Tuesday, December 2, 2008

Coretan Kehidupanku...



28 November2008

Aku dikejutkan dengan alarm hensetku. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Alhamdulillah, aku dikejutkan awal bagi mengabdikan diriku kepada yang Esa. Syukur aku panjatkan kepada yang Esa kerana memilih aku untuk beribadah kepadaNya tatkala orang lain masih lagi nyenyak di buai mimpi2 indah. Di luar rumah ku, hujan masih lagi membasahi bumi Allah ini sejak beberapa hari yang lalu. Pagi sungguh sejuk dengan suasana alam yang basah di sirami rahmat Allah. Damai terasa di hati. Entah mengapa hari ini aku berasakan begitu semangat sekali. Mungkin kerana hari aku akan bersua muka dengan insan2 yang begitu aku rindu selama lebih seminggu yang lalu. Selesai tahajudku, aku meneruskan dengan solat subuh. Hari ini tidak dapat aku ke masjid kerana hujan agak lebat dari hari2 sebelumnya. Selesai menunaikan solat subuh, aku meneruskan dengan makanan rohani ku iaitu al-Quran. Tenang di hatiku dapat menjamah makanan rohani di waktu pagi.


Hujan berterusan membasahi bumi Allah. Sahabatku, ghafar, sampai di rumahku seawal jam 10.15 pagi. Kami bertolak ke rumah baba kami bagi mengambil kereta seperti yang telah dijanjikan oleh baba kepadaku. Sewaktu kami tiba di rumah baba, beliau tiada di rumah kerana beliau dan zaujah tercinta pergi ke pasar. Kami menunggu lebih kurang 15 minit sebelum baba tiba di rumah. Senyuman mesra baba menyambut kami. Kucupan tangan dan pelukan erat baba sekali lagi menyambutku. Aku berasa begitu tenang melihat wajahnya. Sudah lama aku tidak bersua muka dengannya. Selepas beberapa minit, baba menyuruhku membawa kereta satria neo beliau untuk digunakan sepanjang kursus nanti bagi mengambil sahabat2ku dari Terengganu yang akan tiba tengahari nanti. aku dan sahabatku meninggalkan rumah baba selepas beberapa minit kerana baba masih ada kerja yang perlu disiapkannya. Sementara menunggu ketibaan sahabat2ku dari Terengganu, aku dan sahabatku, ghafar pulang ke rumah ku. Lebih kurang pukul 1 tengahari, sahabat2ku dari Terengganu tiba di stesen bas Langgar. Aku dan ghafar telah menunggu mereka di situ sebelum mereka tiba. Kami yang lelaki pergi menunaikan solat jumaat di masjid yang berhampiran manakala yang akhowat menunggu sahabat mereka dari pasir mas di stesen bas. Selesai menunaikan solat jumaat dan makan tengahari di stesen bas, kami terus ke Sutera Inn bagi menunggu kedatangan baba dan akhi fazli.


Di sutera inn, kami menghadapi masalah untuk check in kerana penginapan para fasi tidak ditempah sebelumnya. Selepas beberapa ketika, baba kami sampai bagi menguraikan permasalahan yang dihadapi kami. Dalam masa yang sama, kami para fasi menggunakan masa yang ada petang ini pergi membeli barang2 keperluan yang belum lengkap untuk di gunakan sepanjang kursus ini. Lebih kurang pukul 5 petang, kami menyiapkan dewan dan peralatan2 yang perlu sebelum semua peserta kursus sampai. Selesai menyiapkan dewan, kami mendengar sedikit taklimat daripada baba tentang kursus ini. Kursus ini berlainan sedikit dengan kursus yang kami sertai sebelum ini. Kerana kursus ini diadakn untuk staff2 sokongan yang rata2 sudah berkahwin dan lebih berumur daripada kami. Selesai taklimat, baba pulang ke rumahnya manakala kami para fasi menyiapkan diri dalam bilik bagi aktiviti pada malam ini.


Sesi pertama pada malam ini ialah teman sejati atau dengan nama lainnya ialah ice breaking. Sentuhan pertama baba untuk staff sokongan ipsmb. Aku sebagai videoman hanya merakamkan gelagat2 mereka dan detik2 mereka menangis. Pada sesi ini, para staff sokongan tidak begitu menghayati perasaan mereka pada pandanganku. Namun, ada juga beberapa orang staff yang menghayati sesi ini menyebabkan mereka menangis. Aku merakamkan detik itu. Aktiviti ini hanya akan dapat dirasai apabila seseorang itu betul2 menghayati apa yang disampaikan oleh baba dan cuba melakukannya. Namun pada aktiviti ini, aku melihat 2 orang sahabatku melakukannya. Mereka menghayatinya. Menangis di dalam pelukan sahabat. Demi Allah, jika aku berada di tempat sahabatku itu, aku juga akan turut menangis sama kerana sahabat. Dan pada masa yang sama, kami semua para fasi turut melakukan aktiviti menyuapkan makanan ke mulut sahabat. Terasa indahnya ukhwah kami ini. Sungguh rapat ukhwah yang terjalin antara kami. Dalam masa yang sama, kami juga turut merindui sahabat kami yang lain, rauhan, afiq, nabil dan quddus.

pelukan erat dalam persahabatan

Selesai aktiviti, semua fasi di panggil berkumpul bagi mendengar amanat daripada baba. Di raut wajah baba, aku dapat melihat sedikit kekecewaan daripada aktiviti yang baru sahaja dilaksanakan. Malah, semasa aktiviti itu tadi lagi aku melihatnya. Bukan aku seorang sahaja yang merasainya malah, akhi fazli turut meluahkan perasaan yang sama dengan ku kerana akhi fazli bertindak sebagai jurukamera semasa aktiviti itu berjalan. Dalam perjumpaan ringkas itu, baba sempat menyampaikan sedikit tazkirah kepada kami dan mengingatkan kami supaya menunaikan tahajud sebagai sumber kekuatan kami semua. Selesai mendengar amanat daripada baba, kami semua menjamah sedikit hidangan ringan yang telah disediakan. Selesai makan, kami semua naik ke bilik. Di bilik, aku dan sahabatku akhi fazli meneruskan kerja kami dengan mengedit video yang aku ambil tadi. Aku mengedit video teman sejati manakala akhi fazli mengedit video demi matahari yang merupakan lagu tema kursus ini. Sahabatku yang lain pula, melepaskan penat mereka di atas tilam empuk sambil menonton tv. Sedar tak sedar, ketiga-tiga sahabatku sudah lena di alam lain. Aku dan akhi fazli meneruskan kerja kami yang belum siap. Lebih kurang pukul 2.30 pagi, video yang aku edit sudah siap manakala akhi fazli belum lagi. Akhi fazli meneruskan kerjanya manakala aku menguruskan diriku untuk tidur sekejap. Pukul 3 lebih, sahabatku ubai dan hafiz bangun bagi menunaikan tahajudnya. Pada masa itu, aku belum dapat melelapkan mataku ini manakala akhi fazli masih lagi dengan kerjanya. Aku pun tidak tahu jam berapa di tidur. Aku dikejutkan dengan alarm henset sahabatku. Jam menunjukkan baru pukul 4 pagi. Aku meneruskan tidurku. Masih terasa berat untuk bangun pada masa itu. Pada pukul 4.30 pagi pula, alarm henset ku berbunyi. Dan pada masa yang sama, ada msg masuk. Mesej itu dari akhi amin, abg KPLI tahun 2007. Sedah beberapa hari dia tidak menghantar msg mengejutkan tahajud kepadaku kerana dia sekarang berada di pedalaman sabah. Ikatan ukhwah kami masih lagi terjalin walaupun hampir setahun berpisah. Aku bangun menyiapkan diri untuk tahajudku. Selepas beberapa ketika, sahabatku ghafar bangun bagi menunaikan tahajudnya. Dalam tahajudku, aku menangis dalam rintihan doa. Memohon pertolongan yang Esa agar kursus ini berjaya. Dan aku juga berdoa agar ikatan ukhwah antara aku dan sahabat2ku terus utuh. Setiap kali aku mendoakan sahabatku, saat itu jugalah air mataku begitu mudah mengalir untuk mereka. Semoga ikatan persahabatan kami ini kekal sehingga hayat kami… perkenankanlah doaku ini ya Allah… Ya Rahman… Ya Rahim…

Selesai menunaikan solat subuh berjemaah, kami semua membaca al-mathurat bersama-sama. Oh indahnya ukhwah ini saat bersama-sama mengingati Mu ya Allah… peliharalah kami daripada fitnah dunia ya Allah, redhailah perjuangan kami ini ya Allah.. berkatilah perjuangan kami ini ya Rahman…

Aktiviti pada pagi ini seperti yang telah dijadualkan dalah riben kehidupan. Tetapi, kerana puan pengarah ingin turut serta dalam sesi riben kehidupan itu, aktiviti pada pagi ini di ganti dengan aktiviti lafaz yang tersimpan. Satu aktiviti yang berjaya menyentuh hati para peserta malah para fasi turut tersentuh dengan aktiviti ini. Dan secara peribadi, aku merasakan para fasi lebih tersentuh dengan aktiviti ini kerana aku melihat semua fasi menangis teresak-esak semasa aktiviti ini termasuk aku sendiri. Aktiviti ini sungguh menyentuh hati, ‘lafaz yang tersimpan’ adalah ungkapan kasih sayang yang tersimpan di hati tetapi tidak dpat diluahkan dengan kata2. Dan semasa aktiviti ini, aku sempat merakamkan saat sedih mereka. Malah fasi juga aku sempat merakamkannya. Rakaman itu akan ku edit untuk membuat video khas untuk fasi bagi lagu lafaz yang tersimpan. Sesungguhnya aktiviti yang dijalankan itu, berjaya menyentuh hati2 para peserta. Aktiviti berakhir lebih kurang pukul 12 tengahari.

tiada lafaz yang dapat menggambarkan perasaan

Pada sebelah petang ini, semua peserta dan fasi bebas untuk membuat aktiviti masing2. Aku menyiapkan video lafaz yang tersimpan untuk peserta kursus. Dan aku juga sempat mengajar sahabatku hafiz cara2 untuk mengedit video menggunakan ulead. Pada masa yang sama, sahabat2ku yang lain mengambil kesempatan untuk tidur bagi melepaskan penat masing2. Selepas asar, aku ditemani sahabatku menghantar fasi2 perempuan ke rumah baba. Di rumah baba, aku dapat melihat kemesraan seorang ayah kepada anaknya. Baba memang seorang ayah yang baik. Sungguh beruntung anak2nya mempunyai ayah seperti baba. Pelukan dan kucupan mesra seorang ayah buat anak2nya dapat aku saksikan di depan mataku. Baba memang seorang insan yang begitu istimewa di hati kami anak2 didiknya.

Pada sebelah malamnya, aktiviti riben kehidupan dijalankan. Puan pengarah hadir menepati masanya. Semasa aktiviti ini, baba mengaitkan kematian yang mengejutkan timbalan menteri pelajaran Malaysia dan juga bonda raja perlis. Namun, ianya tidak dapat menyentuh hati para peserta. Semasa permulaannya, aku sempat merakam beberapa orang yang telah mengalirkan air mata semasa riben kehidupan mereka diberikan oleh fasi. namun segalanya berubag selepas itu. Di akhir aktiviti ini, baba memanggil kami para fasi untuk sedikit amanat. Baba melahirkan rasa kecewanya semasa aktiviti itu. Namun itulah dakwah, bukan kerja mudah. Aku dapat melihat riak kecewa di matanya. Selesai taklimat, kami menjamu sedikit jamuan ringan dan selepas itu kami menuju ke bilik. Malam ini, video detik kematian tidak perlu aku siapkan. Aku tidur awal malam ini kerana petang tadi aku tidak tidur. Mataku begitu mengantuk sejak tadi lagi.

Aku dikejutkan dengan alarm hensetku. Jam menunjukkan pukul 4.30 pagi. Aku bangun mengambil wuduk dan seterusnya menunaikan tahajudku. Sahabat2ku yang lain masih lagi nyenyak tidur. Mungkin kerana penat mereka masih belum hilang lagi. Selesai solat sunat tahajud 2 rakaat, sahabat2ku yang lain mula bangun bagi menunaikan tahajud mereka. Aku meneruskan dengan solat2 sunat lain. Sekali lagi aku menangis dalam doaku. Meminta pertolongan yang Esa. Meminta agar diberikan kejayaan dalam kursus ini dan juga ikatan ukhwah antara kami akan terus kukuh sehingga akhir hayat kami. Selesai solat subuh berjemaah, kami meneruskan dengan bacaan al-mathurat. Aktiviti pada pagi ini ialah perasmian penutup oleh Puan Pengarah Ipsmb dan juga pembentangan tugasan kumpulan oleh para peserta. Perasmian penutup diadakan terlebih dahulu sebelum sesi pembentangan kumpulan kerana Puan Pengarah ada kerja lain yang menyebabkan perasmian penutup diadakan lebih awal. Selesai perasmian penutup, sesi pembentangan kumpulan diteruskan oleh para peserta. Sesi ini telah dipengerusikan oleh akhi fazli. Sepanjang sesi pembentangan ini, para peserta kursus telah melahirkan perasaan mereka sepanjang kursus ini. Apa yang mereka dapat daripada kursus ini. Subhanallah, rupa2nya hati mereka tersentuh daripada aktiviti yang telah dijalankan. Aktiviti riben kehidupan semalam rupanya berjaya menyentuh hati2 mereka semua berdasarkan apa yang telah dibentangkan oleh mereka. Maha suci allah yang telah membukakan pintu hati mereka. Baba pun turut melahirkan perasaan yang sama. Di saat berakhirnya kursus ini, hadiah yang mereka terima daripada sesi pembentangan kumpulan telah dihadiahkan kepada kami para fasi. aku begitu terharu. Rupanya kursus ini berjaya menyentuh hati2 mereka. Ucapan terima kasih, pelukan erat membuktikan kursus ini juga berjaya. Syukur aku panjatkan kepadaMu ya Allah kerana memakbulkan doaku. Alhamdulillah….

Selepas siap mengemaskan bilik dan juga dewan, kami semua menuju ke rumah baba. Di rumah baba, kami menunaikan solat zohor berjemaah yang telah diimamkan oleh akhi fazli. Selesai solat, kami semua menjamu makanan tengahari yang telah dibelikan oleh baba kami. Di luar rumah, hujan masih lagi turun membasahi bumi Allah selama lebih 3 hari. Semasa makan, kami sempat bergurau mesra. Ukhwah antara kami memang semakin erat. Indahnya berukhwah bersamamu wahai sahabatku. Hanya hati ini yang dapat merasainya. Dalam masa yang sama, baba sempat juga memberikan peringatan(tazkirah) kepada kami. Dan dalam masa yang sama, hatiku sebenarnya diruntun sayu kerana sebentar lagi sekali lagi kita terpaksa berpisah buat sementara watu wahai sahabat. Sebab itulah aku agak senyap ketika itu. Kerana aku sedih terpaksa berpisah sekali lagi dengan kalian semua wahai sahabatku. Perjalanan kehidupan kita selama 3 hari ini akan ku semat dalam hatiku. Sungguh indah saat bersamamu semua sahabatku. Gurau senda dengan “solat jamak qasar” itu sungguh indah bagiku sebenarnya. Aku ku simpan di hati ini wahai sahabatku. Saat yang tidak ku undang tiba jua. Saat ingin bertolak pulang, hatiku menangis lagi. Namun, saat berpeluk dengan sahabatku hafiz, air mata ini mengalir jua. Sayu sungguh hatiku ini. Aku akan mendoakan kesejahteraan kamu wahai sahabat2ku. Akhi fazli, saat menghantarmu itu, ingin sekali aku memelukmu. Hanya hati ini yang menangis saat itu akhi... ghafar, saat kita berpelukan semasa engkau menghantarku, hatiku sudah lama menangis kerana perpisahan yang sementara ini. Aku akan merinduimu wahai sahabat. Satu lagi perjalanan hidup aku dalam bersahabat dengan kalian semua... semoga tahun depan akan ada lagi buat diri ini dan juga sahabatku dalam meneruskan ukhwah fillah ini.. insya’allah...

Lafaz Yang Tersimpan

Buat baba dan juga fasi2 akhowat. Telah aku siapkan satu video antum semua. Video lagu lafaz yang tersimpan telah aku edit khas untuk kalian. Saat aktiviti lafaz yang tersimpan, aku sempat merakam antum semua. Dan video itu aku gunakan untuk membuat video bagi lafaz yang tersimpan untuk fasi ini. Khas untuk baba aku tujukan video itu....

2 comments:

:: Pohon Yang Berguna :: said...

Salam ya Sahabatku Nazirul Izzat, walaupun kita tidak berpelukan semasa izzat menghantar saya, tetapi masih terasa panas dakapan ukhwah kita semasa hari terakhir di Bachok. Terasa berbekas dan berbara pelukan ini. Moga ada kesempatan lagi untuk kita bersua. Gunakanlah kesempatan di sebalik kesempitan hidup yang masih ada. Moga dirimu tabah jua menghadapi mehnah dunia ini. Teruskan perjuangan. Doa saya sentiasa mengiringi perjuangan kita bersama

syabab islam said...

syukran ya akhi...
ana selalu mendoakan sahabat2 seperjuangan kita.. moga ikatan ukhwah yang terjalin antara kita akan kekal sampai akhir hayat kita, insya'allah..

SYABAB,
Lahirmu bagaikan tak berharga,
Kau anak desa, yatim tak berbapa,
Kesusahan hidup mendesakmu berdikari,
Dalam keliru kau mencari identiti diri,
Ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
Cabaran berterusan sebuah kematangan,

Wahai SYABAB,
Ketekunanmu mengoborkan cita-cita,
Semangatmu bak api marak menyala,
Kau pemuda harapan,
Sinar menantimu di hadapan,
Bebaskanlah pemuda,
Dari belenggu kejahilan,
Kau mampu berlari kencang,
Mencipta Gelombang,
Ayuh, SYABAB!


-Fatimah Syarha-syabab musafir kasih