Tuesday, May 5, 2009

Hujung Minggu Di Dungun - Anda Bijak Jauhi Zina

Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan aku peluang untuk terus berkelana di atas muka bumi ini. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhamammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, para syuhada’ dan juga pejuang2 agama Allah yang sentiasa berjuang dalam menegakkan kalimah Haq di muka bumi ini.

Subhanallah…

Alhamdulillah…

Allahuakbar…

Dalam kita meniti hari, masih lagi kita diberi ruang dan waktu untuk berzikir memuji Allah..alhamdulillah… masa berlalu begitu pantas, masa tidak menunggu kita. Kita seharusnya menggunakan masa itu sebaiknya dalam mengisi hari-hari muda kita. Teringat aku satu teka teki yang diberikan oleh imam al-Ghazali kepada murid-muridnya iaitu apakah benda yang paling jauh dengan kita. Dan murid-muridnya ada yang menjawab matahari, bulan, bintang dan lain-lain lagi. Walhal benda yang paling jauh dengan kita adalah masa lalu. Kenapa? Kerana masa lalu takkan dapat diundurkan kembali walaupun kita sanggup membayar dengan jumlah yang mahal untuk memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan. Subhanallah.. begitu berharganya masa sekarang. Dalam kita meniti hidup ini, adakah kita menggunakan masa kita sebaiknya? Gunakan masa muda sebelum masa tua.. kenapakah? Kerana masa mudalah kita dapat melakukan banyak amal ibadah. Jika kita telah menjangkau usia tua, amal ibadah yang kita lakukan pun akan terbatas kerana di usia tua nanti akan ada banyak masalah yang menimpa diri kita seperti penyakit dan badan kita pun tidak sekuat semasa mudanya untuk melakukan ibadah.

Alhamdulillah, masa muda ku ini aku isikan sedikit sebanyak dengan perkara-perkara yang berfaedah untuk bekalan ke sana nanti. Di sini ingin aku bingkiskan sedikit sebanyak perjalanan hidupku bersama sahabat menyertai satu program di dungun, Terengganu. Program yang aku sertai itu ialah program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Satu program yang sungguh bermanfaat untuk sesiapa yang menyertainya. Sebelum itu, ingin aku coretkan juga perjalanan ku ke dungun bersama sahabat. Petang khamis, aku bersama sahabat ku pergi mengambil kereta satria neo baba di pusat servis proton di kota bharu. Kereta baba baru di servis. Selepas mengambil kereta baba, aku menjemput seorang sahabat ikhwan di kota bharu. Seorang sahabat dari kolej jaipetra yang akan sama-sama mengikuti program ABJZ nanti. Sewaktu aku bertemu dengannya, aku rasa amat bersalah kerana membuatnya tertunggu begitu lama. Sudah separuh hari dia berada di Bandar kota bharu kerana menunggu ku. Bukan salah sesiapa kerana ada sedikit masalah dalam penyampaian maklumat. Aku pun tidak dapat menghubunginya pada mulanya, tetapi nasib baik dia sempat menelefonku sebelum aku bertolak ke dungun. Sebelum bertolak ke dungun, aku bersama sahabat singgah sebentar di rumahku untuk meninggalkan kereta sahabatku kerana kami akan ke dungun dengan menaiki kereta satria neo baba. Kami bertolak dari rumah ku lebih kurang pukul 7.15 malam. Sejam perjalanan, kami berhenti untuk solat jamak isyak dan magrib di samaping makan malam di daerah besut. lebih kurang pukul 9 malam, kami bertolak ke dungun. Perjalanan ke dungun mengambil masa hampir tiga jam. Sewaktu memasuki daerah dungun, aku meminta kawanku membawa kereta kereta mataku sungguh mengantuk dan untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Dan Alhamdulillah kami selamat tiba di rumah kawanku.

Jumaat, 1 mei 2009, sebelum jam menunjukkan jam 8.30 pagi, kami seramai 3 orang telah bertolak ke tempat program iaitu di politeknik dungun. Program anda bijak jauhi zina itu sebenarnya anjuran wanita JIM dan juga Raudhatus Sakinah. Pengarah Raudhatus Sakinah, iaitu ummie rose sendiri yang turun padang memberikan ceramah. Program itu sebenarnya adalah untuk trainer dan juga fasilitator (training of trainer @ TOT ABJZ). Program itu memang amat bagus. Kami diberi pendedahan tentang cara-cara untuk menganjurkan program atau aktiviti, cara-cara untuk menegur kemungkaran di depan mata berdasarkan pengalaman ummie rose sendiri, kami juga diberi pendedahan tentang modul2 yang dapat digunakan untuk melaksanakan program ABJZ ini. Nama-nama untuk program ABJZ ini juga tidak semestinya terlalu ‘skema’ sehingga menyebabkan remaja tidak berminat untuk menyertainya. Tetapi haruslah menarik supaya dapat menarik orang ramai untuk menyertainya. Aku tertarik dengan satu nama program ABJZ yang akan dilaksanakan di IPTB. Nama program tu ialah Aku Di bius Cinta. Satu nama yang menarik. Aku terlihat nama program tu dalam sebuah laman web sahabatku yang belajar di iptb. Insya’allah program tu nanti berjaya menarik minat ramai untuk menyertainya. Di samping didedahkan tentang prosedur2 dan cara2 untuk menganjurkan program ABJZ, kami juga didehkan tentang penyakit2 yang berpunca disebabkan zina. Subhanallah, dari gambar2 pesakit yang aku lihat, memang amat menyakitkan bagi yang menanggungkan. Namun, itulah balasan yang Allah turunkan kepada mereka yang melakukan zina. Balasan di dunia sudah teruk, inikan pula balasan di akhirat kelak. Semoga kita dijauhkan daripada melakukan dosa2 besar. Program yang aku sertai itu tamat lebih kurang pada pukul 6 petang. Tersasar hampir sejam dari masa yang dijangkan iaitu pukul 5 petang.

Selepas menikmati sedikit jamuan makan, aku bersama 2 orang lagi sahabat bertolak pulang ke Kelantan. Jam 7.30 kami tiba di Bandar kuala Terengganu. Kami singgah di mydin hampir sejam untuk membeli sedikit barang dan juga menunaikan kewajipan kami kepada al-Khaliq. Lebih kurang jam 9.30 malam, kami berolak pulang. Kami tiba di rumah ku pukul 11.30 malam. Waktu tue hujan turun dengan lebatnya. Selepas beberapa minit di rumah, aku ke kolej jaipetra untuk menghantar sahabat ikhwan ku. Alhamdulillah, perjalanan pergi dan pulang kami ke dungun selamat. Syukur aku panjatkan..

Semoga ilmu yang baru aku perolehi, dapat aku aplikasikan dalam kehidupan seharianku sebagai seorang hamba..

-ANDA BIJAK JAUHI ZINA-

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih