Monday, October 20, 2008
Sahabatku... Jalan Ini Bukan Mudah... Aku Bersamamu...
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.
Sahabatku yang sangat aku cintai..
Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.
Sahabat..
Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!
Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.
Sahabat...
Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.
Sahabatku yang dikasihi..
Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.
Sungguh aku bersama mu.
Sunday, October 19, 2008
Kerja Dakwah
Alhamdulillah syukur yang teramat sangat aku panjatkan kepada MU ya Allah kerana memberikan aku kesempatan untuk meneruskan lagi hidupku. Hari ini aku bersama sahabatku ada satu lagi aktiviti yang kami akan laksanakan, iaitu gotong royong membersihkan surau al-firdaus. Aku pergi ke surau agak lewat dari yang lain kerana ada sedikit kerja yang terpaksa aku siapkan. Setibanya aku di surau, aku di jemput untuk menikmati rezeki Allah, namun aku menolak kerana kedatangan aku ke surau pun sudah agak lewat berbanding yang lain walaupun aktiviti gotong royong baru sahaja bermula semasa aku sampai. Mereka semua menikmati rezeki Allah terlebih dahulu bagi mandapatkan tenaga sebelum memulakan kerja2 gotong royong. Aku menolong sahabatku menyapu sawang di dinding surau. Dalam pada aku membuat kerja, sahabatku meminta aku bertugas sebagai jurukamera plak. Nasib baik aku bawa bersama kamera ku semasa datang tadi. Jadi aku mengambil gambar dan video2 semasa aktiviti gotong dijalankan. Dalam hatiku, aku ingin membuat video(mengedit video) yang aku ambil ini. Aku merakam pelbagai aksi sahabat2ku menjalankan tugas2 mereka. Macam2 ragam. Apabila aku ingin merakam gambar bagi banat plak, diorang agak malu. Biasalah banat. Sifat malu amat tebal dalam diri mereka. Dalam pada aku merakam semua aktiviti yang dijalankan, aku juga ada menolong sahabat2ku membuat kerja. Suasana dalam surau agar kotor dengan kerja2 yang sedang dijalankan, namun masing2 memainkan peranan bagi membersihkan rumah ibadah kami ini. Lebih kurang pada pukul 11.30 pagi, saudara pengerusi surau merangkap exco JPP institut meminta diri untuk pulang awal kerana beliau ada kerja yang mesti diselesaikan iaitu mengikut rombongan JPP ke IPKB. Kami meneruskan tugas2 kami membersihkan surau. Lebih kurang pada jam 12.45 tengahari, kami menikmati jamuan tengahari yang disediakan. Begitu indahnya. Inilah ukhwah fillah. Ketika makan, kami berbual dan bergurau. Indahnya suasana ini jika semuanya melakukan kerja dakwah ini kerana Allah. Selesai sahaja makn, ada antara sahabat2 yang pulang ke bilik msing2 dan ada yang tunggu untuk solat zohor berjemaah di suarau yang baru di bersihkan. Saya dan beberapa sahabat yang lain menerusakan kerja kami iaitu memasang langsir bagi memisahkan antara tempat solat ikhwah dan tempat solat akhawat. Selesai solat, sahabat2 lain pulang dan tinggallah aku bersama 2 orang sahabat ku, Rauhan n Hafiz. Kami tunggu di surau kerana ada sedikit lagi kerja yang perlu diselesaikan. Jam 2.00 petang, beberapa orang akhawat datang dan meneruskan kerja yang belum siap dan kami menolong mereka. Selesai kerja, kami pulang ke bilik masing2…
mengangkat meja or menolak tue?? hehe
hehe...
memasang langsir
Oh Allah…. Terimalah kerja ku ini sebagai satu ibadah… sesungguhnya hanya Engkau yang tahu apa yang terkandung dalam isi hatiku ya Allah…
7 Golongan Akan Yang Mendapat Perlindungan Arasy Allah Di Padang Masyar...
Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
” Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.” Riwayat Muslim
Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.
2. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
3. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib
lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.4. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH.
Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. Lalu malaikat bertanya: “Nak kemana?” Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab:
” Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” (Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
5. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya.Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.
6. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan ALLAH” (inni akhofullah)
Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.
7. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya.Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.
Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu.
SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,
Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!
-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih
