29 Oktober 2008
Pada pagi ini kehidupanku bermula seawal 5 pagi. Hatiku mengucapkan syukur yang tak terhingga apabila di kejutkan awal dari tidur. Aku menyiapkan diri untuk ke surau bagi menghadap ILAHI.. dalam perjalananku ke surau, aku tidak sia-siakan sahaja masa ku itu. Hatiku melafazkan kalimah memuji yang Esa. Terasa aman di hati. Kenikmatan yang tak dapat aku luahkan dengan kata2. Terasa begitu dekat diriku dengan Sang Pencipta. Indahnya hidup ini. Ketenangan menyelubungi diriku. Ya Allah, tetapkan hatiku ini di jalan Mu, jangan lah Engkau palingkan hati ini setelah kau berikan aku kenikmatan ini, sesungguhnya Kau Maha Pengasih.. di surau pagi itu hanya ada 3 orang pelajar termasuk aku. Syukur ya Allah, aku termasuk dalam kalangan hamba yang mengingatiMu dikala orang lain sedang enak tidur. Subhanallah.. segala puji bagiMu.
Kelas… seorang perempuan pun tidak datang ke kelas hari ini. Aku pulang ke bilik pukul 11 lebih. Di bilik, aku melayari internet. Memang sudah menjadi hobi aku melayari laman maya ini. Aku mati smentara. Hanya sejam. Aku bangkit dari tidur, menunaikan kewajipan ku kepada Sang Pencipta. Petang ini aku ada usrah bersama en. Zul. Hatiku begitu merinduinya, rinduku semata-mata hanya kerana Allah. Sudah lama aku tidak bersua muka dengannya. Hari ini dapat juga aku melepaskan rinduku padanya. Mungkin sahabat seperjuanganku juga mempunyai perasaan yang sama. Tuan Haji Zulkifli Bin Abdul Rahman. Satu nama yang begitu bermakna di hatiku dan juga sahabat2 ku. Pertemuan dengannya memberikan ketenangan di hati kami semua. Di wajahnya terpancar cahaya keimanan. Sungguh tenang. Usrah kami bermula pada jam 5.15 petang. Dimulai dengan bacaan al-Fatihah. Kemudian diteruskan dengan tilawah. Surah pada hari ini ialah surah at-tarriq. En. Zul menghuraikan sedikit sebanyak tentang isi kadungan surah ini. Di dalam surah ini, Allah telah mengetuk hati2 manusia/kafir di Mekah. Allah mengetuk hati2 mereka dengan beberapa persoalan iaitu beberapa ayat permulaan bagi surah ini dan seterusnya menjawab persoalan itu dengan ayat2 selepasnya. En. Zul juga menyatakan bahawa setiap jiwa/hati mempunyai penjaganya. Ianya berdasarkan ayat yang ke-4 dalam surah ini. En. Zul juga menggunakan kitab yang dikarang oleh ulamak terkenal iaitu Syed Qutb bagi menghuraikan isi kandungan surah ini. Selepas tilawah, kami dihidangkan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh akhi Fazli. Tazkirah yang di sampaikan beliau menyentuh tentang khusyuk dalam setiap amalan. Antara isi kandungan tazkirah yang disampaikan akhi Fazli ialah bagi mendapatkan kekhusyukan, kita mestilah mempunyai ilmu, selain itu, kita mestilah diuji oleh Allah. Berdasarkan firman Allah yang bermaksud “dan janganlah kamu mengaku sudah beriman padahal kamu belum diuji”… selesai tazkirah, en. Zul menerangkan kepada kami tentang amal-amal yang patut kami laksanakan iaitu amal islami, amal jamaei dan juga amal fardhi. Amal-amal ini merupakan tugasan yang en. Zul minta kami lakukan setiap masa. Antaranya ialah tilawah, hafazan, qiamullai, puasa sunat, solat berjemaah. Itu adalah amal2 fardhi yang en. Zul minta kami laksanakan. Dan Alhamdulillah aku dapat menjalankan amanah yang en. Zul pertanggungjawabkan itu. Selepas menceritakan tentang perkara2 yang patut kami laksanakan, en. Zul menyentuh hati kami dengan kisah mesej yang diterimanya daripada salah seorang sahabat usrah ku pada pukul 1.45 pagi. Beliau menceritakan perasaan beliau tatkala menerima mesej itu. Semua perasaannya itu diluahkan di dalam blognya. Sungguh mendalam cinta en. Zul kepada kami anak didiknya. Tatkala membaca kembali luahannya di dalam blog, beliau hampir menitiskan air matanya.
Luahan di dalam blognya untuk kami anak didiknya:
Wahai Anak...Demi Allah SMSmu itu telah membuatkanku banyak menangis hari ini...
"Kerinduan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang rela berkorban...
Kecintaan kepada Allah melahirkan jiwa2 yang penuh dengan kesungguhan
Ketaan pada Allah melahirkan jiwa yang penuh ketenangan...Semoga dirimu sentiasa dibawah rahmat Allah....sama sama kita doakan supaya hati ini sentiasa dalam pengawasan Allah...salam tahajjud Akh..."2008:10:23 1:45 am.
Ya allah berilah peluang bagiku untuk menyimbah salju keimanan kedalam hati mereka (semua anak2ku di sini)…anugerakhanlah kekuatan bagiku untuk membimbing mereka menuju jalanmu yang lurus dan berilah kekuatan untuk mereka untuk mengikuti jejak langkahku...istiqamah atas jalan ini...
Kurniakanlah nikmaat memberikan seluruh cinta kepada mereka hanya keranaMu..Ikatkanlah hati hati kami semua dengan keindahan Ukhwah keranamu…ya allah sampaikanlah mereka kepada marhalah yang aku telah lewatinya dan menikmatinya:seumpama taman taman yang indah…Wahai anak2ku rasailah sapaan lembuat lagi mesra bayu syurga mengamit para ahli tahajjud dan rahmat Allah yang pasti menghiasi nalurimu…
Ya Allah ..kalaulah mereka mencintai Tahajjud biarkanlah aku yang mendahuluinya jauhhh… didepan . kalaulah mereka mencintaimu berikanlah kenikmatan bagiku untuk mencintaiMu melebihi bagaimana mereka mencintaimu dan kalau mereka mencintai jalan dakwahmu ini maka pilihlah aku sebagai penunjuk jalan bagi mereka...Gantikanlah cintaku yang hilang dengan cinta yang lebih baik…Anugerahkanlah rasa ukhwah antaraku dengan mereka didunia dan diakhirat...Ya allah.. bersaksikanlah bahawa aku mencintai mereka sepertimana aku mencintai isteri dan anak anakku...wahai tuhan yang menmbulak-balik hati hamba hambaNya.
:Ya Allah jangan kau matikan hati pengirim SMS ini diwaktu semua manusia lain kau matikan hatinya" ..
Oh Allah… begitu mendalamnya cinta seorang murabbi kepada mutarabbinya. Aku memerhati en. Zul dengan mata hatiku, sungguh! Demi Allah, aku tersentuh dengan apa yang telah diluahkannya. Hatiku turut menangis tatkala beliau meluahkan perasaaan cinta dan kasih sayangnya kepada kami. Aku berasa begitu indahnya saat bersamanya. Tak dapat aku ungkapakan dengan kata2 perasaan ku ini. Syukurnya yang teramat aku panjatkan kepadaMu Ya Allah. Ya Allah.. Engkau peliharalah ayahanda usrahku daripada godaan syaitan, berikanlah kekuatan dan ketabahan hatinya untuk terus mendidik kami, Ya Allah… Engkau sematkan di hati kami anak didiknya rasa kasih dan cinta kepadanya seperti mana kasih dan cintanya kepada kami, Ya Rahman Ya Rahim.. sesungguhnya engkau mengetahui apa yang aku rasakan terhadapnya, sesungguhnya cinta dan kasih ku kepadanya hanya kerana Ya Allah… amin…… aku begitu terharu dengan perasaan cinta dan kasih en. Zul kepada kami anak didiknya. Selepas itu, aku membentangkan tentang bab yang kedua yang terkandung dalam buku ilmu-ilmu dakwah iaitu yang membincangkan persoalan tentang rukun islam. Aku telah membentangkan tentang tauhid Uluhiyyah dan juga tauhid Rububiyyah. Selepas pembentangan, en. Zul menunjukkan kami video (air mata keinsafan) yang telah dibuatnya selepas menerima mesej pada pukul 1.45 pagi itu. Mesej 1.45 pagi yang dapat menyentuh hati sanubari en. Zul “kerinduan pada Allah melahirkan jiwa2 yang rela berkorban, kecintaan pada Allah melahirkan jiwa2 yang penuh kesungguhan, ketaatan pada Allaj melahirkan jiwa2 yang penuh ketenangan.. semoga dirimu selalu di bawah rahmah Allah.. sama2 kita doakan supaya hati ini sentiasa dalam pengawasan Allah.. salam tahajjud akh…” inilah mesej yang menyentuh hati seorang da’ei. Sungguh mendalam maksudnya. Aku juga mendapat mesej ini pada masa yang sama. Namun, jiwa seorang da’ei seperti en. Zul begitu terkesan dengan mesej ini. Subhanallah.. kami akhiri majlis ilmu itu dengan tasbih kafarah dan surah al-asr.
Kuliah perubatan islam diteruskan oleh en. Zul. Ini merupakan kuliah yang kedua. Kedatangan pelajar ke surau bagi mengikuti kuliah ini semakin ramai. Alhamdulillah… pada kali ini, en. Zul mengajarkan kami ayat2 untuk ‘memagar/benteng’ diri daripada gangguan tertentu. Untuk kuliah ini, en. Zul memberikan kami 5 ayat benteng pertahanan diri, iaitu ayat muawwizat ( 3 kul ), ayat kursi ( mestilah dibaca dengan 9 wakaf) ayat 1 – 9 surah yassin, ayat berkubu dan ayat penggerak. Setiap daripada ayat2 ini mempunyai kaedah dan cara bacanya bagi memagar diri kita. Semasa aku sedang mengikuti kuliah ini, aku berasa agak rimas dengan seorang kawanku. Maybe dia akan baca blog aku ini, aku x kisah. Tapi apa yang aku harapkan semoga Allah bukakan pintu hatinya supaya melihat semua ini dari kacamata dakwah. Bukan sekadar bahan gurauan. Tidak terdetikkah di hatinya akan semua itu? Adakah semuanya yang ada di sekelilingnya adalah gurauan? Luahan seorang hamba dijadikan bahan gurauan... subhanallah, semoga Engkau campakkan ke dalam hatinya kesedaran terhadap apa yang di katakannya. Sesungguhnya lidah itu lebih tajam daripada mata pedang. Dengan kata2, akan membuatkan dua sahabat bermusuhan, akan membuatkan sebuah keluarga berpecah belah dan dengan lidah juga dapat membuatkan 2 buah Negara berperang. Nauzubillah… semoga Allah bukakan hati sahabatku itu. Selesai kuliah, kami menunaikan solat isyak berjemaah dan aku ikuti dengan solat sunat rawatib selepasnya. Niat di hatiku untuk bersua dengan en. Zul sebelum dia pulang, namun tidak kesampaian. Nampaknya rindu kepadanya kembali menerjah di hatiku..
Ya Allah… sesungguhnya apa yang ada di langit dan di bumi di bawah kekuasaanMu, maka Engkau lindunglah aku dan sahabatku ini daripada gangguan dan hasutan syaitan… semoga hati2 kami tidak alpa dalam mengingatiMu…
No comments:
Post a Comment