Bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan hidup di alam yang fana' ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada' serta mujahid-mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menegakkan kalimah HAQ di muka bumi ini.
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...
Untuk makluman semua pembaca setia blog ini, sekarang telah dilancarkan Minggu Penghayatan Islam (MPI) di IPGM Kampus Sultan Mizan. MPI ini akan berlangsung lebih kurang seminggu dan malam kemuncaknya akan diadakan pada hari rabu depan 12 Ogos 2009.
MPI ini adalah kesinambungan daripada Minggu Kebudayaan Dan Kesenian Islam yang telah diadakan pada tahun-tahun sebelumnya. Cuma tahun ini, namanya ditukar kepada Minggu Penghayatan Islam supaya semua warga IPGM Kampus Sultan Mizan dapat menghayati apakah itu sebenar Islam dalam kehidupan harian kita. Penganjuran Minggu Penghayatan Islam ini mencerminkan imej IPGM Kampus Sultan Mizan sebagai sebuah institusi yang sentiasa aktif menganjuran aktiviti-aktiviti untuk manfaat warganya.
OBJEKTIF
- Memupuk perpaduan, ukhwah dan jalinan kemesraan di antara pentadbir, pensyarah, pelajar dan semua warga IPSMB.
- Melatih pelajar supaya memiliki kemahiran berpersatuan dan kemahiran mengendalikan sesuatu program.
- Memperdalam dan memperluaskan ilmu pengetahuan di samping dapat mempelajari tentang agama Islam dengan lebih mendalam.
- Mencungkil bakat-bakat para pelajar yang jarang atau tidak pernah ditonjolkan.
MATLAMAT
Melahirkan insan guru yang soleh dan solehah dengan mentaati segala perintah Allah dan Rasul demi mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
ANJURAN
Biro Agama dan Pendidikan dengan kerjasama Kelab Rakan Masjid IPGKSM.
TENTATIF PROGRAM MPI
HARAPAN
- Diharapkan agar program ini dapat berjalan dengan jayanya dari awal hingga ke akhir penutup.
- Untuk menjayakan lagi program ini, komitmen daripada semua pihak amat dipedengan memberikan respon yang positif terhadap setiap aktiviti yang dijalankan.
- Penghayatan tentang kebudayaan dan kesenian Islam perlu dirasai oleh semua warga IPGKAM agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
- Pihak institut dapat menambah aktiviti-aktiviti keagamaan untuk para pelajar.
- Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.
PENUTUP
Sesungguhnya Minggu Penghayatan Islam yang akan dianjurkan ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar agar mengekalkan seni Islam yang indah. Di samping itu, pengisian aktiviti-aktiviti yang akan diadakan dapat menerapkan nilai-nilai Islam dalam diri setiap pelajar.
Ilmu pengetahuan yang diperoleh juga dapat dipelajari dengan lebih mendalam melalui aktiviti seperti kuiz, tilawah Al-Quran, hafazan dan forum. Tayangan yang akan ditayangkan juga adalah bercirikan hiburan dengan cerita-cerita berunsur pengajaran di samping mendatangkan keinsafan kepada para pelajar.
Melalui program ini juga, kebolehan dan keterampilan pelajar dapat diserlahkan melalui penglibatan mereka dalam mengendalikan sesuatu program. Perkara ini amat penting bagi menampilkan citra guru yang unggul di samping memiliki daya tahan fizikal yang tinggi dari segi fizikal, jasmani, rohani dan perkembangan sosial.
Diharapkan juga agar program ini dapat menghimpunkan kesepaduan, keakraban dan kemesraan di kalangan para pelajar dengan pensyarah Jabatan Pendidikan Islam & Moral Institut Perguruan Sultan Mizan.
Semoga dengan adanya MPI ini akan melahirkan biah Islamiyah di IPGM Kampus Sultan Mizan. Dan diharapkan semua warga kampus akan memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program MPI ini.
No comments:
Post a Comment