Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang masih memberikan aku peluang, ruang dan waktu untuk terus bernafas di bumi ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, tabi'e, tabi' tabi'e serta para pejuang agama Allah sekalian...
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Alhamdulillah... syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepadaMU Ya Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasai satu lagi pengalaman hidup sebagai seorang hamba, berjaulah bersama sahabat sefikrah ke bumi cameron hingland.
Pengalaman jaulah yang diisi dengan pelbagai pengisian ilmu duniawi dan ukhrawi sebagai bekalan kelak. Alhamdulillah, dapat aku merasainya bersama sahabat sebelum kaki ini melangkah keluar dari bumi IPG KSM. Terima kasih buat adik-adik usrah yang merancang perjalanan ini. Insya'Allah, pengalaman saat kita berjaulah akan kekal terpahat di hati..
Ceritera pengalaman kita terpahat indah dalam beratus keping gambar yang diambil.. ini antara yang sempat dipaparkan di laman ini...
29 April 2011
checkpoint pertama di masjid Sultan Yahya Petra, Machang sempat mendengar kuliah seusai solat dhuha
menunaikan solat dhuha di lata rek, checkpoint 2 pembentangan tugasan yang diberikan bergambar kenangan di Lata Rek, Kuala Krai meneruskan jaulah ke Cameron seusai solat dan makan tengahari di Gua Musang