Islam merupakan agama yg lengkap dalam semua aspek kehidupan sama ada dr segi ilmu
pengetahuan, ekonomi, politik dan juga sosial. Oleh itu, dalam kehidupan sosial, kita telah disediakan
beberapa garis panduan yg kalau diikuti boleh mendatangkan kebaikan dan menghindarkan keburukan.
Contoh kehidupan bersosial ialah soal mencari sahabat. Kita dinasihatkan supaya berhati-hati memilih
sahabat kerana Islam menegah kita mancari sahabat yg boleh membawa kpd kemungkaran seperti
fiman Allah s.w.t. dalam surah Kahfi ayat 29 yg bermaksud :
"Janganlah engkau mengikuti orang yg telah Kami lupakan hatinya utk mengingat-ingat
(berzikir) pada Kami dan ia suka mengikuti hawa nafsunya."
Sekiranya kita memilih sahabat yg terlalu cintakan dunia dan mementingkan hawa nafsunya, sahabat
itu akan merugikan kita. Malah, lambat-laun, kita mencari sahabat yg soleh yg paling ingat-mengingati
ke jalan yg diredhai oleh Allah s.w.t. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis yg
bermaksud :
"Seseorang itu menurut agama (aturan) kekasihnya, maka oleh sebab itu baiklah seseorang dr kamu semua itu meniliti orang yg dikasihi."
No comments:
Post a Comment