Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana masih lagi memberi kesempatan untuk aku terus berkelana di atas bumi ciptaanNYA ini.. Syukur yang tak terhingga aku panjatkan..
Subhanallah...
Alhamdulillah...
Allahukbar...
Syukur kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk melafazkan zikir memuji yang Esa. Dalam aku menjalani kehidupan sebagai seorang guru pelatih, musim sekarang adalah 'musim assignment' untuk semua guru pelatih di IPGM seluruh Malaysia. Di kampus aku sendiri, semua guru pelatih sedang sibuk dengan assignment masing-masing. Dan tidak terkecuali bagi diri aku sendiri. Banyak assignment yang perlu aku siapkan dalam masa beberapa hari ini. Tension.. memang tension dengan assignment2 ni, namun itulah realiti hidup sebagai seorang yang mencari ilmu. Insya'allah, semua assignemnt2 tu akan ku siapkan dalam masa yang diberikan.
Nampaknya itu sahajalah coretan untuk kali ini. Kalau ada kelapangan dan masa, insya'allah blog ini akan sentiasa di'update'kan.. hehe...
1 comment:
Sebenarnya semua kepayahan dan kperitan belajar akan dirasai saat anta sedang menikmati kejayaan...nanti. Sesungguhnya disebali kesusahan ada kemanisan. kesusahan adalah kehidupan. Tiada kehidupan tanpa perjuangan dan tiada perjuangan tanpa kepahitan. Orang yg bisa senyum dalam kepahitan ialah orang yg berpandangan jauh,punyai harga diri,memaknakan kehidupan.
tetapi yang yg paling manis ialah susah itu akan mendekatkan hatinya pada tuhan pemilik derita dan bahagia...tahniah. baba berbanggan dengan kamu. dan nanti anta akan dibangai oleh anak2 didik...terus maju.
Post a Comment