Wednesday, February 15, 2012

Aku Cikgu Pedalaman: Kehidupan Di Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum w.b.t


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...


Alhamdulillah.. semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sarawak. Selepas hampir sebulan merantau di bumi asing bagi ku, kini kehidupan di sini sudah semakin serasi dengan jiwaku. Suasana kampung di sini sungguh mendamaikan. 'Masuk' dengan jiwaku yang memang sukakan ketenangan dan kedamaian kampung. Alhamdulillah...

Mengajar di sekolah yang kebanyakannya murid-murid iban dan beragama kristian, memang agak kekok bagiku kerana selama ini sudah terbiasa dengan kehidupan majoriti Islam yang mengamalkan budaya memberi salam dan berdoa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, namun di sini semuanya berbeza. Melihat anjing berkeliaran di kawasan sekolah dan rumah adalah perkara biasa di sini. Keadaan kelas di sini tidak sesempurna sebagaimana semenanjung. Agak daif tapi masih lagi boleh digunakan untuk menitip sedikit ilmu buat anak-anak murid di pedalaman sarawak. 

inilah sedikit gambaran keadaan dan suasana dalam kelas






Selepas hampir sebulan 'menumpang kasih' di rumah guru senior, alhamdulillah dapat juga merasai hidup di rumah sewa sendiri..kadar sewanya sangat mahal, mungkin lebih mahal daripada mereka yang menyewa rumah di sekitar selangor atau kuala lumpur. Rumah batu biasa dengan hanya 3 bilik tidur dan 1 bilik air sahaja, kadar sewanya RM 1200 sebulan. Itupun selepas beberapa kali rundingan di mana harga yang ditetapkan tuan rumah adalah RM 1500. Mahalkan? itulah realiti hidup di 'bandaraya song' ni.. serba serbi mahal.. dari barang keperluan asas sehinggalah ke harga sewa rumah. Namun itulah cabaran hidup seorang guru di daerah song, sarawak ini. Jika dapat elaun pedalaman 1, mungkin dapat la sikit mengurangkan bebanan yang ditanggung ni. =) 


inilah antara gambar-gambar yang didalam kondo aku
(jangan terkejut plak tengok rumah di kawasan pedalaman macam ni.. hehe)
ruang tamu dalam pembikinan.. tengah mencuci rumah..
bahagian dapur kondo ku.. ada model peti ais plak.. hehe
kerusi di atas meja makan? hehe
ruang makan
selesai sudah mencuci.. inilah ruang tamu kondo aku
ada set sofa, tv, dvd, dan parabola je dulu.. lepas ni tambah astro plak.. hehe
2 orang chef sedang menyediakan makan malam
alhamdulillah.. keadaan kondo yang begitu selesa... =)
Alhamdulillah.. inilah kediaman ku buat masa ini. Mendengar berita daripada guru besar yang memberitahu bahawa 5 orang daripada 10 orang guru baru akan berpindah ke sekolah lain. Dan mungkin akan ke sekolah pedalaman lagi. adakah aku antara 5 orang itu? aku ada menawarkan diri itu pertukaran itu, tapi tak tahulah macam mana keputusan tu nanti.. menunggu dengan penuh sabar.. =)

6 comments:

Abuuwais said...

Alhamdulillah...dah tu akhi. Rumah comel. selesa.
Ingat kata2 ibnu taimiah " dibuang kerkelana,penja uzlah dan dibunuh syahid". Sekaranh mungkin anta akan faham makna berkelana bila terasing dalam suasana serba baru. Tapi seorang daie' tetap bersamanya kerahmatan dan kasih sayang walaupun kepada orang2 kafir. Ingat tak kisah nabi dengan seorang wanita tua dan buta...yg ana pernah sebut dalam usrah. Jangan lupa amal fardhi sentiasalah mutabaah.

syabab islam said...

Alhamdulillah.. ana syukur sangat dengan kehidupan di sini... kadang2 rasa x percaya yg diri ini dah menjadi seorang guru.. insyaAllah, segala ilmu yg yg dibincang dalam usrah kita dulu ana amalkan dan cuba istiqamah sepanjang berkelana di bumi Allah ini.. "dibuang berkelana, dipenjara uzlah dan dibunuh syahid".. insyaAllah, itulah perjalanan hidup seorang hamba.. bersyukur juga sbb kat sini ada masjid yg berdekatan dgn perkampungan melayu.. alhamdulillah menjadi jemaah tetap di masjid sana.. =)

snf said...

selamat menjadi pendidik yg cmerlang gemilang dn terbilang:-)

Abie KHalid HaFiZi (BaPa KePaDa KhaLiD HafiZi) said...

Assalamualaikum ya akhi,

Selamat menjalani ibadah sebagai seorang dae di syurga dae ini.

saya mengharapkan tuan melapangkan hati dalam mendidik anak bangsa. walau berlainan agama dan bangsa, tapi amanah tetap jadi keutamaan.

Boleh lawati blog saya www.insanwardah.blogspot.com untuk perjalanan saya sepanjang di Kapit dahulu kala.

wassalam

Dalila said...

Salam..boleh gtau nombor telepon utk umah sewa di sarawak kapit? Sy tgah mncari umah sewa

Dalila said...

Salam..boleh gtau nombor telepon utk umah sewa di sarawak kapit? Sy tgah mncari umah sewa

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih