Monday, August 10, 2009

Ceritera Dulu Kembali Menerjah!

Assalamualaikum w.b.t.
Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w. kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada' serta pejuang agama Allah yang senantiasa hidup di setiap zaman dan waktu.

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...

Saat dan ketika ini, aku masih belum dapat melelapkan mata. Entah mengapa. Diri di landa resah. Di landa derita. Ceritera dahulu kembali menghantui selepas menghilangkan diri. Kenapakah ianya muncul kembali menganggu hidup aku? kenapkah? tidak cukupkah dengan penderitaan yang telah ditinggalkan dulu? setelah kian lama menyepi, ia kembali menerjah aku. Kenapa? Kenapa? dan kenapa? Adakah diriku ini terlalu lemah? Tidak! Tidak! Tidak! Tidak sama sekali. Aku bukan seorang yang lemah! Aku masih mempunyai senjata. Ya! aku masih mempunyaiNYA. Aku bergantung harap kepadaNYA. Hanya Dialah tempat aku bergantung.

Dan buat yang kembali menerjah. Terima kasih.. Aku bukan selemah yang disangkakan. TIDAK SEKALI! Mungkin ianya sukar melupakan.. bab kata orang yang pertama sukar dilupakan.. apakah maksudnya? biarlah rahsia... seumur hidup pun, selagi ia bergelar yang pertama untuk kita, memang sukar untuk kita melupakan. Usah di sangkal lagi, mungkin kita boleh berbohong kepada orang lain tapi kita tak boleh berbohong kepada diri sendiri. Cubalah bermenolog dengan diri sendiri, tepuk dada. tanyalah hati. Namun, itulah hakikat manusia, susah untuk mengungkap apa yang terikat di hati.

p/s: entah apa2 entry kali ni, hehe.. namun percayalah.. Selagi mana kita bergantung pada Allah. Selagi itulah Allah sentiasa bersama kita. Hanya Allah tempat pergantungan kita. Bab kata seorang sahabat aku, biar hina di pandangan insani asal gah di pandangan ILAHI...

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih