Tuesday, March 29, 2011

~ Sebuah Pencarian ~

Selalu aku berdoa kepada yang Maha Esa
Moga dikurniakan seorang ratu di jiwa
Tempat untuk ku curahkan segala rasa
Perasaan yang tersimpan seusia dunia

Dikala aku keseorangan
Dia penghibur dan jua peneman
Hati yang sayu tidak kesepian
Duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah
Tidak ku pinta yang MENAWAN
Tidak ku harap yang HARTAWAN
Bukan jua kerna KEDUDUKAN
Cuma ku damba insan yang SEPADAN

Kasihnya sejati bukannya keterpaksaan
Biarpun derita yang menjadi rintangan
Ketulusannya yang tiada bandingan
Tercipta ayu indahnya peribadi insan


3 comments:

Muhammad Hafifi said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Hafifi said...

Insyaallah.. sy doakan ratu itu bagaikan khadijah.. yang mana matinya pun lidah baginda sentiasa menyebutnya..

Masa ini diluangkan untuk sahabatku Nazirul Izzat..


Sahabatku Nazirul Izzat... cinta merupakan sesuatu yang indah.. ia mungkin seindah namanya.. namun terkadang kita kalah dan tenggelam dalam alam cinta..

orang yang bercinta melihat birunya laut lebih biru daripada biasa.. melihat hijaunya daun lebih hijau daripada biasa.. kata orang yang sedang bercinta

ramailah orang menanam pulut,
Hamba seorang menanam padi,
Ramailah orang tenggelam dilaut,
Hamba seorang tenggelam dihati,:-)

Banyaklah falsafah tentang cinta.. tidak mampu rasanya kita mengungkapnya kerana ia melibatkan perasaan.

Sahabatku Nazirul Izzat,,
Untuk mengidamkan seseorang yang baik, mampu melaksanakan tanggungjawab, mampu mengurus kehidupan kita dan dia, dan pelbagai lagi merupakan sesuatu yang didambakan oleh kebanyakkan orang yang bergelar lelaki dalam sesi penghidupan..

Namun, adakah kita hanya mampu mengidam sesuatu tanpa ada usaha? maka sudah tentu jawapannya "tidak" (mungkin tanpa khilaf)

Sahabatku nazirul Izzat,,
untuk itu apakah yang harus kita lakukan?

Mudah sahaja jawapannya.. Namun memerlukan usaha yang agak payah..

iaitu dengan menjadikan diri kita terbaik untuk kita.. barulah ia akan terbaik untuk orang lain.. Belajarlah dalam membina keyakinan diri, keteguhan iman, ketulusan hati, bersama linangan perasaan.

fahamilah setiap jiwa itu berbeza dan membezakan.

Wahai Sahabatku Nazirul Izzat,,

Tamatkan penantian dengan menjadi "soleh", maka lebih cerah peluang untuk mendapat yang "solehah".

mana mungkin dengan menjadi tidak baik kita akan memperolehi sesuatu yang baik.. untuk itu, bermula dari sekarang. Ubahlah diri, nescaya datangNYA dalam keadaan terbaik buat kita..

Ingat Wahai Sahabatku Nazirul Izzat,,

Mulakan sesuatu itu dengan baik, nescaya pengakhiran juga akan menjadi baik.. Mukaddimah akan menentukan Natijah.. fikirlah sahabatku, Nazirul Izzat..

Daripada sahaatmu..Hafifi..

syabab islam said...

Terima kasih untuk ingatan yang saudaraku hafifi berikan.. terasa sungguh banyak kekhilafan yang dilakukan oleh hati sahabatmu ini.

teguran daripada seorang sahabat untuk sahabatnya. terima kasih.

untuk mendapatkan yang solehan, kuncinya mudah sahaja iaitu kita perlulah menjadi soleh. ana tahu akan kenyataan itu.

seorang perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik. seorang lelaki yang baik dicipta untuk perempuan yang baik. dan begitulah sebaliknya.

terkadang kita sendiri terfikir.. apakah aku sudah cukup baik untuk mendapatkan seorang yang baik? namun, hakikatnya kita sendiri yang tahu macam mana kita sebenarnya..

semuanya telah ditakdirkan olehNYA utk kita sejak azali lagi. namun, takdir itu mungkin boleh berubah dengan senjata doa yang kita gunakan.. manakan mungkin kita akan menjadi bijak pandai tanpa belajar. manakan mungkin kita akan menjadi kaya tnpa berusaha. dan mana mungkin kita mendapatkan jodoh tanpa berusaha. namun, jangan dipandang 'serong' akan usaha dalam bab mencari jodoh.

sebuah ikatan perkahwinan yang suci xkn berlangsung tnpa adanya usaha. begitulah kisah pada zaman Nabi dahulu dimana seorang perempuan menawarkan dirinya untuk dipinang oleh para sahabat di sebuah masjid.. itu juga usaha yg dilakukan oleh perempuan itu..
namun begitu, cinta yang perputik dalam diri insan sungguh sukar untuk menidakannya, tp ia harus di kawal agar tidak terlanjur dalam perbuatan.. nauzubillahiminzalik..

'sebuah pencarian'.. kata2 yang diungkapkan bukanlah lahir dr lubuk hati sanubari tetapi ia hanya seuntai kata yang dijadikan lirik sebuah lagu nasyid indie di dalam album nasyid indie yg pernah suatu ketika dahulu femes di ipg kita.. lagu track 7.. sebelum lagu nyanyian sahabat kita saudara afiq dan saudara badruddin.. kalu nk dengar, bleh la datang amek kat bilik nie.. hehe..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih