Wednesday, March 4, 2009

SIFAT ROMANTIK RASULULLAH S.A.W





Rasulullah SAW adalah contoh yang terbaik seorang suami yang mengamalkan sistem Poligami. Baginda romantik kepada kesemua isterinya. disebutkan satu kisah pada suatu hari isteri-isteri baginda berkumpul dihadapanbaginda lalu bertanya siapakah diantara mereka (isteri-isteri) baginda yang paling disayangi". Rasulullah SAW hanya tersenyum lalu berkata, "Saya akan beritahu kamu kemudian~. "

Selepas daripada pertemuan itu, Rasulullah telah memberikan setiap seorang daripada isteri-isteri baginda sebentuk cincin. Baginda berpesan supaya tidak memberitahu kepada isteri-isteri yang lain~ . Lalu suatu hari mereka berkumpul lagi dan bertanyakan soalan yang sama. Rasulullah SAW lalu menjawab "Orang yang paling aku sayangi ialah yang kuberikan cincin kepadanya". Isteri-isteri baginda tersenyum puas kerana menyangka hanya diri mereka sahaja yang mendapat cincin dan merasakan bahawa diri mereka tidak terasing.

Tidak ketinggalan amalan-amalan lain yang boleh dilakukan untuk mendapat suasana romantik ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: "Apabila pasangan suami isteri berpegangan tangan, dosa-dosa akan keluar melalui celah-celah jari mereka". Rasulullah SAW selalu berpegangan tangan dengan Aisyah ketika di dalam rumah. Baginda acap kali memotong kuku isterinya, mandi junub bersama, dan mengajak salah seorang dari isteri baginda pergi musafir (mengikut undian) untuk menambahkan lagi kasih sayang di antara mereka.

Inilah serba sedikit kisah romantik Rasulullah SAW agar dapat kita tauladani dan praktikkan dalam kehidupan berumahtangga. Pada suami-suami yang budiman selepas ini peganglah tangan isteri anda setiap waktu, setiap masa dan setiap saat begitu juga pada isteri-isteri solehah peganglah tangan suami anda bagi menghapuskan segala dosa-dosa~. ada yang belum berumahtangga tu cepat-cepatlah mendirikan rumahtangga~ kerana dengan perkahwinan itu boleh menjamin anda ke syurga.

"Ya Allah cantikkanlah akhlak ku seperti mana cantiknya akhlak Rasulullah SAW, tenangkanlah hati ku bagai tenangnya air di tasik, dan serikanlah wajahku bagai bercahayanya bulan purnama di hari berserinya wajah orang-orang beriman...." Aaaammmmmiiiiin~ Ya Rabbal 'Alamin~^^ Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, Insya Allah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya ALLAHUAKBAR~


Sunday, March 1, 2009

Kenal Dan Kawal Nafsu...

Alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah kerana masih lagi memberikan aku ruang dan masa untuk aku terus berkelana di atas bumi ciptaanNYA. Selawat dan salam ke atas junjungan yang dirindui, dicintai Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, para pejuang agama Allah yang sentiasa setia berjuang dalam menegakkan yang HAQ di atas muka bumi ini..


Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Subhanallah...

Alhamdulillah...
Allahuakbar...

Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahuakbar...


Alhamdulillah, dapat juga antum berzikir hari ini. Syukur aku panjatkan kerana diberikan ruang untuk
mengajak antum untuk turut sama-sama berzikir memuji Yang Esa ketika membaca blog ini..


Untuk kali ini, ingin ana berkongsi ilmu dengan antum semua tentang nafsu.. Ya nafsu.. Nafsu adalah makhluk ciptaan Allah... Nafsu adalah makhluk yang sangat degil dan susah di kawal. Sebelum ia tunduk kepada Allah, Allah telah beberapa kali merendamnya ke dalam neraka jahana
m. Di mana setiap kali di rendam nafsu itu ke dalam neraka, lamanya adalah beribu-ribu tahun.


Pernahkah antum melihat layang-layang yang cantik melayang-layang dan menari-nari di udara? Ia suatu pemandangan mengasyikkan! Tahukah antum mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mengasyikkan? Ia disebabkan benangnya mantap dan tidak putus. Apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu. Akhirnya, tersadai di tempat yang tidak menentu, menanti kehancuran! Demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. Apabila benang agama terputus daripadanya manusia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.


Nafsu itu diri. Ianya dalam diri. Ianya menyala-nyala. Berkobar-kobar. Diam dan pejam matamu. Rasakan ia. Malah ianya dalam sanubari, terpendam jauh dalam pelosok badan. Mencakar-cakar bukan? Menarik-narik. Merentap-rentap. Antum boleh rasakan namun antum tidak pasti dari mana sumber asalnya. Beri ia makan. Beri ia minum. Beri ia puas. Beri apa saja. Biarkan ia makan dan biarkan ia menyala, tinggi. Nafsu itu api. Diberi makan nescaya ia puas, membesar dan membakar. Membakar dan menyala memakan diri antum sendiri. Ke arah kemusnahan. Maka diciptakan kaedah oleh ALLAH... Tuhan Sekalian Alam, yang tahu akan kelemahan manusia mengatasi gejala bahana nafsu ke atas diri sendiri yang lemah. Ya, Dia tahu manusia itu pada fitrahnya lemah. Maka diciptakan cara untuk mengatasi api yang membakar.



Berpuasalah selama sebulan. Berpuasa ibarat menahan dari memberi api itu makan. Api itu tidak bisa terpadam, namun apabila ia dikawal ia akan jadi kecil. Sekecil api lighter yang meliuk saat antum menyalakan sesuatu. Bisa dikawal, malah dipadam. Kawallah ia sebelum ia membakar. Dan ketahuilah segala apa yang disuruh oleh Pesuruh-Pesuruh sebelum ini, ada faedahnya. Supaya kita semua terkandung dalam ajaran yang lurus. Supaya kita menjadi sempurna, bukan cacat rohani. Supaya kita menjadi manusia, bukan binatang. Supaya kita mempunyai akal sebagai pembimbing, bukan nafsu yang mengiakan apa saja, matlamat menghalalkan cara. Sesungguhnya aku redha dengan Islam sebagai agamaku dan aku redha dengan segala apa yang diberitahu oleh para Pesuruh.


Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripada artikel ini..
JOM LAWAN NAFSU!!!

Saturday, February 28, 2009

Manisnya Tahajjud

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com

http://www.ukhwah.com/

Malam itu gelap gelita tetapi ia amat indah. Di muka langit bertaburan bintang-bintang yang berkelipan, disisi bulan yang terang benderang. Untuk apakah Allah s.w.t jadikan malam? Ada waktu malam yang dihiasi dengan munajat kepada Allah s.w.t dan ada malam yang dihiasi dengan derhaka kepada Allah s.w.t. Jadi malam itu tidak sentiasa indah dan permai kerana ia bergantung kepada penghuni-penghuninya.

Bagi orang-orang yang soleh merindui malam ibarat pengantin menanti malam pertama. Kerana pada waktu malam untuk mereka bermesra-mesra dengan Tuhannya. Pada waktu malam tiada kebisingan kecuali mereka mengadu dan bermunajat kepada Tuhannya.


Kalau sepasang kekasih mencari waktu malam untuk memadu kasih, maka tidak hairan kalau orang-orang yang soleh juga menggunakan waktu malam untuk memadu cinta sejati dengan Allah s.w.t. Berkata Al Fudhail bin Iyadh, “Apabila terbenam matahari maka saya gembira dengan gelap. Dan apabila terbitnya matahari maka saya berdukacita kerana datangnya manusia kepadaku!” Abu Sulaiman pula berkata, “Jikalau tidaklah kerana malam nescaya saya tidaklah menyukai tinggal di dunia ini.”

Selain dari keheningan malam yang ada pada waktu malam, Allah juga menurunkan malaikat-malaikat pada malam hari untuk memberi rahmat kepda hamba-hambaNya yang sedang beribadah. Malaikat akan turun ke bumi mencari manusia-manusia yang menghidupkan malam dengan ibadah untuk diberi rahmat dan diaminkan doanya.


Pada waktu malam juga akan ada satu detik di mana barangsiapa yang berdoa ketika itu akan dikabulkan segala hajatnya. Solat yang didirikan pada waktu malam juga lebih banyak manfaat dan lebih pahalanya. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua rakaat yang dikerjakan oleh hamba pada waktu tengah malam adalah lebih baik baginya dari dunia dan isinya. Dan kalaulah tidak memberi kesukaran kepada umatku, nescaya saya wajibkan kedua rakaat itu atas mereka.”


Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: “Kerjakan solat dua rakaat dalam kegelapan malam untuk kesuraman kubur.”


Maka sebaik-baik pengisian waktu malam ialah dengan mendirikan ibadah solat. Allah memberi pandangan kepada golongan ini kerana mereka telah sanggup meninggal keenakan dan keselesaan beristirehat untuk bangun mengabdikan diri sebagai seorang hamba. Di tengah-tengah kesejukan dan kedinginan malam, maka golongan ini telah membasuh diri dengan wudhuk dan berdiri serta sujud kepada Allah s.w.t. Untuk melakukan pekerjaan ini bukannya mudah. Ia memerlukan kegigihan pada hati serta hidup cintanya dengan Tuhan. Sebab itu Allah menyediakan sebuah syurga bagi hamba-hambaNya yang menghidupkan malam.

Meskipun itu adalah janji dari Allah s.w.t. kepada kita namun kepayahan untuk menghidupkan malam lebih ketara lagi kerana syaitan turut memainkan peranan dengan bersungguh-sungguh menghalang manusia melakukannya.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Diikat oleh syaitan di atas seseorang kamu dengan tiga ikatan apabila ia sedang tidur. Maka syaitan memukul tiap-tiap tempat ikatan tersebut sepanjang malam sehingga tertidurlah kamu. Kalau kamu terbangun dan berzikir kepada Allah s.w.t nescaya terbukalah satu ikatan. Kalau berwuduk nescaya terbukalah satu ikatan lagi dan kalau bersolat nescaya terbukalah semuanya. Sehingga kamu menjadi rajin dan baik jiwanya. Kalau tidak yang demikian nescaya menjadi keji jiwa dan malas.”

Bila dilihat dari segi halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang yang mahu menghidupkan malam dengan ibadah, maka tidak salah kalau diletakkan mereka dealam golongan mnusia yang berjiwa gigih dan hidup cintanya dengan Allah s.w.t. Golongan ini juga telah mewarisi pekerjaan orang-orang soleh.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Haruslah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam adalah mendekatkan diri kepada Allah Azzawajalla, menutup segala dosa, menghilangkan segala penyakit pada tubuh dan mencegah daripada dosa.”

Dipetik dari Panduan Solat Tahajjud, oleh Muhammad Uzair Al Aziz.

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih