Saturday, January 21, 2012

Lembaran 2011: Final Year

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t

 

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Selawat serta salam keatas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., kaum kerabat baginda. Para sahabat, tabi’e. Tabi’ tabi’e dan juga seluruh pejuang agama Allah yang meneruskan perjuangan menyampaikan risalah-risalah Allah di bumi ini. Alhamdulillah..
Secoret kisah buat tatapan semua, perjalanan hidup seorang hamba yang berkelana mencari secebis ilmu dan amalan buat bekalan di alam akan datang. Semoga Allah peliharaku daripada segala godaan yang bisa membuatku tersungkur jatuh sebelum sempat untuk aku mengecapi nikmat syurgaMU.
Kirannya belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru 2012 yang sudah 3 minggu berlalu. Tahun 2011 sudah meninggal pergi dengan seribu satu kenangan yang tercipta. Suka dan duka bersama sahabat, rakan dan teman telah dilalui bersama sepanjang tahun lepas. 2011 merupakan tahun terakhir aku bergelar guru pelatih di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu. Segala ilmu dan pengalaman yang ditimba di bumi daerah besut itu, insyaAllah akan cuba diaplikasikan dalam kehidupan seharian ku ini sebagai seorang GURU.
2011. ingin sahaja aku ceritakan pengalaman hidupku sepanjang tahun ini, namun mungkin sesetengahnya perlu dirahsiakan dan hanya aku dan orang sekelilingku sahaja yang tahu. Lembaran tahun 2011 dibuka dengan pelbagai kisah yang berlaku pada tahun sebelumnya. Dan tahun 2011 juga merupakan tahun terakhirku menimba ilmu di bumi daerah besut. Menjalani kehidupan sebagai guru pelatih memang menyeronokkan jika diimbas kembali.
Praktikum fasa 3 yang aku jalani di SK Kg Baharu membuatkan aku lebih kenal erti seorang guru. Banyak pengalaman yg di timba di sana. Dan pengalaman semasa praktikum ini juga mungkin akan bersama hidup aku sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang lelaki. Kedengaran agak pelik kn? Tetapi mungkin aku dan orang2 tertentu sahaja yg boleh memahami isi tersiratnya. =)
Pertengahan tahun 2011 mungkin satu lagi sejarah berlaku dalam hidup aku dan mungkin akan bersama-sama aku menjalani hidup ini kelak. Alhamdulillah, perancangan Allah bagitu indah sekali. Semoga pertemuan yang diredhai oleh kedua belah pihak akan  menceriakan lagi hidup aku di masa mendatang.
Semester terakhir 2011, semester yang ku kira begitu sibuk dengan pelbagai aktiviti yang dirancang dan juga dalam prosen menyempurnakan tesis aku.  Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun banyak kekangan yang berlaku namun semuanya telah dapat diatasi. Bulan oktober 2011, mencoretkan satu lagi pengalaman ku bersama sahabat, berjaulah ke negeri jelapang padi. Aku sangat merindui saat itu. Sungguh! Mungkin susah bagiku kini untuk merasai nikmat itu sekarang di bumi asing bagi ku ini.
Sebelum melangkah kaki memasuki 2012, alhamdulillah semua urusan berkaitan dengan kerjaya aku iaitu guru disempurnakan awal. KISSM, SPP .. semuanya telah aku jalani. Kiranya sangat beruntung untuk kami batch ambilan januari 2008 kerana sebelum posting, semua urusan berkaitan dengan pengesahan jawatan telah disempurnakan. Alhamdulillah..

Menunggu posting....  (insyaAllah akan diupdate dalam masa terdekat nanti, akan menceritakan pengalaman berposting ke sarawak)

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih