Saturday, August 15, 2009

Telah Ku Pilih JalanMU

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t..
Bersyukur aku ke hadrat ILAHI kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan hidup di alam yang fana' ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', tabi' dan tabi'tabi'in serta mujahid-mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menegakkan kalimah HAQ di muka bumi ini.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...

Alhamdulillah... saat dan ketika ini mataku masa masih segar menatap monitor laptop, dan jari jemari ku masih lagi setia menari di atas papan kekunci laptopku. Sedikit kerja terpaksa aku siapkan. Dan alhamdulillah dapat juga aku siapkan. Dalam sibuk melayari alam maya, aku mendapat satu mesej dari laman sosialku(friendster). Mesej yang aku terima daripada seorang kawan yang sudah lama aku kenal. Dia yang aku kenal 9 tahun dahulu semasa zaman persekolahan lagi. Mesej yang dihantarnya memberi makna yang mendalam kepada diriku. Dalam aku tidak sedar, kelakuanku beberapa minggu kebelakangan ini disedarinya. hmm... Terima kasih sahabat...

Di sini ingin aku kongsikan apa yang telah dihantarnya kepadaku..


Telah ku pilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaNu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan


Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk ku buang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa


Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan ku minta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Ku mohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu menjadi milikku


Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insani yang tak halal bagiku


Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini


Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa


Dan ku mohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian


Dan akan ku terus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu

Satu puisi yang memang dapat memberikan kekuatan kepadaku. Di sini, aku juga ingin mengungkapkan jutaan terima kasih kepada seorang lagi sahabatku yang senantiasa memberi semangat kepadaku di saat aku kehilanganya. Saat aku di uji, dia sentiasa memberikan keyakinan kepadaku. Dia pernah kata kepadaku 'awk kena yakin dengan ketentuan Allah, segala yang berlaku ini ada hikmahnya'. Lebih kurang macam tu la ayatnya. Terima kasih sahabat kerana memberikan aku keyakinan di saat aku kehilangannya. Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu wahai sahabat.

1 comment:

Hafiz Hamid said...

semoga Allah merahmati hidup saudara..=)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih