Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..
Terjah! apa yang terjah? Sape yang terjah?
Tak ada apa2 sebenarnya.. Saje nak cuba update blog ni. Dah lama rasanya tak terjah di blog ni. Agak sibuk sedikit. Cuti sempena maulidur rasul baru ni pun sibuk. Terpaksa pulang ke kampung kerana aku telah kehilangan seorang lagi ahli keluarga selepas bulan lepas juga kehilangan seorang ahli keluarga.
Kematian.. itulah perkara yang pasti berlaku dalam hidup setiap insan.
Petang isnin lepas, lebih kurang pukul 2.45 petang, aku menerima panggilan daripada ibuku yang mengatakan ibu saudaraku semakin tenat. Ibu saudaraku yang rumahnya hanya 5 meter dari rumahku. Ibu ku kata mak cik ku semakin tenat dan dia menyuruh aku pulang untuk melawatnya. Pada ketika itu aku masih lagi berada di bandar jerteh selepas pulang dari sekolah. Maknanya aku tak balik ke kolej lagilah. Selesai urusan di jerteh, singgah makan sekejap.
Masa tengah menunggu pesanan, satu lagi penggilan yang aku terima daripaa ibu ku. Masa tengok siapa yang buat panggilan tu, aku dah macam rasa ada sesuatu yang dah berlaku. Dan jangkaan ku memang tepat. Mak cik baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir sekejap tadi. Innalillahiwainnailaihirajiuun...
Selepas sampai di kolej kediaman, aku membersihkan diri. Selesai menunaikan solat asar, aku bergegas pulang ke rumah. Sesampainya di perkarangan rumah, aku melihat ramai orang yang datang menziarahi mak cik aku. Anak-anaknya semuanya sudah pulang. Orang yang berada di dalam rumahku juga ramai. Maklumlah rumah pusaka peninggalan nenek aku. Jadi saudara-saudara yang datang dari jauh pastinya berehat di rumah ku itu.
Di rumah aku, ibu ku dan juga jiran-jiran tetangga sedang sibuk menyediakan makanan untuk hidangan ahli keluarga si mati. Maklumlah, anak-anak yang baru pulang dari jauh dan keletihan tidak menjamah sebarang makanan lagi dan sibuk menguruskan urusan jenazah. Aku sendiri tolong yang mana patut. Ahli keluarga terdekat seperti adik beradik si mati semuanya telah datang. Malah ahli keluarga yang lain juga datang menziarah. Ada juga mereka yang tidak aku kenal, maklumlah selama ini tak pernah berjumpa dan masa tu lah pertama kali berjumpa. Alhamdulillah.. ada hikmahnya..
Urusan memandikan jenazah di lakukan selepas maghrib dan jenazah disembahyangkan selaps isyak. aku pun turut serta dalam menyembahyangkan jenazah. alhamdulillah.. selesai solat, turut membantu mengangkat jenazah ke dalam van jenazah dan seterusnya di bawa ke tanah perkuburan. Dikebumikan betul-betul bersebelahan dengan kubur ibunya dulu iaitu nenek aku. Urusan pengebumian selesai lebih kurang jam 10.30 malam. Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar. semoga roh ibu saudara bersemadi dengan aman dan sejahtera. dan semoga dia ditempatkan dalam kalangan para solehah. ameen...
KEMATIAN!
Itulah yang bakal kita hadapi. Setiap insan akan merasai sakitnya mati. Mungkin hari ini, mungkin esok, mungkin lusa, mungkin minggu depan, mungkin bulan depan, mungkin tahun depan atau mungkin beberapa tahun lagi. Semuanya telah ditentukanNYA. Cuma kita sahajalah yang perlu sentiasa bersedia bagi menghadapinya.
KEMATIAN!
Kematian adalah benda yang paling dekat dengan kita. Hanya menunggu saat dan ketikanya sahaja ajal menjemput. Saat nyawa terpisah dari jasad maka terputuslah semua amalan kita melainkan 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh.
p/s: sedikit yang menegur lebih baik dari banyak yang melalaikan..
2 comments:
innalillah......
-alfatihah-
syukran cosin..
Post a Comment