Wednesday, October 26, 2011

JauLah TauTan UkhWah

Bismillahirrahmanirrahim...


Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Syukur kepadaMU Ya Allah kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk meneruskan hidup ini. Syukur kerana masih lagi dikekalkan dengan nikmat Islam dan juga nikmat Iman. Alhamdulillah... 
Beberapa hari lepas, baru sahaja pulang dari berjaulah bersama sahabat dan juga adik-adik di negeri jelapang padi, Kedah Darul Aman. Satu kembara jaulah yang begitu bermakna dan mencipta pelbagai kenangan untuk terus dikenang. Satu lagi episod suka dan duka aku bersama sahabat sefikrah kembara ke bumi utara. Satu kembara antara hidup dan mati seandainya dikenangkan beberapa kejadian yang berlaku. Subhanallah... Alhamdulillah.. kepada Mu aku panjatkan kesyukuran kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus menikmati hidup ini. 

Dua kejadian yang berlaku kepada aku dan sahabat boleh meragut nyawa kami. Namun,
dengan berkat amalan bacaan ayat qursi, Allah telah menyelamatkan perjalanan pergi dan pulang kami semua. Alhamdulillah.. itulah hikmat di sebalik amalan ayat qursi selama ini. Kejadian pertama berlaku semasa dalam perjalan pergi ke kedah di mana kereta yang aku naiki hampir terbabas apabila menuruni banjaran titiwangsa. Dan satu lagi kejadian berlaku semasa dalam perjalanan pulang dari temerloh apabila kereta yang dinaiki hampir sahaja di langgar oleh dua buah lori tangki dari arah depan dan belakang. Namun, alhamdulillah... semuanya masih lagi selamat daripada sebarang kecelakaan yang tidak diingini berlaku.

Bermula petang 20 Oktober 2011 dan berakhir malam 23 Oktober 2011. Perjalanan dimulakan dengan bacaan doa oleh ustaz abrar. Jaulah kali ini padat dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat untk kami semua. Dan jaulah ini juga memberikan aku kesempatan untuk bertemu semula dengan seseorang yang telah banyak menyumbangkan bakti dan ilmu di ipg ksm suatu ketika dahulu. ALhamdulillah...

Selesai berjaulah di Kedah, aku bersama beberapa sahabat yang lain meneruskan jaulah ke temerloh pahang kerana menghantar 2 orang sahabat pulang ke rumah masing-masing. Alhamdulillah, sempat juga merasa masakan istimewa temerloh iaitu gulai tempoyak ikan patin. Terima kasih kepada keluarga Asyraf Abdul Rashid atas layanan yang diberikan. 
 

Jom view2 gambar JauLah

memulakan jaulah dengan bacaan doa
sebelum kejadian
pengisian di puncak banjaran titiwangsa oleh ustaz abrar

pengisian ba'da subuh
berlatar belakangkan gunung krian
selamat datang ke muzium padi
di muzium padi
melihat pemandangan sekitar gunung krian
mencari batu kristal di gunung krian
 sirah pertama disampaikan oleh Asyraf Alpandi di gunung Krian

 makan tengahari di Sekolah Menengah  Dato' Syed Omar

 gambar kenangan bersama Ustaz Fauzi

perkongsian ilmu oleh akhi fazli
 aksi kanak-kanak ribena di Ulu Lenggong, Sik Kedah

ziarah tokoh (ustaz rosli) di sekolah menengah Islah, Sungai Petani

menunggu hidangan makan malam (^___^)

bergambar bersama ustaz rosli selepas makan malam

Di Masjid Zahir, Alor Star


Aktiviti Sekitar Temerloh
(di rumah asyraf rashid)
asyraf alpandi memberi makanan kpd kambing biri-biri.. hehe

memerhatikan kambing turun dr kandang

selesai menjamu selera dengan hidangan istimewa temerloh















































































































































































































p/s: terima kasih kepada semua yang bersama-sama dalam kembara iman ini..

1 comment:

Abuuwais said...

Akhu kum fiIslam...
Sangat terkesan dihati...maafkan Ana jika ada sebarang kekurangan dan kelemahan.
Kalaulah boleh dibayar nilai ukhuahFillah agak2 berapakah harganya?. Hanya hati kita yg mampu menjawabnya didepan Allah dengan anugerah ini.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih