Wednesday, March 16, 2011

aKu nAk KaHwiN...

Assalamualaikum wbt...

Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...

Aku nak kahwin? Bila? Tahun ni ke? Biar betol??

Ada apa dengan tajuk entry kali ni? tetiba je nak kahwin ni? hehe.. saje je nk update blog ni, dah lama tak update, so sempena dengan musim orang kahwin sekarang ni, tajuknya pun pasal kahwin la.

Esok 17 March 2011, 2 orang kawan sekelas aku akan bertunang. Classmate tue.. Alhamdulillah, mereka akan bertunang, sorang asal kelantan dan seorang lagi asal terengganu. Dah sampai seru diorang untuk mengikat tali pertunangan. Semoga jodoh mereka berpanjangan sampailah ke syurga. insya'Allah.. Di sini, aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat melangsung pertunangan buat 2 orang kawanku itu iaitu Abd Ghafar bin Mat Rippin dan juga Siti Humairah bt Hamin. Semoga majlis yang dirancang esok berjalan dengan sempurna. ameen..

Hmm.. kawan dah bertunang, aku bila pulak? tengah view2 'mukabuku', ramai gak kawan yang seusia dengan ku sudah melangsungkan pertunangan dan juga perkahwinan, tetiba je rasa nak gak kahwin.. aku nak kahwin!! hehe.. tapi dengan sape? calon dah ada ke?

situasi kat sekolah: tengah duk borak-borak dengan akak-akak guru, maka timbul la jugak isu sal kahwin ni. Akak guru, "berapa umur awak sekarang?"... aku, "dah 23 tahun dah, tahun akhir dah study ni"... "dah ada calon?"... "xde lagi"... "tahun akhir tue, dah boleh la nak try cari calon, akak dulu pun masa tahun-tahun akhir macam awk jugalah yang cari calon"... dalam hati aku, dah agak tua rupanya aku ni.. hehe.. maklumlah dah di tahun akhir pengajian.

Bila bercakapa soal kahwin ni, aku ada gak beberapa kali berbincang dengan mak aku. hehe.. meluahkan apa yang terbuku di hati. Mak aku sporting je.. hehe.. Dulu mak aku pun tahu tentang seorang calon, tapi bab orang kata ''xde jodoh''.. so, nak buat macam mana lagi. hehe..

Satu petang, masa tengah onda way balik dari rumah mak cik aku di kampung chengal, tetiba terkeluar soal kahwin ni. Mak aku cakap, "kalu buleh, cari hok dekat-dekat jah lah, toksoh duk cari hok jauh.. payoh nak g blarok kekgi, n....... mulo, abah mu pun kene doh, ma tgk dio pun ok jah, tgk berjurus jah budok tue, keluargo dio pun ma tgk ok jgk, lebih kure kito jgk jah, guano dgn dio loni? ... gurllppp.. telan air liur aku.. ''tok tau la ma, payoh nok oyak, dee duk jauh gak, mace2 la hok jadinyo.. bagi ore pun, dia tue ok, baik, berjurus, tapi gak nok buwat guano, dee xdok jodoh ngn dio, loni pun ore tok taulah dio gano.. tu lah jawapan yg terkeluar dari mulut aku. Susah nak cakap soal jodoh ni. ..."ore pun kalu buleh xsir hok jauh2 nih, nok hok duk dekat-dekat jah, sene skit bilo tuo nnt, bleh balik kijo kampong, maso rayo pun xdok lah duk baloh nok balik kmpong sapo mugo duo-duo duk kelate jah.. sene nok g jale nanti.. loni pun ado jgk calon, tp gak tok tahu la tuh gano, mugo dio pun nok abes jgk, tgk la gano nanti.. hehe.. ayat ingin menyedapkan hati.. ma aku kato lagi, "kalu buleh, saeng jah dulu, kenal dulu hati budi masing2.. tok soh duk gadoh... jawapan aku, "tau lah ma, tgk la gano. ore pun xleh nok kato gapo2 lagi loni, ore pun x brapo kenal budok tue, mugo pok sedaro dio hok kene kok re, tp gak, ore tgk budok tue pun ok jah, berjurus jah.. tgk ko family dio pun ok jah, ore pun tok sir doh supo mulo, baik kenal lepah nikoh, lagi baik sero.. tengok la gano nanti... tetiba adik bongsu ku menyampuk, gapo ni ma? angoh nok nikoh doh ko? (hahaha.. dalam hatiku gelak, cibuk je budok kecik ni) hehe..

Itulah antara situasi yang aku alami. Bila bicara soal jodoh, macam-macam cerita ada, maka akan terungkit kembalilah kisah-kisah dulu yang mungkin hanya sekadar persinggahan di waktu itu. Kisah yang hanya membuatkan aku terfikir sejenak tentang apa yang telah berlaku dahulu. Secalit kenangan yang tercipta yang ingin sahaja aku lupakan buat selama-lamanya. Sebuah kisah yang aku sendiri tidak terduga kesudahannya begitu. Aku sendirian pelik, mungkin silap aku sehinggakan seluruh ahli keluarganya remove aku dari list mereka. Ianya membuatkan aku terfikir, seingat aku, aku ni kawan sekolahnya tapi tak ku sangka pula sampai remove. hehe.. sudah alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Tindakan yang ku ambil seterusnya memadamkan terus memori mereka dalam laman sosialku. Semuanya.. ya, semuanya... tiada satu pun yang tinggal.. bukan aku yang mulakan tapi mereka yang berkehendakan begitu, jadi aku hanya tunaikan permintaan mereka.

Kahwin? sebelum berbicara soal perkahwinan, terlebih dahulu kita kena cerminkan diri kita. Bagi seorang lelaki, pelbagai aspek yang perlu difikirkan dan diambil kira sebelum ingin melangkah gagah ke gerbang perkahwinan. Kerana seorang lelaki akan menjadi imam kepada keluarga yang bakal dibina nanti. Itulah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua elaki yang ingin membina sebuah ikatan suci bersama seorang wanita. Bagi aku sendiri, banyak perkara yang difikirkan untuk sebelum sebuah ikatan perkahwinan dimeterai dengan lafaz Aku Terima Nikahnya! namun, adakah aku bersedia untuk sebuah tanggungjawab itu? rasanya, belum termampu untuk aku memikul tanggungjawab itu. Pelbagai aspek perlu aku perbaiki, kerana sebuah ikatan perkahwinan bukan sahaja ikatan antara dua insan tetapi antara dua buah keluarga.

Dan dalam masa untuk membuat keputusan, istikharahlah yang menjadi sandaran...

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih