Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t...
Syukur kehadrat ILAHI kerana dengan limpah kurnia dan inayahNYA dapat lagi aku meneruskan hidupku di atas muka bumi yang fana ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, kaum kerabat baginda, para sahabat, para syuhada', serta mujahid mujahidah yang senantiasa tegar berjuang dalam menegakkan kalimah haq di atas muka bumi ini.
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
Alhamdulillah, masih lagi diberi kesempatan untuk mencoret sedikit bingkisan untuk tatapan sahabat yang sudi membaca. Dalam sibuk aku melayari laman-laman blog sahabat, aku terhenti sekejap di laman blog sekolah ku dulu. Tetiba terbit rasa bangga kerana pernah menjadi warga sekolah itu dulu.
Setelah beberapa tahun meninggalkan sekolah, sudah banyak kejayaan yang telah diperolehi oleh bekas sekolah ku itu baik di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Jika dulu namanya kurang terkenal, mungkin sekarang sekolah itu digeruni sahabat mahupun lawan. Jika dulu sekolah itu hanya berada di rangking ke 3 atau ke 4 dalam ranking SMKA di Kelantan, namun sekarang sekolah itu bersaing hebat dengan Naim Lilbanat untuk rangking pertama.
Sudah hampir 5 tahun rupanya aku meninggalkan alam persekolahan. Namun, setiap kali ada masa dan kesempatan, aku bersama sahabat akan pergi melawat warga sekolah. Guru-guru pun masih mengenali ku. Guru-guru yang pernah mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada ku. Terima kasih cikgu.
Sekolah itu mencipta banyak kenangan dalam hidupku. Banyak kenangan yang tercipta bersama sahabat menempuh onak dan duri bagi mencari ilmu buat bekalan di masa hadapan. Kenangan yang tercipta sukar untuk aku lupakan kerana di sana aku mula mengerti erti persahabatan. Tali ukhwah yang terjalin masih tersimpul rapi sehingga sekarang. Setiap kali cuti semester, insya'allah aku dan sahabat-sahabat yang lain akan berkumpul dan menceritakan pengalaman hidup di kampus masing-masing. Dan tidak ketinggalan juga sahabat yang masih meneruskan tugas sebagai da'ei di kampus masing-masing. Bangga rasanya mempunyai sahabat seperti mereka walaupun diri ini jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan mereka.
Sekolahku, dulu... di situ aku pernah bertapak... bersama-sama sahabat menempuh hidup ini...
Itulah SEMEKAM...