بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Alhamdulillah... aku telah dipostingkan ke sarawak untuk
menabur bakti di sana sebagai seorang pendidik. Perjalanan ke sarawak bermula
17 Januari 2012. Penerbangan ke sibu dijadualkan pada jam 1600 dan dijangka
tiba di lapangan terbang sibu pada jam 1800. Inilah pertama kali aku menaiki
kapal terbang untuk ke sarawak dan selepas ini, ia mungkin akan menjadi rutin
aku untuk pulang ke kampung setiap kali musim cuti persekolahan. Kami seramai
48 orang guru novis telah diterbangkan ke sibu dengan ditemani oleh seorang
pegawai dari KPM. Setibanya di lapangan terbang sibu, kami di sambut oleh wakil
setiap PPD untuk di bawa melapor diri di PPD masing-masing. Sebelum melapor
diri, kami semua bermalam di bandar sibu dan keesokan harinya barulah bergerak
ke PPD masing-masing.
|
ingin berlepas ke sibu |
|
baru sahaja tiba di lapangan terbang sibu |
|
membeli tiket bot di wharff sibu |
|
jarak ke pekan terdekat.. bukan dengan bas or kereta tp dengan menaiki bot sahaja.. |
|
mengankut barang ke atas bot |
|
kami guru novis menaiki bot ekspress |
18 januari 2012. Perjalanan ke pekan song mengambil masa
selama 2 jam. Jarak yang dilalui dari jeti sibu ke jeti di pekan song sejauh 85km
dengan menaiki bot ekspress. Setibanya di jeti song, kami di sambut oleh Puan
Nurul Izza iaitu pegawai PPD Song bahagian penempatan sekolah. Selesai menjamu
makan tengahari di kedai sarjan rabu yang merupakan satu-satunya kedai halal di
pekan song itu yang dibuka pada waktu siang hari, kami semua melapor diri ke
PPD Song. Sekolah aku terletak betol-betol bersebelahan dengan PPD Song iaitu
SK Cardinal Vaughan Song ( SK CVS). Di beri sedikit taklimat mengenai kawasan
song dan penduduk sekitarnya dan selepas itu di bawa melawat kawasan sekolah
oleh cikgu-cikgu senior ditemani pk ko dan juga pegawai KPM.
|
baru tiba di wharff song |
|
mengangkut barang ke dalam 4WD utk di bawa ke PPD Song |
|
melawat kawasan sekolah |
|
disambut mesra oleh guru2 senior |
|
berbual tentang kehidupan guru semenanjung di sini |
Buat sementara waktu, aku dan juga 5 orang lagu guru pelatih
menumpang di rumah cikgu senior sementara menunggu untuk masuk rumah sewa. Rumah
sewa yang bakal di sewa itu bayarannya RM 1500 sebulan. Memang mahal. Rumah teres
biasa yang hanya mempunyai 3 bilik. Aku kira kadar sewanya memang mahal jika
nak dibandingkan dengan rumahnya. Taraf hidup di pekan song ini boleh dikatakan
agak tinggi kerana sewa rumahnya mahal dan juga barangan asas di pekan juga
harganya lebih kurang sekali ganda dengan harga di semenanjung. Dulu sebelum
datang, aku menjangkan taraf hidup di sini rendah, tapi bila aku sendiri
menghadapinya, baru aku tahu macam mana.. meleset sama sekali sangkaan ku itu. Tapi
alhamdulillah, itulah nikmat dan pengalaman hidup yang aku dapat apabila
merantau di bumi sarawak ni. Dapat merasai budaya dan bergaul dengan mereka
yang berlainan bangsa dan agama yang jarang-jarang dapat dinikmati oleh guru
baru yang berkhidmat di semenanjung.. Alhamdulillah..
Minggu pertama di sekolah, aku hanya masuk sekolah pada hari
khamis dan jumaat sahaja kerana seminggu selepas itu merupakan cuti tahun baru
cina. Belum lagi mendapat jadual waktu mengajar Cuma mengantikan kelas sahaja. Sekolah
aku ini boleh dikatakan pusat untuk semua aktiviti bagi ppd song ini dan boleh
dikategorikan sebagai sibuk kerana segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan
dan ko kurikulum, sekolah aku lah yang menjadi tuan rumah. Sekolah ini juga
merupakan antara sekolah yang terbaik di negeri sarawak ni. Mana tidaknya,
waktu persekolahanya dari pagi sampai ke petang. Itulah cabaran aku di sekolah
ini. Sudah menjadi budaya di sekolah ini mengadakan kelas di waktu petang untuk
semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid tahun 6 sahaja. insyaAllah, selepas
cuti tahun baru cina ini, aku mungkin akan mendapat jadual waktu mengajar.
Cuti seminggu tahun baru cina di pekan song. Ramai dalam
kalangan guru-guru senior yang pulang bercuti ke kampung. Tinggallah kami
guru-guru baru di sini. Dalam cuti ini, aku sempat merasai pengalaman travel ke
sekolah di pedalaman 2 iaitu di SK Lubok Bedil. Agak mencabar dan seronok. Sekolah
berada di tepi sungai katibas dan di kelilingi hutan tebal. Itulah pengorbanan
guru-guru di pedalaman. Mereka yang tidak merasainya, memang tidak dapat
merasai kesusahannya. Itulah yang aku rasa sebagai seorang guru di sini. Bermain
dengan emosi apabila berada di sana.. itulah pengorbanan seorang guru dalam
menyampaikan ilmu kepada mereka yang dahagakan ilmu. Itulah tugas aku. Menjadi seorang
guru yang bukan sahaja ingin menyampaikan ilmu tetapi insyaAllah mendidik
mereka menjadi seorang manusia.
perjalanan ke sk lubok bedil
perjalanan pulang dari sk lubok bedil
Seminggu berada di song, sarawak. insyaAllah, semuanya
baik2 saje. Masyarakat di sini pun ok je. Mendengar nasihat daripada penduduk
di sini tentang pantang larang dan budaya di sini yang patut di elakkan. Alhamdulillah..
mereka semua sudi menolong kami guru-guru baru ini. Cuma masyarakat islam di sini agak
menyedihkan. Pemuda-pemuda kampung di sini tidak kelihatan langsung di masjid. Hanya
orang-orang tua dan kanak-kanak sahaja yang ada. Yang mengimarahkan masjid di
sini ramai dari kalangan guru-guru semenanjung. Tp alhamdulillah, masjidnya
tetap hidup dan tidak mati. insyaAllah, masjid di sini akan terus diimarahkan
oleh kami guru-guru dan akan cuba untuk menarik masyarakat Islam di sekitarnya.
Ameen.. =)
2 comments:
Salam. Teringat masa sy mula2 menjejakkan kaki ke Papar, Sabah pd 17 sept 97. Dtg sorang je. Jarak pekan ni ke KK cuma 40km. Sy ngajar di smk majakir hingga mei 01.
Sy tertarik dengan kesah2 yg dipaparkan...tengah syok sy baca jalan cerita xde penghujung.kalo boleh sambung seterusnyer.
Post a Comment