Saturday, October 18, 2008

Ingatan Buat Sahabat

Wahai sahabat, buatlah yang terbaik untuk diri dan masa depanmu, lakarkanlah sejarah kehidupanmu dengan kebijaksanaan. Corakkanlah tamadun dirimu dengan kelebihan anugerah Ilahi. Peluang untukmu masih terbentang luas. Kesedaran diri untuk terus berjaya masih lagi boleh di perbaiki, Yakinlah wahai sahabatku, Pohon-pohon kejayaan sedang melambai kedatanganmu. Ia masih menanti kehadiranmu yang pernah di janjikan.

Warnailah kehidupanmu dengan cahaya Ilahi. Dampingilah kitab suci mukjizat Ilahi di mana jua engkau berada. Tatapilah susunannya, fahamilah maknanya, hayatilah kandunganya, Lunakkanlah alunannya, Sesunguhnya di sebalik susunan kalimah, rentak, irama, serta alunan musikanya tersirat rahsia-rahsia kebesaran Ilahi yang hakiki. Tetapi ingatlah, Hanya akal waras sahaja yang akan dapat mengesan rahsia-rahsia yang tersembunyi. Alirkanlah lurah-lurah kejahilan dengan air mata penyesalan. Ia lebih bernilai dari dunia dan seisinya. Basahilah wajahmu dengan air-air suci, ia merupakan penyeri dihari kemudian. Hiasilah perjuanganmu dengan amalan yang disukai, engkau akan sentiasa dikasihi dan diredhai.

Binalah kehidupan mendatang dengan penuh keyakinan, Tabahkanlah dirimu dalam menghadapi segala rintangan. Sabarlah di atas segala penderitaan. Ketahuilah, Sesungguhnya penderitaan itu adalah bersifat sementara, Pasti akan lenyap ditelan masa setelah tiba waktunya. Teruskanlah perjuangan mu didalam menuntut ilmu kerana Menuntutnya adalah kelazatan yang tiada tolok bandingan. Teguhkanlah semangatmu wahai sahabatku dalam melakari kehidupan dunia. Aturilah langkah perjuangan dengan lebih berhati-hati. Ingatlah, Tapak-tapak pejuang tidak akan hilang dari memori kehidupan dan tidak akan lenyap di mamah usia. Doamu sahabatku tetap akan dikenang.

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih