Thursday, August 13, 2009

BerAkhiRnya

Alhamdulillah...
Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam sudah berakhir. Dan berakhirlah juga tugas aku sebagai pembuat video untuk malam tu, huhu... Kelmarin memang mengantuk la, rasa hati nak tidur tetapi terpaksa la juga siapkan video sempena tayangan multimedia semalam untuk malam kemuncak tu. Kena la tolong sebab adik junior minta tolong. Ingatkan nak bagi je kat orang lain, tetapi rasa tanggungjawab pula untuk sediakan video tu sebagai ajk lujnah multimedia biro agama & pendidikan IPGM Kampus Sultan Mizan. So, selepas 3 jam bertungkus lumus di hadapan laptop dari jam 2 petang hinggalah pukul 5 lebih, barulah dapat disempurnakan video untuk tayangan multimedia itu. Semoga tayangan multimedia semalam memuaskan hati penonton yang datang.

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih