat menyayangi mu… air mata ku hamper menitis tatkala menghayati lagu ini namun dapat ku tahan…

Kami tiba di kuala betis lebih kurang pada pukul 10.00 pagi. Sebelum menjejakkan kaki ke sekolah, kami menunaikan solat dhuha bagi memohan keberkatan dan keredhaanNYA dalam usaha dakwah kami ini. Setibanya kami di sekolah, kami di sambut oleh beberapa orang guru. Kami menyiapkan peralatan untuk sesi yang akan kami jalankan sebentar saja lagi. Aku memainkan peranan ku sebagai camera man.jangkaan awal kami meleset apabila mengetahui hanya 5% sahaja orang asli yang beragama islam. Dalam ceramah en. Zul, beliau menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik perhatian orang asli terhadap apa yang ingin disampaikan. Selesai ceramah, kami di jemput untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.. perjalanan pulang kami bermula. Kami membincangkan tentang program yg baru selesai tadi. Dalam nada en. Zul, beliau agak kecewa kerana tidak dapat melakukan yang terbaik. Namun, itulah dakwah. Bukannya senang menjalankan tugas dakwah ini. Ini adalah pengalaman yang begitu bermakna pada diri en. Zul dan kami anak didiknya. Kami menunaikan solat jamak qasar di masjid besar gua musang. Perjalanan pulang kami di isi dengan persoalan tentang perubatan islam. En. Zul menceritakan pengalaman beliau sebagai seorang yang mempunyai ilmu perubatan islam. Perjalan kami memakan masa hampir 3 jam. Di rumah en. Zul, kami di hidangkan dengan jamuan hari raya. Pada hari ini, en. Zul membuat sedikit jamuan hari raya di rumahnya.

Hari ini merupakan perjalanan kehidupanku.. aku bersyukur ya Allah.. Ya Allah.. janganlah kau pesongkan hatiku ini setelah kau beri hidayahMu kepadaku.. tetapkanlah hatiku ini di jalan dakwah mu ya Allah.. aku memohon padaMU ya ALLAH..

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih