Wednesday, August 12, 2009

Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI)

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.b.t..

Selawat serta salam ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada serta mujahid-mujahidah yang senantiasa berjuang dalam mendaulatkan kembali Islam yang suci.


Untuk makluman semua, malam ini akan diadakan Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Islam (MPI) di IPGM Kampus Sultan Mizan. Setelah seminggu berlangsungnya MPI ini dengan pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan berjaya dilaksanakan, jadi malam ini akan diadakan sambutan malam kemuncaknya. Pada malam ini, para pemenang untuk setiap pertandingan yang telah dijalankan akan diumumkan dan hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh pengarah IPGM Kampus Sultan Mizan iaitu Dr. Maznah Binti Abdul Samad.


Pada malam ini juga, akan diadakan satu persembahan drama/pentomin yang akan dipersembahkan oleh kelab teater IPGM Kampus Sultan Mizan. Kabanyakan barisan pelakonnya terdiri daripada pelajar-pelajar baru ambilan Julai 2009. Selain itu, tayangan multimedia sepanjang Minggu Penghayatan Islam akan dipersembahkan dan cabutan bertuah untuk pengunjung bertuah juga akan dibuat. Diharapkan semua warga kampus Sultan Mizan akan dapat memeriahkan lagi malam kemuncak ini. Kedatangan tuan puan, saudara saudari amat kami hargai.


tentatif malam kemuncak:

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih