Saat ini aku baru sahaja membaca blog seorang sahabatku. Dalam blognya, menceritakan tentang sebuah kisah hidup seorang insan bernama ana. Aku tidak tahu siapakah tuan empunya blog itu, tetapi daripada gaya penulisannya dan kisah yang diceritakan dalam blognya itu, aku semacam dapat menduga siapakah si pemilik blog itu. Inilah link blognya http://duacintabersujud.blogspot.com . Seorang sahabatku di institut tempat ku menuntut ilmu. Anak usrah baba aku juga. Kisah di dalam blognya semacam menceritakan tentang kisah hidupnya sendiri. Subhanallah.. apa yang dapat aku katakan disini selepas membaca penulisannya itu, hatiku ini sungguh tersentuh. Tanpa ku sedari ada gerimis air mata bermain di kelopak mataku. Kisah hidupnya membuatkan diriku ini berfikir. Dia kehilangan ayah sewaktu dia masih lagi kecil. Aku tidak dapat bayangkan bagaimanakah perasaanya ketika itu. Jika ianya terjadi padaku mungkin aku tidak setabahnya untuk menerima semua itu. Subhanallah… segala-galanya telah ditentukan oleh MU. KEMATIAN… Itulah yang pasti bagi semua yang berada di muka bumi ini. Kematian akan datang menjemput apabila tiba ajalnya. Semalam, aku baru sahaja melihat satu kematian yang terjadi depan mataku sendiri. Seorang pemuda belasan tahun telah datang ajalnya. Kejadian berlaku selepas azan asar. Ketika itu, aku baru sahaja selesai mengambil wuduk dan bersiap2 untuk ke masjid yang terletak lebih kurang 700meter dari rumahku. Tiba-tiba aku terdengar satu dentuman kuat di jalanraya depan rumahku. Terdetik di hatiku mungkin satu kemalangan telah terjadi kerana aku lihat kereta yang melalui jalan depan rumahku mulai perlahan ketika itu. Aku menaiki motor untuk ke masjid. Di persimpangan jalan, aku melihat sekujur tubuh kaku di tengah jalan, aku melihat kakinya bengkok, mungkin telah patah dan orang ramai sudah mulai mengerumuni kawasan itu. Namun bagi diriku, aku meneruskan niatku untuk solat asar berjemaah di masjid. Seusai solat dan berdoa, aku terus pulang ke rumah. Aku melalui tempat kemalangan itu tadi. Mangsa masih lagi di atas jalan dan ambulans sudah pun sampai tetapi semacam ada sesuatu yang terjadi yang membuatkan ambulans itu tidak terus membawa mangsa ke hospital berdekatan. Aku pulang ke rumah dan menukar pakaianku untuk melihat apa sebenarnya yang telah terjadi. Setibanya aku di tempat kejadian, aku melihat mangsa telah ditutup dengan plastic hitam. Mangsa telah mati setibanya aku di situ.
Aku mengucap panjang di dalam hati.. satu nyawa telah sampai ajalnya. Saat itu, aku muhasabah diriku ini, sekiranya aku di tempat pemuda itu, adakah aku sudah bersedia untuk bertemu denganNYA??? Sedangkan amalanku tidak seberapa tetapi dosa yang banyak aku lakukan selama aku hidup ini.. aku belum bersedia lagi untuk menghadapNYA dengan amalanku yang tidak seberapa ini. Bibirku tidak lekang dari berzikir ketika itu apabila teringatkan diriku ini jika dijemputNYA pada masa yang sama. Dalam hatiku, semoga pemuda itu tergolong dalam kalangan hamba2 yang soleh. Kematian adalah sesuatu yang pasti. Namun, hanya ALLAH sahaja yang tahu bilakan ajal bakal menjelma bagi semua makhlukNya. Aku teringat lagu detik kematian yang selalu dimainkan semasa kursus kbm yang aku sertai. Aku menginsafi diri ini…
Tertulis kematian pada suratan kehidupan
Namun hanya Allah yang tahu bilakah ajal bakal bertamu
Detiknya menghampiri tanpa petanda yang menanti
Bila tiba saatnya nanti tak siapa dapat melarikan diri
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Jika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Itu hakikat dan kepastian
Hadirnya tidak pernah kita alukan
Tua dan muda miskin dan kaya
Semua insan pasti melaluinya
Sakit dirasa tidak terkata
Jika dipisahkan jiwa dari jasadnya
Hanya amalan bisa redakan
Bebanan derita di ambang kematian
Denyutan nadi akhirnya terhenti
Bersama nafas yang tak terhela lagi
Kerana jiwa meninggalkan pergi
Pulang kembali untuk menghadap Ilahi
Detiknya pasti tiba…
Adakah kita bersedia…..
17 Disember 2008
6.45 petang
No comments:
Post a Comment