Thursday, November 6, 2008

Catatan Hidupku..

3 November 2008

Cepat benar masa berlalu. Namun rinduku kepadanya x pernah pudar. Hari ini kehidupanku bermula seperti biasa. Pagi ini di surau jemaahnya agak ramai dari semalam. Semalam hanya ada 3 orang je. Alhamdulillah aku dapat istiqamahkan diriku menunaikan kewajipanku sebagai seorang hamba kepada Penciptaku. Hari ini, aku dan sahabat2ku ada usrah. Dan dapat juga aku melepaskan rinduku kepada seorang yang begitu istimewa di hatiku. Indahnya saat bersamanya. Terasa begitu aman, tenang. Subhanallah cantiknya ukhwah yang Kau ciptakan dalam kalangan kami yang berjuang di jalanMu ya Allah. Selesai menunaikan solat asar, aku dan sahabatku yang lain berbincang dan menimba ilmu daripada en. Zaid. Seorang yang mempunyai banyak ilmu. Segala ilmu yang dimilikinya bermain di bibirnya. Lancar. Ingatannya sungguh baik dalam menuturkan setiap bait ayat2 al-quran. Pukul 5 petang, aku dan sahabat yang lain menunggu en. Zul di tempat biasa usrah diadakan. Beberapa minit kemudian, en. Zul datang memberitahu kami tempat di ubah ke jabatan R&D. Kami pun bergerak ke jabatan R&D. pada waktu itu kami hanya berlima dan masih menunggu 4 orang lagi sahabat kami. 2 orang lagi datang lewat kerana mereka baru habis exam. Usrah kami dimulakan seperti biasa. Dimulakan dengan bacaan al-fatihah. Tilawah pada hari ini ialah surah al-A’laa. Selepas semuanya memperdengarkan bacaan masing-masing. Seorang daripada kami membacakan tasfir bagi ayat-ayat dalam surah ini. Makna surah al-A’laa ialah yang paling tinggi. Selepas selesai membacakan tafsir, en. Zul menghuraikan sedikit sebanyak isi kandungan surah ini. Surah ini menfokuskan kepada penciptaan alam ini. Menceritakan tentang kekuasaan Allah mencipta alam ini. Dalam menerangkan kepada kami tentang isi kandungan surah ini, en. Zul menggunakan teknologi yang sedia ada untuk menunjukkan tanda2 kebesaran Allah di dalam laptopnya. Subhanallah. Sungguh sempurna ciptaan Allah. Satu pun tiada cacat celanya dan setiap penciptaannya mempunyai peranan masing-masing. Selepas itu, majlis kami diteruskan dengan tazkirah yang di sampaikan oleh akhi afiq. Tazkirah yang disampaikan beliau juga berkait dengan kebesaran Allah dalam penciptaan alam ini. Sebaik sahaja sesi tazkirah, en. Zul mengambil masa untuk bercakap tentang blog. Teguran beliau di dalam blog2 kami. Kami akur dengan tegurannya demi kebaikan bersama. Sebelum mengakhiri majlis ilmu itu, kami meminta en. Zul supaya mendoakan kami berjaya dalam peperiksaan kami semua. En. Zul kata “bukan sahaja ana mendoakan dalam peperiksaan malah seluruh kehidupan antum semua ana doakan”. Aku berasa sungguh bahagia mendengar kata-kata en. Zul itu. Terasa tenang. Indahnya ukhwah di jalan Mu Ya Allah. Usrah kami tamat lebih kurang pukul 6.45 petang. Kami semua menuju ke surau bagi menunaikan solat mangrib dan seterusnya mengikuti kuliah perubatan islam yang akan disampaikan oleh en. Zul.

Kuliah perubatan islam dimulakan sedikit lewat dari kebiasaanya. Hari ini en. Zul mengajarkan tentang cara untuk ‘memagar’ rumah dan juga asas 10 dalam perubatan islam ini. En. Zul menerangkan satu persatu kegunaan ayat dalam asas 10. Beliau hanya sempat menerangkan sampai ayat ke 5 sahaja dan 5 ayat lagi akan diterangkan dalam kuliah yang akan datang. Berakhirnya kuliah perubatan islam. Aku dan sahabat2 ku menjamu sedekit makanan di dalam bilik di surau itu. Terasa indahnya ukhwah ini. Kami berbual mesra dengan en. Zul. Selepas menjamah sedikit makanan, en. Zul meminta diri untuk pulang. Kami menghantarnya sampai ke muka pintu masuk surau. Kami mencium tangan en. Zul sebagai tanda kasih dan sayang kami kepadanya. Subhanallah. Indahnya aku rasakan di dalam hatiku. Semoga Engkau merahmati perjalanan pulang ayahanda kami itu… amin..

5 November 2008

Sehari sebelum hari peperiksaan. Pagi ini aku sempat study skit. Pada waktu tengaharinya aku mengemaskan bilikku serta fail2 utk MQA yang xtahu bile akan datang buat semakan. Seusai solat zohor, aku mengambil sedikit masaku untuk menjamu makanan rohani bagiku. Beberapa helaian al-quran dapat aku habiskan. Alhamdulillah syukur aku dapat menjamu makanan rohani. Solat asar di surau. Bacaan al-mathurat bersama sahabat2 ku. Seusai bacaan al-mathurat, kami menuju ke kelas sains sem 3 kerana ada perjumpaan dengan en. Zul untuk taklimat bagi program Keindahan Bersama Mu (KBM) yang akan diadakan utk pelajar pismp sem 4. Kami ini merupakan pembantu kepada en. Zul ataupun merangkap fasi. Taklimat yang disampaikan en. Zul dapat kami faham. Dalam taklimat itu, en. Zul melahirkan rasa hatinya supaya kami semua ini akan jadi pemangkin kepada grup KBM di kawasan besut. Dapat menjalankan program motivasi di sekolah2. En. Zul bagi nama religious council kepada grup kami ini. Di hatiku berbaur gembira jika dapat melaksanakan program motivasi di sekolah. Memang bagus jika dapat jalankan program motivasi di sekolah. Kenapa aku cakap macam tue? Kerana aku berpengalaman menlaksankannya di sekolah aku dulu. Aku merangkap timbalan pengarah program masa tue. Sungguh seronok dapat membantu adik2 di sekolah lama aku. Berkongsi ilmu, menjalinkan silaturrahim. Indah. Sungguh indah. Namun keletihan yang amat sangat aku rasakan selepas selesai sahaja program itu. Namun, aku amat berpuas hati dengan program yang telah aku dan rakan2 sekolah ku jalankan utk sekolah itu. Dan dari refleksi yang diterima daripada program yang kami laksanaka itu sungguh positif. Malah pihak sekolah meminta kami merancang program untuk pelajar form 4 or form 4 tahun depan. Di hatiku memang terdetik dan buat lagi program macam tue tapi utk mendapatkan komitment daripada rakan2 lama yang sibuk dengan kehidupan di ipta agak susah. Terdetik juga di hatiku, alangkah baiknya jika grup religious council ini dapat laksanakan KBM di sekolah lama aku dulu. Tentu akan dapat mentarbiah junior2ku. Insya’allah.. seusai taklimat, aku dan sahabatku menikmati makan malam di kedai di hadapan ipg sultan mizan.

Seusai makan, kami ke surau. Menunaikan solat maghrib berjemaah. Selesai solat, en. Zul menyampaikan ceramah ataupun tazkirah kepada ahli2 KRM. Penyampaian ceramah en. Zul ikhlas dari hati. Hatiku begitu tersentuh dengan setiap bait kata2nya. Sungguh mencengkam hatiku. Semuanya lahir dari dalam hatinya. Aku melihat matanya tatkala menceritakan tentang perjalananya di mekah. Ada titisan air jernih. Tersentuh hatiku. Dia menceritakan dengan penuh perasaan. Aku dapat merasainya juga. Terasa di dalam hatiku. Hmm…

Seusai solat isyak, kami mempelawa en. Zul menjamu sedikit makanan yang telah disediakan khas untuknya. Dalam pada masa yang sama, en. Zul sekali lagi menyentuh pasal baitul muslim di kalangan kami. En. Zul kata, bila antum sem 3 nnt, ana akan bagi borang untuk antum isi untuk bina baitul muslim ini. Aku agak terkejut coz masih terlalu awal rasanya bagi kami semua. Umur kami baru setahun jagung, rasanya tak tertanggung untuk memegang amanah seorang zaujah. Subhanallah… Engkau yang mengetahui apa yang terbaik untuk kami semua.. selesai makan, kami bersalaman dengan ayahanda kami dan menghantarnya pulang…

Wednesday, November 5, 2008

Fitnah Wanita

Assalamualaikum w.b.t..
Tujuan ana mengeluarkan artikel ini bukan untuk menjatuhkan martabat kaum hawa, tetapi sebagai renungan untuk kita bersama... sama-samalah kita renungkannya...

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka tidak timbul perkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai juga manusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka tertunduk malu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak mampu mengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah. Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan), berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar. Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina, kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.

Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah. Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.

"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita. Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui wanita, tentu lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu, tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar masjid dan rumahtangga.

Rasulullah saw pernah memberi pesanan kepada para sahabat baginda yang selalu duduk-duduk ditepi jalan agar menjaga hak-hak jalan, iaitu menjaga pandangan, tidak mengganggu orang yang lalu, menjawab salam serta melakukan pencegahan maksiat. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Said al-Khudry). Ini bermakna, setiap anggota masyarakat akan menerima akibatnya apabila suasana maksiat disuburkan khususnya melalui wanita-wanita jahat.

Tercatit dalam sejarah Islam, bahawa ayat 1-2 Surah at-Tahrim turun disebabkan angkara isteri-isteri baginda. Ketika baginda habis meminum madu di rumah isteri baginda Saudah, dia berkata bahawa ada bau yang busuk. Begitu juga ketika baginda selesai meminum madu di rumah Aisyah, dia diberitahu bahawa ada bau yang busuk. Lalu Rasulullah saw kerana untuk menjaga hati isterinya telah berjanji untuk tidak meminum madu lagi. Allah lalu menurunkan firman Nya :

"Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah halalkan bagimu, kamu mencari kesenangan hati isteri-isteri kamu?" (at-Tahrim :1)

Perlu ditegaskan bahawa fitnah wanita tidak selalunya datang dari arah wanita itu sendiri. Bahkan selalunya godaan nafsu dalamlah yang menjadi pendorong bagi lelaki untuk mendekati wanita dan melakukan maksiat. Oleh kerana itu, wanita atau isteri bukanlah musuh yang sebenarnya yang perlu dijauhi. Perlakuan yang berlaku adalah antara dua jenis ini adalah gambaran umum tentang bentuk perhubungan yang diwujudkan. Apabila masing-masingnya memberi perhatian yang wajar untuk sama-sama membina kebahagiaan, maka mereka akan mengecapinya dengan sempurna.

Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :

"Sesempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya,dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya." (Riwayat Tirmizi)

Dan dalam sebuah hadis dari Abdullah bin Amru al-Ash, bahawa Rasulullah bersabda : "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah." (Riwayat Muslim)

Penegasan Islam tentang keadaan wanita dan potensi mereka untuk samada membangunkan atau meruntuhkan umat adalah suatu kenyataan yang perlu catitan semua pihak. Mereka perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik.


Monday, November 3, 2008

Air Mata Keinsafan...

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begiru sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……
Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..
Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih