Monday, May 21, 2012

Semoga DipermudahkanNYA.. =)

Assalamualaikum w.b.t..
Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahuakbar..

Rasanya memang dah lama blog ni menyepi. Tak terjaga dek tuannya yang semakin sibuk. Kehidupan baru sebagai seorang guru novis di sarawak memang agak mencabar dan menyeronokan+meletihkan.. =P  semakin hari semakin terasa bebanan tugas yang bertimbun. Huhu.. tp alhamdulillah, terima semua itu dengan hati yang terbuka dan berlapang dada.. mengajar murid tahun 1 yang 90% adalah berketurunan iban agak mencabar. Berbeza sungguh dengan mengajar anak orang melayu. Bauan wangi di dalam kelas setiap kali masuk ke kelas memang menusuk jantung ni.. huhu.. kehidupan kini semakin stabil apabila menerima gaji pertama.. hoorraayyy.. seronok rasanya mendapat duit hasil daripada titik peluh sendiri.. duit gaji harus digunakan dan diuruskan dengan sebaik mungkin demi ‘masa depan’. Ehem2.. =D duit gaji tu la jgk yg nak beli tiket flight balik semenanjung nanti.. rasanya memang banyak dihabiskan utk tiket flight la nnt.. =( sebab tu perlu diuruskan dengan bijaksana..

Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi.. memang hati ni dah x sabar2 nak balik ke bumi terchenta.. tanah tumpah darahku KELANTAN.. bumi dimana tempat aku membesar dan mengenal erti hidup sebagai seorang hambaNYA.. kurang 7 hari dari sekarang, aku akan fly ke bumi kelantan.. yeaahh.. hehe.. =) dalam masa yang sama, perlu juga dipermudahkan segala urusan yang berkaitan nanti. Semuanya menunggu kepulangan aku sahaja untuk memuktamadkan keputusannya nanti. SEMOGA DIPERMUDAHKAN-NYA.. itulah ayat yg selalu digunakan.. hehe.. dan alhamdulillah.. Allah telah permudahkannya.. seperti yang dirancang sebelum ni, nampaknya sudah mendapat green light drpd semua pihak.. alhamdulillah.. harap2nya segala urusan nanti akan berjalan dengan lancar.. =)

Pertemuan di antara kedua belah pihak telah mempermudahkan lagi urusan dan senang jgk untuk aku plan dan beli tiket flight untuk pulang nanti.. dan sekarang ni, hanya menunggu masa sahaja.. menunggu aku pulang untuk menguruskan yang mana belum dapat diselesaikan lagi.. dan insyaAllah, semuanya akan diuruskan sebelum tibanya peristiwa itu.. (senyum)... =)

Rumah di kampung pun sedang dalam proses penambahbaikan.. insyaAllah akan ditambahkan lagi ruang tamu  utama dan ditambahkan lagi bilik tidur. insyaAllah dalam masa 2 bulan dari sekarang ni, siaplah.. so, sempatlah dengan event yg penting nanti.. (senyum lagi).. =) alhamdulillah, bebenan ma n abah sekarang pun dah makin berkurang skg ni.. insyaAllah, jasa kedua mereka tidak pernah dan tidak akan lupakan.. dan tidak mungkin dapat aku balas walaupun dengan nyawa aku sendiri.. hmm.. alhamdulillah.. terima kasih ALLAH..

SEMOGA DIPERMUDAHKAN-NYA.. dan insyaAllah.. Allah dah semakin permudahkan urusan kita.. =) apa yang berlaku sekarang, mmg mengikut flow yg aku plan dahulu.. hidup memerlukan perancangan, tetapi doa itu jangan dilupakan untuk merealisasikannya.. alhamdulillah.. =)
Mencari makna cinta selepas berkahwin.. insyaAllah.. semoga Allah permudahkannya...  itulah yang aku dambakan sekarang.. thank you Allah..

Wednesday, February 15, 2012

Aku Cikgu Pedalaman: Kehidupan Di Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamu'alaikum w.b.t


Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...


Alhamdulillah.. semakin dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sarawak. Selepas hampir sebulan merantau di bumi asing bagi ku, kini kehidupan di sini sudah semakin serasi dengan jiwaku. Suasana kampung di sini sungguh mendamaikan. 'Masuk' dengan jiwaku yang memang sukakan ketenangan dan kedamaian kampung. Alhamdulillah...

Mengajar di sekolah yang kebanyakannya murid-murid iban dan beragama kristian, memang agak kekok bagiku kerana selama ini sudah terbiasa dengan kehidupan majoriti Islam yang mengamalkan budaya memberi salam dan berdoa sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran, namun di sini semuanya berbeza. Melihat anjing berkeliaran di kawasan sekolah dan rumah adalah perkara biasa di sini. Keadaan kelas di sini tidak sesempurna sebagaimana semenanjung. Agak daif tapi masih lagi boleh digunakan untuk menitip sedikit ilmu buat anak-anak murid di pedalaman sarawak. 

inilah sedikit gambaran keadaan dan suasana dalam kelas






Selepas hampir sebulan 'menumpang kasih' di rumah guru senior, alhamdulillah dapat juga merasai hidup di rumah sewa sendiri..kadar sewanya sangat mahal, mungkin lebih mahal daripada mereka yang menyewa rumah di sekitar selangor atau kuala lumpur. Rumah batu biasa dengan hanya 3 bilik tidur dan 1 bilik air sahaja, kadar sewanya RM 1200 sebulan. Itupun selepas beberapa kali rundingan di mana harga yang ditetapkan tuan rumah adalah RM 1500. Mahalkan? itulah realiti hidup di 'bandaraya song' ni.. serba serbi mahal.. dari barang keperluan asas sehinggalah ke harga sewa rumah. Namun itulah cabaran hidup seorang guru di daerah song, sarawak ini. Jika dapat elaun pedalaman 1, mungkin dapat la sikit mengurangkan bebanan yang ditanggung ni. =) 


inilah antara gambar-gambar yang didalam kondo aku
(jangan terkejut plak tengok rumah di kawasan pedalaman macam ni.. hehe)
ruang tamu dalam pembikinan.. tengah mencuci rumah..
bahagian dapur kondo ku.. ada model peti ais plak.. hehe
kerusi di atas meja makan? hehe
ruang makan
selesai sudah mencuci.. inilah ruang tamu kondo aku
ada set sofa, tv, dvd, dan parabola je dulu.. lepas ni tambah astro plak.. hehe
2 orang chef sedang menyediakan makan malam
alhamdulillah.. keadaan kondo yang begitu selesa... =)
Alhamdulillah.. inilah kediaman ku buat masa ini. Mendengar berita daripada guru besar yang memberitahu bahawa 5 orang daripada 10 orang guru baru akan berpindah ke sekolah lain. Dan mungkin akan ke sekolah pedalaman lagi. adakah aku antara 5 orang itu? aku ada menawarkan diri itu pertukaran itu, tapi tak tahulah macam mana keputusan tu nanti.. menunggu dengan penuh sabar.. =)

Saturday, January 28, 2012

Aku Cikgu Pedalaman : Perjalanan ke Sarawak

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum w.b.t
Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar...
 
Alhamdulillah... aku telah dipostingkan ke sarawak untuk menabur bakti di sana sebagai seorang pendidik. Perjalanan ke sarawak bermula 17 Januari 2012. Penerbangan ke sibu dijadualkan pada jam 1600 dan dijangka tiba di lapangan terbang sibu pada jam 1800. Inilah pertama kali aku menaiki kapal terbang untuk ke sarawak dan selepas ini, ia mungkin akan menjadi rutin aku untuk pulang ke kampung setiap kali musim cuti persekolahan. Kami seramai 48 orang guru novis telah diterbangkan ke sibu dengan ditemani oleh seorang pegawai dari KPM. Setibanya di lapangan terbang sibu, kami di sambut oleh wakil setiap PPD untuk di bawa melapor diri di PPD masing-masing. Sebelum melapor diri, kami semua bermalam di bandar sibu dan keesokan harinya barulah bergerak ke PPD masing-masing.
ingin berlepas ke sibu
baru sahaja tiba di lapangan terbang sibu
membeli tiket bot di wharff sibu
jarak ke pekan terdekat.. bukan dengan bas or kereta tp dengan menaiki bot sahaja..
mengankut barang ke atas bot
kami guru novis menaiki bot ekspress
18 januari 2012. Perjalanan ke pekan song mengambil masa selama 2 jam. Jarak yang dilalui dari jeti sibu ke jeti di pekan song sejauh 85km dengan menaiki bot ekspress. Setibanya di jeti song, kami di sambut oleh Puan Nurul Izza iaitu pegawai PPD Song bahagian penempatan sekolah. Selesai menjamu makan tengahari di kedai sarjan rabu yang merupakan satu-satunya kedai halal di pekan song itu yang dibuka pada waktu siang hari, kami semua melapor diri ke PPD Song. Sekolah aku terletak betol-betol bersebelahan dengan PPD Song iaitu SK Cardinal Vaughan Song ( SK CVS). Di beri sedikit taklimat mengenai kawasan song dan penduduk sekitarnya dan selepas itu di bawa melawat kawasan sekolah oleh cikgu-cikgu senior ditemani pk ko dan juga pegawai KPM.
baru tiba di wharff song
mengangkut barang ke dalam 4WD utk di bawa ke PPD Song
melawat kawasan sekolah
disambut mesra oleh guru2 senior
berbual tentang kehidupan guru semenanjung di sini
Buat sementara waktu, aku dan juga 5 orang lagu guru pelatih menumpang di rumah cikgu senior sementara menunggu untuk masuk rumah sewa. Rumah sewa yang bakal di sewa itu bayarannya RM 1500 sebulan. Memang mahal. Rumah teres biasa yang hanya mempunyai 3 bilik. Aku kira kadar sewanya memang mahal jika nak dibandingkan dengan rumahnya. Taraf hidup di pekan song ini boleh dikatakan agak tinggi kerana sewa rumahnya mahal dan juga barangan asas di pekan juga harganya lebih kurang sekali ganda dengan harga di semenanjung. Dulu sebelum datang, aku menjangkan taraf hidup di sini rendah, tapi bila aku sendiri menghadapinya, baru aku tahu macam mana.. meleset sama sekali sangkaan ku itu. Tapi alhamdulillah, itulah nikmat dan pengalaman hidup yang aku dapat apabila merantau di bumi sarawak ni. Dapat merasai budaya dan bergaul dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama yang jarang-jarang dapat dinikmati oleh guru baru yang berkhidmat di semenanjung.. Alhamdulillah..

Minggu pertama di sekolah, aku hanya masuk sekolah pada hari khamis dan jumaat sahaja kerana seminggu selepas itu merupakan cuti tahun baru cina. Belum lagi mendapat jadual waktu mengajar Cuma mengantikan kelas sahaja. Sekolah aku ini boleh dikatakan pusat untuk semua aktiviti bagi ppd song ini dan boleh dikategorikan sebagai sibuk kerana segala aktiviti yang berkaitan dengan sukan dan ko kurikulum, sekolah aku lah yang menjadi tuan rumah. Sekolah ini juga merupakan antara sekolah yang terbaik di negeri sarawak ni. Mana tidaknya, waktu persekolahanya dari pagi sampai ke petang. Itulah cabaran aku di sekolah ini. Sudah menjadi budaya di sekolah ini mengadakan kelas di waktu petang untuk semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid tahun 6 sahaja. insyaAllah, selepas cuti tahun baru cina ini, aku mungkin akan mendapat jadual waktu mengajar.

Cuti seminggu tahun baru cina di pekan song. Ramai dalam kalangan guru-guru senior yang pulang bercuti ke kampung. Tinggallah kami guru-guru baru di sini. Dalam cuti ini, aku sempat merasai pengalaman travel ke sekolah di pedalaman 2 iaitu di SK Lubok Bedil. Agak mencabar dan seronok. Sekolah berada di tepi sungai katibas dan di kelilingi hutan tebal. Itulah pengorbanan guru-guru di pedalaman. Mereka yang tidak merasainya, memang tidak dapat merasai kesusahannya. Itulah yang aku rasa sebagai seorang guru di sini. Bermain dengan emosi apabila berada di sana.. itulah pengorbanan seorang guru dalam menyampaikan ilmu kepada mereka yang dahagakan ilmu. Itulah tugas aku. Menjadi seorang guru yang bukan sahaja ingin menyampaikan ilmu tetapi insyaAllah mendidik mereka menjadi seorang manusia.

perjalanan ke sk lubok bedil

perjalanan pulang dari sk lubok bedil
 

Seminggu berada di song, sarawak. insyaAllah, semuanya baik2 saje. Masyarakat di sini pun ok je. Mendengar nasihat daripada penduduk di sini tentang pantang larang dan budaya di sini yang patut di elakkan. Alhamdulillah.. mereka semua sudi menolong kami guru-guru baru ini.  Cuma masyarakat islam di sini agak menyedihkan. Pemuda-pemuda kampung di sini tidak kelihatan langsung di masjid. Hanya orang-orang tua dan kanak-kanak sahaja yang ada. Yang mengimarahkan masjid di sini ramai dari kalangan guru-guru semenanjung. Tp alhamdulillah, masjidnya tetap hidup dan tidak mati. insyaAllah, masjid di sini akan terus diimarahkan oleh kami guru-guru dan akan cuba untuk menarik masyarakat Islam di sekitarnya. Ameen.. =)

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih