Saturday, December 20, 2008

Perjalanan Kehidupan…

Aku dikejutkan dengan bunyi hensetku. Ada mesej masuk. Mesej daripada abang amin. Abang KPLI 2007. Dia tidak jemu2 menghantar mesej kepadaku di waktu pagi bagi mengejutkanku untuk berkasih-kasihan dengan Sang Pencipta. Mesej yang aku terima daripadanya “salam tahajud buat adikku..semoga Allah merahmati kehidupanmu..assalamualaikum”. itulah mesej yang aku terima daripadanya jam 4.12 pagi. Hari-hari sebelumnya juga aku sentiasa menerima mesejnya. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang sahabat@abang yang tidak jemu2 mengajak aku untuk terus istiqamah dalam mengabdikan diri kepada Pencipta kami. Selepasa aku menerima mesej daripadanya, aku juga turut menghantar mesej kepada sahabat2ku yang lain. Kalau tidak silap aku, aku telah menghantar kepada 10 orang sahabatku bagi mengejutkan mereka untuk sama2 berkasih-kasihan dengan al-Khaliq. Tanpa berlengah, aku menyiapkan diriku untuk bertemu dengan al-Khaliq. Di dalam hatiku, aku bersyukur yang teramat sangat kerana dipilih olehNYA untuk berkasih-kasihan denganNYA di waktu orang lain sedang lena di alam lain. Aku juga amat bersyukur kerana selama cuti ini, tidak pernah seharipun aku ‘miss’ untuk berkasih-kasihan denganNYA. Aku sendiri tidak mahu begitu kerana kalau sekali aku ketinggalan untuk berkasih-kasihan denganNYA di pagi hari, mungkin hatiku akan rasa tidak tenteram dan gelisah sepanjang hari. Dan Alhamdulillah selama hampir sebulan cuti ini, aku dapat istiqamah. Pagi ini, hujan turun renyai2 bagi menyambut kedatangan hari baru. Hujan rahmat yang Allah turunkan untuk makhlukNya di muka bumi ini. Pagi ini terdetik dihatiku untuk mencatat sedikit tentang perjalanan hidupku selama lebih 2 minggu selepas program KBM staff sokongan di sutera inn, kota bharu.
Minggu pertama selepas kursus kbm itu, bumi Kelantan disirami dengan hujan yang lebat. Negeri2 di pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telahpun menghadapi banjir di beberapa daerah. Di negeri Kelantan, daerah tumpat dan pasir mas telah ditenggelami air banjir dan ramai penduduk telah dipindahkan ke penempatan sementara. Namun, di kampungku air banjir jarang sekali menjejakkan kakinya kerana kampungku ini boleh dikatakan berada di tempat tinggi dan selamat dari bencana banjir. Bukan kisah banjir yang ingin aku coretkan disini tetapi perjalanan hidupku. Jumaat, 5 disember 2008 aku dan sahabatku syazwan telah ke kota bharu untuk mengikuti kuliah agama yang disampaikan oleh seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi di negeri Kelantan dan juga di Malaysia iaitu Tuan Guru Dato’ Seri Nik Aziz Bin Nik Mat. Kuliah itu bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir 10.30 pagi. Pada hari itu, cuaca amat baik, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu lembap. Kuliah agama itu di sampaikan di Medan Ilmu iaitu di tengah2 bandar raya islam kota bharu. Orang yang menghadiri kuliah agama itu terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, ada yang dah berumur, dewasa, remaja, kanak2 mahupun bayi yang berumur 2-3 tahun yang dibawa oleh ibubapa mereka. Di sana, aku perhatikan ramai anak2 muda yang sebaya aku. Mungkin mereka juga sedang bercuti dan mengisi masa lapang mereka dengan menghadiri kuliah agama ini. Alhamdulillah… selesai kuliah yang di sampaikan oleh Tuan Guru Nik Aziz, ramai orang beratur dan berebut2 untuk bersalaman dengannya. Inilah dia seorang pemimpin berjiwa rakyat di mana setiap minggu turun padang untuk bersua muka dengan rakyat disamping menyampaikan ilmu Allah. Aku juga sempat beberapa kali bersalaman dengannya dan juga bersua muka dengannya semasa aku ke rumahnya dulu. Subhanallah, rumah seorang menteri besar hanya seperti rumah orang kebanyakan. Tiada pengawal, tiada pagar. Sebuah rumah papan berwarna hijau. Jika antum yang membaca blog ini tengok rumahnya, mungkin antum xkan percaya bahawa itu adalah rumah seorang menteri besar. Sebuah rumah papan yang sederhana besar. Terletak di belakang sebuah masjid. Jalan untuk masuk kerumahnya juga berlubang-lubang. Subhanallah… begitu sederhana hidup seorang menteri besar.


Teringat aku tentang kisah Amirul Mukminin iaitu Saidina Umar ibni Al-Khattab. Tidurnya hanya di rimbunan tamar, berbantalkan lengan dan tanpa pengawal. Itulah seorang saidina agung yang menguasai 2/3 tanah arab sewaktu pemerintahannya. Subhanallah. Begitu mulia hatinya. Tatkala aku menghayati lirik lagu Aku Hanya Umar nyanyian kumpulan hijjaz. Air mataku sering tertumpah bila mengenangkannya.

Tidurmu di rimbunan tamar, tenang mu tiada tercalar, berbantal lengan tanpa pengawal, berselimut embun keimanan. Di malam yang hening, meratap menyesali diri, pada dosa kealpaan dibasuh dengan air mata, memohon keampunan tuhan. Engkau khalifah berjiwa hamba, mentadbir tanpa singgahsana,menghina diri di hadapan Allah, kemuliaan diri manusia.

Inilah antara lirik yang sering membuatkan aku menangis tatkala mengenangkan kisah pengorbanan seorang khalifah Agung. Seorang pemimpin agung hanya hidup dalam serba kekurangan. Tanpa mahligai indah, tidurnya hanya berbantalkan lengannya sahaja tiada tilam empuk ataupun bantal untuk dijadikan alas tidurnya dan hanya berselimutkan alam semesta. Subhanallah..Begitu mulia dirinya. Jika nak dibandingkan dengan pemimpin pada hari ini, jauh sekali bezanya. Aku juga teringat kisah semasa Saidina Umar hendak wafat. Diletakkan kepalanya di atas tanah walhal pada ketika itu, saidina Ali Kamarollahuwajhah sedang memangku kepalanya. Tetapi kerana terasa dirinya begitu hina dihadapan Allah, beliau meletakkan kepalanya di tanah. Beberapa kali Saidina Ali memberitahu khabar gembira kepadanya tentang janji2 Rasulullah kepadanya bagi memujuknya namun ianya tidak dapat menghilangkan rasa gerunnya bertemu Allah. Saidina Ali memujuknya dengan mengatakan bahawa beliau merupakan antara 10 orang sahabat yang telah dijanjikan syurga. Namun ia masih lagi tidak dapat memujuk Saidina Umar dari meletakkan kembali kepalanya di atas tanah. Saidina Ali juga memujuknya dengan mengatakan bahawa Rasulullah pernah berkata, jika ada lagi rasul selepas aku ini, orang yang paling layak ialah Saidina Umar. Namun, ianya masih lagi belum dapat memujuk hati Saidina Umar ketika itu. Subhanallah… begitu mulia hatinya.. aku muhasabah diriku kembali. Terasa begitu kerdil diriku ini. Seorang Khalifah agung yang dijanjikan syurga begitu takut untuk menempuhi saat kematian, sedangkan diriku ini entah kemana, amalan tidak seberapa, dengan dosanya begitu banyak, tetapi masih lagi bersenang-senang di atas muka bumi Allah yang diberi pinjamNya. Kadang-kadang aku menangis sendirian memikirkan nasib diriku ini, adakah amalan yang aku lakukan selama ini diterima olehNya??? Sudah cukupkah bekalanku untuk di bawa ke akhirat kelak??? Adakah aku akan dimatikan dalam Islam???


Subhanallah… aku teringat kepada satu ceramah agama yang pernah aku hadiri dulu tapi tak ingat di mana dan bila. Dalam ceramahnya ada mengatakan, jika kita dilahirkan dan hidup sebagai seorang islam, belum tentu kita pun akan mati sebagai seorang islam, dan jika kita dilahirkan sebagai seorang kafir belum tentu kita pun akan mati sebagai seorang kafir. Itulah antara kata2 penceramah yang masih aku ingat. Aku minta supaya diriku jauh daripada dimatikan sebagai kafir. Subhanallah…. Hmm.. berbalik kepada kisah hidupku, selepas saja kuliah agama itu, aku telah bertemu dengan beberapa orang sahabatku dan juga senior2 ku semasa zaman sekolah dulu. Dalam pertemuan dengan senior ku itu iaitu akhi ubaidillah dan juga akhi rozaimie, dia telah mengajakku untuk hadir sama dalam satu perjumpaan mahasiswa di kawasan ku. Perjumpaan itu adalah untuk mengikat hati2 mahasiwa yang menghidupkan perjuangan Islam di kampus masing2 supaya terus memperjuangkan agama Allah di kampung2 semasa cuti semester ini. Perjumpaan itu akan diadakan pada esok hari selepas solat asar.
6hb12-2008- hujan turun dengan lebatnya pada hari ini. Sejak dari pagi lagi. Seperti yang telah dijanjikan semalam, aku telah menghadiri satu perjumpaan mahasiswa di sebuah sekolah. Sebenarnya perjumpaan itu adalah di bawah kelolaan satu pertubuhan iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (gamis). Dalam perjumpaan itu, Yang Di Pertua Gamis sendiri telah turun padang iaitu Ustaz Dzulkhairi. Mahasiswa yang hadir datang dari pelbagai institut pengajian seperti USM, USIM, UPSI, UIAM, IPSMB, IPTAA, IPKB, UMT, KIAS dan lain2 lagi. Seramai 24 orang mahasiswa yang hadir dapat perjumpaan itu. Sebenarnya ramai lagi yang mahu hadir tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, ramai yang tidak dapat hadir. Dalam perjumpaan itu, pengerusi gamis Kelantan juga turut hadir. Beliau merupakan senior aku di sekolah dulu. Alhamdulillah.. aku bersyukur sangat kerana sahabat2 aku semasa zaman sekolah dulu masih lagi meneruskan kerja dakwah. Yang DiPertua Gamis telah menyampaikan amanat dengan sungguh bersemangat bagi membakar semangat kami untuk terus berdakwah di kampus masing2. Di samping itu, beliau juga meminta mahasiswa memainkan peranan yang penting untuk menyampaikan dakwah di kampong semasa cuti semester seperti sekarang ini. Perjumpaan berakhir pada pukul 6.30 petang.

Eidul Adha Kunjung Tiba
Eidul adha kunjung tiba lagi dalam hidupku. Aku tidak tahu adakah eidul adha lagi dalam hidupku pada tahun depan. Mungkin ini yang terakhir atau ada lagi yang mendatang. Aku bangun seperti biasa pada pagi itu, 4.30 pagi aku sudah dikejutkan dengan bunyi alarm hensetku. Aku bangun untuk berkasih2an denganNYA untuk kesekian kalinya. Bertakbir raya di masjid di pagi hari selepas menunaikan solat subuh berjemaah. Alhamdulillah agak ramai orang yang datang mengimarahkan masjid pada pagi itu. Ada 3 saf makmun yang menunaikan solat subuh di masjid. 1 saf boleh memuatkan lebih kurang 70 orang dan yang datang pagi itu mungkin hampir 200 orang kot.. selesai bertakbir, aku pulang ke rumah. Aku lihat semua anggota keluarga sudah bangun dari tidur. Solat sunat eidul adha di masjid bermula jam 8.30 pagi. Selesai solat, aku berkunjung ke rumah jiranku untuk menikmati sedikit sarapan pagi iaitu sate. Dari semalam lagi dia mengajak jiran tetangga yang lain supaya pergi ke rumahnya untuk menikmati sate itu. Pada hari raya pertama ini, aku hanya berada di rumah sahaja. Menunggu tetamu yang datang. Keluarga ku tidak qorban taun ni kerana taun lepas kami dah buat qorban, jadi taun ni x qorban la. Hehe…
Pada hari kedua eidul adha, aku n family ku pulang ke kampong ayahku. Memang dah menjadi amalan familiku akan pulang ke kampong sebelah ayahku di hari raya kedua. Di kampong, aku menziarahi pusara datuk dan nenekku. Selesai menziarahi pusara mereka, ake ke rumah pak cik ku, iaitu adik kepada ayahku. Di rumahnya lah biasanya adik beradik sebelah ayahku berkumpul setiap kali hari raya kerana setiap kali hari raya, dia akan mengadakan rumah terbuka. Di sana, aku dapat bertemu muka dengan sanak saudaraku. Ramai sungguh sanak saudaraku, kerana ramai yang aku tidak kenal di kalangan mereka. Sepupu-sepupu aku yang lahir di alaf baru ni ramai yang aku kurang cam mukanya. Maklumlah, diaorang generasi alaf baru manakala aku ni zaman 90-an. Hehe… ramai juga sepupu aku yang dulunya rakan sepermainan denganku sudahpun berkahwin. Aku mengundur diri dari rumah pak cik ku lebih kurang pukul 12 tengahari dan aku menuju ke rumah sahabatku. Di rumahnya aku bersua muka dengan 2 orang sahabatku yang lain. Petangnya, aku dan sahabat2 ku yang lain telah berkunjung ke rumah cikgu kami. Cikgu yang rapat dengan kami. Memang sudah menjadi kebiasaan kami akan berkunjung ke rumahnya pada hari raya kedua kerana setiap tahun dia akan mengadakan rumah terbuka untuk anak2 muridnya yang datang menziarahinya. Di rumahnya, kami berbual panjang. Cikgu juga ada menceritakan permasalahan yang dihadapi oleh beberapa orang guru di sekolah itu yang terpaksa ditukarkan ke sekolah lain gara2 karenah birokrasi sekolah. Kerana perbezaan ideology dan ketidakpuasan hati, seorang guru cemerlang dipaksa tukar ke sekolah lain. Cikgu aku itu juga adalah antara calonnya malah berada di tempat pertama dalam list guru yang akan ditukarkan tetapi dia dapat di ‘back up’ oleh guru-guru lain. Itulah karenah birokrasi dalam system pendidikan sekarang. Kerana sedikit perbezaan ideology, seorang guru yang banyak membantu anak bangsa pun akan di tukar ke sekolah lain. Diketepikan tentang kecemerlangan akademik para pelajar demi kepentingan ideology sesetengah pihak. Balik dari menziarahi cikgu, aku dan sahabatku menziarahi seorang lagi sahabatku yang lain di rumahnya. Aku pulang ke rumah selepas menziarahi sahabatku itu.

Rehlah- mengikat kembali ukhwah yang sedia terjalin

10 disember 2008- hari ini aku dan beberapa orang sahabatku yang sejak dari zaman sekolah rendah lagi telah mengadakan satu rehlah di pusat rekreasi jeram linang. Kami bertolak ke sana pada pukul 10.30 dengan menaiki sebuah proton wira. Kami semua berenam dalam kereta itu. Jadi agak sesak la sepanjang perjalanan itu. Rehlah kami ini bertujuan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan kami yang sudah sekian lama terjalin iaitu sejak dari zaman sekolah rendah lagi sampailah ke alam IPT sekarang. Di pusat rekreasi jeram linang itu, aku melihat pelbagai ragam manusia. Dan yang paling menyakitkan pandanganku ialah pasangan couple. Inilah masalah social remaja sekarang. Berpegangan tangan di hadapan khalayak ramai tanpa ada ikatan yang sah. Malah bangga pula dapat berbuat demikian. Aku dapat menyaksikan satu drama uda dan dara semasa berada di sana. Ada sepasang kekasih sedang berkasih-kasihan. Aku dapat melihat si uda sedang memujuk si dara. Agak lama drama diorang tue. Aku melihat si uda membelai lembut tangan si dara demi memujuknya. Namun si dara buat tak tau sahaja. Tapi selepas itu, aku tengok si uda pula merajuk dengan si dara. Tangan si dara pula membelai lembut paha si uda. Subhanallah.. aku mengucap panjang melihat kelakuan mereka. Tidak lama selepas itu, aku melihat mereka berdua mandi pula. Dah la mandi ditempat yang agak terbuka tetapi tidak segan silu untuk melakukan maksiat. Ketika mandi, si uda membelai-belai rambut si dara, padahal ketika itu si dara masih lagi memakai tudung kepala. Dan pada masa yang sama, aku melihat si uda memeluk si dara. Subhanallah... Sahabatku berkata “baik buang je tudung tue kalu nk wat gitu, wat malu jah”. Di hatiku, timbul rasa kesal dengan kelakuan remaja sekarang yang terlampau jauh dengan agama. Bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, berbuat maksiat dengan bangganya dan macam2 lagi penyakit social yang menimpa remaja sekarang. Aku teringat satu hadis yang berbunyi :”sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”-riwayat At-Tabrani & Bahaiqi. Subhanallah semoga aku jauh dari semua penyakit social yang menimpa sekarang…. Semoga dibukan pintu hidayah kepada pemuda2 dan pemudi2 sekarang untuk kembali kepada Islam.. rehlah kami berakhir pada jam 2.00 petang… semoga ikatan persaudaraan aku dan sahabat2ku akan kekal untuk selamanya…

No comments:

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih